Friday, December 5, 2008

Edisi komen rempit sejati...

Uollls,

akak mintak maaf akak terdisable comment2 untuk anynomous reader dgn reader yg xde account blogspot. Akak x perasan uolllss... Td CD Owner call bagitau baru akak sedar gituuuuu...

So, sekarang semua orang dah boleh komen dah..

Akak nak ucapkan terima kasih kat CD Owner kerana telah mengeposkan buku Autobigraphy VALENTINO ROSSI dari uk. Akak carik kat book store malaysia x jumpa okeh. Nasib baik murah.. GBP 7.99 sajork ..**matila duit buku belom bayar lagi..

Siapakah Valentino Rossi?? Dia adalah legend Moto Gp okeh.. Akak vangga sgt dgn dia..**matila xde kena mengena tetiba nak vangga.. Motifff kauu!! Dia muda lagi tau.. baru 29.. Tapi dah menang juara dunia sebanyak 8 kali.. Boleh x gambar akak malas nak tempek kat sini?? Korang carik sendiri kat internet volehhhh??

Sebagai balasan kepada kebaikan CD owner, akak tepek gambar akak bersama buku tersebut.. **matila orang x hingin nak tengok... **matila pakai baju kelawar disiang hari..





**note**abaikan gambar background dibelakang..
**macam terencat je kan gambar2 tersebut... kau adooo???
p/s : CD Owner, mak nak resepi nasi dagang.. Mak nak yang complete gituuu.. dan mak nak resepi yang sedap.. jangan 'sabo' mak occayy!!


6 comments:

MarlissaMusa said...

wes ilot,
gambar last sekali tu..ewah..sesuatuh okaky!

monstorious wife said...

mar : sesuatuh apanya uolllss??
sesuatuhla uolls nih...

Anonymous said...

Kenapa perlu bergambar sedemikian rupa? Mesti tengah tengok sawang2 kat atas bumbung..ala aku kenal ko, memang malas nak buang sawang. konon2 spiderwoman la tu....gambar laptop aku takleh nak publish. sebb die tak nak bergambar. Resepi....ala malas aaa, nanti ko alter. ko bab2 alter ni pandai sampai muffin pun jadi bengkang....

CD Owner

monstorious wife said...

heloooo..tu rumah mak aku tau.. mana ada sawang.. rumah aku kat mantin banyakla.. **larikkk!

eleeh...kedekut resepi la tuh sebenarnya..! kejilah!!

Anonymous said...

Amik resepi ni.

Nasi Dagang

1 pot beras pulut
4 pot beras siam
1 mangkuk santan cair (ni cair sangat tau)
1 mangkuk pati santan yg dibancuh dgn sedikit garam
1 sudu kecik halba (ko kan tak kenal sudu teh ngan sudu makan)
1 ibu jari halia dihiris halus
3-4 ulas bawang merah dihiris halus

Cara masak nasi...(leceh tau utk ko).

Campurkan beras, basuh dan rendam semalaman. Panaskan pengukus. Kukus beras tu sampai masak. Make sure masak kalau tak nanti cepat basi. Angkat, masukkan dlm bekas gaulkan dgn santan cair. Lepas tu masukkan dalam pengukus balik, kukus dlm 20-30 min. Pastu keluarkan dan masukkan dlm bekas yg ko dah tabur halba, bawang ngan halia kat dlm bekas tu. Campurkan pati santan dan godak. Sedia utk dimakan dgn lauk kesukaan.

Gulai darat(ikan)

1 ekor ikan tongkol}
garam }rebus dan biar 1 malam.
asam keping}
air sampai tenggelam ikan}
3 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar cili blend (optional)
*3 ulas bawang merah
*1 hiris halia
*1 ulas bawang putih
1 mangkuk pati santan (1 bijik kelapa)
gula ikut suka.

Cara nak masak gulai..

Bahan * ditumbuk dan dicampurkan dgn rempah kari. Jadikan pes. Gelegakkan santan. Bila dah pecah minyak sikit masukkan cili blend. Masukkan pes rempah. Pastu masukkan ikan yg direbus semalaman tu dgn air rebusan tu sekali termasuk asam kat dlm tu jugak. Agak2la kalau nak cair masuk air rebusan tu semua. Kalau nak pekat secukupnya la. Pastu bubuh gula. biasanya gula merah tapi kat sini aku pakai gula pasir je. Garam tak payah pasal air rebusan tu dah masin. Masak sampai pekat. Dah siap boleh makan ngan nasi. Pastu hidang ngan acar timun. Ko tau camner nak buat takyah aku bagitau camner. Tapi acar timun ni takde nenas. Jgn nak memandai2 alter.

# Dlm gulai tu last sekali bubuh la belimbing buluh kalau ada dgn cili hijau kalau ada. Kalau ko nak masak jgn ajak aisar. Die tak suka makan nasi dagang. Ikan tu pulak, kalau ko tak suka tongkol ko ganti dgn ikan kembung. Tongkolkan banyak darah. Pastu waktu masuk ikan dlm gulai jgn la kacau selalu sebb dah rebus takut hancur. Aku exaggerate je kene biar semalaman. Itu resepi asal. 3-4 jam dah cukup utk ikan. Beras at least 6 hours. Ok buat pastu amik gambar update kat blog.

Sekian...CD Owner.

Anonymous said...

Rebus ikan tu sampai masak je. Bukan sampai satu malam. Habis gas rumah ko. Pastu biar ikan tu terendam for a few hours. Bagi rasa asam dan garam tu masuk dalam ikan.

Cd Owner..............

iklan