Wednesday, September 14, 2016

Bila sv dh naik cuti.

Hi uolsss. Selamat hari raya aidladha...

Akak mengantokss so akak update blog.

Sv akak dh habis cuti. So isnin dia dh masuk opis. And isnin tu raya haji. So, tak payah berangan nak raya sangat lah.

Boleh je cakap dgn dia, isnin tu nak celebrate Eid. Tapi sbb dia cuti sebulan lebih, akak banyak tercicir. Skype pun susah sbb x boleh nak tunjuk and dia x nampak apa yg aku maksudkan. So lebih baik jumpa face to face.

So meeting isnin mula2 dia kata nak discuss paper yang kena reject tu. Akak dah alter balik and add some results. So dia check balik just incase.

So sit dgn dia kat opis check balik paper tu kot2 ada typo atau tetinggal ref ke apa ke.

Then dia suh amek laptop akak kat meja and panggil 2nd sv.

Tetiba dia suh present thesis aku kat 2nd sv. Whattttt???

I'm not prepare for this..

Thank god, disaat akak rajin akak dah karang sikit2 thesis berserta outline. Akak masukkan ada result sikit. Some introduction. Kau bayangkan kalau masa tu aku x buat pape... Memang confirm kena maki..
Tu pon masa summer dia dh marah akak sbb slow buat kerja. **nangis**. Dia cakap 'Faz, please take more initiative toward your PhD'..... Akak huhuhuhu lepas baca message dia.

So akak pun present kat 2nd sv. So dia happy la sbb akak dh start draft outline and writing sikit2.
Lepas tu discuss pasal project pulak. Sbb skrg untuk result sahaja dah ada 3 chapter. Sv suggest lepas ni move to MIMO system then writing. Lps tu akak request 'Can we add 2 or 3 chapter for MIMO'

Sebab MIMO system ni important uols. I think with MIMO ni banyak benda akak boleh buat after PhD. And banyak system pakai MIMO. So it will help me later in work.

Sv akak replied ' When do you want to graduate?'

Akak cakap ' My fund will be end on August 2017'

Sv akak cakap ' So the time is ticking Faz, (dia panggil akak Faz) You dont have time for that.'

Reality check. Graduate on time is my priority for now. So angan2 mat jenin nak buat MIMO banyak2 tu kau rentikanlah.

Lps tu dia cakap, kalau akak rajin and you need help from your husband as well during writing. Make sure he understand your situation. Sbb akak ckp x boleh nak extend. And dia pun x prefer aku writing kat Malaysia sbb nanti lambat. At the end, dia kata boleh je writing habiskan next year. Tapi dia x boleh janji bila viva sbb dia kena check schedule examiner tu.

Last skali dia cakap, I have few ideas after you graduate. I'll give you some ideas and you will write a paper and add my name on it, because I'm old, so I dont want to write too many.

Bukan tua sgt pun dia. Baru 40's.

So, tu la cerita Phd akak. On that day akak habis meeting pukul 8pm. So tak beraya lah pun. But I dont mind pun, bukan nak raya sgt pun.
Akak perasa satu benda ni ialah, aku suka kalau ada meeting dengan sv sbb aku boleh tunjuk progress and dia boleh bagi feddback. So lps meeting mesti happy.

So adik2 yang nak buat phd jangan takut meeting dgn sv.

Sekian update cerita phd saya. Akak saja tulis supaya bersemangat sikit. Yela, akak pun kalau dah rajin terlebih rajin. Kalau dah malas memang pemalas nak mamposs.

Lepas tu balik kena marah dgn sv sebab tertinggal ||....|| . Dia kata 'Please be careful with notation'
**nangis lagi. T_T

Bye.

Friday, September 9, 2016

Bebudak wechat

Korang tau kan banyak parody pasal budak2 wechat kat ig.

Kekdahnya uolss.. Akak pun suka typo okeh. Pastu aku malas nak proofread writing sendiri, baik kat ig ke fb ke blog ke kalau kau jumpa typo kau maafkan je lah. Kau anggap je jari akak dh gemok. Kalau tak pun kau komen je, 'Akak, salah eja tu'
Nanti akak betulkan.
Seriously bila aku baca balik ig sendiri, omg! banyaknya typo. Hahahaha. Sv aku pun kompen suh check betul2 grammar and spelling.

Btw, akak sebenarnya nak karang entry cuti2 pegi Liverpool and Manchester. Tapi akak rasa, akak malas nak transfer gambar. Kau adoooo mcm ni??

Sebenarnya tu percutian Adhoc, actual plan summer nak pegi Port Cornwall. Tapi disebabkan akak xde masa. Sebab pegi sana 6 jam drive atau naik train 9 jam from Lincoln. So akak lupakan jelah cita2 tu. Mula2 ingatkan nak kejar submission paper 31/8, tapi editor tersebut kekwat tak bagi extend deadline submission. Sv akak kata xpelah, kita hantar kat paper lain je. So, akak pun pegilah cuti sehari ke Liverpool and Manchester. Dalam dok cuti kau teringat kerja menimbun tak siap. So, akak amek bilik hotel yg memang provide wifi. Saja book hotel uols sbb dah lama tak bawak anak2 cuti tido hotel. Last setahun lepas kat Brighton. Akak tak sedap hati nak cuti lama2. Nanti sv aku carik. So sewa semalam je. Lokasi hotel kat Old Trafford sbb laki aku minat Manchester United.

Malam2 anak tido kena bukak Latex. Sambil makan Aljazeera. Serious weh kenapa sedap sgt nasik dia??

Nanti akak sambung ye.

Thursday, September 8, 2016

Membesarkan anak dizaman moden.

Uollss.. Baca tak kes sexual abuse di satu tahfix terkenal baru2 ni?
Actually kalau ikutkan skrg ni banyak awareness pasal kes bully kanak, sexual abuse/molested.
Kadang2 yang buat tu adalah keluarga sendiri memang jilake!

Kau yang sepatutnya melindungi kanak2 tu tapi kau yang musnahkan hidup dia. Akak ni baca sakit hati aku okeh.

So sebagai emak atau ibu sedara atau jiran atau guru, kalau ada kanak2 report atau mengadu mcm2 tolonglah percaya. Dan buat tindakan selanjutnya. Tolong jangan diamkan sebab kau malu atau kau sayangkan binatang tu.

Dan kepada emak yang anak dia membuli/pukul anak org lain, jangan nak bela anak kau sangat ye. Memang kdg2 anak kat rumah pijak semut tak mati. Tapi kat sekolah dia buli budak lain.

So akak risau dengan Pahat sebab dia tu lembik. Sikit2 nangis. Kat uk ni xde masalahlah sebab cikgu mmg sentiasa ada dengan diorg. Time rehat pun dlm dewan semua mkn ramai2, lepas tu ramai2 masuk kelas balik. Lagipun kalau ada anak orang yang suka main tolak2 nanti cikgu panggil mak bapak suh bgtau/ajar anak no pushing.

Akak ajar la Pahat. Jangan bagi orang touch your body, your p***s, your b*tt. If anyone touch you in that area, shout 'Nooooo!'. And tell ibu if anyone ever do that to you.

He seems to understand. And the next day adik dia tertendang kelengkang dia, dia terus jerit 'Noooo'. Pastu bgtau mak 'Ibuuuu...adik kick my pe**s'
Haha. lepas tu akak bgtau dia, 'Farhat, only adik, ayah and ibu can touch you ok. Anyonelse cant'

So far dia faham tapi dia tak tau la kenapa tak boleh sentuh.

And lagi satu, disebabkan skrg kat youtube pun banyak kartun2 merepek. Maksud akak kartun tu actually untuk budak2 tapi diorg ubah jadi video dewasa. Ni mcm bangang and xde kerja sangat ke nak buat???. So akak memang stop bg phone kat Farhat. Sbb nanti dia bukak youtube, dia bukan reti baca sgt. Dia just click suggestion video tu and will lead to video ntah hapa2 jugak kadang2. So skrg ni akak just bg dia tgk Cbeebies TV. Ni tv education untuk kanak2. Kdg2 ada drama kanak2. Kdg2 ada kartun. Rancangan dia stop pukul 6.50pm. Lepas tu dia suh budak2 tido.

Seriously akak rasa takut nak membesarkan anak dizaman moden ni. Sebab dengan internet tu mcm2 benda boleh diaccess. Ni pun mujur Pahat x reti membaca lagi sgt. Kalau takkk tak tau la apa digooglenya.

Balik malaysia lg aku risau mcm2 kes bully mak baca skrg.

Monday, September 5, 2016

Farhat lari dari rumah.

Uolss semalam kesnya ni.

Akak ckp kat Farhat, ' Farhat do you want to meet Rayyan?' Rayyan tu anak kwn akak kat sini. Sebaya Farhat.
So Farhat cakap, Yes!

Akak pun suh dia tukar baju and seluar. Sementara akak siapkan adik dia and tukar baju akak jugak. Dia dah siap2 dia turun bawah. Pastu dia cakap,

'Ibuu..I want to run faster!'

Akak jerit dari atas. 'No Farhat, You can walk slowly'

Pastu akak dengar bunyi pintu. Akak cakap, 'Farhat, jangan main pintu'.

Sebab dia suka main pintu tengah tu kedegang kedegang bunyi.

Akak pun sambung la siapkan adik dia sambil borak2 dengan Mohd Rafi.

Pastu turun bawah panggil2 Farhat tengok dah xde. Pastu kunci rumah kat tombol pintu!. Omg!! dia keluar rumah sendiri.

Terus akak jerit panggil Mohd Rafi. Laki akak terus lari keluar rumah cari. Pastu dia patah balik amek basikal sbb lagi senang nak cari.

Akak angkut Farha masuk stroler pegi carik Farhat jugak.

Sampai sungai jumpa Mohd Rafi. Akak nih dah mcm hapa okeh anak hilang!. Pastu Mohd Rafi cakap dia jumpa Farhat kat simpang sungai. Dalam 1km dari rumah akak. Memang otw ke rumah kawan akak tu. Mohd Rafi hantar dia pegi tempat kawan akak tu.

Nasib baik la jumpa dia. Risau akak. Padahal pintu rumah tu berkunci. Dia pegi amek kunci bukak sendiri. Sabo je lah mak kau.. Emak dah mcm nak gugur jantung anak hilang. Nasib baik dijumpai.

Lepass tu kitorg tak gantung dah kunci tempat biasa. Akak simpan dlm beg. Kang dia pandai2 amek kunci keluar rumah lagi. Bahaya!!

Thursday, September 1, 2016

Kesedihan seorang ibu.

Uollsss..

Masa raya aritu akak sepupu iaitu Kak Semah bgtau yang anak dia suspected cancer. Masa tu akak berdoa semoga bukan cancer, sbb diorg still tengah tggu result lab dari hospital Sultanah Aminah JB.

Minggu lepas anak dia admitted. Menurut adik akak bagitau, cancer mata tahap 4, dah merebak ke otak. Ya allahh... akak terus nangis masa adik akak cerita. Kesiann sgt uols. Doctor pun dah tak boleh Kimo sbb badan dia terlalu lemah. Kurus sangat sekrang. Kalau nak ikutkan budaknya comel sangat. Muka ala2 korea. Baru darjah 5.

Sebenarnya dia lahir memang ada masalah dengan mata. Mata sebelah kanan dia memang rosak. Jadi memang selalu operate mata. Doctor masukkan mata palsu supaya nampak ada mata. Beberapa tahun sekali dia kena tukar mata palsu tu sebab bila besar kelonsong mata turut besar, so kena operate masuk mata palsu lain. Tapi tak sangka lama2 jadi cancer.

Bayangkan uolss akak pun nangis inikan pulak mak bapak dia. Mesti lah lagi sedih. Kak semah and husband dia berniaga kantin kilang. So memang tak boleh cuti. Jadi sekarang Kak semah buat semua sorang2 kat kantin kilang tu, husband dia jaga anak kat hospital. Yelah, kalau cuti mana ada pendapatan uols. Anak2 lain pun nak makan juga. Rumah nak kena bayar, bils lagi.

So, akak tak mintak banyak. Tolong doakan semoga keluarga Kak semah tabah. Semoga anak dia dapat bertahan dan melawan penyakit dia.
Aminnnn

p/s : Akak nak ucapkan Good Luck kat Arni yang viva Phd esok.. Jiayoo!!!

iklan