Wednesday, June 1, 2016

Jalan2 cuti sekolah. To York and Leeds

Hi uolssss..

Minggu ni cuti sekolah. So kitorg pun bawak la anak2 berjalan. (mak bapak yang lebih berjalan). Disebabkan Mohd Rafi kerja weekend, jadi, kitorg boleh jalan time weekdays sahajork. Isnin bank holiday memang cuti. Sebenarnya nak jalan isnin tu. Tapi car hire tutup, tak boleh sewa kereta. So kitorg book kereta selasa. Pandai2 je kan padahal aku tak cuti punn.

Next, apa perlu kau buat??? Yessss, kau kena mintak cuti dengan SV.

Nasib baik Sv akak bg cuti. Hahaha. Tapi kena siapkan report dulu. Tu ayat atas2 sebelum tu akak xde la nak capture. So to make it up cuti akak hari selasa. Ahad isnin akak siapkan kerja. Send report pastu legaaaa.

Kitorg sewa kereta kat Hertz for 1 day je. Gbp22.90. Dapat kereta Skoda. Pastu kereta tu semua digital. Sikit2 bunyi warning pressure tayar x sama. Aku pulak yang pressure dalam kereta tu. Nyampah. Last2 kitorg off kan je lah. Nyampah pulak sikit2 bunyi 'ting!..ting!'

Dengan kereta dengan pompuan samseng ni. Keje dia asyik makannnn je. Kalau tak makan nanti dia sibuk nak lepaskan diri dari carseat tu. Sorry eh, kau nangis ke kau meraung2 ke, kau duduk dalam carseat tu. Kang emak kena saman satu hal pulak.

Kitorang pegi York sbb ada ex-student akak kat sana iaitu Nya. So dtg la melawat York. Tapi cuaca tak elok sgt, so xde gambar pun kat York. Lagi satu kat York sibuk buat apa???
Yeayyy...Shopping kat outlet. Hahahaha.

Kebetulan Nike ada extra sale 30% off everything. So akak beli kasut akak and kasut Pahat.
Kasut akak ni Gbp12 sahajork. Lepas tu akak beli pisau Tefal. Beli pnggan. Beli undies M&S dan sebagainya... haha

Lepas tu akak pi Leeds pulak.
Tengah nak cari Parking.

Sebenarnya pegi Leeds sebab nak makan. Sebab kat sini banyak makanan Halal. So igt nak carik kedai arab ke. Kitorg try la pegi Zam Zam restaurant. Tengok2 menu makanan indian. Sama je dgn menu kedai Mohd Rafi kerja. So, tak jadi lah makan kat situ. Untuk pengetahuan uolss, hakak ni dh tak selera tengok kari2 ni semua. Chicken bhuna ke beriani ke balti ke..... Mohd Rafi kerja hari2 bawak balik makanan, dah x larat dh makan makanan indian.


So jalan2 kejap kat Leeds city centre. Pastu pegi KFC halal.

Biasala kann pegi KFC sebab nak makan spicy wing dia. Feveret okeh. Lepas makan dah kenyang. Hakak balik lah. hahahaha

Time ni actually dah pukul 8. tapi kan summer so cerah lagi lah.

Leeds to Lincoln dalam 1jam 20 menet je. So next time boleh dtg lagi sebab Leeds bandar besar byk kedai oreintal and halal so boleh la stock up.

Btw, minyak dari Lincoln to York to Leeds to Lincoln adalah Gp20 sahajork. (Jgn convert okeh ikut brp diorg earn).

Next, summer sale kang dtg lagi York shopping kasut untuk anak sedara pulak. Kemain lagi main order2 eh.

Wednesday, May 25, 2016

Stuck!!

Sv tanya dah start write thesis ke belom? Jawapannya belom

So 2 3 hari ni akak tryla tulis jugak based on paper yg kitorg dah tulis (belom accepted lagi- dah dekat 3 bulan oiiii). At the end aku xde idea nak tulis apa. Sv kata boleh copy paste semua ayat dalam tu. Tapi akak rasa bersalah pulak sebab ayat dalam paper tu kebanyakan ayat dia. Lepas tu mcm rasa bukan kerja sendiri. Aku terus pening.

Conference abstract dah submitted jugak. Ini akak prepare mula2. Lepas tu abes semua merah2. Lepas tu kan dia suruh masuk bilik dia tengok mcm mana dia tulis. Dia kata dia pun belajar dr sv dia dulu. So this time, akak kena belajar dari dia.

Pahat hari2 mintak spiderman bike.
'Ibuuuuu.. I want spiderman bike, pleaseeeeeeee...pleaseeeee...pleaseeeeee'
Lepas tu akak borak2 dengan Mohd Rafi, 'Nanti kita cari basikal kat carboot or charity pastu beli stiker spiderman tampal'
Pastu Pahat cakap 'I dont want spiderman sticker. I want spiderman bike'

Tunggu la nak oiiiii.. Tunggu elaun mara ibu masukkkk...

Macam ni eh perasaan emak2 bila anak mintak barang hari2. Pahat jarang la mintak barang. Selalu dia mintak pastu kita cakap xde, dia xde la mintak lagi. Tapi basikal spiderman ni dia betul2 nak sbb hari2 dia mintak. Tak sampai hati pulak nak cakap tak boleh kann.

So kitorg cakap je lah. 'I'll buy it for you later ok?'

Btw uolss... akak nak start diet sbb terperanjat timbang berat sendiri. So plan akak ialah amek heavy breakfast. Lunch makan lite2 sahajork seperti buah atau salad. Dinner pukul 4 atau 5. Lepas tu jangan makan dah. Plan tu plan lah kannn... Kekdahnya kau tu suka hot2 chicken shit. Haha.

Monday, May 23, 2016

Folding stand mixer.

Macam biasa sementara tunggu sv bg comment marilah akak membazir masa.

Akak kan suka fefeeling window shopping. Konsepnya TENGOK tapi belinya NAN HADO!.

So akak tersuka pulak folding stand mixer ni.

Bila lipat jadi mcm ni,


Tu set dia. Sekali dengan stanless steel bowl tu.
Cantik pulak tu color merah.

Harga dia sekarang yg merah ni Gbp49.99 tp 3.5littre jah la tak la besar sgt.
Ok bye, sv dh panggil.

Gemok....

Uols tau kan hakak pakai implant kat lengan as family planning. Sebab akak nak habiskan PhD akak dulu uolss..Lagipun akak ni tak rajin and suka hot2 chicken shit makan pils. Nak buat BBT mcm Shilla pun akak malas sbb akak kan suka hot2 chicken shit. So natijahnya kau pasang jah implant.

First 2 3 months memang period datang tiap2 bulan. Lepas tu period akak tak datang. Lepas tu akak dok check upt la jugak just in case kannn. Sbb keberkesanan implant tu 99% so ada 1% chances tu jugak. Tapi dah 5 kali aku check nan hado.Jadi di sini hormonce imbalance lalu menjadi punca pertambahan berat badan hakak. Sekarang 60kg okeh. Pitammm hakak. So akak nak diet, nak achieve berat 50kg. gituuuuuu. Masa zaman belum ada anak berat tak pernah cecah 50kg. Dah 30's berat tak pernah below 50kg. Matilahh nakkkk

Lagi satu punca penambahan berat aku ialah Mohd Rafi... hari2 dok ajak makan pukul 10pm. Akak kuasa nak layan.

Pahat skrg sangat independent. Dia nak makan apa2 dia amek sendiri. Nanti malam2 dengar dia turun bawah pi dapur makan cereal dgn susu. Kadang geledah almari makan coklat la hapa lah. Semalam dia tiba2 cakap.
'Ibuuu..I want a bike.... I want spiderman bike'

Eh..eh...tetiba nak basikal. Tunggu lah emak kaya ke apak kaya ke...

Btw, Mohd Rafi dah tukar kerja. Skrg dia kerja dengan restaurant india pulak. Gaji lebih Gbp10. Sebabnya boss lama tu asyik short bagi gaji je. Kata tak cukup duit and untung tak banyak minggu tu. Lepas tu kerja semua dia buat. Kat restaurant baru ni kerja relax sikit. Boss lama dia tak bagi berenti. Suh berenti lepas ramadhan, lepas tu ayat dia, kita muslim kena tolong sesama muslim.
Cantik muka dia kannnnn???
Lepas tu kata nak naikkan gaji Mohd Rafi. Tapi laki akak kata gaji skrg pun dia bayar short, lagilah nak naikkan gaji.

Actually Boss baru dia ni kenal dgn Boss lama. Ala2 sedara gituuu. Bos lama dia siap telepon Bos baru tya dia ke yg offer kerja kat Mohd Rafi?... Matilah berebut.

Kan akak cakap, species diorg ni mana2 pun sama je....

Oklah. Akak rasa akak nak pegi buat coffee. Ngantukssss!

Bye.

Wednesday, May 18, 2016

Dining out

Bukan selalu dapat makan kat luar. Semalam, balik opis Mohd Rafi suh tunggu kat town je sbb nak beli groceries. So akak ok jah. Pastu dia ajak makan kat The Place. Akak cakap, 'Tak yah la, beli je kuey tiaw I masak kat rumah lagi jimat'
Pastu si Pahat berbunyi, "Ayahh, Pahat nk makan nasi kat situ...'

Ha... bila anak mintak tak sampai hati kannn? So makan la kat situ. Bukan selalu okeh dpt makan kat luat sebab kat Lincoln ni limited la kedai yg kita boleh makan. Balik2 order justeat.co.uk burger, kebab atau pizza. Bosan gila eh. Takde ke jual nasik2..

So kitorg order egg fried rice and feveret akak iaitu malaysian style seafood ho fun (kuey tiaw goreng seafood).

Untuk pengetahuan uolss semalamnya akak baru je masak nasik goreng, si Pahat tu eksen okeh tak nak makan. Si kecik samseng Farha tu pon tak nak makan. Siap cakap 'No...no..no'. Dia pandai cakap sikit2 sekarang okeh.

Kat kedai tu kitorg order nasi goreng telur bodo gitu je okeh dengan lahapnya dia makan. Gerammm je emak tengok.

Mohd Rafi mcm biasa tukang layan Farha. Dia ni pantang nampak ayah dia asyik nak suh pegang je. Kalau abang dia dekat2 dengan ayah dia tak bagi okeh. Suh tepi...'Pi...piiiii'
Kemain lagi ko eh? So abang dia terpaksa meminta simpati dengan emak. So dia cakap;
'Farhat like ibu, adik like ayah'

Gituuuuuu...

Kesimpulannya budak2 tu gembira sesekali dapat makan luar. Sebab kitorg memang jarang makan kat luar. Last rasanya bulan 2 masa kat Momos, Birm. Lps tu banyak order kat justeat.co.uk jah.


iklan