Friday, January 1, 2016

Christmas holiday.

Apakah aktivity akak semasa cuti christmas??

Akak jadi personal shopper okeh.

Seronok nyah jd personal shopper ala2 kau shopping untuk diri sendiri padahal kau tak beli.

Sebenarnya adik beradik hakak kirim barang. Tapi kotak shipping tu besar kekdahnya. So akak amek order orang lain jugak.

Paling menggila shopping kat mothercare. Lepas tu 40 kali lah aku pegi mothercare tu. Matilahhh. Lagi satu dok ulang alik boots beli set perfume. Total dekat 20 boxes aku belikan ORANG. Paling best disamping ittew akak dapat mengumpul boots point. Hahaha. Cukup untuk beli perfume seketol points Boots.

Lepas tu pi GAP pulak. Pitammmm. Tshirt Gbp3 sahajork. Murs2. Tapi belikan orang jugak.

Hasil shopping akak hanyalah beli baju pahat n farha. Untuk diri sendiri nan hado. Xde budget.

1st day boxing day sale and 2nd day.

Akak pi bandar jalan kaki sahajork sbb tu yg gigih tu.
Tapi sekarang akak dah insaf. Akak dh x amek order ya kecuali online. Sv aku dh upload segala paper kat dropbox. Masa utk insaf.

Akak x de amek untung sangat cuma amek cost shipping je sbb just nk penuhkan kotak jah.

Paling best yg dh tau nak beli apa. Diorg just bg gambar, akak cari and quote harga. Akak suka!!
Tak payah gi kedai snap2 lepas tu hantar banyak2 gbr. Dengan adik beradik akak, akak dh tau taste diorg so akak amek gbr mana yg diorg rasa nak je. Taste org lain hakak tak tau.

All in all, akak rasa fun jadi personal shopper. Tunggu boxing day sale ditahun depan puiler..

Bye. Happy new year!

Monday, December 21, 2015

Tak busy tapi malas.

Ampunnn uolss, x sangka ada lagi peminat blog hakak. Akak baru lepas hantar report. Nak christmas ni kann kenalah gigih sikit lepas tu kan nak cuti.

Sebenarnya boleh je buat hari jumaat sabtu tapi akak xde mood nak menulis report. Nampak tak?? nampak tak?? Adik2 nak buat phd jangan tiru mcm akak. Akak suka2 bagi cuti untuk diri sendiri. Kau adoooo???

Tapi kan sebenarnya selagi kau x siapkan kerja otak kau dok fikir je, 'aku ada kerja lagi tak siap'.. tapi kau ala2 ignore signal tu dan mengelim karipap. Hahahahaha

Tu project akak 2 hari lepas iaitu experiment karipap pusing.

Mula2 tak jadi. Esoknya akak gigih lagi menguli dan mengelim. Usaha tangga kejayaan atau nama hipsternya dongibab.

Gambar Farha jadi model background. Dia tengah makan karipap la tu.Kali ni jadi la jugakkkk walaupon x berapa flaky sangat. Menurut resepi google kebanyakannya guna vegetable shortening. Akak sepupu akak yg berniaga kueh pun suggest guna vege shortening. Tapi akak x koser nak keluar pi kedai sejuk2. Lagipon aku malas jalan kaki, bolehhhhh??

Mula2 nak bagi sv try. Tapi nanti sv kau cakap. Ni rupanya kerja kau hantar report lambat??
Haaaaaa. So kau lupakan jahhhhhh

Btw, nak christmas ni pening okeh nk bagi sv hadiah christmas. Google suggested bagi wine, eh harommmmmm. Lps tu bg chocolate, oh boringnyaaa. 3rd, home baked good, kekdahnya oven aku antik koserrr aku nak layan. Setelah seharian berjalan sekitar bandar lincoln. Penatt hokeh akak kehulu kehilir. Last2 akak beli travel mug flask jenama thermos. Within budget lagi. Reason behind the travel mug purchase is my sv drink coffee everyday and dia selalu komplen coffee dia gone cold and taste like crap. So hopefully dia guna lah hadiah murahan akak tu.

Ikhlas dari hati gittewwww.

Sebenarnya hakak nk upload gambar chrismas play pahat. Nak bgtau jugak Farha dah setahun bulan lepas. Haha. Juga birthday akak minggu lepas. Matilah semua dah lepas.

Masa birthday akak tu akak ada meeting dengan sv, balik singgah iceland beli kek chocolate Gbp2. Sumpah sedap kek tu. Pastu akak paksa Pahat nyanyi lagu Happy Birthday Ibuuuuuu. Lepas tu baru boleh makan kek.
Esoknya nak makan kek lagi paksa Pahat nyanyi lagi Happy Birthday Ibuuuuu. Matilahhh nakkkkk. Tunggu Farha dah pandai cakap nanti Farha pon aku paksa nyanyi lagu Happy Birthday Ibuuuu....

Hadiah? Dah kertu tak payah nak hadiah2 sangat!!

Merry Christmas!!


Friday, December 4, 2015

Tiada input.

HAri isnin, ada loooongggg meeting dgn sv. So dia siap draftkan 3 paper. Optomistic sgts sv akak!. Meeting dr pkl 3 sampai 8malam. Kau ado. Akak dh x masuk dh apa dia cakap tu. H2 norm Hinfinty norm, kejadah semua tu. Lepas tu akak ckp nnt balik akak baca balik

Selasa, ada one new phd malaysian student datang. Dia akan duduk rumah akak sementara dpt rumah. So I spent 1 whole day showing her around lincoln and university. So, x productive.

Rabu, pi opis, just baca paper sahajork sebagai pemahaman. Kekdahnya agak dh tua, dh slow nak pick up. So x sentuh matlab. Yg aku baca tu pun kira basic. matilah nakkkk

Khamis, ada budak2 ni nak makan asam pedas. Lalu akak panggil sekali budak2 lain dtg makan. So haroslah kau x buat apa2 pasal research.

Jumaat, akak, mohd rafi n farhah kena sakit perut. cirit birit. muntah2. Tak tau kitorg mkn apa semalam. Yg penting semua lauk semalam tu mmg baru je masak. Cuma akak n mohd rafi makan nasi yg dh lama, 2 hari. selalu ok je uollss sbb winter ni mmg nasi lambat basi. And then akak n mohd rafi xde selera nk mkan dan terjelepuk atas katil.

Memang matilah haku next week meeting xde update langsung!!! matilaaaa matilaaaa

Sunday, November 29, 2015

Busier is good??

Last week, memang minggu paling busy. Aku nak lunch pun x sempat. Padahal nak makan bekal bawak dari rumah je. Takde konsep lunch kau nak keluar pegi makan. Makan depan opis jah. Makan dalam opis kang omputeh jeling2 hakak.

Aritu akak bawak nasik lemak makan depan opis sekali bukak bau 1 floor. Terosss akak tutup balik. Esoknya bawak sandwich jah.

Last week sv akak kejar hari2 ya. Dia panggil meeting pagi, lepas tu dia suh buat kerja, afternoon dia kata dia nak tengok. Kau x kelam kabut???

Lepas tu balik rumah pukul 6 atau 7 camtu, masok la email dr sv bertimpa timpa. Balik rumah Farha pun dah tido. Kesian pulak dia, emak xde masa sgt dgn dia. Biasanya pagi akak hantar Pahat pegi sekolah. Lepas tu masak laju2 utk farha n Mohd Rafi.

Lepas tu pi opis. Sambil berdoa janganla terserempak dengan sv. Kalau terserempak, 'Fazilah, can we meet another...10 minutes?'

Heh. lalu kau masok opis, laju2 bukak laptop dan update cepat2 kerja semalam.

Tapi...walaupon akak stress, tapi akak happy. Sebab akak nampak progress kerja akak. Seriously I couldn't get any better sv than my sv now. Akak sgt2 terhutang budi la kat sv sekarang ni. Kalau akak dah grad nanti, I'm gonna miss him. Haaaaa.....

Wah fefeling grad kannnn??

Kami tgh tulis 1 paper. Target publish January, Akak berdoa sangat paper tu will be accepted. Akak jugak nak sign up for academic writing class kat sini sebab academic writing akak mengikut komen sv and my 2nd sv adalah laharrr!. Grammar tunggang langgang!

Actually arini hari sabtu. Supervisor akak email sebanyak 7kali. 1 email je akak reply sebab weekend Mohd Rafi kerja, memang susah nak bukak laptop sambil jaga dua orang ni. Pahat tu xpe. Yang si Farha tu bahaya, sebab kerja dia mengutipppp je apa2 ada kat lantai dan makan. Lepas tu nanti gaduh dengan abang dia. Pening pulak kepala hotak aku.

Lagipun, weekend time dengan anak2 and masa rehatkan otak. Matilah esok sv aku email lagi. Tapi sebenarnya akak plan nak buat malam ni time anak2 tido, instead aku berblogging. Larikkkkkk!!

Jangan kecam akak. Lepas ni akak nak tido puiler sbb akak malas.

Thursday, November 19, 2015

sv saya yang gigih

Sorry. Akak busy uolssss. Kat opis x boleh nak bermedia sosial. Balik rumah kau jgn harap nak pegang laptop. Si kecik tu kerja dia nak meleset je.

Well postgrad opis kat Lincoln ni adalah see through. So does lecturer's offices. So kau boleh nampak dari luar ada sapa dalam opis tu. Berani kau tak datang opis??. Sv pulak memang jenis rajin sangat lah disini. Kejap2 datang jumpa student. Tetiba dia feeling2 free dia masuk bilik panggil meeting.
Bagus jugak sebab senang ko nak cari sv kau. Tp kekdahnya x sempat siapkan task semalam arini dah masuk tanya progress. Pitammmm.

Utk pengetahuan uols post ni dh save berminggu tp update sikit2. Matilah nakkkk.
Nak citer pasal meeting dgn sv. 1st. Kena prepare semua benda dia suruh buat. Else dia suruh kau duduk kat bilik dia buat sampai siap. At the end of the day dia yang buat programming tu. 2nd. Jangan buat programming panjang. Dia x suka. Buat simple n automatic. 3rd. Setiap kali jumpa dia akan tanya. Fazilah, do you want to see me? . Kau rasa apa kau kena jawab?? Kalau kau jawab no maksudnya dh terer sgt kah kau buat research sampai xde benda nak disscuss? So always have something in mind to discuss.

Well td meeting dari pkl 10 sampai 12. Then sambung pkl 3 sampai 5. Biasa meeting kitorg memang lama. Sebab student dia akak sorang jah. Actually dia pun busy sbb dia director of research. Selalu je ada meeting back to back dengan school lah, tesco la. Tp bila tak meeting dia panggil la hakak masuk bilik dia. Memang style sv kat Lincoln ni mcm tu. Panggil meeting on the spot. So kau kena ada dlm bilik tu. Well, akak telah membuat janji2 manis yang too ambitious utk hantar report by friday. Tp sv akak kata, ok. Send report no later than Sunday.

Sapa2 suka control system. Nak cari sv. Memang akak cdgkan sv akak ni. Sangat2 helpful. Kau tanya soalan basic mcm budak degree pun dia jawab. Tapi lepas tu kau standby email kau. Bertubi tubi notes dia bagi.

2nd sv akak pompuan. Nama dia Rebecca. Dia pun baik. Tapi akak xde urusan sgt dgn dia sbb dia buat modelling. Akak punya part modelling x sampai situ lagi. Dia ada cakap jugak, Argy*** keep you busy.

Sebagai phd student. Busy is good. Kalau kau dah tak tau nak buat apa dan banyak masa terluang tu sama ada kau dh nak grad ataupun kau x tau nk start dari mana. Well research akak pun baru settle 1 part. Risau jugak bila nak habis experiment ni.

Actually bagus sebenarnya dapat sv yang suka push kau and strict. Banyak kes akak jumpa yg sv jenis pushy n strict, student depa semua grad awal. Well yang jenis tak tahan quit awal. Yang survive tu grad awal. Sv jenis mcm ni lagi bagus dari sv yang jenis biarr je kau nak buat apa. Semua kau decide. Unless kau hebat and tau apa kau nak buat, memang susah sbb xde guidance.

Nampak tak akak merepek ke phd talk mcm good good je. Akak pun x grad lg dik nonnn. One thing about phd ni ialah nak result cepat kena rajin. Kalau uols malas mcm akak, cr sv yang garang dan pushy. Biarlah kau stress depress 3 tahun asalkan grad cepat.

See you when i see you.

iklan