Tuesday, March 25, 2014

Berakhirkah?

Malam ini Pm umumkan pencarian MH370 berakhir di lautan hindi.

Takziah kepada semua family, muslim or non muslim.

Bagi yang muslim, mari kita sedekahkan alfatihah dan doakan semua mayat mereka ditemui segera. Mari kita berdoa juga supaya blackbox dpt ditemui supaya sisatan dapat disimpulkan juga dapat mengakhiri pertanyaan pihak keluarga mangsa.

Akak tumpang rasa sedih bagi pihak keluarga mangsa.

Yang media tu pulak tunggu la 2 3 hari baru interview keluarga mangsa. Sah2 la diorg tu tengah sedih. Harap dpt hormati perasaan keluarga mangsa.

Alfatihah. MH370.

Wednesday, March 19, 2014

Mak pening nyahhh!!

Kan orang kata every pregnancy is different.

Akak baru je call midwife nak book appointment.

Akak skrg ni omg, pening2 pastu ala2 tgk gambar makanan kat fb rasa muntah.

Tapi x muntah pon. Loya sahajork.

Lepas tu ala feeling2 malas masak. Sbb akak x suka bau nasik tgh masak tu. Pastu bau goreng telur pon x suka.

Kesimpulannya akak rasa pregnancy kali ni akak sensitif dgn bau.

Lepas tu jangan kan Pahat ngada2. Laki aku pon ikut ngada2 x kuasa aku nk layan.

Akak nk hadap loya2 pening2 lagi kennn..

Oi...cepatla habes 1st trimester!!

Wednesday, March 12, 2014

Hi sawang!!

Ha, akk nak bgtau korang ni tak payah la nak percaya sangat konspirasi2 MH370 kat internet tu. Macam2 version la dok kuar, us nak rampas malaysia la, kena hijack dengan russia la.. Apa kebendanya tu??

Aiyoo uollss, lepas tu x payah dok share jugak benda bukan2 seperti kapal hilang 35 tahun tetiba mendarat... Menipu sangat. Padahal tu berita merepek dan xde bukti yang kukuh. Kat wikipedia pon nan hado. Hellooo even ko nak tulis kat wikipedia pon ko kena cited ya reference. Bukan suka2 jah. So wikipedia boleh dipercayai untuk basic knowledge. Tp kalau kau nak buat reasearch memang la x valid cited wiki as reference.

Then, akak is pregnant okeh. Akak x ingat pulak dah berapa minggu. Jap akak check baby centre.

;
;
;
;
;

okeh. 7 weeks. Due date 28oct. Kalau deliver bulan 10 sama mcm birthday pahat. Okeh jimat la duit emak buat birthday party sekali sahajork.

Mula tau sebab keluar darah 2 mggu before period. Dipanggil apa tu implantation ke apa akak lupa. Pastu 2 mggu lepas tu akak rasa loya2. Terus beli pregnancy stick. And terang lagi nyata aku pregnant.

Mula2 dpt tau pregnant akak risau. Cemana dengan phd aku ni?? Cukup ke duit ni??

Pastu lama2 redha dan alhamdulillah, rezeki kan.. Padahal kat malaysia kau try nak dpt anak punya la susah. Kat uk... ha...senang jah.

Lepas tu kan, Pahat ngengada gila. Naik tangga x nak naik sendiri. Nak dukung. Lepas tu asyik nak kena tengok dia. Duduk depan dia main. Memang harapan kau nak bawak kerja balik rumah sbb asyik nak menanguk tgk dia je.
Lepas tu lagi 1 penyakit ialah x nak pegi sekolah. Memang bercinta ya hari2 pujuk dia pegi sekolah. Padahal kat sekolah dia ok je. Bangun tido awal. Tapi dia just x nak pegi. Pagi kang dengar dia cakap,

'Nooooo!'

Pastu suruh tutup pintu bilik x bagi keluar.

Aiyoooooooo.

So far akak xde terrible morning sickness. Sama je mcm ngandungkan Pahat. Loya2 gitu je. X de pon muntah2. Alhamdulillah. Pastu dah 3 kali pregnant, (termasuk yg 1st time tu miscarriage) xde la kau nak lembik berbaringan sahajork dirumah kaedahnya. Pegi ops mcm biasa, jalan kaki naik turun bukit. Kdg2 x sedar diri lari kejar bas.

Yela,,,kalau akak dok lembik2 berbaringan sahajork memang x jd kerja. Kang berapa taun aku nak habeskan phd aku? So emak gagahkan je badan. Balik rumah memang la sakit2 badan sebab dah tua2 pregnant kannn. Tapi kena lawan la semua tu. At least kat opis datang buat kerja. Walaupon arini aku dok menaip entry blog kannn??

Elaun dah masuk. Alhamdulillah. Tapi dapat email pulak mara belum bayar yuran. Uni suruh uruskan cepat... Ada je tau!

Monday, March 3, 2014

Elaun x masuk lagi.

Yess uollsss...
Ni ha dah 3hb x masok lagi elaun. Kau mampoooo??
Ada yg dah dapat 25hb aritu. Kitorg punya ni x masok2 lagi jugak.
Dah call London, diorg kata KL yg masukkan. Nama dah ada...
Tu je la jawapan dia..
Nasib baik la sewa rumah aku ni 4 kali setahun bayar. Next month baru bayar. Kalau tak mana nak cekau duit bayar sewa??
Dan nasib baik jugak laa aku ni ada la jugak duit simpan sikit2. Kalau takat utk belanja bulan ni tu boleh la takat duit makan je..Dah la nak kurangkan elaun orang, pastu masukkan elaun pon lambat. Ntah hapa2..

Pastu preschool Pahat dah tukar new building. Building baru ni siap ada kitchen and tukang masak segala. And harga pon naikkkkk...Pitammmm!! Tapi yg bagus nya emak x payah masak lunch utk dia lagi dah. Yang emak menyampahnya pegi sekolah dia kena naik bas. Boleh la nak jalan tp kesian la kau budak kecik nak jalan2 jauh2 30menet dengan naik bukit bukau segala.
Masalahnya bukan dia jalan pon naik scooter tu. So sapa yg tarik scooter tu?
Emak kannn???
Pitammmmm...
Sudehhh...baik aku naik bas je. Free je pon.

Sunday, February 23, 2014

activity memasak dan memakan.

Akak mula2 nak ckp.
Akak kecewa chicken cottage kat Brighton dah tutup. Keji sgt. Padahal kat situ la aku tiap2 minggu beli chicken wing sedap. 12 ketul gbp5.60. Lepas tu aku melantak dengan Pahat and Mohd Rafi habes teros.

Motipp sgt diorg tutup. Akak order online kat justeat.co.uk kedai nama chick. Harammm x sedap. Dah la pemalas nak deliver sampai pintu. Suh orang turun bawah pulak amek. Dasarrrr.

Ok. Sapa2 ada resepi chicken wing goreng setaraf kfc sila lah bgtau akak.

Oh. Kat sini akak memang lah masak hari2. Tak kuasa nak pegi city centre semata2 nak makan naik bus segala. Baik aku masak. Kalau masak aku order je kat justeat.co.uk tu. Tp selection halal food x lah banyak sgt. Tapi ok je kalau kau dah xde mood nak masak sangat.

Lepas tu hari2 kena sediakan lunch box pahat so hari2 la kena masak. Yang bagusnya aku bawak bekal utk aku skali. So jimat lah.. Jimat ke hapanya kalau hari2 kau singgah Cafe beli coffee atau hot chocolate. Berantu betul Cafe tu asal lalu je mesti nak beli.

Ni adalah time rasa nak makan benda2 manes. Jd google la resepi. Chewy chocolate chip. Ni akak buat pastu gulung dalam foil bila nak buat kuarkan potong and penyekkan macam tu. Tabur choc chip atas dia.

Lepas bakar rupanya begitu lah. Oven aku xde timing. Lepas tu selalu lah lupa. Ujung2 kuar hangus.

Aritu dalam kelas. Fikir nk masak apa petang tu habes kelas. Kelas ni start pukul 2 sampai 5. Kau hado dalam kelas fikir nak makan apa?? So rasa nk makan soto. Msg Mohd Rafi.
'Kuar kan ayam. Nanti kalau pandai masak nasik lembik2. Nak buat nasi impit'

Akak balik kelas tengok dah siap dia buat. Cantik pulak tu nasik impit dia buat. Padat je. Syabas Mohd Rafi!


Lepas tu ahad yati dgn afiq dtg. Akak masak meehun goreng. Pastu Afiq pegi makan nasi goreng pagi td punya. Lapar katanya. Mee hun tu aku goreng 1 bungkus. 3 orang makan langsai sekelip mata..
Pastu buat choc molten cake. Version nigella. Resepi ni kalau malas lebihan batter boleh simpan dalam fridge. Time nak buat kuarkan dan bakar je. Akak sukaaa! Sbb akak memang ratu frozen.

Sapa nak resepi ni google je nigella molten choc cake. Memang sedap makan dengan aiskrim. Kebetulan akak ado macadamian ice cream hagen dazs, aku beli offer 1 tub gbp2.

Semalam masak mee kari pulak.

Guna la linguine ganti mee kuning. Boleh la dr takde. Ujung2 aku masak nasik buat sambal belacan. Makan dengan nasik lagi sedap.

Tu je.. Nnt akak upload gbr makanan lagi. Matilaaaaa...





iklan