Tuesday, December 10, 2013

Suprise!!

Surpriseeee!!! Suka tak? Hakak datang lagi. **pitammmm budget popular.

Busy kah akak?
Takde pon busy mana. Sempat je lagi emak bergossip dekat whatsapp group. Sempat jugak aku makan 3 kali sehari. Tido pon berlebihan.

Time ada kerja, ada lah. Time kerja dah siap hakak baca lah paper atau buat revision sikit2. Bare in mind, akak ni bukanlah rajin mana. So kalau aku kata baca paper or study tu xdelah sampai akak 12jam mengadap.

Yesss...bare in mind akak seorang yang pemalas.

Dan juga, i know i can do it if i stay focus.

Kdg2 ada benda2 yang menyebabkan focus menjadi zero malahan negative. Ala2 phase lag compensator. Seperti gambar dibawah:

Ha kannn...facebook adalah musuh seorang student. Howww??

Sv akak pulak.. Akak dah citer kan tiap2 mggu ada meeting. Tiap kali meeting akak ternganga.
What the hell bode plot pon aku tercengang2 nk buat? Dia tya aku negative arctan pon aku, whatttt?????

Yes, meeting last week 4 jam!!
Kau mampooo 4 jam??
Akak dtg pkl 9am. Pastu dia ajak breakfast dulu. So jalan pegi cafe. Sv beli coffee, akak amek hot choc on him.
Lepas tu dia dok derive equation skyhook damping dari transfer function and state space. Masa ni emak dah nk separuh gila paham kan. Walaupun dia kata, ini yg plg senang. Again, WHATTTT???

End up emak nak terkencing pegi toilet dia derive sorang2 pastu dia dpt idea lain derive cara lain pulak. ***pitammmm!

Then, kerja aku adalah bawak balik dan pahamkan semula. Pastu simulate dekat scilab.

Begitulah tiap2 minggu.

Tapi akak bersyukurlah Sv akak rajin jumpa. Kalau sv malas nk jumpa akak pon akan jadi malas. Tapi cuma akak rasa frequency once a week tu buat masa ni mcm cepat sgt sebab akak x sempat nak catch up semua in a week (***bare in mind, di tambah pula dengan kehadiran sifat malas yang sungguh menebal. Juga drama korea yang perlu ditonton setiap hari).

Kannnnn?? bab drama korea x boleh tinggal kannn??? Ni akak tonton malam masa nk tido sahajork. Xde buat perangai gila mcm masa dulu dimana semua cerita aku tengok.

Tapi anggap jelah tonton cerita korea tu reward untuk study pada awalnya. Dalam kelas phd training akak masuk pon lecturer tu ckp perlu ada reward kat setiap kerja. Ala2 mcm ni lah, we cant wait to look foward to watch korean drama so we try to finish the work/target early.

Ok. Student phd yang lain. Sila jangan contohi emak.

Bye.

Monday, December 2, 2013

Tak Suka Sudah!!

Apa lah kan org kita ni kalau x suka dok lah komen2 yg x memberansangkan.
Lepas tu perli2 kat fb.

Konsep akak mudah. Fbn instagram emak private. Org yg emak suka emak approve. Setakat ntah sapa2 koser nk approve. Kawan sekolah pon emak malas approve.

Yela, emak perangai bukan elok mana. Kang jd bahan gossip sekampung jah.

Biasanya kalau yang suka update bukan2 emak belum tahap Block lagi. Emak Hide All jah.

Lebih2 lagi yang suka setiap 10 saat promosi bisness. Merasa!
Tapi kalau promote makanan emak suka. How?

Ala, kan fb kau. Suka hati kau lah nk pilih utk view apa kaedahnya. Dari kau sakit mata akhirnya sakit hati pasti terngumpat dpt dosa lebih baik kau hide kan sahajork. Settle masalah.

Tapi biasa lah kdg2 emak pun suka bergossip kan?

xde maknanya gossip secara berhemah atau x. itu semua propana metana betana. Dah nama pon gossip mmg la x berhemah. Kannnnn.... sejak bila pulak gossip dpt pahala?

Type guna henpon. Annoying. Bye

Saturday, November 23, 2013

Cost.

Hah. Bila letak gambar Pahat kat FB ada la orang2 tanya Pahat x nak adik ka?

Biasa lah kannn... Omputeh xde pon tanya kau nak beranak lagi ke x.

Sebab nursery jah Gbp800 sebulan. Kau mampooo?
Kalau anak 3 orang kat nursery mau bengkrap.

Emak dpt duit sebulan dah lah 1k++. Sewa ruma GBp630. Sebab 1 bed flat.

Kalau aku tambah anak kang, kena sewa 2 bed flat. Itu rules dia kat sini. Anak sorang boleh duduk 1 bed. Anak 2 org sila kau pindah ke 2 bed.

Mak oiii sewa 2 bedroom flat kat sini paling murah GBP900. Maksudnya kalau kau tambah anak. Bersedialah kau tambah duit double!

Lepas tu cer kalau nk masukkan anak kat nursery. Mau pitam kau nak bayar.

So, sorry Pahat buat masa ni emak kena berhati2. Tapi kalau dah memang rezeki nak ada adik jugak terpaksa lah jugak kennn??

Oi...ni aku buat kerja sambil layan pahat dah macam hapa. Lagi la kalau ada anak ramai2 nak buat phd... X boleh laaaa emak.

Emak salute la kan sapa ada anak 2 3 org sambil buat phd tu. Terbaik sangat korang.

Bagi emak. Cukuplah Pahat dulu. Kang asyik beranak je SV aku pitammmm!!

Ni pon emak dah 2 hari demam so cancel meeting dengan dia. Demam tonsil bengkak. Dah tau mcm tu minum jugak air panas. Makan jugak pedas. Rasainnnnnn lagi teruk esoknya. Pastu insaf. Makan benda sejuk2 alhamdulillah dah ok arini.


Friday, November 22, 2013

London - tempat Pahat hilang bantal busuk

Ala...ni trip lama bulan lepas tp emak kan malas nak update.

Pegi London actually nak hantar borang claim kat Mara sambil bawak Pahat and Adong jalan2.
Pegi dengan Afiq, budak master in biology kat sini. Aku pening baca nota dia siap ada genetic2 kebenda ntah. Apa motippp emak baca nota dia???

Ok. Amek tiket off peak pegi pukul 9am balik after 7pm. Kalau tak siap peak hour time org balik and pergi kerja. Masa tu tiket mahal sikit.

Brighton to London sejam sahajork. Tapi xde lah naik high speed train macam virgin. Btw, virgin menggunakan technology tilting train (research aku). Sv aku kata kalau ada orang kutuk2 pasal tilting train suh citer pasal Virgin.. Haha..Boleh gitu mengadu kat SV ada omputeh ni kutuk research emak??
Ok, tu citer lain.

Stop kat Victoria station. Beli oyster card untuk naik TUBE. Cari map TUBE. Aku rasa dulu map dia mcm besar apsal kecik sgt skrg? Ke sbb emak dah tua??

Terus pegi Bayswater. Sbb dah pukul 12 masa tu. Takut org Mara lunch. So kitorg pun makan lah kat kedai halal kat situ. Bayswater memang terkenal dengan banyak kedai halal sepanjang jalan.

Dalam Train, budak ni x reti duduk diam

Bayswater Station

Bayswater
Gambar2 banyak Afiq yang capture sebab dia bawak camera. Lagipon zaman akak buat degree dulu dah berlambak gambar kat London dah tak koser aku nak amek gambar kat tempat2 disitu. Berlagak tak?? **matilah

Makan kat London mahal lah sikit uollsss... London kannnn. Aku nak makan kat steak house yang diorang kata Halal tu tapi tak jumpa kedai tu. And emak tak tau nama kedai tu.

Siap makan, jalan kaki pegi Queensborough. Takde jauh sangat pon, selang 3 jalan jah. Mara tutup. Orang pi lunch.

So kitorang jalan2 pegi park. South Kesington Park, sebelah Hyde Park. Depan sikit Hyde Park ada Hard Rock Cafe, aku tanya Mohd Rafi nak pegi x? Tanya Afiq nak pegi x? Dua2 jawab x nak. Ok. Tak yah pegi.
Akak merangkap pemandu pelancong pada hari itu.
Yelah kan dulu masa kat Surrey kerja pegi London je activitynya.




Ha...ada mcm gambar Pre Wedding Cik Ta?? Merasa ntah2 Cik Ta amek gambar tempat yang sama mcm emak. Matilah korang tengok gambar banyak2.

Pastu pegi Mara balik jumpa pakcik2 dari mara Malaysia datang ada uruskan deal apa ntah. So borak2 dengan pakcik2 tu. Pastu naik atas. Pastu balik.

Pastu actually nak bawak diorg pegi tower bridge, stop kat westminter sebab kan boleh jalan kaki ke tower bridge depan london Eye tu. Tapi akak lupa arah mana nak pegi tower bridge uolllsss..
Sebab dah lama kaedahnya... Matila mak kena cerca!

So ni gambar kat London Eye. Koser haku nak naik London Eye tu. Dulu pon x pernah naik. Nak bgtau jugak jacket semua ditaja oleh Primark. Murah2 sahajork. Pastu salah beli size sendiri. Rasainnnnn!!

Ni lagi 1 gambar. Pahat tengah sangap ngantok.

Lepas tu, naik tube pegi Leicester Square, kat sini adalah tempat broadway, tempat tengok theater merangkap juga china town.
Akak suka pegi China Town sebab banyak makanan dari malaysia seperti kicap.

So kat situ pegi kedai New Moon supermarket. Macam2 ado. Beli kicap sebab Mohd Rafi suka makan kicap. Aritu bawak botol kecik je budget tahan 3 bulan lah sangatttt.

Gambar kat china town x boleh upload pulak. Hanjjj!!

Xpelah...pastu nak balik kannnn, tetiba carik bantal Pahat xde. Aiyooo, check kat beg kat stroller nan hado!

Sah2 la hilang kennnnn. Xde makna la kau patah balik carik sbb dah sampai victoria station. Pastu tunggu train sampai. Sementara tu minum coffeee. Akak dok duduk depan Krispy Kreme punya kedai. Dok tengok orang beli last2 aku beli donut dengan coffee. Afiq beli coffee kat luar, murah Gbp1.70 camtuh. Tapi tak sedap. Rasainnnnn!

Btw, hot chocolate costa adalah sedap gila!

Ok. So far duit mara bagi cukup lah utk akak sefamily. Mampu lagi lah kalau takat nak beli baju primark ka, sekali sekala minum coffee costa. Xde lah sampai kena ikat perut ke apa. Emak rasa ok jah... Cuma kalau sewa rumah kat Brighton ni memang pitam lah kau nak bayar deposit. 6 month rent in advance and 3 month deposit. In Brighton only. Tempat lain xda ya begitu...

Bye.

Thursday, November 14, 2013

What to say?

Sekarang pukul 2.24pagi. Nope aku bukan buat kerja tapi tgk citer korea sebab apa? Sebab waktu buat kerja adalah siang. Biasanya pagi2 emak bangun masak nasik n lauk. Lepas zuhur skrg zuhur pukul 11.30am, so dlm pkl 12 lebih pegi library siapkan kerja since office x dpt lagi n buat kerja kat rumah x tenang, emak pilih pegi library.

Biasanya kat library sampai pkl 6. Semayang lah kat celah2 rak buku. Belum kantoi dengan mat saleh lg so far.

Arini meeting. Dari pkl 5.30 sampai dekat pkl 9malam. Yesss emak menahan kencing ya. Nak mintak izin pegi toilet tp x tercakap sbb masa awal sampai sv kata cm ni:

I dont even have time to go to the loo

So akak tahan. harap x buasir.

Gila boring kan meeting 3 jam?

Ko jangankan meeting. Ko tunggu 30minit lepas kau balik mau berderet email sv kau bagi.
Not only that, tgh malam weekend pon dia email.

Kdg2 akak rasa mcm x meet expectation dia. Sbb bila dia ckp something akak banyak tak paham.

Tapi akak suka dia sebab, kau install Lyx x boleh? bawak laptop doa tolong buatkan. Ada masalah LATEX x boleh view in pdf? Bawak laptop dia solvekan. Apa? matlab x boleh install? dia install kan tp still x boleh. Apa? ada problem dengan suspension? email je. dlm 30 minit dia jawab.

Kadang2 akak terfikir jugak What i did do to deserve supervisor like that?
I mean, aku bukannya rajin sgt. and academic x lah pandai. Programming tau sikit2 je

Agak2 dia menyesal x amek student cam akak?

I guess rezeki orang berbeza2. Supervisor pon rezeki jugak. Experiment jd pun rezeki.

Alhamdulillah.

iklan