Tuesday, October 22, 2013

Emak dan Pahat

Kalau aku kaya dah lama emak masukkan Pahat kat Nursery. Gila apa sebulan gnp800. Sewa rumah aku yg sekangkang kera ni pon baru Gbp600.

Masalahnya tiap kali emak nk buat kerja+study, ada je agenda dia tarik tgn emak suh amek biskuy lah. Suh tgk dia pasang2 ABC lah. Nak makan nasik lah.

Eh padahal apak kau tgh free2 duduk kat sofa tu x nak pulak ko suruh. Hangen emak. Opis x dpt lg. Tengaj refurbish katanya. Lembab sangat sussex ni. Padahal new student engineering x sampai 10 org.

So buat lah kerja dirumah. X tenteram hidup emak.

Tu washable marker aku belikan Pahat. Supaya boleh basuh kalau dia conteng ditempat tak sepatutnya. Murah sahajork. X sampai 30hengget.

Sejak emak ada dengan Pahat. Tv pon xde. aku x nk beli nnt dok langut tgk tv kerja x buat. Banyak lah vocab Pahat. Aku pon suprise jugak kdg2 jalan2 dia nampak bas dia sebut bas!

Ala.... lantaklah anak org dh pandai baca Abc ke baca buku harry potter ke. Dah dia mmg ginilah updatenya.

So emak ok sahajork. Dia belajar slow2.

X sabar nk htr dia sekolah bln 1.

Monday, October 21, 2013

Helo. so long...

Hi uolllsss.... Akak hidup lagi. Rasa mcm malas nk blogging. korg follow je lah instagram akak. Akak malas nk type. Pastu nk upload gambar.

Hidup akak disini setelah sebulan baik2 sahajork.
Mohd Rafi belum kerja. Akak harap dia dpt NI card cepat supaya dia boleh kerja. Supaya akak boleh la jalan2.

Sv akak pon ntah lah. Tapi too early to judge. Jumpa dia once a week. Setiap kali jumpa dia bg kerja yg banyak. Most of them adalah review paper. or Thesis or baca buku.

Raya aidiladha meriah lah jugak. gbr tgk kat instag. Aku mcm malas nk upload. cr ilot pahat.

Ada omputeh tu makan rendang terus merah hidung. Dpt kwn baru termasuk sorg indo.

Brighton ramai student malaysia self sponsored. Memang kaya aku tgk. Pakai beg gucci. gelang hermes. Telan air lio. so set2 tu akak x berapa pandai nk bergaul sgt dan juga sbb diorg budak2 lagi. I'm too old for that.

ok. bye. akak harap Mohd Rafi dpt kerja dgn english dia yg begitu.

Thursday, October 10, 2013

Rambling nonsense...Memang no sense kalau korang baca.

Well, today ada student special diskaun kat Churchill mall. 30% ya.

Nan hado lah aku beli. Bulan ni dah terhover budget sebab beli barang2 rumah. One thing yg aku regret adelah tinggalkan Pahat punya toilet seat train kat Malaysia. And kalau aku tau pampers is f**ng expensive kat sini merasalah aku bawak je dr malaysia. Pahat pakai pampers bila jalan n malam sahajork. Siang kalau kat rumah x pakai.

So terpaksa aku beli kat sini the cheapest yg aku jumpa toilet seat train tu Gbp5.99. Padahal beli kat malaysia aritu baru Rm5. Padan muka kau!

Pastu aritu dr Birm kitorg kan travel lightly konon. So bawak 2 3 helai baju sahajork. Lagi 2 large luggage tinggal kat Birm. Merasalah kau pakai baju yang sama ulang2 2 3 hari. Matila kan jumpa sv tiap2 minggu pakai baju yang sama.

Oh, sv aku kan ada previous student dia Malaysian (melayu) so everytime jumpa dia, dia dok lah puji2 ex student dia tu. Rajin bagai, banyak progress. Even until now dia still contact ex student dia and buat colaboration paper. Btw, ex student dia now is head department of **** in UTM.
Masalahnya, emak tak lah se briliant atau se rajin ex student dia ittewww..

Printing is f***ng expensive in here. 25pence per page. Terkejut emak top up Gbp20 dah habes. Yess...buying printer masuk dalam list things to buy next month.

Yesss... pahat is 3 now. Since school term started at September, and Pahat baru je masuk 3, so dia hanya boleh enroll bulan January nih. Akak dah email child care dalam uni nih. Dia kata suh isik borang and Pahat boleh masuk bulan 1. Tapi sebab akak mesken, Pahat akak masukkan 3 jam sehari je yang FREE punya. Diorang panggil FREE EARLY LEARNING for 3 to 5 years.
Kalau nak masukkan FULL DAY harga dia Gbp43. Kalau half day Gbp25. Kalau kau masukkan sebulan Gbp25x24 hari. Merasa lah kau sebulan je dekat Gbp600 kalau half day. Elaun aku lepas tolak sewa rumah pon segitu tak ke kena gadai buah pinggang kalau nak bagi enroll full day.

Hopefully he makes a good use of those 3 hours.

Now, eventhough dia tak pandai buat ayat, ada lah progress dia, banyak jugak lah. Banyak lah jugak vocab words yang dia tau. Dog, bird, fish, elephant and etc... mostly dia tau binatang as well as benda basic like nom(minum), asik(nasik), nak, nanak, adalah lagi benda dia tau tapi perlu kah type kat sini semua??. Tapi yang menyedihkan dia tak jugak tau panggil 'IBU', howww???

 View belakang rumah aku adelah chantek. Petang2 boleh tengok squirrel, bird kadang2 ada rabbit. Nak je aku tangkap sembelih.

Kalau rajin akak tangkap gambar. Tapi janganlah berharap, akak ikut mood..

Akak tengah pening nk update cv Mohd Rafi. Nak mintak kerja. Padahal nak mintak kerja cleaner je, tu pon nak kena ada cv. Susah2 kang aku mintak je jadi Tutor assistant jaga lab dengan tutorial bagai. Dapat Gbp17 per hour. Tapi ntah layak ke tak.

Matilah aku merepek malam2 buta sorang2.

Ok. Bye. Doakan Mohd Rafi dapat kerja supaya akak boleh beli purse baru. Sedih tengok keadaan purse aku yang hazab.

Selamat Menyambut aidiladha selasa ni. InsyaAllah akak ada buat qurban di kemboja tahun ni. Sapa2 ada kat kemboja boleh la join...**tetiba!. Tapi ni serious. Well stok ikan bilis, dengan cili kering dah habes. Perlulah aku suruh adik aku pos.

Ok. Kali ni betul2. Bye!


Wednesday, October 9, 2013

Here in Brighton!

Sebab seminggu dah berada kat Brighton ni, jadi akak pon berjalan2 dibandar Brighton. Fyi, bandar Brighton memang betul2 tepi laut. Dari town tu kau jalan kaki sahajork.

Walaupon sebenarnya tujuan utama adalah mencari butcher halal, kedai jual asian food dan juga tupperware bukan chap tupperware tapi tupperware.

Yela, sebab aku x nampak senior nak tanya kat mana benda2 tersebut dijual. So, kena lah discover sendiri. Tiket train return adalah Gbp3.30. Tiket bas kemana2 sahaja tapi ada 4 bus je boleh naik adalah Gbp3.50. Pahat free.

So sabtu iaitu hari kejadian kitorg naik bas sahajork. Mula2 pegi Elmgroove. Pegi Turkish Market, ada jual sosej halal. Sos maggi halal jakim. Pastu pegi sainsbury sebab kadang2 supermarket pon ada Halal. Tapi xde di Elmgroove.

So kitorg decide pegi Asda kat Brighton Marina jauh sket lah. Naik bas 30menet. Jalan berbukit bukau. Gila hebat pakcik bas bawak.

So jalan2 kat Brighton Marina.

Xde apa sgt kecuali kalau nk bawak shopping ada outlet kecik kat situ. Tapi budget tak mengizinkan.

Pastu pegi asda beli ayam 2 ekor. Beef xde. Yang ada mutton and lamb. Boleh lah belasah je.

Pastu naik bas pegi jalan2 ke town pulak nak cari asian shop. Nak cari kedai jual lemongrass, kicap, ikan bilis semua.

Masuk kedai Chinese xde jual. Pastu google ada thai market, sekali je pergi xde. Yg ada thai restaurant.

Dah tu. Pegi jalan2 ke pantai Brighton. Pantai dia berbatu ya. Akak pernah pegi masa degree tapi dah x ingat lah pulak.

Itu yg pakai baju biru adalah Afiq. Dia lah selalu jalan2 dengan kitorg kat sini.

Kasut dia berlubang. Tapi dia kedekut nk beli kasut baru sebab dia kira2 convert ke duit malaysia Mahal katanya. Last2 dia beli kasut topman Gbp22.

Ha ni  Mohd Rafi dah insaf dan sedar yang dia berada di UK dan cuaca sejuk. Actually tgh hari memang panas pun. Masuk petang baru sejuk.

Hmmmm....oklah. Emak ada meeting dgn sv jap lg. Matilaaaa thesis x habes baca lagi... T_T....


Tuesday, October 8, 2013

Meeting

Heh. Macam malas nk update.

Btw, Alhamdulillah elaun dh masuk. Dah settlekan semua hutang dan juga nazar.

Meeting dengan sv adalah selasa. Sv adalah org greek. Dia pernah supervise beberapa org budak2 melayu so dia paham lah dengan malaysian student nih.

Aritu borak2 dekat sejam. Dia tya, 'How many child do you have?'
'Just one, my son is going to be 3 next week'

'Just 1? it is very unusual for Malaysian student just having one child. My students previously had like 4 children'

Tu diah. Pastu dia dok citerlah dia supervise student Malaysia dulu kat Loughborough semua anak ramai. Bolehhhhh?? Pastu terus bg dia impression yang org Malaysia suka beranak ramai2. Howwww???

Tapi dia cakap, I dont mind having many or just one, the most important thing is you have to give attention to your research. Mcm tu la...

Pastu banyak benda dia suh aku buat. Like install matlab... Nak nanges, akak guna windows 8, tak support ya. Terpaksa install kat pc office nanti.
Pastu suh apply for teaching assistantship. Ajar lab or tutorial.
Beli printer >> bolehhhh? ni pon masuk dalam list dia suh buat. Tapi aku x beli pun. Aku top up Uni print account je. Sussex kedekut sgt bg 50pence je print account?? Akak top up Gbp20.
Dalam 2 3 bulan pegi join conference. Bila join conference haroslah kau ada paper yg kau dah tulis kannnn??? Merasa lah kau!!! Dah la kau pemalas.
Pastu suh buat exercise control system and baca thesis previous student dia.

Nampak??? seminggu punya kerja banyak gila. Padan lah muka!

Tapi dia kata, research ni sometimes good sometimes bad, dont feel so down when you got bad result. Everyone doing phd experience this. Dia kata dia pon experience benda yang sama. So dont let those weaken you.

Gituuuuu...Awal2 bg kata semangat. Akak malas nk tulis all english sbb nnt cik sha jd grammar nazi mak...Matila kannn cik sha???

Tapi actually bagus apa ada org jd grammar nazi kau at least kau tau kau salah.

Pastu malas dah nk tulis.

Byeeee...

p/s : arini adalah Birthday Pahat yang ke 3!!

iklan