Saturday, October 5, 2013

Settle down finally!

Yeppp...Finally in Brighton/Sussex.

University family flat adalah kecik gila. 10 langkah kau dah boleh round 1 rumah. Tapi bersyukurlah rent all inclusive. Water, heater, electric and furniture semua termasuk dalam rent.

Kitorang dari Birm naik Train, beli tiket awal iaitu Gbp33 for 2. Pahat bawah 5 tahun so travel anywhere for free. From New Street Birm kitog naik very fast virgin train to London hanya 1hr 15 minutes. Tapiiiii....pening!! Especially bila dia belok rasa pening. Tapi train ittew memang laju. So akak kagum... Fyi, research akak adalah train system. Howwww? Buat phd train system tapi naik train laju mabuk.

Sampai London Euston suppose boleh naik underground to St Pancrass station tapi kitorg jalan kaki sahajork. Bayangkan bawak luggage dengan Buggy Pahat jalan kaki ya ke St Pancrass. Then naik First Line Coach Train to Brighton another 1 hour. Train ni banyak stop thats why amek masa lama. Sebenarnya London to Brighton dekat sahajork.

Dari Brighton we took another train to Falmer. Ada 3 stops before sampai Falmer. Tapi amek masa dalam 10 menet je sebab stop dia semua dekat2.

Then jalan kaki to register.

Guess what?? Aku x jumpa mana Passport nak register. Diorang kena scan passport and visa to register.

Then jumpa Afiq. One of malaysian student kat sini. Untuk pengetahuan, malaysian student kat Sussex ni ado 4 orang sahajork. Sorang student undergrad, self sponsored ya. memang kaya gila budak ni.
2 org student master. And Akak ni ha.

Kalau kat Birm ko jalan2 je jumpa melayu howww???

So sbb tak boleh register afiq bawak kitorg pegi amek kunci rumah and masuk rumah dulu.
Ni view rumah kitorg. 1 bed apartment. Tingkat atas skali. Naik bukit dah penat. Tunggu kat bawah amek nafas pastu naik tingkat atas pulak.

Kalau kau xde buggy/stroller kat sini memang gila! Belum separuh perjalanan anak dah penat mintak dukung. Matilaaaa

Ni buggy Pahat. Terpaksa invest beli kat Bullring Birm Gbp72. Ni pon bila aku bawak kat Brighton xde orang bawak anak jalan2 pakai brand nih.

Mostly sama ada diorg pakai quinny atau mc laren tuh. Emak tak mampu lagi. Ni pon ok ringan and easy to maneuver.

 Nak jalan2 kat sini kau kena JALAN KAKI dan naik train atau bus.

Tapi we prefer naik train sebab cepat sampai. Kalau naik bas matilah 45 menet baru kau sampai town sebab singgah banyak tempat. Koser haku.

Tiket train adalah GBP3.30 return and Bus GBp3.50 students.

The next day meeting with my SV pulak. Nanti lah citer. Malassss pulak.

Friday, September 27, 2013

Journey to UK

Ha... maaf lah. Samapai je kat UK akak terus demam+batuk. Mungkin sebab terperanjat dengan cuaca sejuk atau berjangkit dari Mohd Rafi and Pahat. Ataupun aku exhausted dengan macam2 benda before fly ataupon terlampau lama duduk dalam kapal. Fenat!

Well, sebelum fly CD Owner banyak tolong emak uruskan Mara sampai kaki dia sakit berlari ke Mara. Bolehhh? Hari khamis tu pun dia banyak tolong aku seharian sampai lah hantar ke LCCT naik flight. Yess, emak terhutang budi dengan dia banyak sekali. Terima kasih tak terhingga kepada CD Owner!!
Akak dapat agreement petang rabu pkl 5pm. Nasib baik agreement dah mintak kat orang lain siap2 and settlekan. Tinggal bubuh tarikh sahajork. Sebab tahun ni semua online. Jadi diorang hantar agreement pun online through email. Agreement kosong. Kita kena isi semua. Tu just template. Semua orang dapat benda yang sama. Yang bezakannya adalah offcial offer letter and financial statement. Jadi, apa2 hal date yang di letakkan dalam agreement perlu sync dengan tarikh offer letter tersebut. Faham?? Jadi walaupon korang boleh mintak agreement dari orang lain, tarikh offer adelah lain dari orang lain. So kena lah tunggu diorg email kat korang agreement baru boleh settlekan semua. Jadi sebelum tu boleh la korang just suruh saksi and penjamin sign tapi tinggalkan date.

So email dapat rabu, due date hantar agreement tu adalah jumaat tu. Sabtu tu dah nk fly. So khamis tu pagi2 akak naik bas pegi KL sorang. Since document semua dah ada tinggal letak date je. Sebab duit adelah limited sbb tu akak naik bas sbb nak jimat cost. Naik bas pkl 8am dari Bandar Penawar. Sampai pukul 2.15pm. Punyalah lama bas tu. Dah la emak kena kejar masa sebab ada 3 benda kena buat:
1. Matikan stamp kat LHDN
2. Pengesahan account kat CIMB
3. Submit agreement kat mara

LHDN tutup pukul 3.30pm untuk urusan matikan. So dari TBS dengan CD Owner pegi LHDN PGRM matikan stem. Siap tepat2 3.30pm. Gerak ke lrt Cheras. Naik LRT je kata CD Owner sbb naik keter nanti x sempat sampai jalan jam. Sampai station bandaraya 4.15pm. Pegi cimb berdekatan sah kan account. Pastu lari pegi Mara submit doc. Mara dah nak tutup ya. Emak kena bebel dengan CD Owner sebab tak susun doc siap2. Merasa. Sekali je pegawai tu check agreement dia nak alamat saksi. Akak guna saksi lawyer so lawyer tu chop johor bahru, johor sahajork. Still aku rasa agreement tu valid without alamat pon sebab ada no lawyer and ic no.
Tapi diorang suruh jugak tulis alamat guna tangan. So emak call akak emak laju2 tanya alamat law firm ittew... Laju2 tulis alamat. CD Owner pun kena paksa tolong tuliskan. Harap2 diorang terima lah agreement emak tu. Kalau ada problem nangeslah duit lambat masuk.

Pastu fikir2 balik johor nak naik bas ke flight. Check air asia tiket rm99. So akak beli je tu guna credit card CD Owner. Pastu aku bayar balik terus sbb emak nan hado credit card lor. Nampak? betapa banyaknya jasa CD Owner??

Pastu pegi Lowyat naik LRT beli laptop. Then balik johor naik air asia sampai senai pukul 11pm. Mohd Rafi amek kat airport.

Jumaat esoknya ada kenduri sikit kat rumah mak mertua. Tapi walaupon kenduri tu utk akak sekeluarga, akak x boleh join sebab. Luggage tak beli lagi. Beg tak packing. Barang2 nak bawak pun belum beli! And, duit pound pun tak tukar lagi!!

So jumaat ke JPO cari luggage. Beli American Tourister sebab ringan and murah. Beli semua color oren supaya senang di identify nanti kat airport. Harga pun x mahal dari besar ke kecik harga dalam lingkungan rm300 to rm200.
Gambar luggage aku malas nak upload bolehhh???

Pastu money changer yg emak cari duit semua ada sikit2. paling banyak pon diorang ada 200pound. Terpaksalah kami tukar duit sana sikit sini sikit mana yang ada je.

Paling murah boleh dapat Gbp1 = Rm5.20

All in all aku just bawak Gbp800 je. Tu je yg mampu bawak sebab elaun mara tak masuk lagi.

Terpaksa la guna apa yang ada je.

Nanti emak sambung lagi. Bye....


Wednesday, September 25, 2013

Here in Birm.

Sorry for the lack of update. Actually 2 3 mggu busy dengan packing and pindah rumah. Lepas tu kat kampung xde line internet sangat. And busy naik turun mara mintak agreement. Akhirnya petang 19 sept tu pkl 5pm baru aku dapat agreement. Tu pon dah bersyukur sangatlah padahal duit lambat lagi nak masuk. Esoknya aku gi Kl naek bas. Berlari lari pegi matikan stem. Mintak pengsahan account kat Cimb. Lari ke mara lagik. Masa tu kaunter pun dah nak tutup. Alahamdulillah sempat sampai.

Harap2 xde problem lah dengan agreement. Kalau tak matila aku kat sini bawak duit sikit sahajork.

So after 28hours of journey. Akak sampai Birm rumah Cik Sha. Mungkin esok atau next week akak pegi brighton. Sebab university accomodation yang akak apply tu boleh masuk starting 1 oct.

Ok lah. Will update later!

Thursday, September 12, 2013

Keluh Kesah Mak Esah

Boleh gitu tajuk kau???

Yess, Sampai hari ni agreement masih tak dapat.

Lagi seminggu je nak pegi. Aku x paham lah mara punya sistem mcm mana.

Mula2 dia suruh tunggu. Katanya nak settlekan intake 16 hb dulu. Eh tetiba akak tengok intake 1 Oct pulak dapat agreement dulu.

Apa kejadahnya? Akak intake 19 x dapat2 lagi.

Aku naik mara hari2 pun x jalan. Sama je.

Ni akak dah pasrah. Duit memang confirm x sempat masuk before fly.  Akak cume harap dapat settle agreement. Pandai2 la aku mintak sedekah tepi jalan utk duit ke sana kalau duit x masuk lagi.

Serious akak x paham dengan sistem diorang tahun ni. Kata ikut intake tup tup ramai yg intake lambat lg dh dpt. Pakai cable ke apa weh?

Aku mmg la mesken xde cable. Lagi sadis budak nak pegi sebab tarikh register nak dekat diorg boleh cakap:

beli tiket flight sendiri. Guna duit sendiri dulu.

Whatt?? Sungguh sedih dengan pengurusan bumiputra mcm ni.

Akak last mggu ni di Kl. Weekend ni dah pindah johor. Minggu ni jelah pun last settle pasal mara. Next week terpaksa pass kan perjuangan akak ke Cd Owner.

Akak dah pasrah skrg. Mungkin ada hikmah ke kan???.


Tuesday, September 10, 2013

Sungguh sedih dengan nasib ku ini.

Uollsss...

Akak fly 21st sept ni.
Alhamdulillah, accomodation dah settle. Tadi malam university housing email kata ada extra 1 bed apartment kosong. So akak boleh masuk situ.

Tapi.....

Sungguh sedih. To this date, agreement pun x nampak bayang lagi.
Bila ditanya masih lagi dengan jawapan yang sama.
Akak dh byr visa+ ticket flight. Duit dh ZERO. Mana ada duit nk pegi dulu tanpa duit.

Itu pon akak dah beli tiket lewat dari tarikh register. Kalau jd mcm budak2 ni memang haru lah jawabnya. Ada yang dah pegi dulu tapi masih tak dapat agreement.

Masing2 dah berenti kerja. Sebab untuk keluarkan surat tawaran dr penaja, diorang mintak pengesahan berhenti kerja dulu ye. So memang dah berhenti kerja.

Worse come to worst akak terpaksa lah delay flight tiket seminggu. X koser haku nak pegi dulu tanpa sign agreement. Lepas sign agreement semua 9 atau 10 hari baru duit masuk.
Ada yang dah pegi dari bulan 7 aritu masih tak dapat agreement. Gila tak???
Nasib baik dia ada husband kat dh memang kat sana. Kalau aku memang terpaksalah paksa Mohd Rafi jadi gigolo...**matilaaaaa

Delay flight pun costnya adelah 75usd per person. Kalau tiket yg nk ditukar tu lebih mahal dr harga kita beli, kita kena bayar the fare difference. Merasalah kauuuu!!

Nk pitammm pon ada. Minggu ni dah hari2 aku panjat bangunan tu. Last resot sbb mggu ni last akak kat KL. Next week pindah for good to Johor.

Okla...Berikut adelah resepi Choc chip ilotzzzz:
Warning, kalau rasa2 nk buat sila atau share sila jangan feeling2 resepi sendiri ya. Ini resepi satu2nya di dunia...Matilaaaa...

Ini adalah untuk 8 balang!! kalau kau rasa banyak sgt, adun je siap2 pastu masuk dalam fridge. Bila kau rajin, kau keluarkan dan buat mcm biasa.
Nanti baru kau tau betapa susahnya nk dptkan 8 balang. Sekian...

600g butter
500g brown sugar
2 tbsp caramel

Kacau sebati. KACAU je, xde org suruh pukul sampai kembang.

Masukkan 4 biji kuning telur. Masuk sekaligus. Tak payah feeling2 masuk satu demi satu.
Kacau sebati

Masukkan tepung gandum sekilo. Tepung jagung 1/3 cawan. 3 tsp soda bicarbonat.

Gaul sebati. lepas tu suka hati kau lah nk campak apa dalam tu.

Bakar 180c, 20 menet. Ikut oven masing2. kalau hangus rasainnnn uollsss

Ok. lah....akak sedih. Byeee!

iklan