Wednesday, July 31, 2013

Fuh. Lega!

Ok..cookies org semua dah siap. Kecuali ada 2 balang yang nak amek ujung minggu ni dan juga order dr adik beradik aku. Plus order last minute + extra2 (kes cookies amek awal pastu dah habes).

Sepanjang 2 minggu aku x masak langsung. Semnggu mak aku datang aku makan la mak aku masak. Sebab mak aku x nk beli. Boring dia kata.

Lepas tu akak tak puasa, period kaedahnya. So makan je apa2 benda merapu. Pastu masak pon nasik je. Sebab tak sempat ye. Aku bangun pagi2 ngadap kueh sampai pkl 1 pagi. Gituuuuu. Gigih.

Segala keuntungan kueh disalurkan ke tabung visa anak beranak akak ye...Lepas ni tiket flight nk beli kena la gadai buah pinggang...Matilaaaa

Akak dh start puasa balik. Terus boring makan kat luar. Arini aku cirit birit lagik ntah hapa aku makan.

Petang ni boleh masak pucuk ubi. Aku amek kat kampung aritu.
Raya ni mak mertua aku kata durian gugur. Yeayyy!!

Baju raya?? aku sempat beli kat mydin jah. RM19... ye RM19..akak x tipu harga dia begitu..Kau mampooo beli baju murahan mcm tu?

Saturday, July 27, 2013

Cookies Pick Up

Baru ada masa nk tgk internet.

cookies almost siap. so sapa2 yg dah order and nak pick up sila msg or whatsapp akak.

Thanks!

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan ke 8.

Activity akak sekarang balik kerja mengadap kueh. Masak buka sambung lagi buat kueh. Lepas buka kang sambung lagi. Bangun sahur kang sambung lagik..

Alhamdulillah...rezeki dari Allah...**ustaz tadi pagi dengar ceramah suruh cakap mcm ni.

Tadi pagi tetiba budak ni bangun sahur sambil tengok TV mcm Boss siap silang kaki.





Perkara pertama dia capai bangun2 tido adelah segenggam Chocolate Chip.

Dah habes makan tu dia minum air. Pastu dia makan pulak adunan choc chip tu.
Aritu dia makan adunan almond london.
Ade yg sakit perut tu kang..

Yela uollss dalam adunan kan mentah kaedahnya... Suka2 dia je makan.

Ni sahur tadi pagi. Masak nasi goreng. Pastu panaskan ayam kunyit dengan rendang lebihan semalam.

Ko hengat rajin sangat nak masak rendang pagi2 buta?




Malam ni emak akak datang bersama adik akak yg gemok. Yeay!!


Akak belikan diorg tiket flight je terus dari johor. Sebab tiket bas pon dah naik RM40 kaedahnya. Tiket flight rm49. So akak belikan ticket flight je terus. Entahla mak akak tu boleh ke tak naik flight. Ni 1st time katanya..

Tuesday, July 16, 2013

Puasa 6 : cirit birit

Uollss...hari Ahad kan akak masak kari kepala ikan merah. Menu kepala ikan merah ni hanya setahun sekali je dinikmati ya sebab mahal kaedahnya. Tapi sekarang pon ayam dah RM9.80 sekilo. Kau tak pitammm??

BTW kepala ikan merah besar tapak tangan laki akak (sebab tapak tangan akak kecik pulakk...tetiba mengaku kecik), juga ekor ikan merah semua sekali rm17.

Masak kari campak segala jenis sayur dalam tu.

Nampak? sampai ikan pon dah tak nampak. Semata2 sayur je dalam tu kaedahnya.
Ni gara2 pemalas nak masak sayur lagi, jadi kita campak je semua dalam tu.

Pastu tumbuk sambal belacan. Settle.

Pukul 6 dah siap masak. Mohd Rafi ajak akak pegi Baazar cari kueh. Ok lah akak ikut sahajork.

Kat Baazar jumpa pulak dengan Akak Babysitter Pahat dan juga anak2 dia. Jadi Pahat pon kena gomol dengan anak2 dia mcm tak jumpa setahun gituuu. Si Pahat pon suka la ada orang main2 dengan dia.

Beli murtabak je kaedahnya. Mohd Rafi beli air coconut shake. Pastu Pahat nampak ayam percik meroyan nak. Jadi emak belikan la RM3. > ok la, harga mampu milik lagi.

Tapi sebab dah kenyang makan nasik akak makan ayam tu dengan Pahat malamnya, Mohd Rafi x makan.

Hasilnya, emak cirit birit dengan Pahat semalam. Nasib baik la Pahat makan sikit je, dia cirit birit x la teruk macam emak.

Rasainnnnnn!!

Ok lah, akak cuak pasal nak apply visa. Yela akak takut la akak tinggalkan UK dulu ada record apa2 ke kaedahnya kannn.. Mana la tau... Hopefully lepas lah visa emak n family...Doakan kitorg ye!

Pasal issue BIN and BINTI tu akak check dengan Cik Sha, dia siap send gambar passport dia ada BIN/BINTI and visa n ATAS xde, Akak jugak check dengan agent dia kata selama ni dia uruskan visa student dah 2 3 tahun lepas je visa x letak binti pon. And regarding sekarang visa dah di hantar ke Philipine untuk diproses takut diorang tak paham BIN/BINTI, agent tu kata memang dah berapa tahun pon dihantar kesana, xde masalah pon student2 dia buat visa takde BIN/BINTI.

Sekian clarification...

Monday, July 15, 2013

Balasan Durhaka...

Kannnn Tajukk??

Citernya uollss, sambal tempe ikan bilis akak tu dah habes dikejekan anak dgn laki akak.

Pastu ikan bilis kecik2 yg akak guna tu dah habes. So akak plan nak gi Pasar Serdang la.

Pastu balik rumah akak tengok Mohd Rafi ado. Tengah terjelepuk sebab dia demam dan sakit kepala.

Dia memang gitu, kalau selsema terus tak boleh bangun.

Pahat pulak tido.

So akak cakap dengan laki akak nak gi Pasar Serdang. Mohd Rafi kata pegi dekat2 rumah je.

Akak degil kaedahnya akak gi Pasar Serdang. Beli tempe daun, borak2 dengan pakcik tu. **matila regular customer.

Beli ikan bilis. Daging. Lauk bagai.

Pastu balik.

Sekali aku nak masuk simpang. Boooommm! Keter belakang langgar keter aku.

Dah la langgar. Pastu dia lari uollsss...

Hanj sangat perangai!!

So akak pon feeling2 nak report polis tapi akak x ingat flat no keter dia sebab dia dah lari dulu.. Matila kannn??

So, akak balik dengan harapan tak kena marah sebab laki akak kan garang uolllss.

Pastu akak bgtau dia accident, dia tengok keter pastu terus sound, 'Tu la deraka lagi dengan suami'

Esoknya dia repair sendiri bumper belakang yang senget kena langgar tu. Akak ingat kena beratus, rupanya RM70 sahajork sebab dia repair sendiri.

Jimat NCB insurance akak dan duit akak. Tak perlu nk claim2 insurance bagai.

Ha tu dia pengajaran.

iklan