Sunday, June 9, 2013
Tak kelakar okeh...tak kelakar!!!
Well nak citer kronologi lah. Dia start bukak bulan 3 aritu apply online. Then dekat university pilihan tu akak letak sussex Uni. Ok pastu result keluar batch pertama akak tak dapat. Batch kedua baru akak dapat. So kena buat test Psychometric kat GMI.
Masa test tu kena serahkan borang dan juga document2 lain. Akak tetap letak Sussex uni kat uni pilihan dan juga letak offer letter Sussex. Pastu dia check semua document dan dia tulis situ. LENGKAP dan dia amek simpan.
Then result test( final result keluar 31 may minggu lepas. Bila akak check keluar Pop up mcm ni.
So semua yang apply dapat tu dah happy2 termasuk akak. So akak just tunggu je lah surat tawaran this week. Kat fb group mara siap ada yang dah resign dari kerja sebab diorang kena bagi notis 3 bulan. And intake september 2013. Akak nan hado lah resign, bgtau bos pon tak lagik. Akak just inform Supervisor je. Cuma dah happy2 lah sebab dpt and dah start calculate cost semua. Perlu lah calculate cost sebab nak bawak family and mara only sponsored student bukan family.
So offer letter mara keluar Jumaat lepas ni. Still online. Akak check lambat sebab koser nak check cepat2.. lagipon jumaat tu busy sikit.
Sapa2 yang check awal keluar pop up mcm ni.
Terus akak rasa WHATTTT??? Terus check Sussex uni ranking berapa. No 110 uollss!! Terus rasa nak pitammmm. Untuk pengetahun ollls Uni UK yg masuk ranking ada 10 sahajork. Mostly kat London, mcm UCL, IC, kings College and etc. London memang la bukan tempat yang sesuai bawak family yang self sponsored sebab mahal.
PAstu nak apply uni lain adelah mengambil masa. Nak kena buat proposal lagik. Nak kena cari supervisor yang sesuai... Pastu ko hengat semua supervisor rajin nak reply?? Atau ada vacant di saat2 genting mcm ni.
And to make the matter worse, tup tup akak check keluar pop up mcm ni,
'HARAP MAAF PERMOHONAN ANDA TIDAK DAPAT DIPERTIMBANGKAN'
Whatttt???? Gugur terus jantung aku!!
Pastu check kat FB mara rupanya ramai yang ada problem mcm tu. So mara kata memang ada kesilapan teknikal. Diorg suruh tunggu isnin.
Gila tak kelakar buat lawak macam tu kannn??
Mana2 yang apply uni dalam senarai Top 100 tu terus dapat offer letter mara. Yang apply uni bukan top 100 ni la dapat harap maaf.
Kalau dia nak kitorang apply uni top 100 akak xde masalah kalau diorg bgtau awal2 masa result keluar untuk test tu. Masih sempat nak cari2 SV. Ni bulan 6 uollss...nak masuk bulan 9 okeh...
Tak tau nak nanges ke nak ketawa kann??
But anyway, by hook or by crook akak try lah jugak cari sv kat uni top 100. Kalau tak dapat tu akak pasrah je lah memang bukan rezeki.
Dan tunggu jugak keputusan mara isnin nih. Kalau macam tu jugak keputusannya alamatnya update resume dan cari kerja lain...
Pasrah je lah kalau bukan rezeki..
Adoiii...harap2 system mara next2 year x buat lawak untuk korang yang nak apply. Bertabah je la kalau kena sakit jantung kang.
Thursday, May 30, 2013
Copy Paste
Semalam akak dah mengamuk dalam kelas sbb student copy paste lab report. Seramai 5 org mempunyai lab report yg exactly sama disscussion and conclusion.
Apa masalah dgn diorg yg pemalas ni? Baru 1st year dah pemalas mcm tu. Akak ajar budak 3rd year sekarang dari diorg 1st year x pernah akak detect diorg meniru. Apa igt demo bodo sgt ka x reti detect meniru ke x.
Kalau pandai xpe. Ni masing2 suruh design flip flop guna kmap pon x reti how???
Akak hangin akak bagi 0. Pastu diorg confront. Akak ckp resubmit everything dr awal.
Maaf aku cakap budak melayu memang pemalas dan nak kerja senang. Padahal buku ada google ada maklumat boleh cari tetap nk copy paste hasil org lain. Thats why aku lagi suka student chinese dari melayu sbb memang diorg pemalas. Kecuali budak2 3rd year skrg.
Budak 2 melayu dah la x berapa pandai. Pastu pemalas. Nak kerja senang. Nanti ujung2 cakap kita x bagi peluang takut malaysia jatuh kat tgn cina kononnya tapi tengoklah attitude kau yg pemalas tu. Maaf kalau akak racist tapi geram je aku dgn budak2 ni.
I tell you kat tpt akak mengajar ni. Majority chinese 3.0 and above cgpa. Ada odd cases yg dpt 2.9 mcm tu. Budak2 melayu ni odd cases ada la yg dpt 3.5. Tapi mostly bawah 3.0.
And ada jugak yg komplen kenapa x ajar diorg satu2 bagi paham? Kenapa bdk2 cina boleh belajar sendiri x paham tanya aku budak2 melayu kalau tanya soalan yg start dgn mcm ni.
'miss, ni cemana nak buat?'
Baru selak muka pertama x paham terus tanya. Bukan nak baca habes dulu. Pastu google ke cr jawapan dulu.
Now i understand org cakap. Takde student pandai atau bodoh. Yang ada rajin atau pemalas.
I guess budak2 melayu yg masuk tpt akak ni x berkualiti. Yang berkualiti semua dah pegi oversea..
Kalau sapa2 masih jadi student tu please lah jgn amalkan copy paste. Akak pon pernah id student jugak. Masa tu xde internet aku refer buku atau pegi library. X pernah aku copy paste org. Hello kalau org x izinkan ko copy paste boleh claim copy right okeh.
Maaf sapa2 yang terasa. Tapi kalau rasa diri x berapa pandai tapi amek course engineering tu sila lah rajinkan diri. Jangan sibuk komplen asyik budak cina je dpt 1st class sedangkan kau pemalas.
Bye. Dari pengajar yg kecewa.
Monday, May 27, 2013
Penakut.
Tapi Pahat adelah penakut.
Kalau tempat gelap sikit mula lah dia lari cari emak. Kalau bola dia ada kat dapur masa tu semua orang kat depan tgk TV, sat lagi dia melalak-lalak suruh orang temankan dia amek bola kat dapur.
Ni apak dia baca komik ada gambar hantu beriya tutp mata tak nak tgk.
EH, tengok rambut Pahat dah lebat kann? Hasil di botakkan beberapa kali. Ternyata betul la teori orang kalau nak rambut lebat silalah botakkan rambut.
Vocab Pahat sekarang dah maju lah jugak. At least dia tau la beberapa perkataan tapi x reti sambung ayat lagi. Itu pon emak kena ajar hari2 perkataan tu. Mcm fish, bird, ice cream, dog. Yang paling pitammm sekali adelah dia panggil apak dia, ayah. Dia panggil akak pon ayah! Pitammm.
Memang slow sikit tp at least bila hari2 ajar lama2 dia pandai.
Same goes dengan potty train. Now dia dh pandai nak kencing atau berak cepat bukak seluar sendiri dan pegi toilet. Lepas tu flush. Lepas flush suruh bukak baju nak mandi. Yang ni emak hangin. Setiap kali berak kencing tiap kali tu la sibuk nak mandi.
Pahat juga dah pandai makan sendiri. Tak bersepah hokeh dia makan.
Paling tak boleh blah tiap kali pegi kedai tiap kali tu lah mintak mainan. Pitammmm!... Akak koser nak belikan. Biasanya kitorang belikan air yogurt atau coklat.
Tapi yg paling penting setiap anak punya development tu lain2. Kadang2 malas jugak nak ajar hari2, tapi gigihkan je la.. amek masa beberapa minit ajar dia. Akak ajar ABCDE yg dia tau apa2 huruf semua A. Aiyoooo...xpe la Pahat nnt ibu ajar lagi.
Sekarang kat rumah babysitter cuma ada Pahat sorang je. Geng dia yg sorang tu dah pindah US sbb ayah dia kedutaan ke apa ntah mcm tu. Lagi sorang dah masuk sekolah. Tinggallah dia sorang2 boring kat rumah babysitter. Hahahahaha
Then...jeng2..jeng...akak dh lewat period tapi check negative. Aiyoooo ni ntah2 jadik kes mcm dulu sampai kena makan pil hormon...Aku pon lupa dh aku mkn pil apa aritu.
Wednesday, May 22, 2013
Orang sihat pon belum tentu mampu ya....
Tu diah. Mintak derma nak biaya anak buat degree kat UK.
Akak nak bagitau ya, even orang sihat pon belum tentu ya mampu hantar anak pegi buat degree kat UK. Diorang pon cari sponsor tak kisah la LOAN ataupun SCHOLARSHIP.
And kalau setakat offer letter degree UK dah dapat akak rasa berlambak orang dapat. Bukan susah sangat pon nak dapatkan offer letter. Diorang lagi suka orang datang negara diorg sebab kita bayar yuran mahal. Dari situ menjana ekonomi UK.
Pastu nak biaya pegi UK tu ingat murah 10k 20k ka? Tution fee sahajork GBP10k per year. Hah, silalah darap 5. Pastu visa ingat setakat ada 10k and takde cagaran lain boleh lepas??
Akak pon ado offer letter PHD dari UK tapi xde la sampai aku nak mintak derma kat orang biaya pengajian. Paling2 pon akak apply MARA jah. Pastu kalau setakat degree tu kan, kalau x dapat sponsor dan xde cukup duit lebih baik buat kat Malaysia sahajork. Lepas tu kalau nak buat bidang yang lebih specific sangat buat lah Master. Degree tak perlu nak specific2 sangat uollss bukannya nak buat PHD pon...
Anak dia pon satu jugak. Dah tau emak tak mampu kenapa nak mintak bulan dan bintang yang tak tercapai tu? I tell you masa aku nak buat degree kat UK. Aku usaha sendiri apply MARA.
Pastu kena ulang alik KL kan xde duit, aku keje kilang sebagai operator untuk cover duit tambang turun naik pejabat MARA. Pastu kena amek IELTS test yang mahal tu, masa tu kalau tak silap RM400 lebih kot. Beli buku IELTS RM60. Yela dulu2 mana ada laptop, guna internet pon line telepon tu ha yang lembab nak mampos. Takde konsep2 download buku online.
Nak bayar duit IELTS tu pon hasil aku keje kilang jugak okeh. Takde aku nak menyusahkan mak aku mintak duit bagai.
Aku pon dah cakap kat mak aku, aku buat degree kat UK takkan guna duit dia.
Lepas tu aku pegi UK semua orang bawak laptop, aku pinjam laptop kawan aku Huda sebab masa tu aku tak mampu nak beli. Kasut pon aku bawak 1 je, kasut murah chap ayam yang RM30. Masa tu autumn, aku bawak jaket yang murah jugak. Baju2 aku bawak pon xde yang baru aku beli. Semua baju lama.
Tap alhamdulillah kat sana aku kerja cleaner, dapat beli laptop toshiba GBP699, masa tu kalau convert jadi RM5k++... Aku pegi beli dgn CD Owner kot masa tu. Pastu ada duit lebih siap aku bagi kat mak aku lagi. Kadang2 bagi GBP200 kadang2 GBP300..
Kesimpulannya disini, kalau nak sesuatu kena usaha sendiri, ukur baju dibadan sendiri... Sekian.
Tuesday, May 14, 2013
Apak buat suprise.
Mohd Rafi keluar bawak Pahat dia kata nak basuh keter.
Balik2. tup tup dia bawak basikal.
Motipppp??
Akak pon sebagai inspector Sahab tanya la.
'Aik? beli basikal kat mana?'
Dia jawab 'Kajang'
'Kata nak pegi basuh kereta?'
'X jadi, ramai orang sangat'
'Berapa hinggit ni?'
'90'
'Kenapa beli color oren?'
'Dia yang pilih. Ada 2 color je oren dengan pink'
Nasib baik ko tak pilih color Pink Pahat oiii..kalau tak pitammmmm emak.
Dia kata dia survey kat Serdang harga seratus lebih. pastu tanya2 member dia kata kat Kajang murah. So dia pi Kajang.
Masalahnya kenapa tak ajak aku??? Keji la tuh. Akak pon nak menyaksikan Pahat beli basikal baru.
Basikal lama dia yang 3 roda tu dah jahanam tayar dikerjakan.
Alhamdulillah...bulan ni rejeki Mohd Rafi banyak sikit. Tu yg beli basikal tu. Pastu siap bagi duit belanja lagi kat emak. Pastu emak buat beli tudung banyak2.
Tapi uollsss...keburukannya adelah, tiap hari adelah bising kat rumah!!
Ko nak tgk tv pon x boleh tenang sebab bunyi motor.
Tapi tabah je la...dah tu rezeki dia... Rezeki akak jugak khennnn???


