Monday, May 13, 2013

Tonsilitis penyebab demam

Hi uollss...
How's your weekend..

Weekend akak adelah terjelepuk dikatil sebab demam.
Makan ubat kang baik pastu x makan kang demam balik.

Pastu malas nk pi klinik. Makan jela paracetamol.

Pastu akak suluh kat tekak sekali je tekak akak ado mcm ni.





Tapi gambar diatas tu kes serious. Akak punya ada 1 mata jah. Tapi cukup menyebabkan aku demam. Pastu sakit2 1 badan.

Rupanya akak baca dengan tonsil kita tu la ada segala deria okeh. Selain dari sakit2 badan. Boleh juga membawa kepada sakit kepala. Nasib baik aku x kena sakit kepala.

Mula2 aku ingat boleh baik lah dengan minum air banyak. Harammmmm... Minum air dekat 5 liter dah pon xde pape.

Last2 aku jumpa doctor.

Doctor kata ni hasil aku cabut gigi pastu pegi makan antibiotik sehari lewat jadi bacteria tu dah infected kat tekak pulak...

Rasainnnn..

akak tanya boleh tak kalau x makan antibiotik. Kalau minum air je tak boleh hilang ke?

Doc kata, kalau merah je tosil tu boleh sembuh kalau minum air banyak. Ni dah nanah so saya x berani nak bagi minum air je. Kena makan antibiotik lah.

Balik rumah akak amek antibiotik sahajork. Tak makan paracetamol pon. Dalam 3 jam terus baik uolllsss....

Mana taknya terus dose kuat Doctor tu bagi ya.

Ok. lah tu je... ni pon ada saki baki sakit badan haku tak hilang lagik.

Jadi kesimpulannya, jagalah tonsil anda. Minum air masak banyak2. Kurangkan makan benda2 pedas.

Byeeee...

Friday, May 10, 2013

Claim.

Heh. Dah dua hari gusi belakang akak sakit.

Actually dulu pon ado sakit. Tapi pegi klinik U*M tu dia kata nak cabut boleh tak cabut pon boleh.

Dah tu akak nak cabut dia suh buat appointment. Sekali buat appointment 6 bulan akan datang daaa...Koser haku!

So semalam kawan akak suh pegi Klinik Hasrim atas BSN serdang.

Doctor hensem and delicate je buat kerja. Tiap kali nk buat apa2 Bismillah...

Then dia bius 3 kali. Bius pon tak sakit ye walaupon ko ngeri tengok picagari dia tu.

Lepas bius akak request buat scaling. By the time habes scaling bius pon dah mendatangkan effect. So dia cabut la gigi tu.

Actually dia tak cabut. Tapi dia tolak gigi tu dengan alat apa ntah sampai tercabut.

Aku igt dia akan guna playar. Tapi tidak ye...

Ala tak jumpa la google gbr bendaalah dia guna. Tapi lebih kurang mcm yang 2 dari kanan tu.

Dia just push kuat2 sampai gigi tu tanggal. Tapi tak rasa la sebab dah bius.

Kalau tak bius akak pitammm kat situ jugak.

So hasilnya.

Gigi tu xde lubang, Tapi sebab dia gigi tumbuh tak sepatutnya menyebabkan gusi bawah sakit. Bila sakit gigi menyebabkan kepala aku pon sakit.

Lepas cabut rasa lega uolllssss...

Bayaran untuk proses scaling+cabut+antibiotik+pain killer = RM150 sahajork... Murah ke idok?

Doctor tu kata bius hilang lepas 3jam. Kalau lepas tu masih sakit amek pain killer.

Tapi hakikatnya lepas 3 jam tu nan hado sakit langsung. Ok jah uollsss...

Akak harap ini la kali terakhir aku jumpa dentist untuk cabut gigi. Harap gigi yang ado ni baik2 sahajork.

Sapa rasa nak cabut gigi dengan Doctor hensem dan lemah lembut boleh pegi situ. Hahahaha

Wednesday, May 8, 2013

Pahat and Lion

Akak balik kampung uollss mengundi. Walaupon kaedahnya undi akak x mendatangkan kesan pon.

Tapi xpe lah sudah menjadi tanggungjawab.

Biasa la bila balik kampung jumpa Lion. Dah pandai cakap sikit2. Suka ajak Pukul pahat. Kaki buli nih.

Pastu ajak Pahat main...

Ini kaedahnya kalau Lion kedekut Tab dengan Pahat, Pahat pon kedekut Note dengan Lion.

Aku x boleh tipu Pahat cakap Note tak boleh bukak. Dia pandai bukak sendiri. Pandai bukak video sendiri. Pandai main game. Dah tu pandai amek note aku dalam henbeg. Pitammmm!

Comel je okeh bila tengok Lion main dgn Pahat. Tapi...bab menyepahkan rumah... Masyaaaaarakatttt rumah jadi dua kali bersepah. Dah tak payah kemas melainkan tido.

Tuesday, April 30, 2013

Planning

Since akak tak dapat Mara kannn..

So akak nak tukar ke Plan B pulak. Iaitu..

Nk produce 2nd child la pulak... Matilakannn org dok plan cari kerja lain yang lebih menjamin kau sibuk plan tambah anak.

Ok la kan uolllsss... Anak pon rezeki jugak kannnn?



Ni muka cebik kena marah jahanamkan ultraman yang baru beli sehari. Sakit hati emak tau.

Aritu aku tengok variety korea. Dia kata, antara anak perempuan dengan lelaki ramai emak2 prefered anak pompuan dari lelaki.

Lelaki dah la pemalas nk buat kerja2 rumah. Basuh baju pon malas. Bila dah kawen langsung lupakan emak bapak.

Berlainan dengan perempuan, ibu lebih rapat dgn anak pompuan. Boleh share macam2. Anak pompuan ingat kat mak. Kalau tak bagi duit pon at least telefon seminggu sekali.

Akak fikir2 balik memang betul pon berdasarkan situasi keluarga akak lah. Akak rasa anak pompuan lagi best kot.

So lepas ni nak plan anak pompuan pulak. Merasa hari2 makan ikan sebab nak anak pompuan. Howww??

____________________________________

Ok. last skali akak nk cakap pasal politik lah.

Bukan akak nak suruh undi ka apa ka.. Cuma nak cakap pasal etika seorang penyokong.

Menurut akak, kalau kau penyokong dacing, akak penyokong bulan kau tak payah la nak sibuk2 komen bukan2 kat fb akak.
Macam tu jugak dengan penyokong bulan, tak payah la sibuk2 bergaduh kat fb penyokong dacing.

Lantak dia la dia nak post apa2 kat fb pasal parti dia. Yang menyibuk2 kat situ kenapa kaedahnya??

Bagi akak kedua2 parti ada pros and cons. Tapi pilihan akak adelah kepada yang tak makan duit rakyat. Tak menipu project juta2 padahal duit masuk poket. Dan tak menabung dari kecik untuk membeli cincin 14juta. Dan memberi kebebasan pada media untuk bersuara bukan monopoli. Kalau kat UK media ke TV ke suka hati je nak tulis apa yg dia rasa betul. Tak kisahla ko parti chap x ke y ke.

Whatever it is, nak sokong sukahati kau. Itu pilihan masing2. Kita kena respect pilihan orang bukan sibuk pertikaikan. Jangan jadi bodoh masing2.

Akak pon dengan Mohd Rafi berbeza pandangan politik tapi adekah aku sibuk bergaduh2 tak pasal2?? Adekah aku sibuk paksa2 orang ikut apa undi aku??
Takde ye...

Anyway akak insyaAllah balik kampung hari jumaat.

Vote wisely.

Thursday, April 25, 2013

Membosankan.

Uollss...akak ni bukan apa. Akak memang tak suka dengan orang yang taksub sangat dengan supplement ni.

Lebih2 lagi kat FB tu dok kerja setiap 5 menet promote bisness dia pastu tag nama aku. Memang la akak hangen. Nak remove tag kat FB sekarang dah la leceh nak kena letak reason2 bagai... Ntah ke aku yang bodoh ke hapa pon akak pon x tau..

Pastu jual barang kechantekan dah tu gambar cilok dari product orang lain. Motipppp??

Ni akak bukan nak kutuk. Tapi akak tengok kawan akak habeskan dekat RM800 untuk makan product yang dutanya adelah Awan Dania ittewww tapi aku tengok muka dia sama jah!!

Kalau RM800x12 = RM9600

Membazer jah!!

Pastu tu belum supplement yang dekat FB semua orang dok sibuk jual tu. Apa kejadahnya promosi dia pagi tengah hari malam kena makan supplement je kerjanya.

Ni akak nak bagitau ye... Bukannya korang tak boleh makan supplement, Tapi semua benda nak makan kena ada advise doctor. Even vitamin C kalau ko terlebih makan pon ada side effect. Tak percaya ko pegi google sana.

Sama la jugak jangan makan benda2 yang untuk chantek tu sangat tanpa tau LONG TERM effect dikemudian hari.
Memang la semua product kata diluluskan KKM. Takde side effect lah... Silalah baca ingredient pastu cari Long Term effect dia.

Sebab semua orang taksub nak jadi chantek, jadi sanggup perabeh duit beli. Dan paling aku tak suka sekali adelah bagi anak makan jugak supplement tu walaupon collagen!!

Akak rasa lebih baik back to natural way lagi bagus dari merepek2 ko makan supplement ntah hapa2.

Nak habeskan duit tu suka hati uollss... Akak masa dulu brestfeed kan Pahat pon nan hado makan supplement bukan2. Boleh je aku breastfeed kan dia sampai setahun setengah. Ni aku tengok makan supplement macam2 tapi 8 bulan jah. Yang penting adelah kerap direct feed dan minum air.

Air ni pon 1 hal aku nak bagitau. Siapa ajar minum air 5liter sehari?? Lainlah kalau ko lari marathon 10km. Remember just take whatever your body needs. Kata kevin zahari, tengok air kencing uollss...kalau color cerah tu maksudnya air dah cukup. Kalau kuning tu belum cukup.

Kalau ko minum air berlebihan akan overwork buah pinggang. Nanti bila buah pinggan dah overwork. Sendiri mau ingat.

Semua benda ambil secara berlebihan pon tak elok.

Jangan sesekali advise orang minum air banyak2 nak mampos. 5 liter tu ok lagi. Ada yang akak baca suruh minum 7 8 litre sehari. Terus pengsan aku baca!!

2 litre tu dah cukup unless kau lari marathon 10kilometer air tu akan keluar as peluh. Kalau ko duduk kat aircon sepanjang hari air tu akan keluar as air kencing. Dah kalau asik kencing sebab banyak sgt minum jadinya akan overwork buah pinggang..

Lagi 1 akak nak nasihatkan, kalau diri sendiri bukan doctor, jangan suka2 nasihatkan orang amek supplement bukan2.

Sekian.

iklan