Thursday, April 11, 2013

Terasa sentap bila orang bercakap pasal anak kau??

Oh yes. Semalam akak pegi puchong tengok baby kawan Mohd Rafi baru lahir. Pastu ada 2 baby.
1 dah 2 bulan. 1 lagi baby kwn Mohd Rafi 2 hari.

Then si Pahat ni ya Ampunnnnn rakus gila dekat baby tu. Dia dok usik2. Akak dah seram okeh takut dia hempap baby tu. Kang kalau aku babap dia melalak kat situ satu hal pulak ganggu baby nak tido. So kitorang tepis2 dia dari baby tu je la. Agaknya dia geram tengok baby2 tu sekalian.

Pastu emak kawan Mohd Rafi tu tanya.

'kerja ke?'

Akak jawabla. 'kerja'

Pastu dia tanya anak hantar kat sapa?

Akak jawab. 'Hantar kat orang jaga'

Pastu dia kata. ' Kena kawal sikit budak ni. Kalau tak nanti dia biasa mcm ni'

Terus akak sentapan lite2. Uolllss... Akak ni bukan manjakan anak sangat. Adakala Pahat tu kena babap jugak dan bukan semua benda dia nak akak bagi. Kalau akak babap dia kat situ kang dah jadi scene pulak.

Last2 Mohd Rafi bawak dia duduk luar.

Aiyoooo...akak rasa sentap mcm la Pahat tu jahat sangat tauu.

Akak rasa biasanya orang yang paham keadaan begini adelah org yg ada anak kecik lelaki jugak.

Walaucemanapon akak doakan lah cucu dia yg lelaki tu bila dah besar2 Pahat jadi lebih BAIK dr Pahat kannnnnn.

Akak cuma sentap lite2. Xde terasa hati ke apa. Sebab cucu dia tu baby lagi x banyak la ragam. Mungkin nanti bila cucu dia dah besar2 Pahat dia paham kot.

Ni dia budak buat malu emak sampai kena sound. Tengok tv kat rumah siap silang kaki. Ikut ayah dia.


Wednesday, April 10, 2013

Orang yang sanggup menipu.

Uollsss..

Kawan akak selalu cerita yang colleague dia ni selalu bagi alasan tak masuk akal kalau suruh buat kerja.

Pastu selalu ponteng kerja dengan alasan2 ntah hapa2.

Pada hakikatnya satu company tu dah tau dia dating dengan girlfriend dia dalam masa yang sama ada bini lagik.

Aritu dia kata bini dia lari rumah sebab tu tak datang kerja. Bini dia nusyuz katanya. Hakikatnya dia pegi indon cari pelacur. Tak ke vavikkk jantan sebegini??

OK. Penipuan dia tidaklah berhenti disitu. Dah orang suka menipu kaedahnya mestilah orang tak percaya kat kau kannn??

Baru2 ni dia cuti tak datang kerja seminggu. Alasan dia anak dia yang umur 4 tahun ittew mati tercekik kueh pau kat rumah pengasuh!!

Mula2 akak dengar citer tu kan uolllss akak gelak dulu. Motipppp budak 4 tahun dah bijak nak makan kueh pau tercekik?? Terus akak suspect dia menipu. Tambah pulak dia kata dia taknak buat report polis dan x nak amek apa2 action ke atas babysitter anaknya ittewww.

Lagi yang menguatkan suspicious akak adelah dia buat surat kematian anak dia selepas sebulan anak dia mati!!

Sebulan lepas tu dia present lah kat Boss dia surat kematian anak dia yang photostat ittew.

Lalu kawan akak snap gambar sijil kematian ittew.

Sebagai penyiasat tegar. Akak pon send gambar tersebut kepada kawan adik akak untuk dia checkkan.

Sewaktu memberitahu hasil siasatan, adik akak terus maki jantan tersebut.

'BIADAP PUNYA BAPAK!'

So hasil siasatan adelah anak dia tak mati pon sebab ic dia masih aktif. Sebab kalau buat sijil kematian automatic hasil carian 'Sudah Meninggal'.

Memang kurang hajo jantan tu sanggup cakap anak dia dah meninggal. Sampai buat sijil kematian tipu segala!

Kalau orang suka menipu kan uolllss semua yang dia cakap tu memang semua menipu!!

Friday, April 5, 2013

Menyibuk je kerja kau.

Mohd rafi kata Pahat kepoh mcm emak dia.

Ha ah. Akak memang suka kepoh lebih2 lagi gossip artis. Matila kannnn?

Kan akak cakap laki akak buat kerja2 pomen kat rumah je kan?.

Ha ni ada assistant tak berbayar. Sibuk nak masukkan skru lah. Sibuk je orang nak overhaul enjin moto. Nanti dah besar sikit akak suspect bakal jahanam moto Apak ko pomen kan.

Ni time apak ko rajin nak layan. Time dia dah tension dia suruh la emak angkut bawak masuk dalam. Kang hilang skru nat moto orang 1 hal pulaks.

Meh tolong emak buat kueh Pahat.



Hey hey hey!

Akak sekarang dalam konsep berjimat. Jadi marilah masak dan bawak bekal. Nak kuarkan 10 hengget pon kedekut okeh sekarang. Peduli apa yang penting aku x pinjam duit orang, x guna credit card dan x pinjam along.

Gituu kan??

Time malas masak la 1 lauk yang semua ko boleh campak dalam tu. Sebagai contoh masak sup ayam tapi campak carrot brocoli dlm tu. Masak paprik. Dan juga asam pedas campak bendi dgn daun kesum. Kalau mak aku masak asam pedas dia masuk sekali kobis.
Jimat masa dan jimat kos ye uolllsss.. Bijak x?

Rumah aku dah jadi bengkel ye. Nasib baik jiran sebelah memang xde. Jiran emak kadang2 je datang jenguk rumah. Tapi nak buat cemana kannn tu kan sumber rezeki laki mak. Dari x kerja baikla buat motor kat rumah khennn?

Alamak uolllsss guna blogger apps ni gambar x boleh edit. Dia terus turun kat bawah ni. Nasib lah ko tengok gambar makanan je kat bawah ni.





Tuesday, April 2, 2013

Masak!

Sebagai emak2, time tengah hari borak dengan officemate mesti bincang balik kang nak makan apa.

Selera masing2 kemain lagi. tau..Tapi bila balik rumah. MALASSS!

Pitammm!

Semalam akak masak laksa johor.

Masak terbanyak so bawak pegi opis pagi ni makan ramai2.

Hari2 lain masak biasa2 je koser haku nak amek gambar.

Alamak, ada tutorial. Bye.

iklan