Friday, January 18, 2013

Limited Vocab.

Oh yes anak akak umur dah 2 tahun 3 bulan..

Tapi apakah yang dia pandai??

Cakap nan hado la sangat. Very limited vocab dia.

Yang dia tau cakap:

Nak
Bye
Nanak
Mmmmm....sedap!
Miawww
tu
ni

tu jah. tak sampai 10 pon.

Yang lain dia pandai dah makan sendiri tanpa membuat penyepahan yang banyak. Pandai makan pakai sudu dan tangan. Ala sepah2 sikit tu lantakla..

Pandai mengenal jajan dan juga makanan rapu.

Pegi kedai sibuk amek twisties. Bolehhh?? Jangan harap aku nak bagi makan.

So nanti emak pujuk2 dia amek coklat ka roti ka..

Merepek2 ja makan jajan. Akak nan hado la ajar makan jajan. Ntah mana dia tau ntah.

Tapi uollss...time umur dia 2 3 tahun ni la kita boleh kawal pemakanan dia.

Nanti bila dah besar, Dah sekolah. Takde maknanya.

Sah2 dia makan apa yang dia suka jah!

Akak pon xde la cerewet sangat.. Kalau setakat coklat tu akak bagi la..

Gula2 dengan jajan memang akak tak bagi.


 Ha ni sedang gembira makan cream puff.

Aku hangin gila time tengah baking. Dia pulas temperature oven kadang2 jadi 220c. Kadang2 jadi 0c. Kadang dia tukar ke grill. Kadang2 dia pulas ke api atas je.

So nanti cake aku samaada terhangus. Atau pon underbake.

Kesimpulannya, nak baking tggu dia tido. Pantang lepa ada je benda dia buat.

Kalau dia nampak ada stok coklat, memang siapla kau hari2 dia mintak.
Selagi tak habes selagi tu dia tunjuk2 fridge.
Terpaksa la emak sorokkan.

Thursday, January 17, 2013

The kebaya

Ni dia kebaya yang Mohd Rafi beli kat Tanah Abang, Jakarta.

Baju dia ok. Saiz S. Longgar2 jugak aku pakai.

Kain dia??? matilaaaa boleh sarung sampai peha sahajork. Saiz S juga disitu dia tulis.

Adekah orang indon ni bontot kecik??

Akak dah rasmikan baju ni semalam. Pakai dengan skirt hitam kembang. Laki aku kata macam orang gila je pakai mcm tu. Nanti pegi cari kain lain. Motipppp??

Kan fashion okeh! Fashion!

Oh yes. Harga baju+kain+selendang kata laki aku tak sampai RM100. Tapi uollsss...laki akak tu very the tak pandai tawar. Ntah2 kalau makcik2 pegi lagi murah kan harga dia??

Eh, akak lupa nak citer pasal baju ni. Lengan dia tirus. Maksudnya kat ujung lengan tu kecik.

Bila nak amek wudhu tak boleh sinsing ke atas ye...!

So, terpaksa lah akak amek wudhu dalam toilet kena bukak baju uolllsss...

Kesimpulannya. Time period sahajork boleh pakai baju nih.

15 hb aritu adelah birthday Mohd Rafi.

Yang akak hangin, kita sibuk nak celebrate birthday dia. Dia balik pukul 3 pagi!! Sebab barang shipping dari indon dah sampai so dia dok susun barang.

Terus akak tido. dan koser nak celebrate2 bagai. Hadiah memang takde. Koser. Haku dah mesken. Sebab dah terBELI barang2 akak pada hari sebelumnya.

Gigih akak bawak Pahat sorang2 pi jalan2 kat Alamanda.

So sempena birthday Mohd Rafi, akak telah membuat brownies choc walnut.

Sebab, aku malas nak deco2. Brownies kan senang je nak buat.


Suku aku bawak pegi opis. Lebihnya Mohd Rafi bawak.

Lepas tu terus ada orang nak order. Hahaha... berjaya jugak marketing kannn??

Note : Desebabkan stress dan makan sekali jah sehari. Berat akak dah turun. Tapi minggu dok makan 3 kali sehari, jadi bertambah la lagi berat aku.

Listen to me!

Heh. Politik kann??

Selepas tersebarnya issue listen nih. Ada pulak parti2 politik yang menjadikan benda ni issue. Siap datang rumah student B ni datang melawat katanya.

Tak kurang jugak yang mengAgung2 kan si Student B ni (malas nk type nama penuh nanti orang gugle). Kerana lantang bersuara dan berani menegakkan keadilan??

What you believe itu suka hati korang lah.

Tapi...PERLUKAH kau bergaduh di FACEBOOK??

PERLUKAH nak berbalas komen sampai beratus2 di FACEBOOK??

Akak kalau nak carot pon ala2 2 3 komen jah akak letak. Lepastu koser haku nak layan. Lantak lah kau terjun dengan labu2 nya.

Perlu ka kau nk bergaduh pemimpin ni tak betul.. Pemimpin parti lagi satu pon tak betul.

Pastu bergaduh masing2. Bongok gila!

Akak rasa undi sekarang bukan lagi rahsia. Undi masing2 dah tau kat facebook. Dah tak payah buat PRU. LEtak je vote guna like kat FB.. Matilaaaa...

Ni lagi satu kes yang haku angin.

Semalam ada la sorang bapa kepada 6 anak ni accident. So depa ni pakat2 mintak derma. Depa bgtau dia ni peserta KL112 tu.

Ada pulak mamat sorang ni tulis kat situ.

Padan muka. Takde susah cari susah. Aku nak tengok pemimpin yang korang agung2kan sangat tu buat apa dengan kes mcm ni.

Heloooooooo!! kalau ko x nak derma. Jangan lah derma. Jangan la tulis komen bukan2 menyakitkan hati orang. Abang tu tengah koma kot.. Lantak lah dia siapa, bukannya kalau kau derma pahala ikut parti politik mana kau undi.

Lagipon bukannya abang tu accident masa dia tengah berhimpun kat KL112 tu. Dia accident kat Termerloh kot...

Korang ni dah obsess sangat dengan politik dah tak dapat bezakan mana politik mana agama??

Nak derma tu derma lah. Kalau tak nak, duduk diam2. Jangan nak komen bukan2.



Monday, January 14, 2013

Hoyeah!! Laki akak dah balik!!

Laki akak balik Ahad pagi uolllsss..

Pastu barang2 dia bawak dari indon kena tax. Kat airport Jakarta kena tax. LCCT pon kena tax. Rasainnnnn!!

Lenkali shipping jah semua!

Souvenir yg dia bawak balik adelah 10 kotak teh sosro. Bolehhhh??

Pastu belikan Pahat baju melayu. Nak raya kahh???

Pastu belikan akak jubah bling-bling color purple tapi singkat!!!

Belikan kebaya hijau. Kebaya tu chantek lah. Kain tak boleh sarung!!! Kain dia kecik. Tapi baju dia besar. Motippppp???

Pitammmm!!

Ni gambar berjalan2 di Shaftbury Cyberjaya. Tak banyak kedai bukak. So makan kat Yati ayam percik jah.

Makanan dia biasa2 je. Takde lah sedap gila atau tak sedap sangat. Bolehla di telan.

Lepas tu pegi taman permainan bawak Pahat. Then round naik motor 1 taman.

Hari bersama Apak kata Mohd Rafi. Koser sangat!


Saturday, January 12, 2013

I just dont care!

Hei uollllsss... Akak bosan dihari sabtu. Laki akak nan hado since isnin pegi indon.

Dah tu x reti2 nak telefon ke apa. Lepas 3 hari baru dia msg kat fb kata no indon dia dah expired dan malas nk beli baru. Message pon aku dah tido tu pon dia guna henpon note 2 boss dia. Henpon dia skrin ijau nokia tuh.

Laki akak kalau pegi mana2 beli sourvenier ntah hapa2 uollss... Ada ke beli fridge magnet tp nan hado tulis jakarta ke hapa. Cuma gambar cicak je. Apa motipp nya gambar cicak tu? Apa kaitan dengan Jakarta?

Minggu ni juga aku malas nak masak. Aku masak sardin tahan 2 3 hari. Masak 1 pot siap makan 2 hari dan tak habes siap basi nasi tersebut.
Last2 emak beli jah di luar.

Akak nak pegi care4 tp feeling2 malas nak gerak. Akak nak habeskan duit sebab dah x jadi pegi uk kan?? Merasa lah nak beli kasut yg aku dah aim kat primavera. Nak beli dress kat poplook. Matilaaaa mcm banyak sangat duet.

Gaji akak memang kecik berbanding kawan2 akak yang lain. Berbanding qualification akak. Tapi akak tetap besyukur masih diberikan rezeki. Kami masih cukup duit makan pakai dan bayar hutang. Takde berhutang dengan orang. Hutang dengan bank ada.

Next year insyaAllah segala hutang bank kecuali rumah. Akan langsai. Akak tiada keinginan nak beli kereta baru. Dah nak habes bayar kereta tak kuasa nak menambah hutang. Akak cuma nak tambah anak jah.

Tentang phd. Jika tertulis rezeki kami di situ insyaAllah ada la. Dan kalau dah memang tiada rezeki di sana tinggallah kami di sini.

Cuma akak kena cari kerja yang berpatutan jugak lah. Makin lama barang makin mahal. Apa je yg dapat dengan gaji sampai mati rm2200 ni kannn? Nak menyimpan pon susah.

Tapi akak juga malas lah nak kerja yg stress dan selalu tinggal2 anak. I dont like! Gituuuuu memilih pulak kau kan??

Abes tu kau nak kerja apa??

iklan