Monday, November 5, 2012

Tonight with Lee Seunggi in Malaysia

Ok sambungan entry lepas.

Kena transfer kat PC dulu rotate gambar baru boleh upload kat blog. Kalau update kat phone semua gambar terbalik.

So. location showcase/fan meeting ni di level 15 Kenanga Wholesale City.

Kitorang sampai tepat2 pukul 7.30 ya. kalau lambat merasa ticket x dapat amek sebab kaunter dah tutup.
at the entrance
Show start pukul 8.30 lebih kurang. Sebab delay sikit.

Start Lee Seunggi masuk semua macam histeria termasuk akak. Tapi akak control sikit la sebab akak dah tua. Kalau akak masih remaja sah2 akak verangan nak kawen dengan Lee Seunggi.

Well, Akak buat kesimpulan ramai fans yang pegi adelah ahjumma ye. Tapi Lee Seunggi nak amek hati dia panggil Unni. Hahahaha

Seriously masa akak pegi show 2AM, ramai pegi adelah remaja hokeh.

ok. Pastu dia masuk dia nyanyi lagu apa ntah tajuk dia akak lupa.

Inside showcase


Lee Seunggi !!! Semua org menjerit termasuk akak.

Lepas tu kitorang pegi ke depan sikit. So dapat tengok lagi jelas. Nampak tak gambar bawah ni dah dekat dengan pentas.

 Lepas dia nyanyi adelah games dia panggil peminat2 dia yang bertuah naik atas pentas. Harammmm no akak tak naik. Frust akak tau.
Lepas tu ada mini concert. Then, tiket VIP boleh amek group photo with Lee Seunggi. Group of 30. Kau jangan berangan nak dapat amek gambar sebelah ye..

Ni ye la paling dekat akak dapat amek gbr.
 Lepas tu nak salam2 pon bodyguard dia cepat2 tepis. Kejiii sangat.

Dari dekat muka dia wow! Putih gila! Pastu bersih gila...halus je...kalah kulit aku.
Terus rasa diri hitam.

Before balik amek gambar kat poster besar pulak.


Konsert habes pukul 10.30. Mohd Rafi sibuk dok message2 tanya bila nak balik.

Eh, bila dia keluar Nan hado akak tanya2 hokeh. Pukul 1 pagi tak balik lagi baru akak tanya. Keji sangat.

Overall, sebagai penonton VIP akak rasa tidak berbaloi nak beli tiket RM528 untuk show ni walaupon akak peminat tegar.

Akak rasa lagi berbaloi tengok showcase 2am tahun lepas.

Sekian.



Saturday, November 3, 2012

Snippet ¦ tonight with Lee Seunggi

Hi uolllsss... Akak happy ya dpt pegi show/mini concert Lee Seunggi. Actually ni adelah fan meeting.
Kitorang gerak dari rumah akak pukul 6.30pm sebab laki akak balik lambat uollss walaupon akak dah cakap nak pegi pukul 5 lebih.

Akak sambung lenkali. Kejilah gambar terbalik. Nnt aku betulkan dulu.


Friday, November 2, 2012

Dream come true!! Lee Seunggi!

Uolls baca blog akak mesti tau akak memang gila dengan Lee Seunggi kann??

Sebenarnya akak memang feeling2 nak beli tiket konsert/show dia yang ni.

Merasa aku letak gambar extra large teros.

Tapi kan akak mampu beli yang RM158 tu ja. Tapi tu takat tengok dari jauh ja... Koserrr!

Semalam Fiza call akak;

'Weh, kalau aku bgtau aku ada tiket VIP Lee Seunggi ko nak tak?'

Terus akak jerit.

'Nakkkkkkkkk!!'

Alkisahnya, Fiza call Red fm sebab semalam Red Fm interview Lee Seunggi. Pastu malam tu diorang buat contest ka apa ka ntah, so Fiza dapat lah.

OMG. I'm so excited hokeh!

Ticket VIP yang dapat photograph and sign autograph tu. RM528.

Next step adelah bgtau Mohd Rafi since Show tu arini!!! Pukul 8pm.

So aku kena la suruh Mohd Rafi balik awal dalam pukul 5pm sebab akak nak pegi sana uollss..

Laki akak jeling2 akak sambil telepon Boss dia bagtau dia kena balik awal esok sebab ada hal.

Yuhuuuu...yabeda beduuuuuu!!! Boleh tengok Lee Seunggi!! Sambil joget2...

Terima Kasih Bang sebab memahami I minat Lee Seunggi.

Mana tak nya kalau asyik berzikir sebut nama Lee Seunggi je kat rumah..**matilaa

Cemana laki akak boleh bagi pegi?? Sebab dia pegi agenda2 permotoran dia tu pon akak dengan rela hati bagi pegi hokeh. So fair and square lah. Dia x kongkong akak, akak pon x kongkong dia.

See you Lee Seunggi!!

Birthday celebration!

Bukan akak punya birthday tapi belated birthday Pahat.

Kaedahnya malam raya Qurban tu mak akak buat kenduri.

So akak pon cakap 'Nak join buat birthday Pahat sekali lah'

Plan asal aku nak bake cake sebelum balik kampung.

Tapi kaedahnya uolllss.. akak dah tak menang tangan siapkan cookies+cake+macaron orang. Merasa cake anak aku beli sahajork di Secret Recipe.

Dah tu di hari raya Qurban tersebut akak ajak adik akak Tipah pegi Bandar Kota Tinggi cari cake. Terus pegi secret recipe. Whole cake tinggal 2 ketul sahajork iaitu choc moist cake dan black forest.

Jadi ku pilih Black Forrest.


Vaviklah.. akak nak upload gambar rak boleh kat opis nih... Keji!




Tuesday, October 30, 2012

Qurban 2012

Alhamdulillah.. tahun ni family akak buat qurban adik beradik + emak akak.

Lembu beli dekat NAFAS Bandar Penawar. Harga lembu adalah rm3300. Ada yang 2k++ sahaja harganya tapi emak akak kata. Nak bagi kat orang lebih baik cari yang gemok2.

Akak akak dan juga Ayah Mohd Rafi

Lembu kami setelah disembelih. Lembu tu disembelih di ladang tersebut. Pekerja dia belah 4 dan keluarkan semua isi perut letak dalam 1 guni. Lepas tu masuk dalam SUV ford abang ipar akak aka abang Mohd Rafi.

Oihh..  Nak citer. nak tarik lembu tu masuk dalam kandang sembelih tu punya la payah. Degil gila. Lepas tu akak dah cakap dengan Mohd Rafi, lembu sapa la tu yang degil sangat. Rupa2nya lembu akak. Howww???

Seisi menngeluarkan isi perut dan belah 4.

Laki akak.
Lepas tu bawak balik rumah Lapah kat rumah. Akak tak dapat bayangkan kalau sembelih kat rumah mau pitam orang nak tarik lembu tu. Nak bersihkan darah plus najis dia lagik.

Hoyeah. Pompuan gemok....Pitammmm!!

Seisi melapah kat rumah.
Lepas tu seisi menimbang dan juga membungkus. Pakcik aku kata ada dalam 120kg++ semua sekali. Akak pon tak tau sebab akak menonton sahajork.

Daging sudah selamat bagi2 kat orang. Kitorg adik beradik cuma amek 1kg atau 2kg ja sorang + lebihan tulang yang orang dah x nak bawak balik tu kitorang amek masak sop tulang untuk kenduri malamnya.

Mak akak kata bagi kat orang dulu. Ada lebih baru amek. Begitu lah adanya.

Ada sambungan lenkali...**matila sambungan tapi x bersambung jugak... Ala akak bukan popular pon uollss feeling2 nak tggu sambungan.


iklan