Tuesday, June 12, 2012

Anak bujang saya.

Oho.. Sekarang ada budak kuat menyepah. Pengsan aku nak kutip bawang.

Hobi dia main bawang okeh. Ada ciri rajin masak bila besar nanti. **emak dah feeling2.

Nanti kang bawang tetiba ada kat ruang tamu lah, bilik tido lah. Sebabnya rumah akak tu konsep open katanya. Kabinet bertutup pon nan hado.

So, Pahat ada free access mengerjakan bawang2 tuh.

Aritu dia main botol spices, akak rasa akak dah screw botol tuh ketat2. Dia dok ketuk2 kat meja, ketuk2 kat dinding, sekali jah terburai isi botol tuh. Oh tension nya aku nak menyapu.

Lagi satu hobi dia tekan hon kereta. Ni paling akak temper sekali. Tak ke orang2 rasa annoying dengan aku asyik dok tekan Hon saja, padahal orang tu tak bersalah pon. Kalau aku bukak gate rumah, kejap dia dalam keter dok tekan hon bertubi2. OMG, geramnya haku!!

Kang jiran2 ingat akak nan hado sivik keje menekan hon sahajork.

Ha, ni mat rempit kalau naik lori dia tu mcm2 aksi dia buat. Berdiri atas tu pon hado. Akak menjerit lah. nanti jatuh 1 keje pulak.

Saturday, June 9, 2012

Puassss hati aku!

Ha, akak dah terminate maxis postpaid sebab mahal sangat. Akak tukar ke prepaid puilerrr. Broadband pon guna prepaid dulu sebab balik rumah pon bukan ada masa bukak internet sangat.

Paling2 nak bukak semua benda pon kat opis sahajork!!
Lagipon akak nak berjimat cermat saving duet.

Sebab rumah aku kat johor tuh belum disewakan lagi. Habes saving aku buat bayar rumah sahajork.

Dah lepas nih sapa2 misscall I tak reply atau message tak balas jangan sentap sangat. Akak nan hado credit. Merasa kau tunggu 3 hari!!

Dah. Akak nak buat kueh. Bye!

Friday, June 8, 2012

IELTS result.

Matila kannnn tetap nak publish walaupon result kau nan hadoooo..

Tadi pagi akak check result ielts online.

Akak ingat akak dapat 5.5 sahajork sebab soalan susah nak mati. Eh, 6.5 pon kira dah bersyukur lah. Tapi akak dapat 7.0 uollss.. So akak happy! Alhamdulillahhh....

Tapi tak tau nak buat apa dengan Ielts tu pon sebab scholarship tak dapat lagi. Mara tak tengok pon borang akak uollss.. dia kata dia settlekan yang rayuan ke dua untuk online application dulu.. begituuuuuuuuu!

Thursday, June 7, 2012

Lemau lah! gara2 tengok citer korea banyak sangat.

Kannnnn Cd owner, asal call aku tanya tengah buat apa, jawapan mesti tengok citer korea.

Akak sekarang melancarkan program bayar hutang puasa kaedahnya. Ado lagi 7 hari uolllsss... Pengsan!!

Mujur last year ganti puasa sebab period jah. Nasib baik aku tak feeling buka puasa sebab breastfeed kan Pahat. Kalau tak lagi pengsan uolllsss.

Dah tu, sebab akak puasa feeling2 kunci jam pukul 5 nak sahur. HADOOO??? Nan hado!!

Siap semalam, akak paksa Mohd Rafi masak nasik sebab akak malas nak bangun sebab dah baring..**kejii takk??? Laki akak pon gigih masak nasik untuk isteri pemalas yang feeling2 nak bangun sahur.

HADOOO aku bangun??? NAN HADO jugak!!

Ni semua gara2 citer korea MISS AHJUMMA yang aku tengok hari2

ha.. citer ni hari2 kat S ONE. pukul 10.20 sampai 11.55 malam, merasa lah kan kau tido lewat sebab tengok citer korea.

Citer ni pasal Guem Hwa yang laki dia kena rampas dengan Wang Sae Mi yang jahat. Pastu Geun Hwa ni jadi chantek lepas laki dia ceraikan. Lantas Wang Sae mi tuh jeles. Padahal kau yang rampas laki orang kannnn?? Pastu sekarang nih ex laki dia tuh dah hegeh2 kat dia balik. Lagi la meroyan Wang Sae mi tuh.

Dah, korang tengok sendiri! Untuk sesapa yang ada beyond lah.

Akak feeling2 nak tengok online, tapi semua dah remove video. Keji sangat lah!!

Hasilnya, pagi2 nih akak lemau sebab tak sahur katanya...

Tuesday, June 5, 2012

Our weekend.

Sebenarnya, suppose mak aku nak datang dengan adik Temok aku, jua anak sedara aku Beena.

Tapi sehari sebelum nak datang tu felda suka2 je call kata suruh sign document esoknya. Eh, bodoh gila tau! Kenapa kau tak bgtau sejam sebelum je??

Akak hangin sebab akak beli TIKET FLIGHT uolllsssss untuk mak akak. RM367, takkan nak burn gituuuu je?

Akak suruh mak akak tak payah sign dia takut lah konon2 pengurus felda tu mcm berkuasa sangat. Over sangat felda tuh!

Hellooo...kenapa nak paksa2 orang sign? Suka hati lah. Tanah kebun dengan rumah dah habes bayar kot.

Kalau dah beli tiket flight memang takde makna lah kau nak ganti2 orang lain. Jadi mak akak tak dapat datang akak suruh Temok dengan Beena tu datang jugak sebab Tiket flight dah beli. Kalau setakat RM30 boleh la jugak haku cancel kan.

So, ahad tu Mohd Rafi nak beli perfume > aku suspect gaji dia banyak bulan nih.

Kitorng pegi lah MidValley. SEBAB akak ajak pi alamanda dia dah x nak. Dia kata bosan lah tiap2 minggu mengadap Alamanda jah. Lagipon choice of perfume kat Alamanda xde. So akak cakap kalau nak banyak choices pegi lah Midvalley.

Pegi lah Mid Valley di ahad, betapa ramainya umat kat situ.. Aiyoooo kaya nya orang2 KL nih bershopping!

Carik perfume kat metrojaya sebab boleh dapat voucher rm20. Dia beli perfume CK Summer limited edition.
Temok dan Beena

Pahat bertegur sapa


Pahat happy.
Kat Metrojaya tuh ada Dinosour crispy tengah buat promotion. Anak aku pon tergedik2 kat situ tegur binatang tuh. Dia sorang je yang duduk situ ketawa2 mcm kelakar sangat. Orang lain nak amek gambar dengan binatang tu pon dah tak boleh sebab dia menyibuk.

Asal akak tarik tangan dia suruh pegi tempat lain, dia baring atas lantai tuh. **pitamm akak!. Lama2 akak biarkan sahajork disitu.

Hasil duduk situ lama2 dapat lah chocolate crispy 4 ketul. Yang tukang makan apak dia.

iklan