Wednesday, August 5, 2009

Mode : Sedih dan Cuak..

weekend aritu akak mandi manda sambil bergurau sundal dengan Mohd Rafi kat kolam renang bawah rumah tu..

Akak dengan selambanya pakai jam CK yang mahal bertahtahkan berlian tuh.. **matila nak highlight mahal..

Akak kan baca kat belakang jam tu water resistant 30m. Kolam renang tu x sampai 30 meter pon tau.. Akak berkubang2 sajork sebab akak tak reti berenang..

Pastukan bila akak naik dan balik rumah tengok jam tu dah mampos!
Ade wap keliling jam tuh.. Sedih tau uollsss..
Agak2 kalau anta kedai repair mahal tak?? Jam tu x boleh anta kedai biasa uollls kena anta service centre dia..
Dah la akak miskin nih.. Jam tu pon orang bagi uolllss.. Akak mana mampu nak bagai jam berdiamond bagai..

Matila akak kena maki dengan CD Owner kun sebab tak reti jagaa harta...

Isk..isk..isk..

P/s : kalau henpon camera akak tak buat hanjeng. Esok akak upload gambar jam tu...

Tuesday, August 4, 2009

The bad hair day for him..

Dia pegi cari keje sejak semalam dengan naik skuter V1..

Pegi kajang. Skuter mati dekat stesen minyak.

Gigih lagi. Terus cari keje. Pegi semenyih.

Skuter mati betul dekat kedai moto. Tak boleh start. Lose.

Call bini amek kat semenyih.

Esoknya pegi tengok moto ape yang rosak.
.
Bukak2.. godeh2.. rupanya nat screw bergigi tu dah loose. So nak start tak grip.

Seluruh kedai spare part kat Semenyih xde jual.

Pegi kajang beli. RM35.

Patah balik Semenyih betulkan moto. Pasal nat screw bergigi tu.

Tak boleh start lagi. Check2, takde api. Coil pulak rosak. RM75.

Dah miskin. Duit lagi. Pegi tesco, semayang dulu.

Balik tengok moto dah siap. Pakai Helmet. Pegi Balakong. Cari keje lagi. Sampai sekarang tak balik lagi.

Moga2.. ade la keje untuk Mohd Rafi dekat2 nak puasa nih..

Aminnnn...

p/s : Cendol yang dekat masjid dekat MPKJ kajang tu sedap weh!!

virus ver 2.0

Semalam tengok berita, virus H1N1 sudah meragut nyawa ke 8 di Malaysia..

Mangsa ke 7 adalah seorang ibu yang baru melahirkan bayinya 2 minggu lepas..

akak rasa sedih bila tengok berita.. kesian baby tu kan tak dapat jumpa ibu dia??

so, sebab virus sedang merebak, sape2 yang ada tanda2 tu segera pegi hospital or klinik sebelum orang lain turut terjangkit.

Elakkan pegi tempat2 yang banyak student UPM dan UiTM..**matilaa....

jua elakkan pegi tempat sesak seperti SALE di jusco...**matila lagi...

Dah macam iklan kementerian kesihatan pulak dah..

Monday, August 3, 2009

Rahsia Kechantekan saye... Chantek ke kau??

Chantek ke akak nak bagi2 petua kechantekan nih uolllss??

X la.. akak nak buat Tag je uolls.. Tag dari Cik Mar..

Kalau tak silap tag dia berbunyi macam nih la..:

1. Amek gambar barang kechantekan
2. Describe barang tersebut
3. Review bagus ke tak..

Akak malas nak godeh entry blog cik mar and copy paste gituhhh.. tapi lebih kurang mcm tuh la uollls bunyi nya...

So, rahsia kechantekan akak yang tak seberapa nih kan:

1. Skin care - Nano white

Dari kiri : Cleasing milk, facial wash, facial scrub, toner, sun block, exfoliater, mosturizer

Akak dah boleh jadi duta MUHIBBAH Nano White okeh... Motifff Nano White tak nak panggil akak berlakon iklan??? **matila gila sangat kan?? Nano white tu kenal kau ke???

Okla.. akak terangkan kegunaan satu2:
Cleansing milk - untuk bersihkan make up dan juga kekotoran. Kadang2 diseabkan malas nak sental muka guna cleansing milk nih dan juga mengabiskan cotton face, akak keluar rumah tak pakai bedak langsung. Pakai mosturizer sajorkk.. Ala2 konsep natural beauty katanya... Tak sedar diri muka berminyak.. **larikkkk

Facial wash - untuk bersihkan muka... Kalau nak bersih lagi dan kuman mati, gunala cecair mandian DETTOL... **Matila ada orang ikut..

Facial scrub - bersihkan noda2 sel kulit mati

Toner - Untuk tutup pori2 yang kau dah bukak masa cuci muka.. Ingat ye adik2.. Toner sangat penting okeh! Motifff kau malas pakai toner??? Nanti bila muka kau dah berlubang2 baru sibuk nak pakai toner kan?? dah terlambat okeh!! **matila tetiba maki orang tak pasal2..

Sun block - melindungi kulit dari sinaran uv matahari.. Akak guna spf 50

exfoliater - yang ni paling best. Gosok kat kulit dan semua sel kulit mati tanggal. Kulit terasa halus, licin dan gebu umpama iklan syura..**larikkkk!!

Mosturizer - untuk melembabkan kulit.. Walaupon kullit kau beminyak bagai.. kau tetap kena guna mosturizer okeh. Tapi guna yang water base bukan oil base.. sila baca bahan2 kat belakang botol tuh..

HARGA bagi semua produk Nanowhite nih tak lebih dari RM30 sebotol. Paling murah facial wash kot dalam RM15 gituu... Koser tau nak pakai barang mahal2.. Muka tetap tak chantek.. Sedihh..

2. SKii essence
Yang SKii nih adelah barang hantaran mase kawen.. harga dia masa tu kalau tak silap RM290++. sampai sekarang tak habes guna lagi sbb akak malasss.... Lagipon akak tetap chantek walaupon tak guna SKII nih..**larikkkk!!

3. Perfume
Ini adalah perfume akak. Ada lagi satu color biru, Mediteranean, Elizabeth Arden. Tapi kat mana aku lupa.. blehhh??

Dari kiri: Femme by Hugo Boss, Addict by Mango, Miracle Magic by Lancome

Hugo Boss hantaran masa kawen. Lancome beli masa honeymoon kat langkawi sbb murah la kat langkawi.. Duty Free katanya..

Harga akak lupa. Tapi mostly, akak suka perfume color pink sebab bau dia selalunya soft dan flowery.

4. Make up

Akak malas nak amek gambar. Sekarang nih akak suka pakai bedak baby johnson bila kuar. Akak feeling-feeling kulit selembut bayi gituuu..

Barang make up campur2.. Elizabeth arden. MAC. Chap AYAM. Loreal kerana diriku begitu berharga dan jua Bodyshop yang dah 4 tahun tak habes2 lagi...**matila beli masa boxing day kat UK..


DAH!!.. banyak pulak tetiba akak bebel kat tag nih.. Akak nak sambung buat keje pulak.. Nanti Dr K carik akak... Matila keje tak siap-siap kan??

Saturday, August 1, 2009

virus jahat

Hidung macam nak tanggal beb..

Tissue dah sekotak..

panadol soluble dah satu papan..

Suara dah sengau... nak karaoke pon layak... dah la jadi tone deaf nih..

Bila selsema aku nih nak baik weh??

iklan