Monday, January 12, 2009

seharian berjalan

Akak mulakan update hari ini dgn gambar sengal Mohd Rafi. Dia memang suka macam tu.. Orang suruh amek gambar betul2 dia buat aksi muka.. Padan muka dia akak letak kat blog.. **matila derhaka..

Semalam Mohd Rafi dera akak, dia suruh akak kemas rumah pastu x bbagi makan selagi x siap.. keji kan uollls??
Penat akak cakap 'Abang.. lapar.. nak makan dulu..'
Dia cakap 'Kemas la dulu ni yang..Ni kalau I balik je mesti rumah sepah2'
eleh.. xde la sepah mana uolls.. dia je yang OVER tau.. Pastu dia kemas sorang2. Akak diri tengok je sbb akak dah penat masak.. volehh??
Tapi... rumah akak dah kemas berserta warning dari Mohd Rafi. Dia kata kalau dia datang lagi sekali dia nak tgk rumah mcm kemas mcm sekarang.. Eleh.. akak angguk2 je..
Semalam penat jalan2 la uolls.. Sempat lagi pegi rumah Fiza repair moto Modenas bapak dia..

Mohd Rafi sedang tekun buat kerja. Rambut dah panjang suruh potong x nak. Feeling2 macho la uolls tapi nan ado.. malas akak nak layan..

Eh, ada sorang kawan adik akak Temok minat kat Mohd Rafi.. Siap cakap Mohd Rafi hensem mcm hero hindustant la.. Gila ke hape budak tu?? Motifff nak rampas laki mak???

Pastu semalam pegi Balakong pastu pegi Ikea jalan2.
Akak bet dgn Mohd Rafi, jalan pegi Balakong dari Semenyih tu ada 2 tol. Dia cakap ada 1 je. Last2 akak kalah uollss, memang ada 1 tol sajorkk.. Matila akak kena velanja dia.. Nyampah sangatsss...

Akak sorang kat rumah ni.. Mohd Rafi pegi repair moto. Akak nak masak. Nnt akak sambung bila2 yang akak suka..


p/s : haiyohhh uollss perlu ke cakap akak kaya uolls.. Akak nak umumkan duit akak tinggal RM20 je.. Semua duit2 yang akak feeling2 kaya semalam dah habis uollss buat beli perabot bilik.. Akak dah feeling2 miskin nih uollss.. Kais pagi makan pagi, kais malam makan malam... mati la main kais2 pulak...

Sunday, January 11, 2009

All in purse.

This is tagged from Cik Mar.
Akak pakai purse MNG je uolls.. RM99. Tu je yang akak mampu.. **matila pose2 sedih.. Sebelum akak pakai purse ni akak pakai purse color pink+purple chap Tula beli kat UK. Tapi sbb dah 4 tahun guna, dah bosan tukar lain plak..


Purse akak memang mcm2 ado... koyok pon ada.. tp lupa amek gambar.. Nasib la..




Nampak x sticker gambar Mohd Rafi dgn akak?? Meh akak zoom sket..

Gedik kan kitorg?? **matila gambar blur sbb guna camera phone.. kitorg amek kat The Mines tingkat atas tu.. RM 12 untuk 8 sticker..


Meh akak keluarkan isi2 dalam purse akak...


Banyak x duit akak? **matila riak.. Mohd Rafi baru bagi akak duit semalam. Tapi tu pon bakal habes sbb nak beli perabut bilik.. Akak suka! lepas ni akak boleh tido atas tilam Good Night warranty 10 years.. **matila lagi lambat pegi kelas nanti..




Pelbagai resit : Resit report polis accident bulan feb 2008, resit beli bateri kereta, resit beli tayar kereta, resit facial, juga saman x bayar bil telepon..**oppppsss.. Eleh..celcom tu kecoh, akak register je, x pernah guna pon dia charge jugak.. Malas akak nak bayar... Boleh gituuu?? Lagipon dah 7 tahun pon...


Senarai nombor account orang yang penting.

Benda ni pon ada kan? Post it. Matila rembat kat opiss... **larikkkkk


Identification card. Student card. License. Staff card.



Insurance card.



Bank card and credit card



All club card.


okeh..sekian merapu. Terpaksa buat pagi2 uolls... Sementara Mohd Rafi belum bangun. Kalau x nanti dia bising asyik berblog bagai dan x buat research Master pon..


Ok..sape akak nak tagged kan?


1. Fiza > sbb purse dia lagi banyak sampah uollls...
2. kimot
3. Amy-wan
4. aya-id
5. Cik Lee


Saturday, January 10, 2009

Budak Baik dah Keluar Hospital

Anak sedara akak paling 'BAIK' tu dh kuar hospital. Tengok muka dia. Tiada ciri2 keinsafan langsung. Esok2 kang dia main panjat2 lagi la tu..

Akak lupa nak letak resepi kek LAPIS HORLICK + MILO untuk Kimot..
Akak pon cilok dr SINI

Okla.. akak nak pegi amek Mohd Rafi kat TERMINAL 1..

Tapi padan muka dia. Datang time akak period sape suruh..

hari sakit + malang

Akak DEMAM ni uollss. Tambah dengan SELSEMA. Dengan PERIOD PAIN.

Yang paling best, akak sorang2 je kat rumah. Kalau akak mati sape nak tengok uollss?? Agak2 orang perasan x??

Friday, January 9, 2009

Menyurundul

MENYURUNDUL tu adik akak panggil activity anak sedara akak bernama Zakir. Sbb dia sgt degil dan suka2 buat sesuatu ikut kehendak dia. 5 tahun.

Isnin lepas dia masuk tadika. Hari first day akak dah call mak dia ' Anak ko ada pukul2 orang x?'**matila sceptical..

'Ko ingat anak aku xde keje lain?' Mak dia jawab.

Eleh.. Anak dia memang suka pukul2 orang uollss... Ade je la anak2 orang kawasan kejiraanan yang kena buli dgn dia.. Akak ni kalau dia degil2 akak cubit je uolls.. Cuma mak akak a.k.a nenek dia je yang baik hati sayang dia.. **matila statement..

Hari selasa mak dia call. Bagitau Zakir tu patah tangan. Kena bawak pegi hospital. Tau kenapa patah tangan??? Sebab dia gedik2 pegi main panjat2 kat skolah tadika tu sewaktu org semua beratur nak balik..

Motifff baru 2 hari sekolah dah buat hal?? Rasainnnnn...

Hantar pegi hospital Kulai, tapi Doctor tu x boleh buat sbb tulang retak. Pastu anta pegi Hospital Johor..

ko hengat dia insaf? Nan ado!!!!... Kat hospital tu walaupon tangan patah tetap main lari2.. main lompat2.. Memang x makan saman.. **kata akak sambil geleng kepala..

Ni gambar budak tersebut..Tengok la muka dia.. Tiada tanda2 keinsafan langsung... Apela nak jadi dgn budak2 sekarang.. **pose2 pakai telekung..

p/s : dia beriya ni suruh mak ni call suruh akak melawat dia kat hospital.. koser okeh. **matila kejam.. Lagipon akak call mak dia, mak dia kata boleh lompat2.. Terus x jadi simpati akak..

p/s/s : Akak dah tambah dah link2 kat kanan tu blog2 yang linkkan akak. Ada yg tertinggal sila bagitau.

iklan