Wednesday, November 30, 2016

Birthday Kaklong kawasan Lincoln yang ke 2.

Hi uollsss..

Sv akak xde arini. So akak rajin transfer gambar ke laptop.

Sebenarnya birthday Farha 4hb aritu. Tapi kitorg buat majlis on 5th Nov sbb hari Sabtu. Tahun lepas sambut kat rumah sahajork. Kek pun akak tak beli sbb ala..dia kan baru setahun. Dia bukan tau apa tu birthday. Keji tak mak mcm ni?

Disebabkan tahun ni kitorg celeburit besday Pahat, so kira sama rata, celeburit besday adik dia skali.

Malam birthday tu cakap dengan Farhat.

'Tomorrow we're going to have adik's birthday party.'

Pastu dia cakap, 'Ibuuu...can I join Adik's birthday party pleaseeeee'

'Yes, you can'

'Yeayyyyyyy!!'

Sah2 la kau duduk satu rumah dengan adik oiiii. Takkan kau x dijemput datang pulak kennn. Hahaha.

Hari kejadian akak masak simple je iaitu laksa johor. Pastu fikir2 nanti kalau ada orang x makan laksa cemana kann?
So tambah carbonara. Eh, lepas tu gigih pulak kelim karipap pusing.

Matilah kalau sv aku tau aku banyak sgt masa terluang masak banyak2.

Actually sabtu tu dia skype akak tya pasal kerja. Akak cakap akak tgh ada party birthday anak. Jujur konsepnya. Jangan tipu2 uols tak baikkkkk.

Kek mcm biasa beli kat tesco. Akak xde masa lah nak baking. Lagipun beli lagi murah kos. Yang ni Gbp5 sahajork. Lagipun orang x makan kek sangat.









X ramai sgt lah yang ado kat Lincoln. Banyak tu je la.

Laksa habis. Karipap habis. carbonara orang tak makan sangat.

Tu je. byeeeee.

Tuesday, November 22, 2016

Stress mak!

Kau tau tak mak stress bukan sebab buat PhD. Mak happy buat PhD. Ni bukan statement fefeeling okeh. Maksudnya kalau kau buat apa yang suka kau akan happy. Kalau ada meeting dengan Sv pun aku happy. Kalau sv bg kerja banyak pun mak happy walaupun mak selalu komplen kerja banyak. Haha.

Yang aku stress baca fb hari2. Bolehhhhh?

Citer perang sana sini.
Citer cerai berai.
Citer kanak2 kena dera. (sexual and physical -ni paling stress bila baca)
Citer upsr -ni pun nak stress walaupun xde kena mengena. Lepas tu berduyun2 lah article konon2 ulasan pasal upsr. Seperti -dulu saya gagal upsr, kini saya berjaya mendapat phd. What a bullshit!
Citer pasal ekonomi malaysia. -ni mak stress sbb nnt balik mak nak kerja apa kalau ekonomi teruk.
Citer viral mengarut - ni mcm2 jenis yang ntah hapa2 pegi share benda yang xde prove. Kadang2 jenis penunggang agama.

Apa pun akak malas dh nk bukak fb. Nanti aku stress. Bukan2 je.

Doakan.

Uolls... sebenarnya nak update pasal Birthday Farha. Tapi akak malas nak transfer gambar boleh kah begitu?

Tapi akak nak bgtau, marilah kita berdoa untuk Muslim di Myammar yang dibunuh beramai2 oleh sami buddha yang jahat tu.

Sebelum tu akak nak bgtau agama tak salah ye, Walau apa jua agama, dlm ajaran diorang tak pernah pun suruh bunuh orang agama lain. Islam pun sama. Yang jahat ni manusia bukan agama nya.

Akak sedih sangat tengok keadaan di Myammar tu. Tolong la suruh kerajaan amek depa masuk malaysia tak boleh ke uols?

Kan boleh bg diorg kerja buruh ke. Yg pompuan tu amek jd maid ke.

Kesian sangat diorang.

Kenapa kerajaan kita senyap je?


Wednesday, November 16, 2016

Farhat again.

Lagi2 citer pasal Pahat kannn?

Semalam akak belikan magazine Dinosour.
Pastu dapat free glow in the dark dinosour skeleton.
Lepas tu patah. Dia suruh akak fix it.
Then mak tanya, 'Who broke it?'
'I broke it Ibuuu. I'm sorry. I will not do it again'

Then mak try gam tak boleh. Last2 tangan aku yang terlekat kat kepala Dinosour tu.
Ujung2 mak cakap. 'Wait for ayah. Ayah will fix it when he come back from work'

Esoknya dia bangun tido terus cari ayah dia suruh betulkan. So jangan menabur janji kat anak ye. Dia ingat okeh.

Lepas tu akak cakap birthday mak next month, what do you want to give me?

Dia cakap 'I want to buy a ring'
'Ok ibu? I will give you ring present' (kau abaikan grammar and structure dia mmg mcm tu)
'So, can you buy me helicopter toys?'

Amboiiii system barter nampak????

Thursday, November 10, 2016

Malas

Kau tau tak time kalauu tengah rajin memang lain macam.

Kalau kau tengah malas, jd macam arini. Kau dok melangut tengok website apa yang sale. Pitammm tak uolsss.

Akak tengah nak writing my 3rd journal paper. Paper 1 dah submit. Paper 2 dah siap tunggu nak submit sbb ada sikit nak kena tukar kena tggu sv aku free kena sit dengan dia discuss.

Paper 3 in progress pastu aku skrg mood malas boleh takkkkkkk????

Sebenarnya nak grad kat uk xde paper pun xpe. Tapi sv aku tau aku ni pemalas agaknya dia suruhla tulis paper banyak2. Dia kata nanti kalau kau malas sangat kau copy paste jelah paper kau dalam thesis. Sebenarnya menyenangkan kerja dia dari baca ayat aku yang tunggang terbalik tu. So dah confirm ada paper masokkan je dia x payahla nak check beriya. Boleh tak macam tu.

Accepted ke tak tu lain cerita. Boleh tak mcm tu?

Ni kenapa banyak sgt sale nihhhh??? Mencik tau.. Akak dah beli 4 pressure cooker ya. Pastu adik aku suh belikan actifry. Lepas tu masing2 tunggu ujung bulan baru nak bayar duit hakak. Kesimpulannya hakak yg kemiskinan. Nasib baik adik beradik. Boleh la kawtim. Kalau aku xde duit pun aku pinjam diorg jugak. Tak gituuuuu

Adik akak Timok nak kawen dengan org Sabah 27.11 ni. Apa ke jauh nooo jodoh kau ni??

Habisla tahun depan raya sapa nak tolong mak hakak?? Kak tipah tak boleh, dia busy memanjang jd engineer kat kilang dia tu. Kalau boleh pg raya tu dia baru balik. Lepas tu akak nyampah kalau dia cuti ada je panggilan dari kilang. Kalau akak jd dia, akak silentkan je phone. Tak kuasa aku tengah2 cuti nak fikir pasal kerja.

Akak memang malas ya nak layan. Sedangkan henpon aku skrg ni pon aku x pernah ya on bunyik. Vibrate pun tidak. Memang silent sentiasa sbb annoying kot. Henpon Mohd Rafi pun aku suh dia silent sbb nyampah kot sikit2 bunyik whatsapp tet tet tet.

Bye. Moga ada kekuatan rajin.

iklan