Thursday, September 29, 2016

To make it worse

Hi uolss

Tau tak pagi2 bangun tido buat apa? Ha..akak check account la tgk duit dah masuk ke belom.
Jawapannya ialah belom. Lepas tu akak text kwn2 se-mara, so theyols pun mengalami nasib yang sama. Lepas tu masing2 nak kena byr sewa rumah. Caner tu???

Akak dah cuak sbb esok kena byr rent 6 months. Aku ada 5 months rent sahajork. So we decided utk withdraw kan simpanan kat malaysia iaitu mebenk.

Tetiba td nak kuarkan tak bolehhhh!!!!!

Akak rasa nak pitammmm!!

Why cant?????

And mebenk tu pulak simkad yg guna utk tag number dah hilang!. Kalau tak boleh transfer ke cimb aku sbb cimb akak boleh je kuarkan from oversea.

Apakah innieww dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga???
Worse come to worse esok cakap kat agent mintak tangguh byr untuk yang 1 mo rent. And akak bayar dulu 5 months rent. Pastu kalau tak boleh terpaksa la akak mintak sedekah. Bolehhhh??

Btw, baru je couple of months ago akak withdraw duit from mebenk tu from oversea boleh je. Apsal pulak hari INI di saaat kedesakkan tak boleh?

Ada sesiapa kerja mebenk boleh jelaskan???

Thanks.

Tuesday, September 27, 2016

Takde mood lah.

Akak xde mood nk buat kerja arini sbb elaun belom masuk. Bolehhhh?

Hahaha... Kalau x masuk before 30hb memang matilah haku sebab nak bayar sewa rumah.
30hb ni akak renew contract rumah another year. So sebab akak student akak kena byr 6 months advance.
So akak tggu elaun masuk la nak cukupkan byr 6 months in advance. Gbp300 lagi x cukup nak bayar. Ni bukan betul okeh pernah diorang masukkan 2hb. Masa tu memang gila kwn akak siap mintak kat agent byr lambat sewa rumah dia.
Dah la bil air kat uk ni mahal okeh. Akak byr monthly Gbp50. Sebab kat Lincoln ni water provider ada satu je. Nak tak nak kena guna yang tu jugak. Letrik and gas akak guna prepaid. Tapi tak banyak sgt pun. Gas time summer dalam Gbp10. Letrik dalam Gbp15. Kalau winter gas naik sikit jadi Gbp25.

Nasib baik laki akak kerja. Memang gas and letrik dia top up. Pastu barang dapur memang dia beli guna duit dia. Kadang2 akak pau duit dia beli kopi, akak anggap duit kopi tu sebagai nafkah. Boleh gituu?. Dah tu nak banyak2 kau ingat gaji part time dia banyak sgt??.. Elaun akak guna untuk bayar bil air and sewa rumah and bayar hutang kat Malaysia.
Bak kata madam Kher aritu. Dari bank duit dtg kepada bank jugakla duit habis. Tak gituuuuu??

 Dalam erti kata lain, mara pliss jgn masukkan elaun lambat bulan ni. Akak serammm okeh nak byr rumah 6 bulan x cukup duit nih.


Pompuan psycho

Hi uolss..

Akak busy lah last week. Benchmark kebusyan akak ada lah akak tak sempat tgk citer korea. Bolehhhh?? Last week meeting dengan sv 3 kali. Tadi pun meeting dia kata dia suh be careful dgn wording akak dalam paper. Katanya banyakkan baca paper technical.
Ye la. kau suka hati je tulis grammar tunggang langgang.

Skrg akak tak sempat sgt tgk citer korea. Ada 1 2 je akak follow. Tak kuasa tengok semua. Tu pon citer 'W-Two worlds' dah habis. Cerita ganti dia tak best sangat. So kalau ada masa je lah aku tengok.

Update pasal anak sepupu akak yg cancer mata tu. Dia dah kuar sepital. Kuar2 bagi duit kat mak dia suruh beli beg. Sedih pulak akak dengar.

Lepas tu akak pun paranoia nih. Sakit sikit terus google 'tanda2 cancer' . Nauzubillahiminzalikkk

Aritu breast sakit sengal2. Terus check lump. Pastu google2. Psycho eh?. Padahal esoknya period.

Mohd Rafi malas layan akak tau. Sebab bukan2 je.

 Nah akak letak 1 je gambar recycle dari FB sebab akak malas nak transfer gambar.

Nih slides utk conference tak siap lagi. Menyampah betul buat slides guna latex. Guna powerpoint x boleh ke ha?? Akak ikut perintah sv ok. Dia kata Latex, maka Latex la kau buat.

Sunday, September 18, 2016

Child and family.

Hi uolsss... Akak bersiaran kembali.

Tadi akak buat cake sbb dah janji dengan Pahat lama. Tapi akak frosting akak beli kat Lakeland tu dah turn bad. So akak malas nak mejawab pertanyaan Pahat kenapa tak boleh makan cake lagi. So akak suruh dia tido. Kejinya emak kauuuu...

Btw, Pahat dah masuk sekolah. Dia dah year 1. Tak berapa pandai baca lagi. Tapi dia pandai baca ikut phonic je. Kira mcm eja satu2 lah. Year 1 ni dah serious sikit belajar kat sekolah. Siap ada homework lagi. Homework pun seminggu sekali jahhh. Goyang kaki eh mak bapak. Masa reception memang kerja banyak main jahhh. Year 1 belajar betul sikit. Aritu dia bawah ala2 worksheet membaca. Akak tengah busy masak tetiba rajin pulak dia pegi membaca. Aikkkk???

Ingat tak dulu cikgu reception dia selalu kata dia lack of focus pastu nak hantar pegi check. Diorang buat hearing test. Tapi akak tak tau resultnya apa. Bolehhh? sebab sekolah yang hantar dia buat hearing test. Lepas tu sampai sekarang senyap je.

Oh. Adik dia kak long kawasan Lincoln. Satu Lincoln ni dah tau dia samseng okeh, Pitammmmmm mak kau. Tapi Farha ni cepat tangkap kalau akak ajar. Dah pandai cakap 2 patah perkataan macam,
'Air umpah (air tumpah)'
"ayah takde'
'Nak susu'
Nak berak pun pandai cakap. 'Beyak'. Paling best hobi dia ialah bukak pampers, bukak seluar sendiri. bogel dalam rumah. pastu kencing kat carpet. Pitammmm. So akak sikit2 toilet train dia, Tak la serious lagi. Just kalau dia start bukak pampers sendiri akak bawak gi toilet kencingkan.
Hobi dia lagi satu belasah abang dia. Tapi pagi2 bangun terus cakap 'Abangggg'. Abang kau takde. Pegi sekolah.
Tapi disebabkan dulu Pahat slow. Maksud akak dia speech delay. Umur 3 tahun baru tau cakap satu2 patah perkataan. And umur 3 tahun pun dia tak berapa faham apa akak and Mohd rafi cakap. So bila Farha ni akak amaze how fast she start speak. And dia faham arahan..
Baru la akak tau... ooooo, mcm ni rupanya kalau budak normal.
Bukanla akak nak cakap Farhat tak normal tapi cuma dia ada delay sikit. Tapi akak bersyukur, masa dia speech delay dulu nurse buat test dia bukan autitism, cuma memang ada delay sikit.
Tapi xpe, he is always my sweetheart.

Oh. Akak nak bgtau, Farha memang anak Mohd Rafi. Memang anak ayah okeh. Sikit2 ayahhhhh...ayahhhh...Sampai emak pun dia panggil ayahhhh.
Lepas tu suruh cium emak dia tak nak. Suruh cium ayah terus pegi cium. Sentap mak kauuu. Terus mak cakap 'Ibu yang pregnantkan dekat 10 bulan. Dah la lahir terlebih bulan....sakit contraction lama...'
Pitammmmm...Ada jugak emak mcm ni.
Tapi actually sbb dia hari2 kat rumah dengan ayah dia tu yang dia rapat dengan ayah.

Akak skrg pakai implant. Takde plan nak pregnant lagi buat masa sekarang. So jangan tanya akak bila nak mengandong lagi. 1. Sebab akak tgh buat PhD. 2. Sebab both akak and Mohd Rafi is beta Thalasemia carrier. 3. Akak cakap kat laki akak nnt kita amek anak angkat je lah. Boleh tak gituuu? Sebab akak dah tua lah nak pregnant lagi. So nnt kita amek anak angkat je bolehhhhhh.

Kalau ada baby lagi kang akak takut si Farha tu cepuk adik dia je. Dia bukan boleh ayah dia sayang orang lain lebih sikit. Kalau ayah dia dekat2 dengan abang dia cepat2 dia suruh tepi. Kemain lagi eh mcm bapak kau sorang.


Friday, September 16, 2016

Ter'miss' meeting

Suppose meeting friday dengan SV. Sebab nak discuss paper konon2 nak hantar kat mathematic application punya journal. Sv akak suka confident kannnnnnn. Impact factor not bad. Dia kata dia nak settlekan paper tu cepat2 lepas tu boleh continue dengan topic lain.

Semalam pukul 7 pagi dia skype hakak tanya boleh tak meeting pukul 11 am.

Akak cakap 'Sure, but can we do it before 1pm?' Sebab laki hakak nak pi semayang and pastu pegi kerja.

So dia kata ok.

Semalam akak lepas mandi check message skype.

Sv akak tanya, 'Faz, are you at the Eng Hub?'

Akak cakap 'I'm working from home today'

Lepas tu dia cakap , sepatutnya meeting arini. Pegi check balik message kau (of course la dia ckp in english, habes tu akak malas nak translate)

Whatttt? Akak scroll balik message. Akak ingat friday sebenarnya TODAY. TODAY ye pukul 11 am. Masa tu dah pukul 11.30am

Matilahh nakkkk. Mata kau kero ke apa tak baca betul2?

Akak apologize kat dia sbb tak baca betul2. And akak cakap akak akan pegi sekarang. So akak terus siap2.
Tapi dia replied kata 'It is up to you if you have the time to meet today. It is not a problem if we leave it for later, next week'

Tapi akak cakap, ' No problem at all because my husband start working at 4.30 today. So I have plenty of time before that. And I think it is better to sort thing out this week'

Then, akak book cab pi Uni. Sebab kalau aku jalan kaki 30 menet baru sampai.

Sampai Opis pi beli kopi dulu. Hahahaha. Perlu ye coffee sbb meeting selalu lama gila and you really need coffee.

Sampai opis sv senyum je tgk akak. Nasib baik dia tak marah. Matilah nakkkkk.

And meeting sampai pukul 4.10pm. Akak berlari balik rumah. Kau rasaaaaa? Laki akak kena pi kerja hokeh.

Masa meeting dia tanya 'What do you think about the mock presentation last Monday?'

Refering to when he asked me to present in front of my 2nd SV.

'Yeah, I think it's okay'

Dia sambung, 'Well, it is to train you for your viva later'

Dia kata lepas ni, from time to time dia akan buat mock present/viva bila2 masa. Volehhhhh?. Saja la tu nak suh akak prepare...

Btw, paper sv akak menang IMECHE award.

So budak2 kat department akak semua tya. 'Where is your name?' Nama akak xde dalam paper tu.

Mentang2 la aku sorang student dia. Takkan semua paper dia nak letak nama hakak kennnn?

Sah2 aku takde contribution kat situ, so tak perlu lah kannn uolss.

Lagipun paper tu dia tulis masa akak cuti transfer/bersalin setahun. So memang akak x buat kerja punggg.

byee

iklan