Thursday, May 12, 2016

Distraction

Ha uollsss. Internet ni memang melalaikan kauuuu
Terutama bagi akak ni ha. Bukak matlab sambil2 bukak internet lepas tu tetiba kau dah bukak website baju raya. Tapi kau survey hari2 kau tengok harga mahal. Cuci2 mata je lah kannnnn?

Lepas tu kau jelajah pulak blog org. Kau klik semua recent link kat sidebar. Sedar2 dah 2 jammmm

Apakah maksudnya ittewwww???

Paper yg akak submit aritu dah 2 bulan xde khabar berita. Still under review. Sv akak kata dia x expected to be accepted. Tapi dia just nak komen dari reviewer sbb dia kan feeling2 suh hantar ke journal yg top dulu. Kalau reject kang hantar yang bawah sikit.

Paper aku lagi satu ni tak tau berapa kali ubah result. Sekarang tukar guna genetic algorithm pulak. Pening terus akak. Oh, sempat ke tak aku grad before funding habis niii..

Mostly student phd yg akak jumpa risau x boleh habis before funding habis. Yela uolsss mana nak cekau duit byr yuran. At least writing ok je boleh buat kat malaysia. Tapi leceh sikit la nanti.

Akak nak bgtau ye. Akak pun manusia, kadang2 ada perasaan malas juga xde la rajin sepanjang masa. Kadang bila kau baring2 atau katil masa tu idea writing paper kau muncul tp tak boleh nk capai laptop tulis sebab tengah tidokan anak. Gituuuuu. Kau jangan nak cakap kat akak kawan kau grad 2 tahun 4 bulan siap beranak lagik. Akak koserrr nak dengar. Boleh gituuuu??

Lepas tu kekdahnya kat fb tu orang sibuk la dok share cerita phd ala2 fefeling sgt. Tu lagi satu koserrr. Your Phd your way!. Jangan nak ikutkan orang sangat. Akak ingat 1 je. Buat Phd ni memang ikut rezeki kau. Kalau kau dapat SV baik tu rezeki. Kalau dapat result best pun rezeki. Tapi kena gigih la jugak kau buat kerja.

Kadang2 rasa bosan uolss.. kadang2 cakap kat diri sendiri 'kenapala aku buat Phd? Kalau x habis cemana? Cemana nak bayar balik mara kalau tak habis?'

Gituuuuu.... Well akak ni dah siap 2 chapter results. Tgh tggu proceed lagi 1 chapter SISO model. Lps tu proceed to MIMO. Sv dah suruh draft thesis tp tak sempat lagi baru buat skeleton sbb tengah writing another paper. Writing paper ni time consuming jugak ye uollsss. Kalau dah 10 tahun writing paper tu lain cerita tp bagi akak memang time consuming sbb kena cari reference bagai. Tu belom kau tulis pastu kena buat correction bagai. Pastu nak tunggu paper accepted/rejected pun lama jugak. Kau hari2 la log in ISA trans tu tengok progress bagai.

Minggu ni rasa mcm tak focus. Balik opis pun cepat. Pukul 3 dah cabotttt. Insaflaaaa ilot oiiii.... Tolong motivate akak sikit uolsss. Akak rasa out of focus sgtss.

Btw, akak cari2 baju raya akak bekenan kat satu baju ni lah tapi harga RM600+++. Koser pulak nak spend GBP100++ untuk 1 baju. Tu boleh beli 6 jeans GAP kat outlet okeh. Nanti akak suruh mak akak je lah jahit. Free. Tinggal beli kain jahhh.

p/s : nampak tak easily distracted?? Tgh writing boleh sibuk update blog?

Tuesday, May 10, 2016

Farhat

Kalau uols pernah dengar suara Fahat mesti tau dia ni kalau bercakap suara halus n slow je. Cuba kalau menjerit... Sakit telinga kau.
Selalu jalan2 kat town jumpa kawan dia nanti dia dok panggil2 tapi kawan dia tak dengar. Habes tu suara separa berbisik.

Kalau kat rumah kemain lagi jerit2. Geram betul emak kauuuu. Aritu dia jerit2 emak sound la 'Pahat, shut up pleaseee..'
'Ibuu...dont say shut up. Say quiet pleaseee...'
Kemain lagi kau eh. 'Ok, Pahat please be quite.'
Pastu dia jerit2 lagi, akak ketuk dia dgn sikat. Slow je okeh. X sakit pun tapi dia cakap,
'Why are you hurting me?'. Akak malas nak layan dia. Pastu dia cakap lagi.
'Ibuu, you dont hurt people. It's not good. Say sorry to Farhat'
Kau rasa nak lempang takkk?? kecik besar je aku tengok dia. Kalau terpijak kaki dia atau tersenggol sikit pun sibuk cakap,'Say sorry to Farhat'

Dia main dengan adik dia kemain lagi mcm adik dia tu jantan. Siap main gasak2. Pastu adik dia pun perangaiiiiii boleh tahan. Apa abang dia main tu la dia nak main. Emak beli soft toys ala2 gigirl harammmm dia campak ke bawah.

Aritu topi dia hilang kat sekolah. Balik akak amek tu dia cakap 'where's my hat?'. Akak cakap'Pegi cari dalam kelas'
Dia masuk balik dalam kelas x jumpa. Topi tu adalah topi superheroes. Beli kat H&M brighton 2 tahun lepas. Lepas tu dia balik nangis2. Tak kuasa betul emak topi hilang pun nak nangis. Esoknya kitorg pi H&M nak cari topi yg sama dah xde. Haroslah dah x keluar. Pastu pi primark beli topi GBP1. Happy okeh. Jimat duet apak kau.

Esoknya pi sekolah dia eksen kat cikgu dia 'Mrs Naylor, I got new hatttttt'
Cikgu dia pun layankan je. Kalau kitorg beli toys atau barang baru kat dia esok kat sekolah mesti dia bgtau cikgu dia. 'I got neww toyssss'

BFF dia kat sekolah Johnny and Arenas. Tapi Johnny dah lama x pegi sekolah. Pahat kata 'Johnny got hurt when playing football'(tapi ayat dia tunggang terbalik, maksudnya lebih kurang cam tu. So hari2 dok cerita Arenas tu.


Monday, May 9, 2016

Dah masuk summer yeayyy!!

Uolsss, 2 minggu lepas sejuk gila siap snow tetiba mggu ni panas gila. Howww?
Last week hari rabu tetiba sunny. SV pun x masuk opis. So pukul 3 akak kemas2 beg, text Mohd Rafi ajak pi Taman.
Tp ampuunnnn akak igt park ni dekat dgn opis tp basah ketiak aku berjalan uolsssss. Jauh gila. Kalau aku tau naik bus sahajork. Dari rumah akak dekat je sebab ada short cut dari stadium.



Akak paksa Mohd Rafi amek gambar akak dgn pokok dibelakang ittew sebab chantek. 
 


 Pahat dok mengekor je budak pompuan ni kemana-mana. Lepas akak interview rupanya diorg kenal each other sbb 1 sekolah. Dua2 in reception class, Pahat Ash class, budak pompuan ni nama dia Elly from Cherry class. Diorg dok main ladybird pastu main slide pastu main apa lagi ntah. Bila akak panggil balik tak nak okeh. Nak stay main dengan Elly. Pastu akak cakap 'Jom pegi tesco'. Lajuuu kau ikut kannn??

Kekdahnya, Mohd Rafi beriya cakap kat akak ni jalan shor cut pi Tesco. Akak pun terpedaya, yg kau pun satu x check google maps. Sekali jauh nak mampos okeh. Pusing ntah mana2. Baik ikut jalan balik rumah. Sakit hati emak tau..




Pahat kepenatan. Nasib baik bawak air. Si kecik Farha tu jgn cerita. Dah mengaruk2 dalam stroller. Dia mana boleh duduk stroller lama2.

 Tetiba jumpa signboard kemalangan ni suh Pahat bergambar.

Jalan2 lagi tetiba jumpa sekolah Pahat. Pitammmmmmmm!!! Suh Pahat amek gambar. Nyampah betul emak bergambar mcm tu.

Jalan lagi 20 menet baru sampai Tesco. Pengsannnnnnn mak kau! Sampai tesco beli ice cream. Balik rumah dh tahap seret kaki. Pastu tidooo kepenatan. Rasakannnnn!!

Wednesday, May 4, 2016

Bila nak rayaaaa

Uolsss...tahun ni akak berpuasa time summer lagikkk. Buka lebih kurang pukul 10.

Akak kat opis la ni. Disebabkan result simulation tak cantik akak pun demotivated lalu update blog. Haaaaa..Kau ado mcm tu.

Hakikatnya yang baca blog hakak ado 2 3 org sahajork. Sungguh sedih dan tetap gigih mengupdate.

Akak tengah carik2 baju raya online. Ingat nak beli pastu suh adik akak pos ke uk. Tapi xde la akak nak beli baju raya sampai RM500, x koserrrr. Sah2 raya kat uk ni sehari jah. Lagipon kalau dh x chantek pakai baju raya mahal tetap tak chantek. Boleh gituuu konsep kauuuu?

Kriteria akak kalau boleh 1 family color sama. Kalau 1 provider boleh buat baju untuk 1 family lg bagus. Lepas tu akak x mau dress/jubah. Akak nak kurung. Eh...eh...banyaknya cekadak kauu.
Lepas tu nak murah...**statement nak kena maki sgt kannn?

Tudung nnt suh adik akak belikan yang harga bawah RM50. Tak kuasa lah nak beli tudung sampai harga Rm350. Akak bukan begaji 7-8k nak beli tudung mahal2. Lagipun kan akak cakap, kalau x chantek pakai tudung mahal pun tetap x chantek. Kalau cantek kau pakai tudung kain kasa pun nampak mahal. Kau jual rm150 pon org beli okehhhh.

Sekiannnnnn

Tuesday, May 3, 2016

Makannnnnnn

Halooo uolsss.. Akak nak bgtau berat akak dh naik mencanak. Apa tak nya feveret sekarang tengok ig masakan. Pitammmmmm!
Lepas tu org malaysia suka tawww update makanan pagi2 iaitu malam waktu uk. Dah malam2 kau tengok gambar makanan tetiba kau pun menjadi laparrrrr.

Lepas tu kau pun godeh2 lemari kat dapur pastu makan. Pitammmmmm!

Disebabkan akak pun dengki akak pun uplad gambar makanan juga.




Minggu lepas akak buat sushi. Tak susah pun. senang nak mati uolsss. Beli je sushi kit tu ha sbb akak x kuasa la nak beli vinegar asing2 kang aku x reti budget berapa byk nk campak dalam tu. Senang gila just masak nasik dia dalam periuk nasik pastu campak je vinegar yg dia dah sediakan.

Semua ado dalam tu kecuali fillings sushi tu la. Harga dia Gbp5.99. Akak confirm dan pasti ada jual kat Malaysia ntah2 lagi murah.


Ni filling akak. Yang telur tu akak belajar hasil menonton rancangan Korea. Tak sia2 aku tengok. Lepas tu esoknya terus buat sushi or kimbab org korea kata. Tp kimbab letak sesame oil or seed akak tak kuasa nak pegi beli. Yang kuning tu pickle radish. Ada cucumber and sosej potong dua. Akak x kedekut okeh potong 4. Kalau ikutkan hati akak, nk letak seketul sosej je mcm tu. Over sgt konsepnya.


Ni sushi dah siap gulung. Gulungan hasil tengok rancangan korea jugak. Nampak takkk? x sia2 akak menonton.

Overall Pahat suka sushi ni sebab kekdahnya kau letak sosej sebesar2 alam tu kann?? haroslah budak2 suka. Btw, 1 pack sushi kit tu boleh buat 7 atau 8 sushi, tp seaweed dia bagi 6 je. So pandai2 beli lain. Kalau kau buat gemok2 cukup la 6 je.

Tapi makan separuh dah kenyang. Esoknya Pahat mintak sushi lagi tp dah habis sebab akak bagi2 orang.


Next cerita karipap pulakkkk... Ni experiment kali ke 7.
Yg kanan tu x berapa jadi sgt. tu guna method lain. Kiri tu guna method lain. Kalau ada masa kang akak tunjuk caner buat.
Tp tu pun belom perfect lagi sbb apsal org buat lagi flaky? Aku punya flaky halus2 gitu. Tastewise ok je sedap. Yang terpaling suka makan ialah Rania Farha.. Dia korek inti sahajork. dan kulit dia campak kebawah. Dia tak tau mak dia gigih buat kulit flaky2 mcm tu. Dasarrrrrrrrrr....
Inti sardin tu akak belajar dari mak mertua akak. Sbb dia mmg jual karipap frozen. And memang sedap. Tapi kan akak rasa karipap pusing ni lagi senang nak buat dari karipap biasa. Cuma masalah flaky kau tu jadi ke tak je lah.

Sekian update makanan. Sambung buat kerja.

iklan