Thursday, November 19, 2015

sv saya yang gigih

Sorry. Akak busy uolssss. Kat opis x boleh nak bermedia sosial. Balik rumah kau jgn harap nak pegang laptop. Si kecik tu kerja dia nak meleset je.

Well postgrad opis kat Lincoln ni adalah see through. So does lecturer's offices. So kau boleh nampak dari luar ada sapa dalam opis tu. Berani kau tak datang opis??. Sv pulak memang jenis rajin sangat lah disini. Kejap2 datang jumpa student. Tetiba dia feeling2 free dia masuk bilik panggil meeting.
Bagus jugak sebab senang ko nak cari sv kau. Tp kekdahnya x sempat siapkan task semalam arini dah masuk tanya progress. Pitammmm.

Utk pengetahuan uols post ni dh save berminggu tp update sikit2. Matilah nakkkk.
Nak citer pasal meeting dgn sv. 1st. Kena prepare semua benda dia suruh buat. Else dia suruh kau duduk kat bilik dia buat sampai siap. At the end of the day dia yang buat programming tu. 2nd. Jangan buat programming panjang. Dia x suka. Buat simple n automatic. 3rd. Setiap kali jumpa dia akan tanya. Fazilah, do you want to see me? . Kau rasa apa kau kena jawab?? Kalau kau jawab no maksudnya dh terer sgt kah kau buat research sampai xde benda nak disscuss? So always have something in mind to discuss.

Well td meeting dari pkl 10 sampai 12. Then sambung pkl 3 sampai 5. Biasa meeting kitorg memang lama. Sebab student dia akak sorang jah. Actually dia pun busy sbb dia director of research. Selalu je ada meeting back to back dengan school lah, tesco la. Tp bila tak meeting dia panggil la hakak masuk bilik dia. Memang style sv kat Lincoln ni mcm tu. Panggil meeting on the spot. So kau kena ada dlm bilik tu. Well, akak telah membuat janji2 manis yang too ambitious utk hantar report by friday. Tp sv akak kata, ok. Send report no later than Sunday.

Sapa2 suka control system. Nak cari sv. Memang akak cdgkan sv akak ni. Sangat2 helpful. Kau tanya soalan basic mcm budak degree pun dia jawab. Tapi lepas tu kau standby email kau. Bertubi tubi notes dia bagi.

2nd sv akak pompuan. Nama dia Rebecca. Dia pun baik. Tapi akak xde urusan sgt dgn dia sbb dia buat modelling. Akak punya part modelling x sampai situ lagi. Dia ada cakap jugak, Argy*** keep you busy.

Sebagai phd student. Busy is good. Kalau kau dah tak tau nak buat apa dan banyak masa terluang tu sama ada kau dh nak grad ataupun kau x tau nk start dari mana. Well research akak pun baru settle 1 part. Risau jugak bila nak habis experiment ni.

Actually bagus sebenarnya dapat sv yang suka push kau and strict. Banyak kes akak jumpa yg sv jenis pushy n strict, student depa semua grad awal. Well yang jenis tak tahan quit awal. Yang survive tu grad awal. Sv jenis mcm ni lagi bagus dari sv yang jenis biarr je kau nak buat apa. Semua kau decide. Unless kau hebat and tau apa kau nak buat, memang susah sbb xde guidance.

Nampak tak akak merepek ke phd talk mcm good good je. Akak pun x grad lg dik nonnn. One thing about phd ni ialah nak result cepat kena rajin. Kalau uols malas mcm akak, cr sv yang garang dan pushy. Biarlah kau stress depress 3 tahun asalkan grad cepat.

See you when i see you.

Tuesday, November 10, 2015

Pahat

Pahat dah start sekolah. Alhamdulillah. Tapi baru 2 minggu masuk dah cuti seminggu. Caner tu?. Dia biasala suka je pi sekolah. Tapi bukan suka belajar uols. Dia suka bersosial gituhhh.


Ni aktiviti balik sekolah. Aritu terselit kaki kat pagar tu padan muka dia.
Sekarang dia cakap campur2. Ikut suka hati dia. Kdg2 terkeluar english. Tapi kdg2 dia ckp english merapu.
Masa sekolah kat Malaysia dia x berapa boleh catch up sangat. Kat sini so far ok. Sebab sini bukan jenis belajar lepas tu homework bertimbun2. Budak2 belajar relax je. Skrg belajar phonic. Kekdahnya emak pon x tau sgt phonic alphabet tu bunyi cemana. Emak bukakkan Youtube jahh.

Akak tau la budak2 kat malaysia tu baya2 pahat dah pandai membaca. Pahat memang slow sikit sebab akak ajar ABC pun memang dia x ingat2. Kat sini ok pulak dia ingat.

Tapi Pahat ni memang suka buat kerja fizikal. Tolong angkat air mineral masok dalam almari. Lepas makan basuh pinggan sendiri (ini time rajin je yee... time malas pinggan pun tak nak angkat.


Tolong uli karipap pun dia jugak. Yang ni akak anoyying sebab menyibuk dan melambatkan kerja hakak. Paling best tolong masak. Pitammmmm. Orang masak dia amek senduk nak tolong kacau.

Kalau dia nak coklat dia pandai dah sekarang. Dia akan mintak makan nasik atau mee ke dulu. Dah siap makan dia mintak coklat. Kalau tak jangan harap dapat. Kekdahnya kau dok pleaseeee ibuuu...pleaseee...pleaseee pun tak dapat.

Well, sebenarnya akak banyak kerja since khamis x buat. Masa dekat brighton ada Pahat sorg je boleh lagi aku buat kerja kat rumah time Mohd Rafi kerja. Ada baby ni memang kelaot lah kalau kat rumah. Lepas tu sekarang dah sejuk. Memang lagi kelaotttttt. Stresss emak banyak kerja overdue, lepas tu result tak berapa cantik untuk masukkan dalam paper.
Pagi2 kena masak sediakan makanan utk baby n mohd rafi n pahat. Pahat jangan memain, walaupun kat sekolah dah lunch, balik rumah mintak nasik. Emak rasa lunch vegetarian kat sekolah x kena dgn tekak melayu dia.

Apa emak nak citer tadi? Oh, lepas masak kalau rajin akak basuh kain. Basuh guna tangan yaaaa. Mesin basuh ado. Akak dah beli tapi x reti pasang pipe dia lagi. sebab banyak sgt paip tak tau mana satu. Kadang2 akak basuh. kdg2 Mohd Rafi basuh. Tapi yang confirm tukang sidai memang Mohd Rafi. Kalau dah winter ni memang xde la sidai kat luar. Hari2 hujan. Jadi time bukak heater tu time tu la kau jemur baju.

Heater pun bukak sejam dua je sehari. Sebab bil mahal nyahhh. Tu pun sebulan dah consume GBP40. Sini letrik and gas guna prepaid. Pegi kedai topup baru boleh guna. Actually bagus jugak kat Malaysia buat mcm tu, takde la main petik lampu suka hati je kennn.

Aku paling menyampah ada orang jenis nak judge kau je kerja nya... seperti, 'eh, kata xde duit tapi pegi beli .... GB10'
Eh, aku bukan beli handbag baru pun, bukan beli barang lavish pun. Kasut aku tapak dah tanggal pun aku x tukar, dah la kasut ada 1 je. Pi gam je tapak dia. Kau rasa tak bosan ke hari2 makan kat rumah? sekali sekala nak jugak makan burger atau kebab kennn? Menyampah okeh citer kat orang macam ni. Jenis orang yang suka rendahkan orang lain. Lain la aku pegi bercuti suka suka ke atau beli LV ke beli kasut ferragamo ke... ni sah2 primark pun hakak budget2 nak masok. Kau hingat aku ni suka sangat ke mengabeskan duit. Aku ada utang kau ke??

Ha... entry di kala stress x dpt result semua campur aduk. bye.

Wednesday, October 14, 2015

Pahat's 5th Birthday.

So, we finally have our own house here in Lincoln. (**rental house).

Lepas 2 hari pindah Birthday Pahat. Kekdahnya rumah kitorg memang kosong. And kitorg sempat la beli meja GBP15 kat gumtree, lepas tu beli microwave GBP10 jugak kat gumtree. Lain2 takde budget dah.
Fridge pun nan hado. Mesin basuh nan hado. Basuh pakai tangan sudehhh.

Sebab dah bayar rumah dekat GBP4k, maka dah habes lah disitu.
Jadi sekarang berjimat cermat. Tggu next month la baru beli semua.

Jadi utk birthday Pahat sebab kami pun kemiskinan.. haha. Jd akak beli cupcake kat poundland sahajork berharga GBP1 for 4 cupcakes. Siap icing hokeh!




Tengok cukcake tu, not too bad for a GBP1 eh?

Btw, akak cari lilin x jumpa lalu beli lilin christmas kat poundland jugak. Nampak tak favourite kedai adalah POUNDLAND.

Pahat happy dpt cupcake tu. Sedap je akak tgk dia makan. Hahahaha

Btw, mula2 akak plan nak bake kek dia, tp oven rumah akak ni guna api nyahhh, lepas tu x boleh guna api bawah. lepas tu xde temperature setting. Antik sgt noks oven hakak. Kena beli oven lentrik lain la gamaknya

Minggu ni Pahat dh start sekolah. Sekolah depa free, hatta yuran pibg pon aku x bayar. Depa provide free lunch, so makan lah kau vegetarian sbb depa xde halal food. Padan muka Pahat. Lepas tu balik sekolah pukul 3.15 macam orang kebulur makan nasik.

Rasakannnnnn!

Friday, October 9, 2015

Tips menjaga jam tangan G-Shock

Uollsss...Ni akak nak share tips2 menjaga jam G-Shock. Uols mesti pernah beli kan jam G-Shock.
Masa akak zaman remaja dulu popular sangat Jam ni. Sampai sekarang pun macam2 design theyolls
keluarkan. Actually Mohd Rafi pun ada satu jam ni sebab tahan lasak kennnn. Sesuai la dengan
kerja dia...
Jam Gshock ni uols tau kan dari Casio negara jepun tu. Jam ni memang fungsi dia tahan lasak dan
kalis air. Sesuai untuk activity outdoor dan lasak. Tapi tahan lasak pun uols jangan baling ke
dinding 40 juta kali. Haros lah rosak. Motippp?? Uols kena la rajin bersihkan jam, simpan elok2 kat
tempat yang betul, lepas tu jangan malas baca manual. Ni memang perangai hakak, iaitu malas baca
manual. Sebab tu la kekdahnya jam akak asyik rosak jah.





Jam tangan G-Shock ni uols kena selalu bersihkan. Make sure jam tak kotor, yelahkan mentang2
jam tahan lasak lumpur2 daki2 kat jam pun uols tak nak bersihkan. Uols boleh bersihkan guna kain
lembut atau kalau malassss sgt kau hantar je kat cawangan G-shock berdekatan. Gituuuuuu.


Nampak gambar atas tu? Smart kann?? Ni akak nak bgtau lagi satu, kalau uols nak pakai jam ni
dalam air, kena baca dulu berapa tekanan air boleh bawak masuk. Jangan feeling2 mcm akak, dulu
akak eksen dengan Mohd Rafi jam akak boleh bawak masuk air, sekali zassssssss rosak!
Rasakannnn.
Kesimpulannya uols, baca manual disediakan dulu ok?

Friday, October 2, 2015

heh...Selamat HAri raya aidiladha

Heh. Tau. Akak lambat.

Busy nyah.... Siang pi opis. Malam jaga anak. Still duduk kat rumah org lagi. Dah 2 bulan.

Dah dapat rumah. Pindah next week. Tu pon sebab bayar 6 bulan in advance. So akak dh mesken lol.

Memang bosan cari rumah. Akak view 13 rumah. Apply 6 rumah. Semua kena reject.
Yang last ni kami decide nk byr 6 months in advance.

Actually ada je agent accept financial statement. Tapi kau tau la competition dengan student single yg tengah cari rumah. So mostly application kitorg direject sbb landlord amek yg single.

Lepas tu ada agent lg mengarut, akak nak bayar 6 bulan (sebab rumah tu cantik and ada fridge and washing machine segala, so berbaloi la bayar 6 months upfront). Tapi agent tu kata sebab student kena ada guarantor jugak. Kau hingat senang2 omputeh nak jadi guarantor. Koserr akak layan agent tewww.

Eh akak nak citer tu baru 6 months upfront. Deposit biasanya 1 bulan atau 1.5 bulan. Kalau kat area brighton deposit adalah 3 bulan, Rasakannnnn!

Tu baru deposit. Depa ada referecing fee. Referencing ni proses check credit kau. Ada utang dengan bank ke tak. Ada history tak bayar bil ke tak. Ada history tak bayar sewa rumah. Depa check up to 7 years. Jadi jangan feeling2 nak lari tak bayar bil yaaa.
Lepas tu ada moving in and out fees
Ada certain agent kena bayar cleaning fees.

Memang mampos nak sewa rumah pon mcm2 fees kena bayar. So segala mak nenek fees tu akak bayar GBP300

Pitamm ke tidakkk??

Lepas tu rumah unfurnished. Yang ado cooker sahajork. So merasa lah kau tengok2 kat gumtree tu perabot terpakai ke fridge terpakai ke washing machine terpakai keee.

Jd. Kiralah kannn berapa banyak pound sterling dah habes tewwww?

Bulan ni boleh la makan nasik dengan telur sampai 26 haribulan.

Akak malas nk upload gambar harap maklum.
Akak nak bgtau yg farha sekarang samseng nak mampos. Dia buli abang dia. Mainan dia tak nak main. Dia sibuk main dinosour abang dia. Eh, dia tau okeh abang dia nyorokkan kat mana. Lepas tu abang dia pon nanges. Nak je akak lempang.

Ok lah. tengoklah lagi 3 bulan agaknya baru akak update blog. Gittewwwwww

iklan