Monday, June 23, 2014

Preorder ! Avent Breastfeeding set (breastpump set)

RM550 per set sahaja. (RRP untuk breastpump sahaja RM899)

Dalam kotak termasuk:

1 single electric breastpump
10 storage cups with lids and 2 adaptor
1 ribbon bra clip
1 natural feeding bottle and teat
12 day breast pads
6 night breast pads
2 nipple protectors
1 moisturizing cream
1 easy to carry pouch

ETA : insyaAllah August (menurut shipping company)

Deposit : RM250
Nanti barang sampai baru bayar selebihnya. Once deposit paid consider sold, sapa yang cancel deposit kira burn okeh.

Order before 31st May, mengikut pada stock availibility. Stok terhad! 

Siapa Cepat dia dapat! 

Email : ilotshikamaru at gmail dot com
atau
whatsapp only  018 2807586 (sorry ye number ni mmg x boleh call and message, cuma boleh whatsapp sahaja)

p/s : kalau ramai order insyaAllah akak guna air freight, so cepat sikit sampai. Dalam 2 mggu. Kalau x ramai akak guna shipping laut lah uolls.

Tuesday, June 17, 2014

20 weeks detail scan

Musim malas buat correction telah tiba. Larikkkk! Mentang2 la sv cuti kennn, kau pon sama malas.

Semalam pegi hospital, scan 20 weeks.
Bawak Pahat sekali naik bas.

Pahat ok je, Behave. As long as dia x nampak budak2 baya dia, dia diam je. Kalau dia nampak mula la dia sibuk jd peramah ajak main.

Appointment 1.25pm. Tapi akak sampai lambat uolss sbb time summer ni jadual bus dh lain akak x tau pkl brp bus pi hospital tu sampai.

Sampai pukul 1.35pm. Tapi xpe pun sbb selalu turn mmg lambat 30 menet. Pi register, pastu Pahat duduk diam. Pastu 1.50 sonographer panggil. Masuk bilik scan.

Dia tanya, 'Do you want to know your baby gender?'

Akak jawab,' Yes please, if u can see it'

So mula2 dia check otak. Pastu check heart.
 Btw, Pahat excited gila dpt tgk baby scan. Haha...sampai ke rumah dia tunjuk perut dia ada baby. haha

Kidney, ok. fingers, bone semua ok. vessel cord. ok.

Sebab ni scan detail, amek masa sikit. Dalam 40 minit. Tambahan lagi baby x reti duduk diam. So sonographer tu x dpt view yang tepat, so dia kena dok pusing2 berapa kali.

Kesimpulannya dia scan beberapa kali dia cakap, ' Oh, i can see your baby's gender. Can u see it?'

Aiyooo mmg la akak x nampak kaedahnya.

Tapi dia bgtau, 'It's a girl !'

Pastu cakap kat Pahat, ' U r going to have a sister'

Pahat dia gituuu je lah. Dia bukan paham sgt.

Overall everything was fine. Cuma plasenta kebawah sikit. So dia suh dtg scan lagi on 36 weeks.

Akak request print gbr baby, tp sonographer tu x dapat gambar muka yang cantik. Sbb baby x duduk diam. Keje bergerak je. So dia print mana yang termampu and bagi free je gambar tu. X yah bayar. Hahaha...

 Gambar baby sedang mulut ternganga. Bolehhhh???

Now i know it's a girl kannn, apa lagi, balik rumah bukak website mothercare cari baju pink. H&M kids pon baju chantek2... Amboiiiiiiiii

Sunday, June 15, 2014

Summer Sale.. amboiiiiii....

Uollss summer sale dah start pitamm akak tgk website2 segala.

Paling best ni ha... PANDORA sale 70%

http://www.republicofjewels.co.uk/

Uolls tengok lah...kot2 berkenan, iols boleh belikan. Boleh email and whatsapp kat no entry breastpump. Kalau nak barang avent selain breastpump set tu pon boleh email or whatsapp iols. Nnt akak quote harga. Mmg confirm murah dr malaysia uolls.

Esok hari bapa kannn? Korg nak tgk kad hari bapa Pahat??? Pitammm akak tengok.

Tak berjenis kad dia. Xde konsep. Aku tgk anak org lain buat elok je. Anak aku punya giiiiituuuuuuulahhhh!!

Speaking of annual review report lagik. Sv akak return correction report akak. Ada la kann kena tambah and suh tukar structure. Dia kata, tambah jadi 40pages. Aiyoooo akak baru tulis 23 pages tu ya. Lepas tu dia ajar cemana nak jawab kalau interviewer tanya masa annual review tu. Siap bagi template jawapan. Kelllasss sv aku.
Kawan akak yg lain sv ala2 dont bother ya dgn report kauuu.. Kau hantar jelah apa kau tulis konsepnya.


Lepas tu dia kata suh tulis conference paper submission date 15 November kalau akak nak ikut dia pi Asian Control Conference kat Sabah 31 May 2015, tahun depan.

Eh, mesti lah aku nak ikott... Sah2 akak nak balik sekali. Sambil menyelam minum air. Tapi part tulis conference paper tu....Opppppsssss!!

Ah, yg penting, settlekan annual review dulu. Pastu baru fikir conference paper.

Sapa nak beli breastpump set silalah cepat, sbb harga murah stok pon limited uollss... And sbb ni preorder, ujung bulan August baru sampai. Korang jgn berzikir hari2 pulak tya bila nak sampai... Larikkkk!!

Byeeeee

Wednesday, June 11, 2014

London again!

Baru siapkan correction. Lambat sikit sbb akak kena baca semua thesis balik and cari balik journal2 ntuk tambah dalam tu.
Bagus la jugak so ada lebih pemahaman disitu.
Yang menyampahnya akak tulis guna Latex, pastu dia dok la ltk figure semua kat last pages. Dah betulkan bila run pdf sama jugak. Sudehhhh akak dh malas nak betulkan akak anta je kat sv.

Speaking of sv, sv kawan akak kan x check pon report dia. Sv dia kata, report dia sv x nak masuk campur. Hantar je lah apa dia tulis tu.

In the middle of sibuk siapkan correction, akak sempat la pegi London ari ahad beramai2. Beramai2 tu penting sebab tiket murah bila pegi dgn group. All day pass termasuk tube n train GBP9.90 sahajork. Kalau bukan group GBP21. Koserrrr

Matlamat asal pegi makan je pon uollss... Tu memang matlamat kitorg. Lunch pi Tuk Din.

Makan untuk 6 org 2 children, GBP120. Mahal sikit lah TukDin. Ada lauk yang sedap ada yang x sedap.

Ahli rombongan. Nampak??

Pastu pi London Eye, ahkak dh pernah pegi tp ada akak sorg lg tu x pernah. So kami bawak la dia. Cuaca di hari kejadian panas gila okeh!

Jadi akak x kuasa nak berjalan, biar je diorg jalan2 merayau kemana2. Akak duduk bawah pokok.

Ni pon kulit akak dah berbelang. Akak nak kena beli sunblock. Penat akak putihkan kulit time winter.

Lepas tu pi Oxford street. Saja jalan2 cuci mata. Walaupon duit nan hado!. Akak and yati masuk lah Selfridges saja survey2 harga. Hampir semua kedai high end kami masuk and try. Dior je x sempat masuk sebab dah nak tutup.
Sempat tengok2 kasuk Valentino studded tew. Yg org dok beli. Elehhh x delah best sangat. Ujung dia keras. Kalau kaki aku yg kembang ni pakai nescaya jalan 100 meter dah melecet.

Try kasut chanel. OMG. Selesa gila okehhhh. Nanti akak kaya akak feeling2 nak beli kasut chanel 1.

Ni je gambar menetry yang ado. Ihsan dari Yati.
Ini ada lah beg prada. Harga GBP1430. Color ijau akak suka. Tapi nan hado lah nak beli. Baik aku bayar sewa rumah gituuu.

Dress akak tu from GAP. Beli kat outlet je. GBP14. Murah uollss.

Lepas jalan2 kat Oxford street sampai kedai tutup kaedahnya. Kami pegi makan kat Bonda Cafe pulak, still kat Paddington. Sini murah sikit compare to TukDin. Tapi ala2 warung gituuu.

Balik singgah KFC halal tapau chicken wing. Balik rumah menyesal beli 10 ketul je. Dah la sedap. Berebut dgn Pahat pulak makan.

Pahat kan, akak dgn Mohd Rafi tido dia makan ayam. Pastu dia dok minum air dgn fresh milk dia habeskan. Lepas tu dia tido. Apa pon x boleh.

Esoknya isnin kepenatan ya amatsss. Sakit kaki sbb feeling2 berjalan mcm org sihat. X sedar diri mengandung. Jawapannya x pegi la opis. Pahat pon pnteng nusery.

_____________________________________________

Ingat tak pokok Dafodil yang sekolah Pahat suh tanam? Dah besar okeh..

Tapi belum kuar bunga. Preschool dia dah email suh submit journal dia. Alooo cemana nak submit pokok tu x kuar bunga lagi. Malam ni kang emak print semua gambar2.

Bye. Nak kena pi seminar pulak.

Wednesday, June 4, 2014

Annual Review again!

Hah, website baru update last week, kena tulis 10k. (tak tau la kalau dh lama ada tp aku x perasan). Yelah sv akak pon baru je masok sussex tahun lepas. And akak 1st phd student dia kat sussex ni so dia x berapa tau sgt. Dulu dia kat Loughborough xde konsep2 annual review report nih.
Actually memang certain uni je yg ada. Cik sha kat Birm xde. Untong lah.

Tapi bagus jugak ada annual review ni. At least ko tau berapa banyak dah kau buat.

So minggu lepas akak pulun ya siapkan report. Sampai ke sabtu ahad pon aku dok mengadap. Sampai x sempat masak Pahat akak gorengkan wedges je. Dah petang sikit baru akak masak. Pastu mengadap sampai ke malam.

Sebab target akak masa tu akak nak siapkan 1st draft before 1june. Sebab akan ada 2nd draft and so on untuk correction and penambahan. So better siapkan 1st draft cepat. So isnin pagi email kat SV 1st draft. Actually x cukup 10k pun. Cuma ada 17pages. Sbb akak nak elakkan masukkan benda yg aku x tau dan merepek xde kena mengena. Dan juga nak elakkan report meleret dh mcm nak buat thesis. I swear, bila aku buat thesis aku copy paste je literature review dlm report nih. Ha, keje nak senang je kan?

So, lps antar report akak teros shut down ya... Dengan email semua aku x bukak. Selasa aku cuti suka2 hati. Matilahhhh...Sbb nak rehatkan otak. Macam kau buat kerja byk sgt... Tp ini perlu ya untuk mengelakkan kau stresss... Gituuu padahal yg terlebih rehat tu kau x kira.

Td pagi dtg opis jumpa la kertas bawah pintu.

Correction sv bagi. Pastu check email rupanya dia suh dtg jumpa semalam pkl 9am

Padahal semalam aku dok cuti suka hati. Matilah kauuuuu.

So komen dia adalah,
 'indeed the report requires quite a number of changes and updates- it is a good attempt at this point but needs enhancing. I would also like you to add your "input" to the work compared to what is available to date.'

Tu yang color2 merah tu dia suh tambah2 sikit. Pastu buat section. Banyak la jugak kena tambahnya.

Banyak lagi kena baca. Oh. Peningnyaaahhh.

iklan