Wednesday, January 8, 2014

Pahat in school.

Ok. Pahat dah start sekolah minggu ni. Akak hantar pukul 8.30 sampai 1pm.
Mula2 ingatkan nak kurangkan waktu sekolah dia sehari. Tapi alhamdulillah, memandangkan Mohd Rafi dah dapat kerja part time boleh la bayar yuran sekolah dia.

Sini kan tengah winter.. Omg nak kejut si Pahat ni bangun pukul 7.30 liat gila hokeh. Padahal tido pukul 10. Pastu petangnya dah tido.

Lepas tu akak bangun pagi masakkan lunch utk dia sumbat dalam lunchbox. Isnin-nasi goreng, Selasa-meehoon (ni keeper dia kata dia makan habes), arini-nasi+bergedil-breaded chicken.
Jangan ingat akak bangun pagi2 rajin buat bergedil bagai.
Bergedil memang akak dah buat banyak2 and frozenkan. Karipap pon ado akak frozenkan. Begitu juga dengan roti gulung. Kalau ko tgh rajin ko buat je banyak2 pastu frozenkan.
Memudahkan kerja di waktu malasss.. Macam hakak!

Lunch bag, lunch box and wellies
Tema biru merah sgts kann? Wellies tu hakak cr kat primark nan hado. Dah habes. So akak beli kedai shoes shoes harga gbp9. Kena label letak nama.

Ok. Pagi2 dah kena jalan kaki pegi sekolah. Akak ganti2 hantar pi sekolah dengan Mohd Rafi.
Penat nyah jalan naik turun bukit. Naik turun tangga. Sekolah dia still dalam Uni. Nanti ada duit nak beli basikal. Kesian, dia pun penat nak jalan kaki.

Ni pagi2 bangun lepas gosok gigi terus pakai baju. Winter sejuk nyahhh. So lepas balik sekolah kang baru mandi. Dia boleh dok baring dulu. Pastu suruh breakfast x nak. Minum pon x nak.

Kat sini preschool bukan mcm malaysia. Before masuk preschool ada 6jam settling session. Ni nak tengok budak tu boleh bergaul tak dengan budak2 kat situ. Diorang takut budak2 nangis kena tinggal dengan parents.

Alhamdulillah, si Pahat ni tak heran kena tinggal. Dia siap halau aku balik lagi ado.

Lepas tu preschool dia xde la ajar abc ke membaca ke homework ke apa. Dia just bagi budak2 tu main, pastu ada seisi story telling. Dia bacakan buku and budak2 tu duduk bawah. Budak2 tu pun behave semua duduk bawah dengar termasuk Pahat walaupon dia x paham kennnn.

Lepas tu time lunch budak2 tu semua makan sendiri.

Bila kita amek nanti keeper dia akan bgtau update untuk haritu, dia akan bgtau Pahat arini main apa, dia buat apa dengan kawan dia, dia makan banyak mana. Dia akan observe apa budak tu buat and report kat parents.

Nak amek anak pegi and balik sekolah cuma parents dibenarkan. Kalau orang lain nak pick up and hantar anak kena register dengan dia dulu. Kena bagi nama, alamat and no phone. Pastu kena bagi gambar orang tersebut. And dia akan tanya password masa nak amek anak. So ko kena pass password dekat orang tersebut.

Sapa amek anak lambat 5 menet kena charge gbp25. Pitammm nok.
Merasa kau amek on time ya.

So far, Pahat happy. Cuma nak kejutkan bangun tido tu ha payah sikit.

Balik sekolah sibuk nak bawak beg dia sendiri. Naik bukit lagi.

Penat jalan kaki dia stop duduk kat tangga rumah orang ntah sapa2.

Balik rumah disebabkan kepenatan. Amek bantal busuk dia terus tidoo.

Sementara Pahat pegi sekolah emak buat apa? Emak jalan2 pegi city centre.


Sebenarnya selalu je lalu lalang kat sini. Tapi sebab free jalan sorang2 amek gambar2 bangunan kononnya.

Ok. Tu je. Nanti akak rajin akak update lagik. Byeeee!

Saturday, January 4, 2014

Brand New.

New year 2014.

Mula2 plan gigih nak pi Pier Brighton tengok bunga api. Tapi, memandangkan angin kuat. Cuaca sejuk. Adalah tak sesuai nak bawak Pahat. Akak suh Mohd Rafi je pegi. Have fun. Yela, dia pon boring lah asyik duduk rumah je.

Petang 31hb. Akak jalan2 ke Brighton dengan Yati and Afiq, saja2 jalan2 sambil bawak CV Mohd Rafi. Then, si Afiq tu nak pegi toilet. Dekat dengan toilet tu ada restaurant Thai. So akak dengan yati try2 la tanya and tinggalkan cv.

Esoknya restaurant tu message suh datang kerja terus. Ala..kerja basuh pinggan je, ganti orang. Ok la. Dia bayar gaji Gbp6.30 per hour. Ganti orang je lah. Yang bestnya dapat tips okeh. Duit tips tu dia bagi samarata kat semua orang. Maksudnya waiter ke cook ke tukg basuh pinggan ke semua dpt value yg sama. Semalam dia kerja dapat Gbp15 okeh tips. Gituuu

Alhamdulillah...lepas la buat byr duit sekolah Pahat. Tak yah kurangkan sehari.

Tadi pahat sekolah 2 jam. Utk last settling session. Akak ingat dia akan melompat2 ke hulu kehilir buat bising. Tapi elok pulak dia kat sekolah. Dia main elok2. Time teacher dia bacakan buku dia elok je duduk bawah dengar orang baca.

Kalau kat rumah mmg jangan harap lah. BAru baca 1 page dah amek buku tu.

Isnin ni baru dia sekolah full. Pastu cikgu dia suruh beli weelies? Aku x reti eja. Tapi ala2 rain boots tu. Sbb dia kata main kat luar nanti kasut basah.

Oklah. Esok emak pegi beli.

Next week jugak terpaksa la emak bangun awal sediakan lunch utk dia. Sbb lunch sekolah x sediakan. So kau bawak la dr rumah kaedahnya.

Ok. Nnt kalau akak rajin, akak sambung lah.

Friday, December 27, 2013

It's over!

Matilah emakkkk dah seminggu lebih x gerak2.
Mentang2 cuti christmas 3 minggu. Maka langsung x sentuh programming hatta paper.

Setelah seminggu lebih makan tido jalan2 tgk movie. Matilah nakkk kalau sv kau tau..

Tau apa kata amanat terakhir sebelum cuti 18hb tu?

'I hope we contact each other during holiday'

Kannnnn...

Ok. Akak dah seram sejuk. Akak nak buat kerja sekarang.

Sebelum tu terima lah gambar akak jalan2 di Londongggg..

Gambar lain2 boleh la add instagram emak.. Jap eh..emak pon lupa apa intag emak.. ilotshikamaru kottt...ko try lah carik.

Bye...Good luck juga utk kwn2 sepejuangan yang sedang buat PHD juga. Moga urusan kita dipermudahkan Allah. Aminnnnn

Sunday, December 22, 2013

wah...wah...wah.

Sungguh gembira kau kan mentang2 cuti Christmas, buku n laptop pon kau cuti jugak bukak. Dah 3 hari ya x bukak buku n email. Matilahhhh kalau sv aku carik.

Pahat start sekolah preschool January ni. Tapi dia x reti cakap sangat. Masa settling session aku tgk anak omputeh kemain lagi. Lancar gila cakap. Sentap mak nak.

Aritu pi NHS nak register. Matilahhh dh 2 bln lebih register baru nak register NHS. Sebab aku menyampah Nhs tu mesti ramai student time akak pegi. So baru la nk buat.

Pastu bawak la Pahat. Ada pulak budak yang 1 sekolah dengan dia. Tapi budak tu dah lama msuk sekolah. Ala2 mix british asean kot. Dia cakap dengan mak dia.

'That boy(refer to Pahat) always make noise in school'

keji sgt budak tu ngumpat Pahat depan2. Yela...Pahat mana reti cakap sangat. So mostly dia akan buat bunyi bising je.

Serious weh..aku tgk budak2 kat situ cakap lancar gila. Risau la pulak aku nak hantar Pahat yg x reti cakap tu.

Next week mak nk jumpa GP nk suh dia refer ke speech theraphy. Kalau free mak pegi
. Kalau kena byr mak koser. Ni pon pitam nak bayar yuran sekolah Pahat dekat Gbp200 sebulan. Actually 15 hours per week free. Tapi sekolah tu xde 9 to 12. dia 8.30 to 1. and ko x boleh amek hour. ko kena amek samaada full day atau half day. So emak amek halfday. Suppose bayar gbp 500 sebulan tp sbb ada 15hrs free tu so aku byr dekat gbp200 sebulan.Cukup 5 bln boleh beli beg LV.

Mungkin next month akak nak cancel sehari kelas dia so boleh kurangkan bayar. Terpaksa lah. Kalau tak bayar mahal sgt. Gbp200 tu mcm2 boleh beli makanan. Kalau tak nnt budget lari susah pulak.

Sorry Pahat walaupon ibu tau Pahat suka pegi sekolah tp ibu terpaksa lah cancelkan sehari. nnt kalau ayah dh dpt kerja ibu tambah balik sehari ok?

Sunday, December 15, 2013

Menjelang raya christmas.


Nak christmas ni uollsss juling mata ye tengok sales sana sini.
Kalau emak byk duit dah lama emak beli henbeg satuu.

Tapi sebab Pahat dah nak sekolah. Kena beli baju long sleeve dengan jeans sebab ni time winter kang kejung anak aku jalan pegi sekolah. Jeans dia ada 2 je. Tu pon beli kat primark. Jeans bawak dari Malaysia dah senteng!

Akak dah contact dah agent shipping dari UK to Malaysia. Kalau akak rajin akak juallah barang2 dari UK ni. Sapa2 ada suggestion nak barang apa boleh komen atau email akak. Kalau ko nak suruh beli beg LV memang tak lah aku nak beli. Koser nak pi London.

Yang penting aritu aku tengok botol avent BPA free yang pendek tu 2 ketul murah gila time sales!. Nasib baik Pahat dah x minom susu guna botol.

Masuk mothercare pun juling mata, baju lagi murah dari Primark. Tension emak sbb hari sebelum tu dah beli baju kat Primark uollsss.

For christmas akak bagi SV mp3 player sbb dia asyik citer pasal music je so emak bg lah dia mp3 player. Haroslah akak bagi yang murah sahajork. Ko hengat aku mampooo bagi Ipod??

So far elaun cukup makan pakai segala. So sapa2 nk dtg uk with family dgn elaun yg mara bagi dont worry, insyaAllah cukup.
Next month Pahat dah start sekolah. Sebab yang free cuma 15 hours, and akak amek half day utk 5 hari, lebihnya tu kena bayar la. Lebih kurang Sejam GBP5.50. Ha, yuran sekolah kau lagi mahal ya Pahat.

Sebelum betul2 masuk sekolah kat sini ada settling session 6 jam. Pilih la sejam sehari. So far dah 2 hari Pahat pegi settling session. Dia x nak balik kauuuuuu... Aku ajak dia balik menangis teresak2 sepanjang jalan. Teacher kat situ kata he did excellent in his settling session. Dia main semua benda yang ada kat situ. Dia explore everything... Tapi kaedahnya...dia tolak orang!

So teacher tu kata nanti ckp dengan dia jangan tolak orang. So akak pun dok la cakap hari2 kat dia jangan tolak orang tak elok.

Ok lah. tu je. Byeeee

iklan