Friday, August 2, 2013

Yang tak Siap lagi.

Aiyooo uollss... akak nk raya mcm tak raya. Malas blehh?

lagipon mcm membazer je aku beli baju raya kang bukannya boleh pakai lagi lepas tu. Yela kalau jd pegi kang takkan nk pakai baju kurung lak pegi opis kat sana. Kat Malaysia lain citer.

Oh. jangankan persiapan raya visa pon aku x buat lagi sebab Uni akak lembab nak bagai CAS number and bagi feedback setelah aku email 10 kali.

Sebab visa tak settle. Jadi jgn tanya aku dh packing ke dh beli tiket flight ke. Belum ya.

Semua document utk settle visa TB test tranlste sijil nikah dah buat. Cas number yg melembabkan process.

Aku pon tengah fikir2 ni perlu ke aku belikkn baju melayu Pahat? pakai sekali je. Macam membazir jah. Emak kedekut sekarang ni.

Tapi gaji emak sikit pon aku rasa cukup je tiap2 bulan duit haku. Takde pulak sampai kena pinjam orang. And xde pulak aku kena makan meggi. Siap boleh bayar loan, kereta, byr jaga Pahat, bil2 segala.

Tapi xdelah pulak aku makan kat tempat2 mahal hari2. Xde la pulak aku shopping online bagai nk gila. Xde beli henbeg baru. Kasut pon ikut keperluan.

Sebab tu aku tak paham orang yg gaji lebih banyak dari aku sibuk kata x cukup duit tiap2 bulan padahal xde kena byr sewa rumah pon. xde kereta jugak. Anak pon xde. Confuse mak kejap.

Just nak share. Agak2 kalau ada duit lebih2 bayar hutang kalau x banyak sedekakan la. Ala kalau ada rm1 pon x apa. Tapi kalau nk transfer kat bank xkan rm1 kan? Paling2 rm10. Ala uollsss sedekah rm10 tu nnt dpt balik berganda2 dlm bentuk rezeki. Mungkinlepas2 tu walaupon ada rm100 pon balance gaji insyaAllah cukup sampai hujung bulan. Ala rezeki bukan dalam bentuk duit je ustaz kata. Kalau duit sikit tapi sampai ujung bulan cukup dan rasa happy itupon rezeki.

Dan lagi 1 sapa2 yg rasa duit x cukup je dan ada credit card ko pegila terminate credit card kau tu. credit card bagi yg x pandai manage adelah menyusahkan. Akak selepas terminate credit card hidup lebih bahagia. Konsepnya ada cash beli. xde cash tak payah nk swipe2.
Kalau hutang credit cd byk sgt akak nasehatkan korg pegi amek personal loan bayar cresit card balance hutang tu lump sum. Tapi awas ye... jangan ko buat personal loan 10 tahun tu kang interest dah sama mcm credit card. Buat 3 tahun je cukup. Tak membebankan.

Thursday, August 1, 2013

Bila terlampau rajin.

Ha...kan uollss akak lepas buka td ngantuk sgt lepas maghrib pkl 8 lebih dah ajak Pahat tido. Pahat konsepnya emak tido dia tido. Kalau emak tido pkl 1 pagi pon dia tido pkl 1 pagi ya. Manala aku tak kuat membuta kalau dah nak tidokan anak emak membuta sekali.

Berbalik dari citer diatas. Akak dah tido. Pkl 10 bangun teringat kueh orang td pg order extra nk esok jd akak pon bangunlah buat choc chip.

Pahat sekarang ya ampunnnn... Boleh tahan hyper. Aku gi buat tb test for visa purpose Doc kat Gleaneglas tu tanya:

Dia memang hyperactive ke?

Dah la haku hangin. Pahat dah menjerit2 kat ruang menunggu tu. Aku ni tggu radiologist tukar shift bapak lama. stress terus emak. Pulak tu dia suh aku tkr baju xray tu dulu. Tunggu bapak lama. Akak dah risau Pahat menjerit2 kat luar dgn apak dia.

Aritu aku bawak gi majlis berbuka puasa opis pon dia paling ligat skali. Siap join budak2 besar tu main baling2 selipar.

Pastu perangai dia kepoh nak mampos. kalau ko duk kat sinki dapur cepat2 dia dtg diri kat sebelah. Bukan buat apa dok menyibuk je. Kalau nk masak sibuk amek lesung nak menumbuk. Kalau aku susun kueh dia pon sibuk nak susun kueh jugak. Kalau tat memang aku x bagi dia pegang takut hancur. kang aku sibuk bancuh kueh dia pon menyibuk nk uli2 jugak.

Ada harapan anak aku jadi chef dah besar.

Nampak tak menyibuk orang nk kacau adunan kueh.

Baju raya Pahat x beli lagi. Tak sempat.  Baju raya apak pakai tahun lepas2 punya. Membazir je buat tiap2 tahun bukan dia pakai. Gi semayang jumaat pon pakai kain dengan Tshirt je.
Pastu tetiba malas nk sambung. Selalu kan mcm ni?

Wednesday, July 31, 2013

Fuh. Lega!

Ok..cookies org semua dah siap. Kecuali ada 2 balang yang nak amek ujung minggu ni dan juga order dr adik beradik aku. Plus order last minute + extra2 (kes cookies amek awal pastu dah habes).

Sepanjang 2 minggu aku x masak langsung. Semnggu mak aku datang aku makan la mak aku masak. Sebab mak aku x nk beli. Boring dia kata.

Lepas tu akak tak puasa, period kaedahnya. So makan je apa2 benda merapu. Pastu masak pon nasik je. Sebab tak sempat ye. Aku bangun pagi2 ngadap kueh sampai pkl 1 pagi. Gituuuuu. Gigih.

Segala keuntungan kueh disalurkan ke tabung visa anak beranak akak ye...Lepas ni tiket flight nk beli kena la gadai buah pinggang...Matilaaaa

Akak dh start puasa balik. Terus boring makan kat luar. Arini aku cirit birit lagik ntah hapa aku makan.

Petang ni boleh masak pucuk ubi. Aku amek kat kampung aritu.
Raya ni mak mertua aku kata durian gugur. Yeayyy!!

Baju raya?? aku sempat beli kat mydin jah. RM19... ye RM19..akak x tipu harga dia begitu..Kau mampooo beli baju murahan mcm tu?

Saturday, July 27, 2013

Cookies Pick Up

Baru ada masa nk tgk internet.

cookies almost siap. so sapa2 yg dah order and nak pick up sila msg or whatsapp akak.

Thanks!

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan ke 8.

Activity akak sekarang balik kerja mengadap kueh. Masak buka sambung lagi buat kueh. Lepas buka kang sambung lagi. Bangun sahur kang sambung lagik..

Alhamdulillah...rezeki dari Allah...**ustaz tadi pagi dengar ceramah suruh cakap mcm ni.

Tadi pagi tetiba budak ni bangun sahur sambil tengok TV mcm Boss siap silang kaki.





Perkara pertama dia capai bangun2 tido adelah segenggam Chocolate Chip.

Dah habes makan tu dia minum air. Pastu dia makan pulak adunan choc chip tu.
Aritu dia makan adunan almond london.
Ade yg sakit perut tu kang..

Yela uollss dalam adunan kan mentah kaedahnya... Suka2 dia je makan.

Ni sahur tadi pagi. Masak nasi goreng. Pastu panaskan ayam kunyit dengan rendang lebihan semalam.

Ko hengat rajin sangat nak masak rendang pagi2 buta?




Malam ni emak akak datang bersama adik akak yg gemok. Yeay!!


Akak belikan diorg tiket flight je terus dari johor. Sebab tiket bas pon dah naik RM40 kaedahnya. Tiket flight rm49. So akak belikan ticket flight je terus. Entahla mak akak tu boleh ke tak naik flight. Ni 1st time katanya..

iklan