Tuesday, April 30, 2013

Planning

Since akak tak dapat Mara kannn..

So akak nak tukar ke Plan B pulak. Iaitu..

Nk produce 2nd child la pulak... Matilakannn org dok plan cari kerja lain yang lebih menjamin kau sibuk plan tambah anak.

Ok la kan uolllsss... Anak pon rezeki jugak kannnn?



Ni muka cebik kena marah jahanamkan ultraman yang baru beli sehari. Sakit hati emak tau.

Aritu aku tengok variety korea. Dia kata, antara anak perempuan dengan lelaki ramai emak2 prefered anak pompuan dari lelaki.

Lelaki dah la pemalas nk buat kerja2 rumah. Basuh baju pon malas. Bila dah kawen langsung lupakan emak bapak.

Berlainan dengan perempuan, ibu lebih rapat dgn anak pompuan. Boleh share macam2. Anak pompuan ingat kat mak. Kalau tak bagi duit pon at least telefon seminggu sekali.

Akak fikir2 balik memang betul pon berdasarkan situasi keluarga akak lah. Akak rasa anak pompuan lagi best kot.

So lepas ni nak plan anak pompuan pulak. Merasa hari2 makan ikan sebab nak anak pompuan. Howww??

____________________________________

Ok. last skali akak nk cakap pasal politik lah.

Bukan akak nak suruh undi ka apa ka.. Cuma nak cakap pasal etika seorang penyokong.

Menurut akak, kalau kau penyokong dacing, akak penyokong bulan kau tak payah la nak sibuk2 komen bukan2 kat fb akak.
Macam tu jugak dengan penyokong bulan, tak payah la sibuk2 bergaduh kat fb penyokong dacing.

Lantak dia la dia nak post apa2 kat fb pasal parti dia. Yang menyibuk2 kat situ kenapa kaedahnya??

Bagi akak kedua2 parti ada pros and cons. Tapi pilihan akak adelah kepada yang tak makan duit rakyat. Tak menipu project juta2 padahal duit masuk poket. Dan tak menabung dari kecik untuk membeli cincin 14juta. Dan memberi kebebasan pada media untuk bersuara bukan monopoli. Kalau kat UK media ke TV ke suka hati je nak tulis apa yg dia rasa betul. Tak kisahla ko parti chap x ke y ke.

Whatever it is, nak sokong sukahati kau. Itu pilihan masing2. Kita kena respect pilihan orang bukan sibuk pertikaikan. Jangan jadi bodoh masing2.

Akak pon dengan Mohd Rafi berbeza pandangan politik tapi adekah aku sibuk bergaduh2 tak pasal2?? Adekah aku sibuk paksa2 orang ikut apa undi aku??
Takde ye...

Anyway akak insyaAllah balik kampung hari jumaat.

Vote wisely.

Thursday, April 25, 2013

Membosankan.

Uollss...akak ni bukan apa. Akak memang tak suka dengan orang yang taksub sangat dengan supplement ni.

Lebih2 lagi kat FB tu dok kerja setiap 5 menet promote bisness dia pastu tag nama aku. Memang la akak hangen. Nak remove tag kat FB sekarang dah la leceh nak kena letak reason2 bagai... Ntah ke aku yang bodoh ke hapa pon akak pon x tau..

Pastu jual barang kechantekan dah tu gambar cilok dari product orang lain. Motipppp??

Ni akak bukan nak kutuk. Tapi akak tengok kawan akak habeskan dekat RM800 untuk makan product yang dutanya adelah Awan Dania ittewww tapi aku tengok muka dia sama jah!!

Kalau RM800x12 = RM9600

Membazer jah!!

Pastu tu belum supplement yang dekat FB semua orang dok sibuk jual tu. Apa kejadahnya promosi dia pagi tengah hari malam kena makan supplement je kerjanya.

Ni akak nak bagitau ye... Bukannya korang tak boleh makan supplement, Tapi semua benda nak makan kena ada advise doctor. Even vitamin C kalau ko terlebih makan pon ada side effect. Tak percaya ko pegi google sana.

Sama la jugak jangan makan benda2 yang untuk chantek tu sangat tanpa tau LONG TERM effect dikemudian hari.
Memang la semua product kata diluluskan KKM. Takde side effect lah... Silalah baca ingredient pastu cari Long Term effect dia.

Sebab semua orang taksub nak jadi chantek, jadi sanggup perabeh duit beli. Dan paling aku tak suka sekali adelah bagi anak makan jugak supplement tu walaupon collagen!!

Akak rasa lebih baik back to natural way lagi bagus dari merepek2 ko makan supplement ntah hapa2.

Nak habeskan duit tu suka hati uollss... Akak masa dulu brestfeed kan Pahat pon nan hado makan supplement bukan2. Boleh je aku breastfeed kan dia sampai setahun setengah. Ni aku tengok makan supplement macam2 tapi 8 bulan jah. Yang penting adelah kerap direct feed dan minum air.

Air ni pon 1 hal aku nak bagitau. Siapa ajar minum air 5liter sehari?? Lainlah kalau ko lari marathon 10km. Remember just take whatever your body needs. Kata kevin zahari, tengok air kencing uollss...kalau color cerah tu maksudnya air dah cukup. Kalau kuning tu belum cukup.

Kalau ko minum air berlebihan akan overwork buah pinggang. Nanti bila buah pinggan dah overwork. Sendiri mau ingat.

Semua benda ambil secara berlebihan pon tak elok.

Jangan sesekali advise orang minum air banyak2 nak mampos. 5 liter tu ok lagi. Ada yang akak baca suruh minum 7 8 litre sehari. Terus pengsan aku baca!!

2 litre tu dah cukup unless kau lari marathon 10kilometer air tu akan keluar as peluh. Kalau ko duduk kat aircon sepanjang hari air tu akan keluar as air kencing. Dah kalau asik kencing sebab banyak sgt minum jadinya akan overwork buah pinggang..

Lagi 1 akak nak nasihatkan, kalau diri sendiri bukan doctor, jangan suka2 nasihatkan orang amek supplement bukan2.

Sekian.

Monday, April 22, 2013

Rejeki

Alhamdulillah... we survive another month.

Walaupon Mohd Rafi x kerja. Dia kan buat kerja2 kat rumah je.

So hari2 kerja dia adelah kemas tempat tido. Basuh baju. Sidai baju.

Pastu kannnn...

Selama akak kawen dengan dia 5 tahun ni x pernah lipat baju. Sejak dia tak kerja ni dia lipat baju sendiri.
Baju Pahat pon kadang2 dia lipat. Baju aku dia buat statement macam ni:

'I dah lipat baju I, baju u pandai2la u nak lipat ke tak'

Keji sangat kannn??

Alhamdulillah jugak, rezeki buat kek dan kueh masih ada bulan ni. So boleh la survive lagik.

Sebuat pasal rejeki application mara akak tak dapat. Akak suspect mungkin theyolll telah memblacklistkan nama akak sebab akak telah mengcancelkan offer bulan 1 aritu. Sebab uollss kawan2 akak semua yang apply result degree lebih kurang akak dapat jah.

Tapi takpe, mungkin tiada rejeki disitu... Kalau Allah dah tetapkan sesuatu tu bukan rezeki kita nasik dalam mulut pon boleh keluar uolllsss..

So redha dan pasrah jahh

Bye...selamat mengundi!!

Thursday, April 18, 2013

Training No. 2

Kan akak training Pahat kencing kat toilet kann??

Minggu lepas akak training dia berak kat toilet pulak.

Kalau tak sanggup dia x berak 4 hari okeh. Sebab dia tak biasa. Dulu kan selalu berak ada pampers. Ni tiba2 dia rasa kosong je kot kat bontot dia..

So last week akak beli toilet seat yang macam ni ha.

Tapi bukan lah exactly mcm tu. Pahat punya color putih dan ada kartun2.

Yang ni nanti just attach kat toilet seat biasa tu je. Harga kat carefour rm15 sahajork.

Mula2 survey Potty Train semua yang jenis macam ni,

Tapi mahal tu satu hal. Dah tu tak sanggup pulak aku nak cuci. Matilakannnn.. Ada yang dia bagi plastic lepas berak ikat dan buang. Macam geli je aku tengok. Kalau berak cair cemana? kan geli kannn??

So akak decide beli yang attach kat toilet seat dewasa tu jah. Lepas berak FLUSH. Taik pon hilang x payah nak bungkus2. Ish!

So, sama mcm aku train Pahat kencing dulu. Kena shi shi shi shi sampai berbuih mulut kau kannn??

Train Pahat berak nih mulut aku kena berbunyi jugak ik ik...ik ik.... bunyi meneran.

Amek masa jugak lah nak tunggu dia berak. Aku siap bukak kipas duduk depan pintu toilet tunggu dia. Kadang2 pegi tgk tv jap. Pastu pi tengok dia lagi.

So far berjaya jugak la train dia. Dah 5 6 kali jugak dia berak kat toilet.

Kencing pon sekarang nak kena kat toilet seat jugak. Kalau tak dia x nak kencing.

Aritu berjaya jugak la aku bawak dia gi jalan2 tak pakai pampers selama 3 jam. Dengan syarat dah kencingkan dia siap2 kat rumah.

Tapiii...semalam aku bawak dia pegi carefour. Aku pon satu hal jugak ingatkan nak pi kejap je. So aku pon x lah kencingkan dia siap2.

Sekali je pegi pos office. Pastu pi carefour pastu nak pegi mcD belikan dia bubur sekali.

Tengah2 beratur tu akak rasa air mengalir kat kaki akak. Masa tu Pahat diri dalam troli.

Dia kencing uolllssss!! Kat tengah2 McD itteewwww

Semua orang dok pandang akak. Cepat2 akak blah pegi toilet cuci seluar dia. Bersihkan badan dia sambil babap 2 3 das sebab nak kencing taknak bagitau. Merasa lah!

Terus akak balik. Sambil dalam kereta bebel2 kat Pahat. Macam anak kau pahammm.

So kesimpulannya, potty train anak x reti bercakap lagi ni susah sikit. Kena paham sign2 dia nak kencing. Kalau kat rumah xpe. Dia pandai bukak seluar sindiri pastu ajak pi toilet. Nak bawak jalan2 make sure dah kencingkan siap2 kat rumah.

Saya dah besar!!



Monday, April 15, 2013

Chocolate indulgence cake ala2 secret recipe.

Weekend aritu akak tidak lah kemana2. Hanya duduk rumah sahajork. Bila dah duduk rumah macam2 aktiviti memasak akak buat seperti
Masak lunch dan dinner. Buat kueh tempahan orang. Dan juga buat choc indulgence cake yang leceh sungguh nak buat.

FYI, filling cake ini adelah white choc mouse dan juga dark choc mouse. Amek masa semalam nak tunggu dia set. So mouse tu buat malam sabtu. Dan assemble dengan cake hari ahad.

Pastu bila akak masak cake guna 2 loyang. Pastu belah dua. jadilkan 4 layer. 1 loyang dah siap bakar dan nak tunggu sejuk. Akak biarla kat atas meja kopi yg pendek tu. Lagi 1 tengah bakar.

Sambil tu akak masak dinner. Multipurpose sangat akak kan??? sambil2 buat cake masak dinner pulak.

Pahat datang dapur akak biar je lah. Sbb x cakap aku tgh masak dinner tu.

Tup2 aku tengok kek aku belubang2!! Pahat happy je makan kek tu di honges2 guna jari dia. PItammmmm akak!!

Jadi, kek yg lubang2 itteew akak letak sebagai layer paling bawah supaya orang tak nampak gituuuu..


Disebabkan kek ini lah ade kawan sekolah akak komen begini. Note (kawan akak tu lelaki)

'Rajinla ko mcm2 ko cube..xmcm yg kat umah ni.. Mtk minum petang pun wat bodo jer'

Then akak reply la begini:
'x baik kau. Aku pon sama je kalau time malass.. Ni time rajin je mcm ni.' 

Akak ingat sudah habes disitu, tapi dia reply lagik:

'Ade gak rajin..ni jmpe suami 6 bln skali ape la slh lyn skit..tang duit tau pulak nak'

Howwww??? Pastu akak x reply dah sebab nanti kang jadi panjang puiler ceritanya.. Koser haku nak masuk campur hal rumah tangga orang.

Lagipon akak rajin masak sahajork. Mengemas akak pemalas. So ada kurang ada lah lebih nya betul tak??
Tapi kalau laki akak suruh akak TERPAKSA lah buat kaedahnya.

Yang lain2 akak masak yang akak rajin amek gambar adelah:

Lontong berserta ayam masak merah.

Awas yee...tu bukan telur ayam 3 bijik. Pitammm kalau aku nak makan telur ayam sekali 3 bijik. Tu telur puyuh.


Yang ni ayam goreng kunyit berserta tempeh. Ini tempeh daun bukan tempeh plastic. Beli kat pasar serdang. Akak gembira sekali membeli tempeh daun yang sekarang ni hanya dijumpai dikampung2.

Of course rasa lain sikit dari tempeh plastic tu. Aroma dan texture dia lain..
Sebab jangka hayat tempeh boleh disimpan tak lama, jadi weekend tu masakan semua berunsurkan tempeh. Tu kuah lodeh untuk lontong pon confirm letak tempeh kannn??

Jawa sangatttttt!!!

p/s : gambar semua telah diupload terlebih dahulu dalam instagram. Instagram aku kalau tak gambar makanan mesti penuh dengan gambar Pahat.

iklan