Tuesday, April 2, 2013
Masak!
Selera masing2 kemain lagi. tau..Tapi bila balik rumah. MALASSS!
Pitammm!
Semalam akak masak laksa johor.
Masak terbanyak so bawak pegi opis pagi ni makan ramai2.
Hari2 lain masak biasa2 je koser haku nak amek gambar.
Alamak, ada tutorial. Bye.
Monday, April 1, 2013
Perkara2 yang menguji kesabaran emak.
Pahat sejak baik demam perangai adelah menguji kesabaran emak.
Tak nak makan nasik!! Makan 3 4 suap dah. Pastu x nak. Paling aku geram makan dia keluarkan balik. Kena babap sedas!.
Tapi..
Dia nak makan epal pulak.. 2 biji sehari pon sanggup. Dulu kemain susah nak suruh makan buah.
Pastu suka melalak kalau tak dapat apa yang dia nak. Bukan melalak betul pon. Pura2 je lebih. Tapi bingitlah telinga dengar uolllsss. Ingat best sangat ke dengar bunyi budak melalak??
Aku nak lipat kain dia baring atas timbunan kain tu. Alihkan dia melalak mcm kena pukul. Geram pulak emak tau..
Tu belum kerja bukak tutup peti sejuk carik calciyum. Aku sorokkan sebab batuk dia x berapa nak baik lagik.
Banyak lagi perkara2 nakal dia buat sekarang yang menguji kesabaran emak tau. Lebih2 lagi time2 tension+stress kann? Time2 mcm tu setan hasut lah suruh marah2 anak. Gituuu kena instiqfar banyak2 kaedahnya..
Walaucemana nakal pon Pahat tetap dihati ibu. Hahaha.
Tu lokisan conteng2 Pahat. Sekarang dia rajin tolong emak seperti main lesung. Angkat baju dah lipat. Tolong angkat kain. Yang pastinya keRAJINAN dia tu menyusahkan emak dikemudian hari sebab kena kemas balik ye..
ok. Disebabkan Kemeskenan akak. Jadi akak bukak offer choc chip cookies akak yang tersohor inniew... **matilah ayat puji diri sendiri untuk lakukan product.. Larikkk!!
Sapa nak order sila email akak ilotshikamaru(at)gmail.
COD area putrajaya dan serdang sahajork. Nak pos pon boleh tapi akak charge harga pos lah.
Harga 1 balang 400g RM25.
Dimaklumkan 1 balang ada lebih kurang +- 100pcs. Bergantung pada berat.
Akak tak tipu customer memang suka cookies nih!!
Tat nenas pon akak jual jugak harga sama RM25. Tapi kena tunggu mood akak datang baru akak buat...**matila berniaga mcm nih. Yela uolllss...nak kopek nenas. Nak kisar. Nak tunggu masak+kering lagi lama kaedahnya...
Tat nenas tak boleh pos sebab nanti hancur jangan salahkan akak puilerrrr...
Sama macam choc chip cookies, COD area putrajaya dan serdang only. Area bangi kalau beli lebih dari 3 balang akak akan consider COD.
Byeee!!
Sunday, March 31, 2013
Perkara paling menyampah
LIPAT KAIN!!
Especially sejak Pahat lahir kain makin banyak nak lipat masa makin x cukup.
Merasalah tunggu 3 bakul baru lipat...
Kerja2 melipat kain adelah boring. Kan an an an?
If only.
Weekend korang buat apa?
Akak duduk rumah sahajork.
Yela uollss kan Mohd Rafi dah x kerja. Then budget semua kena la cut.
Kena la berjimat cermat termasuk minyak keter. Kang kalo jalan2 kena isi minyak keter pulak kannn?
Hari2 memang makan kat rumah sahajork. Dulu bolehla ujung mggu gi makan sedap2. Haha. Sekarang dok rumah makan apa yang ada. Nak pegi mana2 pon pikir kang kena isi minyak pulak. Gaji akak memang biasala cukup2 sahajork utk pegi balik kerja. Hoi...aku nak beli ketam dengan udang nak masak pon fikir 2 kali sebab mahal uolllss..
Tapi xpelah. Mungkin ada hikmah yang kita tak tau kan...kan...kan?
Susah2 pon xde la aku makan kentang belah 4 mcm citer Rock OOO tu kann? Lawak gila citer tu. Makan maggi pon share 4 orang. Lawak nk mampus. Baik korang pegi tengok.
Pastu kannnn...yg nk berjimat sgt tu bukan apa. Sebab aritu bulan 2 Mohd Rafi ajak pi genting. So akak dah book hotel. Awana hotel uolllss... Rm180 per nite including breakfast. Sebab dah book lama merasa lah kau pegi jugak kannnn?
Jadi terpaksa la tepikan perbelanjaan disitu sebab dah book kaedahnya.
Rasainnnnn!
Dah. X tau lagi nak citer apa melainkan kemiskinan aku... Matilaa kannnnn??
Naik basikal tua background lagu bersamamu...
Larikkkkkk!!!
Eh. Akak lupa nak pesan. Agak2 kalau sesapa nak ajak akak pegi makan2 menggunakan perbelanjaan akak rentikan lah.. Lebih2 lagi tempat2 mahal. Jangan harap!
Thursday, March 28, 2013
Me and me
Since last week lepas baik demam akak jadi malasss... Matila asik entry malas je kannn?
Ni tat org baru siap berapa balang. Inti dah lama aku buat. Time nk gulung tat malas puiler.
Nak citer tiap kali aku buat tat Pahat duduk kat depan dulang tu. Dia duduk tunggu kat situ sampai aku bagi tat. Bila dah bagi nanti dia dtg pulak lagi mintak lagi. Sampai tat kau habes. PITAMMMM emak nak buat lagik. At the end akak nyorokkan dalam bilik.
Aritu ada aku buat creampuff utk customer. Kebetulan akak buat cukup2 je. Dia tunggu jugak tepi dulang tu sambil cakap
'nak...'
Sambil tadah tangan.
Aiyooo sedih emak tau. Tapi emak x boleh bagi sbb mmg buat cukup2 je utk customer. Pastu
Emak pon cakap.
'ibu buat cukup2 je. Esok ibu buat utk Pahat eh?'
Dia still mintak creampuff tu tunggu tepi dulang. Alahai nak oiii.... Ibu kau nak buat lagi telur dah abes.
Last2 akak bagi dia kueh Pau uolllss... Dia happy amek makan kat depan.
Dah tu emak janji2 palsu sampai hari ni x buat creampuff Pahat. Keji sangatt emak kau!
Ni pon kat rumah ada stok choc chip emak nyorokkan jugak. Aku bagi 3 biji sekali. Kalau hadapkan nanti memang xnk minum susu xnk makan nasik. Calciyum jangan cakap sanggup dia tunggu depan fridge tu sampai orang bagi. So since kitorg ni batuk2 stok calciyum akak x beli.
Kalau akak buat kek kan trim atas kek utk ratakan. Dia tunggu jugak depan tu. Nanti kek lebih2 trim tu dia makan la. Akak bukan apa nak buatkan semata2 sebijik kek utk Pahat mmg x berbaloi. Nanti membazer xde sapa nk abeskan. Dulu akak pernah jugak feeling2 buat dah tu xde org makan. Membazer sgt...
Kesimpulannya customer tetap emak ialah Pahat.