Monday, March 4, 2013

Emak+Pahat

Access card emak untuk masuk office hilang uollss..

Ni gara2 Pahat suka sangat menggodeh beg emak. Habes terabur kad2 dalam purse duit2 dan juga segala sampah.

Nasib baik ATM card emak walaupon nan hado duet dijumpai.

Acces card? Nowhere to be seen.

Yang aku heran tu pandai pulak dia bukak zip bag dan juga zip purse!

Dah la lab aku ni masuk kena guna access card, keluar pon kena guna access card. Dan dah la juga emak ni terlampau rajin pegi toilet!

Dan juga, orang yang kerja activate kan access card itteww cuti dah 2 minggu tak dapat dihubungi. Bolehhh?? Message x reply. Call x angkat. Kat opis kau ado mcm tu??

pftttttt!

Ok. Next! citer lain!

BTW, setelah emak amati Pahat pandai juga ikut apa aku sebut. For example bila ajar dia sebut Bird.

Dia sebut. Birrrr

One two three!

Dia sebut. wa uu iii

Matilah kannnn emak je yang feeling2 paham.

Selebihnya dia cakap entah hapa2 bahasa yang emak tak paham.

Yang paling jelas pon dia sebut. Boboiboy!!

Pitammmm!

Ni gambar semalam Mohd Rafi ajak shopping kat SOGO. Sebab apa? sebab baju kat SOGO murah. Baju tido Pahat 1 set sekali dgn seluar RM13 sahajork.
Sebab babysitter dia komplen baju dia semua dah singkat. Dah tu nampak perut. So akak beli 5 set terus baju tido. Kalau kat jusco akak beli lah chap Jbaby atau Jkids yang murah ittew.

Tapi akak rasa SOGO lg murah kot.

Gigih la laki bini buat adegan kejar mengejar Pahat dalam SOGO ittew.

Lagi best ada sale kat bawah tu siap bersesak2 dengan orang. Hilang mood emak nak shopping..

Adegan meniarap atas lantai sogo sebab mengamuk pon ada. GERAM je haku.

Dah penat berlari dia duduk bawah meja celah2 baju tu.

Akhirnya emak cuma dapat mengaut baju berharga rm13 sahajork. Yang lain baju apak kau. Nasib lah asalkan apak kau bayar.

Aku tengok anak orang lain relax je ikut emak dia. Anak aku bertempiaran berlari suka2 hati dia. Ni kalau ada geng mau pitam nak kejar.

 Ni masa tido. Dia ingat dia artis orang amek gambar tutup2 mata??

Sekarang ni pantang ko amek gambar terus dia sengih macam ni. Kau hengat kau chantekkk??

Ok lah, nnt akak sambung lain. Malas pulak tetiba... Matila khennnnn??

Friday, March 1, 2013

Students

Heh. Mojo update blog dtg hanyalah ketika cuti. Howw?

Ala xde org baca pon akak feeling2 update jugak lah. Saja nak citer pasal student2.

Semalam akak pi breakfast kat cafe. Maklumlah semalam kelas ada 1 je iaitu tutorial Digital Logic. Petang. Prep dah siap. Jadi marilah berjalan  ke cafe.
Akak hanyalah bawak rm8.

Amek kuey tiaw separuh. Maggi goreng separuh. Daging black pper dan air nescafe. Rm3.80 sahajork.

Murah x cafe akak?

Otw balik jumpa 2 students tgh beratur nk beli mknn. Mcm biasa.

Hi miss.

Belanja miss.

Akak cakap. I ada banyak ni je. Ambik lah.

Diorg malu2 nak amek. X nak amek. Akak ada 4 hengget jah uolllss. Akak malas bawak purse so bawak duit secukupnya jah.

Then ada sekumpulan baru turun tangga.

Miss belanja miss.

Akak bagi la 4 hengget tu.

Matila kannn cukup ke x pandai2 korang...lenkali iols bawak duit banyak sket. Sekali skala boleh la belanja diorg. Hari2.mau pitammmsss.

Oh. Ada 2 org students dr nigeria grad sudah. Tamat sudah degree diorg selama 4 tahun. Akak sedih pon ado. Sebab takut kat negara diorg xde kerja. Yela...negara diorg bukan mcm kita ni.

They are such a good student. Not excellent in exam. Tapi average. What i mean by good is diorg x ponteng kelas. Assignment buat. Btw. Diorg grad in time. Dia kata x tunggu konvo sebab mak dia dah rindu kat dia katanya. Dah 4 tahun x balik.

Nak balik mahal uolllss. Harap2 bila dia balik nanti dia dpt berbakti dgn negara dia. Kesian okeh negara diorg miskin.

Akak lg suka students nigeria ni dr student arab sorg ni. Masyarakatttttt... Kelas ponteng. 1 subject amek sampai 3 4 kali baru lepas. Tu pon sbb lecturer menyampah tgk muka dia so dia lepaskan jugak. Tutorial x datang. Kalau dtg pon bukan salin apa kita ajar tp lukis kartun. Pastu? Fail!!

Geram akak tau.

Eh. Ada lagi sorg student post grad ni dr madagascar. Antara negara plg miskin di dunia. Dia dtg jumpa supervisor dia bawak anak dukung kat belakang. Kesian pon ada. Pastu dia citer kat kawan akak kat negara dia mana ada internwt ni semua. Komputer pon susah nak dpt. Diorg cuma diajar guna utk print sahajork.

Banyak lg  cerita dia kang akak citer sedih pulak.

Kalau akak jd lecturer 1 hari nnt akak nk bg geran scholarship kat student2 dari negara miskin mcm ni. Biar diorang keluar dr kepompong kemiskinan.

Kalau student2 dr negara arab tu uollls x payah layan. Diorang kaya hokeh!


Friday, February 22, 2013

apa aku merepek ni setannnn??

Eh entry bawah tu sebenarnya akak nak cerita

kereta akak beberapa bulan lepas leaking apa ntah mak dah lupa. Tapi CD Owner igt kot sbb akak ada citer kat dia. Yang tu kena RM500++

Pastu last month gasket pecah. Tukar gasket kena RM30 sahajork. Sebab pegi kedai kawan Mohd Rafi.

Sebenarnya dari last Month kereta aku tu dah bunyi2 bergesel kat brake disk tu. Bukan disk brake yg RM15 tu yang bulat itteww...aku pon x tau term dia hapa. Aku suh Mohd Rafi check dia kata OK je. Bila aku citer aku bawak kadang2 bunyi bergesel dia x percaya. Dia kata time dia bawak ok je xde bunyik.

OK. Fine.

Sebab bunyi bergesel tu memang kadang2 je.

Sampaila ke haritu balik raya cina tu dia bawak kereta bunyi mcm tu barula dia percaya. Rasainn!!

Lepas tu uolllss tengah jalan2 kat highway tetiba exzos roboh!!

Ni kali kedua kena. Aritu dah pasang balik getah dia tu kena RM30. La ni kat highway tengah jammed exzos roboh!
Dengan bunyi yang masyaAllah kuat gila gegar2. Cari2 dawai dalam kereta nan hado nak buat ikat exzos temporary so bawak je la sampai rumah.

Pastu Mohd Rafi check rupanya exzos tu senget lalu bising kat akak cemana bawak kereta exzos boleh senget la..bla..bla..bla..

Esoknya dia bawak pi repair kedai kawan dia tu. Tegakkan balik exzos itteww..

Boleh bayangkan tak kami jalan bunyi bergesel kat depan. Bunyi exzos roboh kat belakang?? Pitammmm!!

So since bunyi bergesel tu ala2 kadang2 je bunyi. Kami put on hold dulu sebab baru balik kampung kewangan tidak mengizinkan.

Then. hari rabu tayar pulak boyor, Pi tampal kat kedai cha ya kat serdang dia x bukak pon tayar. Main tengok ada skru kecik dia kuarkan pastu tampal tak bukak tayar pon. Dah tu check balik pon tak. Charge RM6.

Sekali je semalam tgk tayar jadi lembik lagi. Kali ni pegi kedai cha ya yang dekat dengan bengkel Mohd Rafi kerja.

Ni cara yang betul ye nak tampal tayar bocor. Bukak tayar. Pump tayar ikut psi normal. Check kat air tgk mana yang bocor. Kalau dia kuar bubble2 kat tempat tu maksudnya kat situ yang bocor. Pastu tampal yang bocor.
Then check lagi dgn air ada lagi kuar bubble2 tak. kalau nan hado dah siap. Pump dan pasang balik.

Yang ni kena RM5 sahajork..

Nampak tak perbezaan?

Dah alang2 buat tayar bocor tu. Mohd Rafi bawak pegi bengkel kawan dia lagi 1 terus tukar disk brake tu.

Amek masa sejam lebih. Jadi menanguk lah aku tunggu kat bengkel Mohd Rafi baca majalah motor bolehh??
Ni kena charge berapa akak nan hado tau. tapi kalau x silap. Disk brake tu rm100++. brake pad rm15. upah rm90. tak tau la kalau diorg ada ganti benda2 lain. Bil masuk kat Mohd Rafi. Hahaha...sebab akak bawak RM20 sahajork.

Matila lunch pon Mohd Rafi belanja. Makan beriani gam batu pahat kat kedai hujung tu ha. Mahal gila aku rasa. Beriani kambing dengan acar dan kari sayur,  nasi campur ayam kicap sayur togeh dan telur masin. Air teh ais dan air kosong. RM22.50

Gila mahal aku rasa.

Kat cafe Upm ni murah gila. Nasi+ayam+sayur+air = RM4 sahajork. Maximum akak kena charge pon RM5.50 dengan air hokeh.

Tengok...tengok...dah aku merepek bab makanan pulak.

Okehhhhh. Bye...

Thursday, February 21, 2013

Kereta sedekad

Kereta kenari akak tu uolllsss dah nak masuk seabad. Jadi macam2 bunyi ado.

Disebabkan laki akak kerja pomen motor di kawasan seri kembangan depan giant tu. Satu2 nya bengkel moto kat situ. Yang lain bengkel kereta. Banyak juga bengkel kereta owner melayu kat situ.

Jadi ramaila connection Pomen2 kereta Mohd Rafi kat situ. Sebab diorang hantar motor repair kat kedai Mohd Rafi kerja. So time kereta akak rosak dok hantar kat situ jugak.

Tapi yang akak pening tu bukan hantar kedai je. Kalau enjin rosak dia hantar kat kedai abang belakang tu. Aku pon x tau nama kedai apa ntah.

Last month gasket rosak dia hantar kat kedai penzoil tu.

Tadi disk brake nak tukar dia hantar kedai lain pulak.

Pitammm aku. Mohd rafi kata abang kedai belakang tu terer enjin. Budak kedai penzoil tu ada alat bukak gasket dari atas. Apa dia cakap akak x paham uolllss.. Bahasa pomen akak pon x paham. Akak tau bawak kereta sahajork.

Jadi kan. Orang kat kedai tu dah kenal akak bini Mohd Rafi. Feeling2 popular sgt kannn??

Ada orang kata bengkel melayu buat kerja tak betul. Baik hantar kat cha ya. Well depends la uolllss. Ada bengkel ok ada bengkel x ok. Bengkel cha ya pon sama ada ok ada yg tak ok.

Yela..kdg2 yg buat kerja tu kuli dia bukan owner. Sebab tu kdg2 ok kdg2 tidak.

Mohd rafi kata masa dia kerja dgn bengkel cha ya dulu motor rosak sikit dia tukar terus barang. Xde konsep repair2. Biasa kalau org repair motor dgn dia selagi brg tu boleh guna dia guna dulu. Rosak baru dia tukar baru.

Kdg2 dia malas nk layan orang komplen2 dia suh budak tu gi repair motor kat kedai cha ya. Yes. Laki akak punya customer service sgtla fail.

Akak dh lupa nak type apa... Matila

Bye. Hahahaha

Busy!

Matila kannn sebenarnya ada la jugak masa2 terluang nak update blog tapi hilang Mojo sudah.

Sem baru dah start bermaksud hidup busy+penat berdiri sudah bermula.

So hari ahad yang lalu akak telah blend bawang+lada masuk dalam tupperware simpan dalam fridge.
Juga masak lauk2 kecemasan(in case malas) masuk dalam freezer dibekukan.

Time2 penat balik rumah just kuarkan dan panaskan sahajork.

Juga iron baju kerja untuk seminggu supaya tak perlu bangun awal iron baju.

Sebab sem ni akak punya subject lagi banyak dari sem lepas sebab kena ajar 2 lab + 2 tutorial.
Total time 12 hours.

Time ajar kenalah berdiri. Time student tanya kenalah berjalan2 kesana sini tengok lab diorang.

Jadi at the end of the day akak akan jadi letih gila bila balik rumah. Serious, akak tak tipu. Bila balik rupa jadi melepek je okeh.

Mentally and physically exhausted!

Mentally tu sebab student tak reti2 nak baca arahan sendiri tetap nak tanya demonstrator kaedahnya.

Tu belom tahap mencarut bila kau tanda lab report diorang.

Kalau ada yang copy paste terus kau rasa nak koyakkan report diorang... Matila kannnn!

Akak setiap sem di chop TA garang. Ada aku kesah garang ke tak?

Yang penting I do my own job.

At the end semester kalau student nak rate aku LOW pon ada aku kesah??

Tapi so far x pernah la lagi aku dapat below 4. Rate dia 1 to 5. 1 consider lowest. 5 is highest.


iklan