Friday, February 1, 2013

Untunglah dapat laki rajin dari pemalas. Ye tak?

Well uolllsss..
Haruskah akak cerita how immerse mohd rafi is with his work?

Paling awal dia balik kerja adelah pkl 8.30 malam.

Waktu normal 9pm to 9.30pm

Kalau akak push dia balik cepat especially nak pegi konsert korea....**matila alasan tak perlu sangatt pegi konsert korea. Kalau waktu2 terdesak ko suh balik pukul 5pm dia akan balik pukul 6pm. Pitammmm ko nak tunggu ye.

Kalau babysitter ko cuti jangan lah ko harap dia nak cuti jaga anak. Walaupon akak ada lab dan tutorial nak kena ajar. Akak koser lah nak cancel kelas sebab nanti kena ganti balik.
Sapa yang familiar dengan EAC accreditation tau la berapa week perlu ada per sem.

Kalau time barang2 spare part motor sampai. Laki akak akan balik pkl 9pm. Mandi. Makan. Dan pegi kedai balik susun barang dan balik pukul 3pagi.

Agak2 tekanan perasaan tak?

Mula2 dulu akak bisinglah jugak sebab xde masa kat rumah. Dah la cuti pon tak cuti. Hanya cuti ahad sahajork. Kalau cuti keputraan sultan ka malidurasul ka thaipusam ka. Ado dia cuti?? Nan hadoo!!

Tapi look at the bright sight. Dari dpt laki pemalas nak mampos nak kerja. Harap duit dari kau ja. Lebih baik dapat laki rajin kannn??

Lepas tu kan uolllsss. Laki akak ajak pegi genting sempena annivesary ke 5 katanya. Dah 5 tahun uollsss akak kawen. Bulan 4 ni. Tapi kaedahnya nak book hotel sabtu malam ahad kan ke mahal? So akak cakap la nk book hotel ahad malam isnin.
So akak cakap isnin tu balik pagi kalau rasa2 nak balik awal.
Akak feeling2 confirm dia akan balik pagi isnin tu pegi kerja.
Pitammmsss.

Walaupon laki akak kerja biasa2 je. Mampu lagi dia nk bawak akak jalan2 tempat yang akak tak pernah pegi kaedahnya. Syukurin alhamdulillah.

Kalau orang jepun suka agaknya laki jenis balik lewat cam ni.

Akak ok ja. At least dia buat apa yang dia suka dan boleh bayar sewa rumah dan makan pakai anak dia. Akak tak kisah sgt sbb akak ado duit sendiri.

Dulu selalu la jugak gaduh kaedahnya. Tapi lama2 akak koser nak layan. Buat bazer air liur dan buat sakit hati jah. Baik aku layan Pahat lagi best.

Tuesday, January 22, 2013

Really Sad watching this.


Sapa2 ada ada asterok boleh tengok version subtitle punya every saturday.

Rancangan ni dia pegi ke nagara2 miskin mostly africa untuk buat documentary later akan kutip donation untuk diorang.

Takde translation pon korang boleh paham apa diorang cakap dari video tu.

Akak tengok menangis2 okeh. Serious sedih!!

Yang ni dia pegi negara BURKINA PASO.
Negara ni kering. Tanam pokok pon tak hidup. Dengan angin pasir nya sekali sekala datang.

Budak2 pon ramai tak sekolah. Kerja kat lombong emas dengan harapan diorang akan jumpa emas supaya hidup diorang boleh jadi senang. Ya Allah sedih gila akak tengok diorang kerja kat lombong tu. Pegang mercuri mcm tu je. Tanpa rasa bahaya ke apa.

Makan nasi pon dengan hanya berlaukkan ikan goreng belah 3 uollss!! Akak memang dah sedih2 dah tgk citer ni.

Lepas tu ramai kanak2 yang sakit malnutriton. Bila tak ubat dalam masa 3 minggu akan mati.

Bila diorang datang budak2 kat situ kerumun lah happy.

Pastu diorang kasut pon xde. Baju pon compang camping. Kesana sini dengan kaki ayam je.

Serious korang tengok lah video nih. Akak nanges bila tengok. Tapi how nak derma??

Dari Malaysia pegi tolong negara2 merepek2 yang boleh sustain dia punya life sendiri baik pegi sini biar budak2 kat Malaysia ni insaf.

Ni kalau tak kerja main ipad atau komputer sahajork.

Orang lain terpaksa berlapar takde makanan.


Friday, January 18, 2013

Limited Vocab.

Oh yes anak akak umur dah 2 tahun 3 bulan..

Tapi apakah yang dia pandai??

Cakap nan hado la sangat. Very limited vocab dia.

Yang dia tau cakap:

Nak
Bye
Nanak
Mmmmm....sedap!
Miawww
tu
ni

tu jah. tak sampai 10 pon.

Yang lain dia pandai dah makan sendiri tanpa membuat penyepahan yang banyak. Pandai makan pakai sudu dan tangan. Ala sepah2 sikit tu lantakla..

Pandai mengenal jajan dan juga makanan rapu.

Pegi kedai sibuk amek twisties. Bolehhh?? Jangan harap aku nak bagi makan.

So nanti emak pujuk2 dia amek coklat ka roti ka..

Merepek2 ja makan jajan. Akak nan hado la ajar makan jajan. Ntah mana dia tau ntah.

Tapi uollss...time umur dia 2 3 tahun ni la kita boleh kawal pemakanan dia.

Nanti bila dah besar, Dah sekolah. Takde maknanya.

Sah2 dia makan apa yang dia suka jah!

Akak pon xde la cerewet sangat.. Kalau setakat coklat tu akak bagi la..

Gula2 dengan jajan memang akak tak bagi.


 Ha ni sedang gembira makan cream puff.

Aku hangin gila time tengah baking. Dia pulas temperature oven kadang2 jadi 220c. Kadang2 jadi 0c. Kadang dia tukar ke grill. Kadang2 dia pulas ke api atas je.

So nanti cake aku samaada terhangus. Atau pon underbake.

Kesimpulannya, nak baking tggu dia tido. Pantang lepa ada je benda dia buat.

Kalau dia nampak ada stok coklat, memang siapla kau hari2 dia mintak.
Selagi tak habes selagi tu dia tunjuk2 fridge.
Terpaksa la emak sorokkan.

Thursday, January 17, 2013

The kebaya

Ni dia kebaya yang Mohd Rafi beli kat Tanah Abang, Jakarta.

Baju dia ok. Saiz S. Longgar2 jugak aku pakai.

Kain dia??? matilaaaa boleh sarung sampai peha sahajork. Saiz S juga disitu dia tulis.

Adekah orang indon ni bontot kecik??

Akak dah rasmikan baju ni semalam. Pakai dengan skirt hitam kembang. Laki aku kata macam orang gila je pakai mcm tu. Nanti pegi cari kain lain. Motipppp??

Kan fashion okeh! Fashion!

Oh yes. Harga baju+kain+selendang kata laki aku tak sampai RM100. Tapi uollsss...laki akak tu very the tak pandai tawar. Ntah2 kalau makcik2 pegi lagi murah kan harga dia??

Eh, akak lupa nak citer pasal baju ni. Lengan dia tirus. Maksudnya kat ujung lengan tu kecik.

Bila nak amek wudhu tak boleh sinsing ke atas ye...!

So, terpaksa lah akak amek wudhu dalam toilet kena bukak baju uolllsss...

Kesimpulannya. Time period sahajork boleh pakai baju nih.

15 hb aritu adelah birthday Mohd Rafi.

Yang akak hangin, kita sibuk nak celebrate birthday dia. Dia balik pukul 3 pagi!! Sebab barang shipping dari indon dah sampai so dia dok susun barang.

Terus akak tido. dan koser nak celebrate2 bagai. Hadiah memang takde. Koser. Haku dah mesken. Sebab dah terBELI barang2 akak pada hari sebelumnya.

Gigih akak bawak Pahat sorang2 pi jalan2 kat Alamanda.

So sempena birthday Mohd Rafi, akak telah membuat brownies choc walnut.

Sebab, aku malas nak deco2. Brownies kan senang je nak buat.


Suku aku bawak pegi opis. Lebihnya Mohd Rafi bawak.

Lepas tu terus ada orang nak order. Hahaha... berjaya jugak marketing kannn??

Note : Desebabkan stress dan makan sekali jah sehari. Berat akak dah turun. Tapi minggu dok makan 3 kali sehari, jadi bertambah la lagi berat aku.

Listen to me!

Heh. Politik kann??

Selepas tersebarnya issue listen nih. Ada pulak parti2 politik yang menjadikan benda ni issue. Siap datang rumah student B ni datang melawat katanya.

Tak kurang jugak yang mengAgung2 kan si Student B ni (malas nk type nama penuh nanti orang gugle). Kerana lantang bersuara dan berani menegakkan keadilan??

What you believe itu suka hati korang lah.

Tapi...PERLUKAH kau bergaduh di FACEBOOK??

PERLUKAH nak berbalas komen sampai beratus2 di FACEBOOK??

Akak kalau nak carot pon ala2 2 3 komen jah akak letak. Lepastu koser haku nak layan. Lantak lah kau terjun dengan labu2 nya.

Perlu ka kau nk bergaduh pemimpin ni tak betul.. Pemimpin parti lagi satu pon tak betul.

Pastu bergaduh masing2. Bongok gila!

Akak rasa undi sekarang bukan lagi rahsia. Undi masing2 dah tau kat facebook. Dah tak payah buat PRU. LEtak je vote guna like kat FB.. Matilaaaa...

Ni lagi satu kes yang haku angin.

Semalam ada la sorang bapa kepada 6 anak ni accident. So depa ni pakat2 mintak derma. Depa bgtau dia ni peserta KL112 tu.

Ada pulak mamat sorang ni tulis kat situ.

Padan muka. Takde susah cari susah. Aku nak tengok pemimpin yang korang agung2kan sangat tu buat apa dengan kes mcm ni.

Heloooooooo!! kalau ko x nak derma. Jangan lah derma. Jangan la tulis komen bukan2 menyakitkan hati orang. Abang tu tengah koma kot.. Lantak lah dia siapa, bukannya kalau kau derma pahala ikut parti politik mana kau undi.

Lagipon bukannya abang tu accident masa dia tengah berhimpun kat KL112 tu. Dia accident kat Termerloh kot...

Korang ni dah obsess sangat dengan politik dah tak dapat bezakan mana politik mana agama??

Nak derma tu derma lah. Kalau tak nak, duduk diam2. Jangan nak komen bukan2.



iklan