Monday, December 10, 2012

Big Bad Wolf Books Day!!

They are back!!

Sekarang dekat Mines Convension Centre.

Dekat ja dengan Office.

Hari jumaat sampai ahad diorg bukak 63hours straight!!

Officemate akak dok pulun pegi time lunch hour jumaat tu. Nak bayar sahaja kena beratur sejam!

Then aku baca fb diorang kata malam jumaat tu pon nak bayar ramai orang even pukul 3 pagi!

After membuat survey. Akak mula nak pegi pukul 1 pagi sabtu,

Tapi kawan akak kata jalan masih lagi jam ke arah Mines.

Tambah laki akak x bagi pegi. Dah la sorang2 drive pagi2 buta pulak tu. Nanti jadi apa2 hal susah..
Dia kata mcm tu.

So akak pegi pukul 7 pagi!

Jalan clear. Parking pon senang!

Tempat dia adelah besarrrr!!

Akak suka! Tak lah sesak mcm south city nak cari buku pon langgar2 bontot.

Sapa pernah pergi yang kat Maeps tu lebih kurang mcm ni la.. mcm gudang

Nampak muka akak mcm flawless je kan padahal...gambar kat instagram ni menipu.. Ni bangun tido mandi cuci muka semayang terus dtg sini dengan gigih.

Sapa nak datang silalah bawak troli atau beg beroda. Tak kuasa nak mengangkut kotak dengan buku berat2 ye uolllsss...

Akak bawak troli sayur mcm di bawah ni.


Senang, amek buku campak dalam tu.

Orang yang bawak beg akak tengok leceh.. Amek buku nak kena bukak zip beg. masuk dalam tu, tutup balik.

Kan leceh kann?

Nampak tu buku Pahat je banyak aku beli. Sebab murah nak mampus. RM 3 to RM12 harga dia. Plg mahal pon akak tgk RM30. Tu pon buku masak Jamie Oliver yg tebal nak mampos tu.

Novel akak x beli banyak sebab last2 year aku beli masih lagi x baca gara2 tamak. Bolehh???

Akak aim novel dari Jane Green sahajork. Dapat 1 terus mata bersinar2... Pastu terus pi bayar. Bolehhhhh??

Time nak bayar pon smooth sangat. Senang hati emak.

Balik rumah beli nasik lemak. Makan pastu tido balik.

Pastu merungut kata perot buncit. Bolehhhh? Lempang kang!

Friday, December 7, 2012

15 days late, UPT test negative!

uollss...

Period akak dah lewat 15 hari ye...
So akak feeling buat test UPT since last week dah 4 kali akak buat still negative ye..

Period akak memang tetap tiap2 bulan mesti keluar. Lewat pon 2 3 hari jah.

Sebab akak x puas hati akak pegi klinik hanita.

Doc suruh buat UPT then negative. Dia suh akak tggu lagi 2 minggu utk ulang test.

Sebab klinik tu xde mesin ultrasound. Akak x puas hati lagi akak pegi klinik Rahaya pulak.

Akak PAKSA doc scan. Bolehhhh??

Sebab dia kata mula2 kalau UPT negative, scan pon memang x nampak. At leasr UPT kena positive 2 3 minggu baru boleh scan.

Tapi akak cakap nak tgk through scan jugak. Mana la tau kan uollsss kot2 nampak ke..

Sebab akak baca dalam forum ramai jugak yang sebenarnya pregnant walaupon UPT dia adelah negative berkali2.
Ada sorang tu, dah 18 weeks baru la dia tau yang dia pregnant sebab dia check UPT banyak kali tetap negative. Howwww???

So Doctor pon scan la....

TAK NAMPAK APA pon uollllsss

Hahahaha...Tapi dia kata dinding uterus x tebal. Takde tanda2 nak turun period pon. Tapi dia dok pusing2 nampak ruang kosong tapi terlalu kecil dan dia tak dpt pasti apa dia.

So, sama mcm advise Dr Hanita, dia suruh akak dtg check lagi 2 minggu.

Advise dia pon sama jugak mcm Dr Hanita iaitu waktu sekarang ni jangan buat atau makan benda2 yang boleh menyebabkan keguguran mcm tuu...Sebab dia kata tengah expecting. Nanti kalau dah confirm tak pregnant baru boleh buat balik... Gituuuuu

Doctor pon tanya soalan yang sama jugak. Anak 1st umur dah berapa. Nak ke tak pregnant?

Macam ada skrip pulak diorang nih.

Akak tak kisah pon uollsss... Ada pon akak ok. Takde pon akak ok. Akak memang tak pernah merancang pon. Rancang kira2 hari period pon nan hado. Sebab tau akak memang susah nak lekat. Kalau yg ni jadi Alhamdulillah...

Lagipon Pahat dah 2 tahun lebih. Dah ok la...

Ada ke takde? Kena la tunggu lagi 2 minggu ye uolllssss....

Monday, December 3, 2012

3 items 3 different branch buat the same store

Sunday is family day.

Hari keluar cari pasal.

Padahal tiap2 weekend pon pegi tampat yang sama iaitu Alamanda Putrajaya.

Untuk pengetahuan. Sabtu malam tu Pahat tido pukul 2pagi sebab dia ikot join emak tengok Instanbul Aku Datang.

Mohd Rafi x minat. So dia membuta.

Ahad Mohd Rafi dah gaji. Lepas pegi carrefour dan makan kat Pizza Hut yang tidak tenteram.
Sebab ada budak menggeletis dan mengamok sbb tak cukup tido.

Nak makan dgn aman pon x boleh tau..

Pastu pegi al-ikhsan sebab Mohd Rafi nak cari jacket nak pakai untuk konvoi motor pegi penang tahun baru nanti.
Akak nk ikot pegi konvoi dia tak bagi. Kejii sgt lah.

Lepas tu uollsss si Pahat sibuk nak bola yeee...

Akak bg yg murah2 sahajork dia x nak. Nak bola color ijau kuning striking rm75.

Koser haku nak belikan bola mahal2 bukan dia main sgt pon. Membazer je.

Jadi apak pujuk dia kasik bola yang kecik sikit RM30. Nasib baik dia nak.

Pastu sampai kesudah tak nak lepas bola tu. Kemana2 bawak.

Muka gedik dapat bola oren.

Pastu sempena birthday akak yg bakal tiba...Matilaaa...
Apak belanja emak kasut sukan sebab emak asyik berzikir nak kasut sukan.
Tapi kat store alamanda xde yang best dan xde saiz.

Jacket Mohd Rafi nak pon nan hado yg dia suka.

So, ke mana? Pegi la Al ikhsan factory outlet Bangi sebelah Yummie tu.

Ada sales. So akak dapat la kasut nike(ntah ori ke x al ikhsan jual ni?) harga rm109 sahajork.

Moga lepas ni akak rajin berjogging lalu menjadi kurus...#larrikkkk

Jacket Mohd Rafi masih belom dijumpai.
Laki akak cerewet nak mampos cari barang dia. Kalau akak nampak chantek sudah.. Ini pilih materian kain lah. Lengan tak sedap lah. Kain berat lah. motipppp??
Kalau beli jeans pon aku malas nak ikot.

Next, pegi al Ikhsan lagik...matilaaaa...al ikhsan bangi jugak tapi dekat sebelah Ariani tu. Akak malas nak ikot. Akak tggu dalam kereta dgn Pahat.

Lama jugak. Nasib baik dia beli jugak jacket nih.


RM79 sahajok. Nasib baik murah. Kalau tak dia nak beli jacket superdry yang diorang ni dok beli online rm280. Membazer jah beli mahal2.

Secara tidak langsung akak pon dapatlah hadiah birthday awal. Yela laki akak mampu belikan banyak tu je uollss...Laki akak kerja biasa2 sahajork. Tapi akak dah bersyukur dah dari tak bagi langsung kannnnn??



On the other note.

Period akak dah lewat 10 hari uollsss... Akak check empat belas kali **exagerate. Nan hado pon pregnant. Akak suspect sebab hormon akak dah berubah sebab dah gemok. Ataupon sebab akak amek collagen. Eh, tp last month ok je period kannn???


PAstu akak call Mara hari2 nan hado angkat. Keji sangat... Bosan lah nak tnggu je. Kalau pegi sana tanya nanti dia jawab 'Tunggu queue'.
Aiyoooo...kalau dapat cakap la capat, kalau reject cakap la reject. Senang akak kuarkan duet pegi shopping kat Bangkok sana...***hai kherr!!
ni dari bulan 4 queue jadahnya....

Ayah kawan akak yg pengarah mara bahagian apa ntah akak lupa cuba call pon x angkat ye... Kau mampooooo opis mcm tu??

Kat opis akak nih kalau org yg uruskan tu x dtg at least ada la org lain tolong angkat telepon. Ni harammmm ye nak angkat...

Akak senang citer. Kalau x dapat akak kuarkan duet bawak pegi shopping. Matilaaaa

Pastu akak nak cari kerja lain yang lebih memberansangkan gaji nya dan lebih menjamin masa depan.

Sebab kontrak akak ni setahun jah uollsss... Gaji mati sampai 40 tahun kerja pon nan hado kenaikan. Sudah ditulis dalam kontrak begitu.

Bye...nak serang mara.

Thursday, November 29, 2012

Austin Steak Bangi

Hari ahad Mohd Rafi cakap dengan akak.

'Yang, nanti esok I bawak u pegi makan grill western kat Bangi'

'Yelah..'

Akak suka je lah x payah masak kennnn. Aku ingat nama kedai tu Grill.

Fine.

Hari isnin akak message dia.

'Jadi x pegi makan grill bangi yang u cakap tu?'

Ko tau dia reply apa? Dia reply ni:

'Ebab2 ayah..Pahat comel..comel..'

Ada kena mengena tak dgn pertanyaan akak??  Takde kann?

So akak assume x jadi la.

Akak balik keje dah kebulur lalu masak nasik goreng. Makan bersama Pahat.

Tup tup akak tengah makan dia balik lalu sentap.

'Kan dah cakap nak makan kat Bangi..'

Ek eleh...message bukan2 pastu kata jadi. Lempang jugak kang.

So tadi malam la baru pegi. Gigih akak tahan lapar sampai pukul 9 malam. Mana tak gemok kalau makan lebih pukul 7pm.

Ek eleh....rupanya dia bawak akak pegi Austin Steak. Dah banyak kali aku pegi dah.

Pastu akak cakap dengan laki akak mcm tu dia cakap,

'Apsal i x tau? kenapa u pegi x bgtau i?'

Ha....kan dah kantoiii... Akak pegi banyak kali dengan Fizi and Filla.... kan Filla kannn?

Budak ni melalak sebab nak main sudu garpu bagai. Pastu apak dia suh duduk kerusi sebelah x nak. Nak duduk atas riba apak jugak. Chantek sangatlah tu nanges bukak mulut luas2 mcm tu?

Makanan kami order. Mohd Rafi order Lamb Chop. Akak Mix Lamb. Harga rm13.90 sekali dengan package2 fries, colleslaw, salad, baked bean dengan roti.

Gravy dia sedap. Daging liat sket. Daging kat Ayer Rock lagi lembut dan senang dikunyah. Of course la kan dah mahal.

Air dia akak suka sebab gelas besar. Harga RM3.50 to RM4.

Ni tukang sedut air akak. Apak dia makan sambil pangku Pahat atas riba. Mesti org confuse tengok emak relax je makan. Apak pulak layan anak.

Eh, laki akak memang mcm tu. Kalau makan dia suh akak makan dulu..**ulang lagi ayat, cemana tak gemok??

Dia kan obsess sgt dengan anak dia. Merasa lah dia layan. Kecuali kalau dah lapar gila. Sebab tu bila ada anak nih selalu masak sahajork ataupon bungkus.

Kalau nak makan kat luar kena laju2.

Kalau Mohd Rafi xde, akak bawak je makan makan sorang2. Bukan Boiboiboy kat Phone boleh la makan dengan laju sementara dia belom boring.

Dia start boring dia campak Note aku tu ke lantai...**sedihhhh!

Monday, November 26, 2012

Update Weekend!.


Hii uollss...

Semalam akak pegi Midvalley. Pitammm ye nk kawal Pahat.. Sebab tu akak suka pegi Alamanda sebab alamanda kids friendly sket. Boleh bawak troli carefour tu naik turun sebab escallator dia troli friendly. Pahat kalau letak dalam troli dia diam.

Kalau ko lepaskan Pitamm ko nak kejar. Kalau bergandingan dengan Lion lagi la pitammmm!

Pegi Midvalley tanpa agenda sebenarnya. Jalan2 sahajork.

Actually semalam akak hantar mak akak balik Johor kat putrajaya sentral. Alang2 akak tanya kawan akak ajak jalan2 sekali.

Actually kalau tempat kecik senang lagi nak kawal anak dari berlari2.. Ni tempat sebesar Midalley pitammm.

Terpaksa main2 pass baton dengan Mohd Rafi. Dia tengok2 barang akak jaga. Akak tengok2 barang dia jaga.

Pahat bila penat, suka2 dia je duduk kat tengah2 alam tuh.

Sebenarnya akak nan hado budget pon nak shopping2. Sebab sabtu tu akak dah hover budget shopping kat Kinrara. Sapa nak dress chantek dan murah sila lah pegi giant kinrara. Banyak booth jual tudung dan dress chantek2. Harga lebih kurang sama dengan Kenanga Wholesale. Pastu Mohd Rafi pon gaji 1hb. Lagipon akak skrg beli barang harga bawah rm50 sahajork. Akak sedar diri mesken.

So, kawan akak ajak pegi metrojaya sebab dia ada voucher. Banyak. Mula2 tanya laki aku ada x nak beli apa sebab dia nk bagi voucher tu. Mohd Rafi cari jacket dia x berkenan. Pastu pusing2 nan hado dia nak beli. Turun bahagian ladies and cosmetic.

Akak cari make up urban decay nan hado. Akak kan jarang pegi metrojaya, mana la akak tau ada jual kat mana.

Pusing2 xde benda best. Last2 pegi beli jeng...jeng...jeng...


Tote bag ELLE. Ala...bag ni pon harga asal RM99 sahajork. I bought it for FREE!! Sebab ada voucher lah. Tenkiu..Tengkiuuu!!!

Ye. Akak happy walaupon dapat bag harga RM99 jah. Bag yg aku ada skrg pon aku beli RM30 jah kat KWC.

Last aku beli bag branded adelah masa hantaran iaitu bag guess. Lepas tu akak beli bag chap ayam sahajork. Bila dah ada anak lagi lah, nak beli barang2 mahal kang rasa bersalah pulak.

Tu pon nasib baik la uolllss akak jual2 kueh raya tu boleh jugak buat beli henpon dan saving sikit. Kalau tak sampai sudah akak pakai henpon skrin hijau yang kejenya asik off sendiri.
Alhamdulillahhh....


Sementara akak pilih bag. Mohd Rafi n Pahat di sebelah orang main Piano. Barulah senyap sikit si Pahat tuh.
Terus feeling2 nak hantar Pahat kelas piano...**matila mahal nak mampos kau mampooo kah?? Matila jual emas Pahat pon belom mampooo beli piano ya...

Dari pukul 10.20 sampai pukul 1 kitorg dlm Midvalley. Dalam Pahat lari2 sana sini. Gigih jugak kitorg 3 jam lebih dalam tu.

OTW balik Pahat tido sampai kat rumah still tido sampai pukul 6 petang. Kepenatan sangat la tu tawaf Midvalley.
 


iklan