Monday, December 3, 2012

3 items 3 different branch buat the same store

Sunday is family day.

Hari keluar cari pasal.

Padahal tiap2 weekend pon pegi tampat yang sama iaitu Alamanda Putrajaya.

Untuk pengetahuan. Sabtu malam tu Pahat tido pukul 2pagi sebab dia ikot join emak tengok Instanbul Aku Datang.

Mohd Rafi x minat. So dia membuta.

Ahad Mohd Rafi dah gaji. Lepas pegi carrefour dan makan kat Pizza Hut yang tidak tenteram.
Sebab ada budak menggeletis dan mengamok sbb tak cukup tido.

Nak makan dgn aman pon x boleh tau..

Pastu pegi al-ikhsan sebab Mohd Rafi nak cari jacket nak pakai untuk konvoi motor pegi penang tahun baru nanti.
Akak nk ikot pegi konvoi dia tak bagi. Kejii sgt lah.

Lepas tu uollsss si Pahat sibuk nak bola yeee...

Akak bg yg murah2 sahajork dia x nak. Nak bola color ijau kuning striking rm75.

Koser haku nak belikan bola mahal2 bukan dia main sgt pon. Membazer je.

Jadi apak pujuk dia kasik bola yang kecik sikit RM30. Nasib baik dia nak.

Pastu sampai kesudah tak nak lepas bola tu. Kemana2 bawak.

Muka gedik dapat bola oren.

Pastu sempena birthday akak yg bakal tiba...Matilaaa...
Apak belanja emak kasut sukan sebab emak asyik berzikir nak kasut sukan.
Tapi kat store alamanda xde yang best dan xde saiz.

Jacket Mohd Rafi nak pon nan hado yg dia suka.

So, ke mana? Pegi la Al ikhsan factory outlet Bangi sebelah Yummie tu.

Ada sales. So akak dapat la kasut nike(ntah ori ke x al ikhsan jual ni?) harga rm109 sahajork.

Moga lepas ni akak rajin berjogging lalu menjadi kurus...#larrikkkk

Jacket Mohd Rafi masih belom dijumpai.
Laki akak cerewet nak mampos cari barang dia. Kalau akak nampak chantek sudah.. Ini pilih materian kain lah. Lengan tak sedap lah. Kain berat lah. motipppp??
Kalau beli jeans pon aku malas nak ikot.

Next, pegi al Ikhsan lagik...matilaaaa...al ikhsan bangi jugak tapi dekat sebelah Ariani tu. Akak malas nak ikot. Akak tggu dalam kereta dgn Pahat.

Lama jugak. Nasib baik dia beli jugak jacket nih.


RM79 sahajok. Nasib baik murah. Kalau tak dia nak beli jacket superdry yang diorang ni dok beli online rm280. Membazer jah beli mahal2.

Secara tidak langsung akak pon dapatlah hadiah birthday awal. Yela laki akak mampu belikan banyak tu je uollss...Laki akak kerja biasa2 sahajork. Tapi akak dah bersyukur dah dari tak bagi langsung kannnnn??



On the other note.

Period akak dah lewat 10 hari uollsss... Akak check empat belas kali **exagerate. Nan hado pon pregnant. Akak suspect sebab hormon akak dah berubah sebab dah gemok. Ataupon sebab akak amek collagen. Eh, tp last month ok je period kannn???


PAstu akak call Mara hari2 nan hado angkat. Keji sangat... Bosan lah nak tnggu je. Kalau pegi sana tanya nanti dia jawab 'Tunggu queue'.
Aiyoooo...kalau dapat cakap la capat, kalau reject cakap la reject. Senang akak kuarkan duet pegi shopping kat Bangkok sana...***hai kherr!!
ni dari bulan 4 queue jadahnya....

Ayah kawan akak yg pengarah mara bahagian apa ntah akak lupa cuba call pon x angkat ye... Kau mampooooo opis mcm tu??

Kat opis akak nih kalau org yg uruskan tu x dtg at least ada la org lain tolong angkat telepon. Ni harammmm ye nak angkat...

Akak senang citer. Kalau x dapat akak kuarkan duet bawak pegi shopping. Matilaaaa

Pastu akak nak cari kerja lain yang lebih memberansangkan gaji nya dan lebih menjamin masa depan.

Sebab kontrak akak ni setahun jah uollsss... Gaji mati sampai 40 tahun kerja pon nan hado kenaikan. Sudah ditulis dalam kontrak begitu.

Bye...nak serang mara.

Thursday, November 29, 2012

Austin Steak Bangi

Hari ahad Mohd Rafi cakap dengan akak.

'Yang, nanti esok I bawak u pegi makan grill western kat Bangi'

'Yelah..'

Akak suka je lah x payah masak kennnn. Aku ingat nama kedai tu Grill.

Fine.

Hari isnin akak message dia.

'Jadi x pegi makan grill bangi yang u cakap tu?'

Ko tau dia reply apa? Dia reply ni:

'Ebab2 ayah..Pahat comel..comel..'

Ada kena mengena tak dgn pertanyaan akak??  Takde kann?

So akak assume x jadi la.

Akak balik keje dah kebulur lalu masak nasik goreng. Makan bersama Pahat.

Tup tup akak tengah makan dia balik lalu sentap.

'Kan dah cakap nak makan kat Bangi..'

Ek eleh...message bukan2 pastu kata jadi. Lempang jugak kang.

So tadi malam la baru pegi. Gigih akak tahan lapar sampai pukul 9 malam. Mana tak gemok kalau makan lebih pukul 7pm.

Ek eleh....rupanya dia bawak akak pegi Austin Steak. Dah banyak kali aku pegi dah.

Pastu akak cakap dengan laki akak mcm tu dia cakap,

'Apsal i x tau? kenapa u pegi x bgtau i?'

Ha....kan dah kantoiii... Akak pegi banyak kali dengan Fizi and Filla.... kan Filla kannn?

Budak ni melalak sebab nak main sudu garpu bagai. Pastu apak dia suh duduk kerusi sebelah x nak. Nak duduk atas riba apak jugak. Chantek sangatlah tu nanges bukak mulut luas2 mcm tu?

Makanan kami order. Mohd Rafi order Lamb Chop. Akak Mix Lamb. Harga rm13.90 sekali dengan package2 fries, colleslaw, salad, baked bean dengan roti.

Gravy dia sedap. Daging liat sket. Daging kat Ayer Rock lagi lembut dan senang dikunyah. Of course la kan dah mahal.

Air dia akak suka sebab gelas besar. Harga RM3.50 to RM4.

Ni tukang sedut air akak. Apak dia makan sambil pangku Pahat atas riba. Mesti org confuse tengok emak relax je makan. Apak pulak layan anak.

Eh, laki akak memang mcm tu. Kalau makan dia suh akak makan dulu..**ulang lagi ayat, cemana tak gemok??

Dia kan obsess sgt dengan anak dia. Merasa lah dia layan. Kecuali kalau dah lapar gila. Sebab tu bila ada anak nih selalu masak sahajork ataupon bungkus.

Kalau nak makan kat luar kena laju2.

Kalau Mohd Rafi xde, akak bawak je makan makan sorang2. Bukan Boiboiboy kat Phone boleh la makan dengan laju sementara dia belom boring.

Dia start boring dia campak Note aku tu ke lantai...**sedihhhh!

Monday, November 26, 2012

Update Weekend!.


Hii uollss...

Semalam akak pegi Midvalley. Pitammm ye nk kawal Pahat.. Sebab tu akak suka pegi Alamanda sebab alamanda kids friendly sket. Boleh bawak troli carefour tu naik turun sebab escallator dia troli friendly. Pahat kalau letak dalam troli dia diam.

Kalau ko lepaskan Pitamm ko nak kejar. Kalau bergandingan dengan Lion lagi la pitammmm!

Pegi Midvalley tanpa agenda sebenarnya. Jalan2 sahajork.

Actually semalam akak hantar mak akak balik Johor kat putrajaya sentral. Alang2 akak tanya kawan akak ajak jalan2 sekali.

Actually kalau tempat kecik senang lagi nak kawal anak dari berlari2.. Ni tempat sebesar Midalley pitammm.

Terpaksa main2 pass baton dengan Mohd Rafi. Dia tengok2 barang akak jaga. Akak tengok2 barang dia jaga.

Pahat bila penat, suka2 dia je duduk kat tengah2 alam tuh.

Sebenarnya akak nan hado budget pon nak shopping2. Sebab sabtu tu akak dah hover budget shopping kat Kinrara. Sapa nak dress chantek dan murah sila lah pegi giant kinrara. Banyak booth jual tudung dan dress chantek2. Harga lebih kurang sama dengan Kenanga Wholesale. Pastu Mohd Rafi pon gaji 1hb. Lagipon akak skrg beli barang harga bawah rm50 sahajork. Akak sedar diri mesken.

So, kawan akak ajak pegi metrojaya sebab dia ada voucher. Banyak. Mula2 tanya laki aku ada x nak beli apa sebab dia nk bagi voucher tu. Mohd Rafi cari jacket dia x berkenan. Pastu pusing2 nan hado dia nak beli. Turun bahagian ladies and cosmetic.

Akak cari make up urban decay nan hado. Akak kan jarang pegi metrojaya, mana la akak tau ada jual kat mana.

Pusing2 xde benda best. Last2 pegi beli jeng...jeng...jeng...


Tote bag ELLE. Ala...bag ni pon harga asal RM99 sahajork. I bought it for FREE!! Sebab ada voucher lah. Tenkiu..Tengkiuuu!!!

Ye. Akak happy walaupon dapat bag harga RM99 jah. Bag yg aku ada skrg pon aku beli RM30 jah kat KWC.

Last aku beli bag branded adelah masa hantaran iaitu bag guess. Lepas tu akak beli bag chap ayam sahajork. Bila dah ada anak lagi lah, nak beli barang2 mahal kang rasa bersalah pulak.

Tu pon nasib baik la uolllss akak jual2 kueh raya tu boleh jugak buat beli henpon dan saving sikit. Kalau tak sampai sudah akak pakai henpon skrin hijau yang kejenya asik off sendiri.
Alhamdulillahhh....


Sementara akak pilih bag. Mohd Rafi n Pahat di sebelah orang main Piano. Barulah senyap sikit si Pahat tuh.
Terus feeling2 nak hantar Pahat kelas piano...**matila mahal nak mampos kau mampooo kah?? Matila jual emas Pahat pon belom mampooo beli piano ya...

Dari pukul 10.20 sampai pukul 1 kitorg dlm Midvalley. Dalam Pahat lari2 sana sini. Gigih jugak kitorg 3 jam lebih dalam tu.

OTW balik Pahat tido sampai kat rumah still tido sampai pukul 6 petang. Kepenatan sangat la tu tawaf Midvalley.
 


Thursday, November 22, 2012

Wedding orang.

Sejak dah kertu ni akak suka pulak pegi wedding orang provided dekat la kannn

Sebab bila dah kertu nih kawan2 ramai dah kawen. Yang tinggal belom kawen pon pondan...***Larikk!

So ni adelah wedding opismate akak di Bentong.

Bentong tengah musim durian pulak tu. Bersepah2 orang jual durian tepi2 jalan.

Akak pon beli la beberapa biji. Balik Mohd Rafi jeling2 akak sbb dia kan tak boleh bau and makan durian.

Elehh...dulu dia makan je. Tapi masa umur dia 18, dia overdose makan sampai muntah dan terbaring 3 hari, tu yg merasa teros insaf nak makan durian.

Rasainnnnnn!!


So ni ha gambar dengan penganten. FYI, semua didalam gambar telah berkahwin kecuali jejaka berbaju pink..hehe.. Kalau rasa diri comel dan putih boleh hantar resume kat akak... Matila hakuuu!!

Lauk kenduri pon sedap. Dan agak aneh sebab x pernah makan. Ada terung masak ikan masin ke apa ntah.

Akak sampai pukul 2 lauk dah hampir habes. Tetamu pon tinggal orang2 opis je.

Kalau kat kampung akak majlis pukul 5 baru betul2 habes. Aritu masa akak kawen, pukul 7 lebih pon ada kawan Mohd Rafi datang lagik.

So, untuk sesiapa yang bakal berkahwin tu, 'Selamat Pengantin Baru' akak ucapkan.
Akak bulan april ni dah masuk 5 tahun uolllss berkahwin..!

Ye...akak dah kertu!!

Wednesday, November 21, 2012

Ti...ti...ti...

Cik Ti telah menyerang rumah akak kembali. Yg akak hangin, bila pasang perangkap tau pulak dia tak keluar. Bila akak simpan perangkap mula la dia keluar. Keji sangat kann??

So, last resort, semalam mak akak kata beli je la racun tikus. Akak bukan apa, racun tikus ni kalau dia makan bukannya mati immediately. Nanti rumah bau bangkai kena cari2 kat mana pulak dia mati. 1 hal pulak nak bersihkan.

Pastu mak akak kata, kalau dia mati biasanya dia cari air. Pegi cari kat tempat yang ada air, lopak2 tepi tumah ke..longkang ke... OO..mcm tu ka?

So semalam mak akak tabur dalam tong sampah. Sebab situ tempat dia suka korek2 kannn? Tapi kat ubat racun tu tak tulis pulak berapa lama dia akan mati. Tapi semalam cik ti tu dah termakan dah umpan..

Agak2 dosa tak bunuh cik Ti???

Uollss..akak nak bgtau ye...kalau ye pon uolls jual product kechantekan, boleh tak jangan nak exargerate sangat??
Takkan la 1 product tu boleh sembuhkan cancer, boleh dpt anak, boleh buat muka berseri2, boleh rapatkan **tutttt.. Boleh banyakkan susu lah...Boleh kuruskan badan....Pitammmmm ye!

Jangan Hover boleh tak? Agak2 la nak promote pon...

Lagi satu colagen boleh putihkan kulit lah, boleh hilangkan jeragat lah..

Helllooo jangan nak menipu sangatlah! Takde research kata collagen boleh putihkan kulit pon.

Unless ada tambahan bahan lain selain collagen.

Please ya uollss yg nak beli barang kecantikan tu tengok orang yang jual tu dulu. Mencerminkan product yang dia jual katanya..

Lepas tu please check dulu berapa mg collagen dalam tu. Kadang tulis collagen tapi berapa mg tak tulis. Biasanya org amek collagen dalam 5000mg. kalau 10000mg biasanya diorang akan advise makan 2 hari sekali.

Kalau bawah 5000mg harga rm100++. Tak payah beli. membazir duit korang je..

And collagen tak digalakkan untuk pregnant and lactating women. TAK digalakkan bukan tak boleh. Kalau baca kat website2 seperti ephyra and origen and total image pon semua warning ye, kalau pregnant and breastfeed women nak makan kena mintak advise doctor dulu.

Jangan nak pandai2 sangat...

iklan