Wednesday, October 24, 2012
Review on collagen.
Type 2 untuk arthisis(salah eja...matila..) . Type 1 yg korang dok makan untuk kulit tuh.
Jadi. Perut akak menggelebeh sebab lepas beranak malas pakai bengkung. Ditambah pulak, asal ada lab siang tu, malam tu penatnya kemain.
Jalan2 sikit pon dah penat.
Jadi akak berkata dalam hati. 'Tak boleh jadi ni. Kena cari supplement'
Akak teringat pulak dulu kawan akak ada bagi 3 sachet supplement bernama Origen.
Supplement ni berupa collagen+vit c+beta carrotene.
Sebab benda ni mahal. Jadi kita kenala survey2 dulu.
Jadi akak jumpa link ni tentang collagen2 yang ada dipasaran serta explanation tentang collagen.
http://www.thepillhouse.com/supplement-reviews/collagen-drink-review
So. Akak pon pegi ke 3 farmasi yang ada kat Mines. Watson. Guardian dan juga Care Farmasi.
Kebetulan dekat Care Farmasi ada promotion.
RM132 / 30 sachet. Free 2 Pur White. Dan the most important thing is ada HALAL JAKIM !!!
Terus akak beli uollss.
Akak lupa nak bgtau. ORIGEN PLUS ni version hidryonized collagen. Kenapa kena hydronized? sebab kalau tak nanti collagen tu akak mendap dalam buah pinggang. Sila berhati2 beli collagen ya. Pastu ni ada vitamin c dan juga beta carrotene. All natural ingredients. Nak lebih2 lagi pasal info product ni sila guugle.
Dan ni contain 5000mg collagen. Collagen tak boleh amek lebih juga ya. Jangan nak over. Nanti ada side effect. Biasanya kalau lebih 10000mg diorang akan advise makan 2 atau 3 kali sehari.
So, akak dah guna 5 hari. Akak tak tipu ya, perut akak dah kurang gelebeh. Pastu tentang energy takde la energetic mcm makan dadah. Rasa penat jugak cuma tak la lembik je bila balik rumah after work. Tapi pasal energy ni bukan sebab collagen tapi sebab kandungan vit c and beta carrotene tu. Kulit muka jadi halus okeh. Akak tak tipu. Tapi takde la kulit aku bertambah cantik or akak kelihatan muda ke apa. Biasa sahajork. Tunggu la lepas sebulan mana tau akak jadi chantek ka...**larikkkk!!
AWAS ya, kalau perut korang gelebeh sebab lemak pastu makan product ni xde kesan jangan salahkan akak!!
So far akak survey, ini yang paling murah. Kalau tak sila ephyra pon contain 5000mg collagen. Tapi Ephyra punya contain lagi banyak ada 9 jenis kot dalam tu yang akak baca.
Tapi Ephyra RM200. Mahal la pulak akak nak beli. So akak beli lah ORIGEN nih.
So akak puas hati la jugak baru 5 hari dah nampak kesan sikit. Kalau lepas 30 hari pon mcm tu jugak next month aku dah x beli dah... **matila lagiii
So, sapa2 rasa2 nak collagen yang murah dan berkesan. Dan juga HALAL JAKIM. Beli lah ORIGEN nih. Promotion sekarang kat CARE FARMASI until 5 november harga dia RM132. Lepas tu naek jadi RM168.
Sorry akak tak jual. Kau pegi beli sendiri kat farmasi.
Akak sharing2 sahajork!!
Friday, October 19, 2012
Doing number 2.
Matilah kannnnn!!!
Emak larik duluuuu!!!
Bear tu emak Mohd Rafi bagi. Naik lori nak merempit pon bawak bear naik sekali. Bonceng katanya.
Emak ingat nak potty train dia lah. Sapa yang dah berjaya potty train anak dia sila ajar emak.
Emak rasa dia dah paham dan boleh tunjuk2. Tapi tak pandai cakap lah.
Eh. Akak nak citer aritu akak tengah solat. Pastu dia macam nak berak so akak biarkan je.
Lepas habes solat dia tunjuk kat akak something.
Akak tengok dekat2 rupanya dia korek tahi dia kat pampers..
Aiyooo....geli tau. Akak terus bawak dia masuk toilet sambil kena babap.
Tapi dia jerit 'aaaa' je. Pastu gelak2 main air. Tak insaf punya budak. Emak pulak tension.
Wrong question to wrong people.
Hai la uollss... Akak kan sejak student dh masuk nih nan hado nak update blog sgt. Jangan nak tanya akak. Apa guna ada smartphone kaedahnya?
Akak sibuk chatting jah uolllsss..
Td pagi ada message masuk tanya akak dia nk buat bisnes MLM chap ****n.
Aiyoooo...byk2 orang. Motipp tanya akak? Sah2 aku memang x suka MLM. So akak jawab akak x suka.
Pastu dia ckp kawan2 dia buat bisnes tu dh kaya.
Akak cakap terpulang lah kennnn.
Akak kang ckp lebih2 org kalau dah termakan hasutan nampak duet je mana nak dengar kannn?
So akak last2 malas reply msg dia. Akak kan keji.
Akak mmg x suka reply msg kat fb. Lebih2 lagi penjual insurance. Kawan2 lama dok add. Tup tup tegur sebab nk jual insurance.
Lepas tu akak koser dah nak balas.
Bukan apa uolls akak takut akak takut terlaser. Lebih2 lagi seorg penjual insurance kat fb akak tu yg suka komen2 kat status akak.
****matila shilla dgn kher tau.
Friday, October 12, 2012
Kisah check up 2 tahun
Bagus pahat! Bila dah sampai 90cm boleh la bawak pegi Icity main segala jenis permainan.
Pastu nurse tu tanya kenapa stop breastfeed? Pregnant ke??
Akak gelak je. Akak cakap penat breastfeed.
Nurse tu jawab. Sabo je la...
Pastu as usual dia tanya Pahat pandai cakap ke x. Lagi 3 bulan tengok progress. Kalau tak kena pi speech teraphy....
Pastu buku check up pahat hilang. Tapi kat klinik ada 1 lagi copy. Akak nak photostat nurse x bagi. Takut hilang lagi. Hehe.
Tapi thanks to samsung technology. Ada apps camscanner. So akak mintak izin kat nurse capture gambar then convert to pdf.
Terasa bijak sebentar.
bye. Selamat behujung minggu!! Akak nak pi Kenanga Wholesale perabeh duit.
Thursday, October 11, 2012
Berapa kali?
Akak terpaksa EL esok. X kuasa nak bawak Pahat pi opis lagi. Arini terpaksa bawak sebab akak kena ajar Lab MicroP.
Akak nak tanya korang.
Berapa kali balik rumah mertua walaupun jauh?
Akak just nak share lah kan. Walaupon rumah emak uols dekat. Emak mertua jauh dan laki korang jenis lupa daratan x ingat emak sendiri. Please ingatkan laki masing2 tanya ¦
'Bila nak balik kampung rumah emak u?'
Walaupon korang rasa jauh. Korang x selesa tido rumah mertua. Korang gaduh dengan adik beradik dia. Tolong lah balik rumah mertua sekali sekala.
Yesss...uollsss akak x cakap orang lain. Abang akak sendiri mcm tu. Asyik balik rumah mertua saja.
Emak akak makan hati ya..
Yang lelaki yang kisahkan emak sendiri. Yang bini nya tak ambil peduli nak ingatkan suami masing2.
Yela...uollss walaupon anak yang lain ramai. Seorang ibu akan terkenang2 kan anak dia walau jahat cemana pon.
Akak ni teringat ye. PAHAT tu lelaki. Kalau dia buat perangai mcm tu dan bini dia pulak jenis tak ambil peduli mcm mana? Apa perasaan kita sebagai emak kannn?
So. Akak amalkan konsep bergilir. Walaupon akak selalu balik kampung sorang. Akak tetap akak tido rumah mertua kalau masa tu mmg turn rumah mertua.
Yela.. Kita pon ada anak. Kita patut paham.
Ni ada anak makin tak paham pulak kannn?
Eh. Lepas tu tayang kat facebook puiler... Mau orang tua kita tak terasa hati.
Emak bapak kita dan mertua tu hidup tak lama. Sila lah jadi menantu yg baik sementara masih hidup.
Hidup ni pon umpama roda. Nanti2 kalau anak2 kita buat mcm tu juga jangan lah pulak sedih ya.
Ok. Akak nak tido. Ingat pesanan akak tu!
Dan kalau nak balik rumah emak sendiri jangan post kat facebook. Kau hengat adik beradik dia tak reti search status kau?


