Friday, October 12, 2012

Kisah check up 2 tahun

Semalam akak pegi bawak Pahat check up 2 tahun. Berat beliau 13kg. Tinggi 88cm.
Bagus pahat! Bila dah sampai 90cm boleh la bawak pegi Icity main segala jenis permainan.
Pastu nurse tu tanya kenapa stop breastfeed? Pregnant ke??
Akak gelak je. Akak cakap penat breastfeed.
Nurse tu jawab. Sabo je la...
Pastu as usual dia tanya Pahat pandai cakap ke x. Lagi 3 bulan tengok progress. Kalau tak kena pi speech teraphy....
Pastu buku check up pahat hilang. Tapi kat klinik ada 1 lagi copy. Akak nak photostat nurse x bagi. Takut hilang lagi. Hehe.
Tapi thanks to samsung technology. Ada apps camscanner. So akak mintak izin kat nurse capture gambar then convert to pdf.
Terasa bijak sebentar.




bye. Selamat behujung minggu!! Akak nak pi Kenanga Wholesale perabeh duit.

Thursday, October 11, 2012

Berapa kali?

Akak terpaksa EL esok. X kuasa nak bawak Pahat pi opis lagi. Arini terpaksa bawak sebab akak kena ajar Lab MicroP.

Akak nak tanya korang.
Berapa kali balik rumah mertua walaupun jauh?

Akak just nak share lah kan. Walaupon rumah emak uols dekat. Emak mertua jauh dan laki korang jenis lupa daratan x ingat emak sendiri. Please ingatkan laki masing2 tanya ¦

'Bila nak balik kampung rumah emak u?'

Walaupon korang rasa jauh. Korang x selesa tido rumah mertua. Korang gaduh dengan adik beradik dia. Tolong lah balik rumah mertua sekali sekala.

Yesss...uollsss akak x cakap orang lain. Abang akak sendiri mcm tu. Asyik balik rumah mertua saja.

Emak akak makan hati ya..

Yang lelaki yang kisahkan emak sendiri. Yang bini nya tak ambil peduli nak ingatkan suami masing2.

Yela...uollss walaupon anak yang lain ramai. Seorang ibu akan terkenang2 kan anak dia walau jahat cemana pon.

Akak ni teringat ye. PAHAT tu lelaki. Kalau dia buat perangai mcm tu dan bini dia pulak jenis tak ambil peduli mcm mana? Apa perasaan kita sebagai emak kannn?

So. Akak amalkan konsep bergilir. Walaupon akak selalu balik kampung sorang. Akak tetap akak tido rumah mertua kalau masa tu mmg turn rumah mertua.

Yela.. Kita pon ada anak. Kita patut paham.

Ni ada anak makin tak paham pulak kannn?

Eh. Lepas tu tayang kat facebook puiler... Mau orang tua kita tak terasa hati.

Emak bapak kita dan mertua tu hidup tak lama. Sila lah jadi menantu yg baik sementara masih hidup.

Hidup ni pon umpama roda. Nanti2 kalau anak2 kita buat mcm tu juga jangan lah pulak sedih ya.

Ok. Akak nak tido. Ingat pesanan akak tu!

Dan kalau nak balik rumah emak sendiri jangan post kat facebook. Kau hengat adik beradik dia tak reti search status kau?

Wednesday, October 10, 2012

i love 3 in 1 cardigan!

Helloooooo... jangan maki akak ye sekiranya akak mencapup lagi di sini.

Akak terpaksa jaga Pahat. Baysitter tiba2 msg nak cuti anak dia saket. So akak balik rumah lah jaga Pahat. Nasib baik pagi xde kelas. Petang ni ada Lab x tau la nant cemana btah haku kena bawak Pahat masuk Lab sekali je.

Takut jahanam board MicroP yang berharga 20k ittew anak aku kerja kan.

Apak dia mcm biasa lah uolllss... Gila kerja.  Especially tengah banyak motor pending. Kat rumah ni pon ada 4 bijik x siap lagi. Pening haku tengok.

oh. Pasal dia dgn boss dia dah settle. Koser haku nak amek tau lebih lanjut. Nanti dia cakap akkk kepoh. Walaupon hakikatnya akak memang kepoh ya.

Eh. sebenarnya akak nak tunjuk cardigan akak beli murah uollsss.. Lepas tu 3 in 1. boleh Pakai pelbagai gaya. Dress maxi tu akak beli rm35. Cardigan rm30.


Gambar di ambil dekat Lab. Matilah akak paksa opismate amikkan sementara tggu student dtg.

Monday, October 8, 2012

Farhat 2nd birthday. we went to the zoo!

Hi uollss....

Awas ya. Gambar banyak iolls koser nak pilih2..

Hakikatnya birthday Pahat adelah hari ini. 8/10.

Tapi akak saja bawak dia pi Zoo semalam sebagai hadiah birthday..**matila emak mesken. Mampoo bawak pi Zoo sahajork.

Kitorang pegi zoo Melaka ya sebab Zoo KL mahal!!

So saksikan je lah gambar yg banyak. Semua gambar di ambil dari Note hakak.

Di kandang Zirafah. Kesian kak tengok zebra tu sorang2 kat situ xde kawan.

DI kandang seladang **kot nama dia

Mula2 ingatkan nak naik kuda tapi ramai pulak orang tunggu turn. Cancel.


Tengok burung

Tengok apa ntah kat atas

Burung apa ntah tak tau nama...

Penyayang sangat Apak kau siap lap2 peluh anak.

Sapa la tukang amek gambar akak x senonoh macam nih. Keji sangat.





Ni Pahat dah penat berjalan. Tu yang dia duk bukak selipar dia.

So Apak lah kena dukung.

Buaya pemalas!...**larikk


Tengah tengok buaya yang tak bergerak


Kura2 batu tu jugak kau suka.

Ni dah penat ye.. Dia penat jalan dia duduk kat tepi jalan tu.

Jadi Apak lah kena dukung balik. Suka la tu.
Clust akak, tiap2 tahun bawak Pahat pegi Zoo kannnn??

Kali ni akak x naik tram uollss... Akak gigih jalan kaki pusing keliling zoo tuh. Pahat pon jalan jugak. Tapi half way dia dah penat. Dia duduk tepi jalan. Tu yang Apak kena dukung.

Bila Apak dah x larat dukung. Emak pulak kena dukung.

Bila lalu kedai2 jual sourvenir cepat2 kena bawak lari ya. Kalau tak mau dia sibuk nak barang2 kat situ.

Anyway, we had fun yesterday! Lepas balik dari zoo akak pegi Klebang pulak. Next entry akak citer.

Nanti korang maki akak gambar banyak sangat...**maila feeling2 popular. Kau ado?

Balik rumah ingatkan nak ajak Mohd Rafi pegi beli barang kat Pasar borong. Tapi Mohd Rafi dah penat. Gara2 dukung budak kepenatan berjalan dalam zoo tuh.

Akak pon penat hokeh tawaf 1 zoo.

Kek pon x buat untuk Pahat. Mohd Rafi dah perli2 akak. Boleh gituuuuu?

Friday, October 5, 2012

Proposal...

Kann akak ada feeling2 nak buat PHD kannn??

Ingat tak??

Akak memang suka feeling2 jah.. Offer letter uni dah lama dapat. Biasa lah.

Scholarship jah yang nan hado.

Ada ka orang nak tengok proposal PHD akak??

Ni ha akak attachkan..





Proposal akak hanyal 1 page ya.. Supervisor akak kata ok jah.

Kalau SV uolls nak 8 pages, sila lah tulis 8 pages. In my case SV akak nak 1 pages sahajork..

Now, apa aku nak buat dengan offer letter dan result ielts 7.0 sedangkan scholarship NAN HADOO???

Sambil nyanyi-nyanyi...'aku insan yang lemah...Hanya mampu berserah...'

Dah. Bye.

iklan