Thursday, September 27, 2012

Macam2 karenah student

Hi iollss..

Merasa la kannnn, ada smart phone pon tetap malas nak update blog.

Student dah start masuk ya. Dah 3 minggu.  Tu yang menjadikan huru hara sedikit.

Lepas ni xde la orang cakap duit aku x halal sebab x buat kerja lagi kannn??
Padahal dah kerja aku mengajar.. kalau student  takde takkan akak nak ajar kerusi meja pulak khennnnn???

So perkara paling memeningkan adelah menanda report lab. OMG! macam2 jenis boleh jumpa ya.

Akak nak pitam ye lepas baca conclusion and discussion budak ni. Motipppp?? tu conclusion ke arahan kat student??
Arahan kat student akak yang kena bagi... Pitammm!!

Terus akak panggil student tu, suruh dia google 'how to write a good lab report'

Pastu suruh dia rujuk senior. Sebab masa akak ajar senior diorang ok je. Cepat paham... Batch yang kali ni agak malas nak cari info sikit okeh.

Kalau diorang buat lab kat UK merasa kau buat sendiri semua. Xde nak tanya2 Demonstrator kalau x reti nak buat ya.

Dia bagi lab sheet sehelai, pandai2 kau buat sampai dpt jawapan. Ujung2 dia bagi markah sahajork.

Ini, tak reti sambung panggil. Soalan dah terang2 tulis kat situ pon tanya.

Orang suruh baca semua lab manual tu sibuk terus nak buat experiment, in the end apa yang experiment tu nak pon tak paham.

Pastu akak dah terangkan siap tulis kat white board tak nak dengar sibuk berbual. Pastu tanya lagi. motippp?? kau hingat aku kaunter pertanyaan kah?

itu belum kata2 ugutan yang berbaur 'nak bagi evaluation rendah'. sebab each tutor atau demo atau lecturer akan di beri evaluation ujung semester by student.
So evaluation tu akan affect KPI ke hapa ntah.

Sbb tu diorang suka ugut mcm tu.

Tapi ado aku kesah? Akak cakap.. 'I dont care'

Bolehhh??

Akak lagi suka ajar budak 3rd year skrg nih sebab diorang lagi independent. Bagi lab sheet diorang baca dan akan tanya akak mana yang perlu sahaja. Lab report juga ok.

So, diorg kata kat jabatan akak, every batch is different. Ada batch independent. Ada batch yang pemalas nak cari info sendiri.

Yang penting akak buat kerja akak sudah.

Friday, September 21, 2012

Home made chocolate

Masa nak raya aritu.. Matila kan citer basi.
Akak celup chocolate almond feeling2 ada lebih. So akak pon buat la homemade choc.

Terajen pulak tu meltedkan white choc. Padahal order orang masa ni x habes buat lagi..

So haselnya uolls tengok sendiri. Mould tu murah ja rm5. Buat pon senang cuma guna choclolatr banyak. Kena guna compound choc. Akak mmg guna compund choc beryls pon utk buat kueh.


Thursday, September 20, 2012

Masalah Dunia Ilot.

Nauzubillah

Akak dah boleh lupa gambaran baby yang baru lahir tu kena campak dengan ibu dia dari tingkat 3..

Ya allah...sedinhnya tengok baby tu terbalik atas tar mcm tuh..

Kenapalah zalim sangat manusia zaman sekarang nih.

Uollss semua yang ada kenal2 emak yang tak nak anak dia bagitau lah akak. Akak sanggup bela.

Kesian budak tu uollss tak berdosa. Kalau ye pon dah lakukan dosa Zina, jangan lah ditambah dengan dosa membunuh pulak.

Bagilah kat orang yang perlukan anak  bela. Atau bagi je kat rumah kebajikan.
Kenapa singkat sangat pemikiran??

Semalam akak pegi seminar kekeluargaan islam. Belajar sedikit sebanyak tentang ilmu medidik anak2 dengan masalah sosial yang bergelumang sekarang nih.

Nama penceramah tu Haji Hushim. Dia kata didik anak kena ikut peredaran zaman. Kalau ikut cara mak bapak kita untuk situasi sekarang memang dah tak relevan.

Berapa banyak masalah sosial, buang bayi, gay dan ets disekolah kann? Puncanya dari teknologi. Belajar dari FB, Youtube. Internet.

Jangan taksub dengan berapa A anak kita dapat kat sekolah. Yang penting adalah didikan moral.

Itu yang bakal membawa kita kesyurga.

Jadi marilah kita sama2 berlajar cara2 mendidik anak supaya moral dan agamanya terdidik sempurna.

InsyaAllah....

Tuesday, September 18, 2012

This is so ME!!

First of all, semalam adalah birthday Pahat ikut bulan islam iaitu 1 Zulkaedah.

Pahat lahir pada pagi jumaat yang barakah pukul 2 pagi. Moga2 Pahat menjadi seorang muslim yang beriman bila besar.

Akak mula2 nak buat cake. Pastu tak jadi sebab Mohd Rafi takde. Lagipon bulan lepas kan gaji awal. Pastu nak menunggu gaji bulan 9 rasanya tenat jah. Akak memang tak suka ye gaji2 awal nih sebab nanti mesti akak pakai dulu. Merasa lah!

So, insyaAllah lepas gaji kang akak ingat nak buat cake+ masak2 sikit.

Pahat dah pandai ikut akak solat. Ajak dia solat nanti dia diri kat sebelah ikut sujud duduk semua. Tapi dia tak reti ruku', dia teros sujud jah. Bolehhh?? Pandai pulak baca doa lepas semayang sambil amin kan. Dia baca doa dalam bahasa dia lah ye.

Semalam dia pandai pakai seluar sendiri. Syabas pahat!. Tapi nan hado cakap lagik. Pening kepala emak!

Eh...akak sebenarnya nak attach gambar nih:

Korang darah apa?

Akak darah AB ye.. sebab tu akak pemalas.

Bolehhh??

Saturday, September 15, 2012

Cough..ohok..ohok!

Hi uolllsss... Biasa la kan sakit tekak akan diikuti dengan selsema dan disudahi oleh batuk kokol.

I dont like batuk.

Doctor pulak bagi ubat batuk yang drowsy. Akak mintak non drowsy dah habes katanya.

Dia pesan jangan drive.

Pastu akak kata. Cemana nak buat keje kat opis kalau mabuk begitu?

Last2. Akak makan malam sahajork.

Yela uollls ubat batuk tu akak dh try makan time office hour. Ya ampunnnn gila punya mabuk seharian aku terlepuk je. Doc tu kata effect kat orang lain2. Dia kata dia makan x mabuk sangat. Akak makan mcm high makan dadah pulak..

Kawan akak pon batuk2 jugak since dia pon x nk mabuk time kerja dia pon makan time malam je. Sudahnya seminggu tak baik2 lagi batuknya.

Musim lah kot.

iklan