Thursday, September 13, 2012

Dasar rempit!

Ni tukang sepah rumah.
Mamee tu aku bg sbb dia xde msg xde pengawet

Jajan lain kalau yang tukang bagi tu apak dia di belakang pengetahuan emak.

Lain2 akak bagi cereal mcm cocoa crunch ke honey star ke. Kalau tak pon bagi kacang2 ataupon kismis.

Kadang2 dia suka menyibuk curi chocolate chip yang aku tengah buat cookies tu. Dia korek ye choc chip kat cookies yang belum masak tu.

Gula2 akak x bagi. Banyak coloring.

Pastu akak bagi dia susu anmum. Aritu ingatkan nak tukar susu murah tapi dia reject hokeh. Dia tak mau minum langsung.

Masa dia baby ada try bagi susu murah jugak tapi bukan dia x nak dia jadi cirit birit dan muntah2. So akak breastfeed je lah.

Pandai anak akak memilih susu yang mahal sahajork. Padahal susu anmum tu bukan sedap sangat pon.

Pastu yang akak hangen ye, dia pegi kedai pandai pulak ye mintak kereta dengan motor mainan. Dia pi amek sendiri. Tapi dia main takpe lah. Tido pon pegang kereta. Tu belom meroyan mintak helmet dia yang apak belikan.

Pakai helmet sambil naik lori dia tu

Yang akak hangen lagi satu aritu dia pi naik lori yang besar kotak tissue tu pastu duduk atas tu sambil sorong ke depan ke belakang. Last2 terbalik kebelakang terhentak lantai. Rasainnn orang kata jangan dia buat jugak. Eh eh, lepas tu tak insaf ye...pitammm

Tapi akak cakap dengan laki akak. Takpe la kan dia main moto main kereta semua. Kang dia mintak patung barbie tak ke pitammmmmm??

Ni akak selsema bersama Pahat pulak... Tapi dia x insaf pon. Masih lagi merempit seperti biasa.

Alang2 nak jadi mat rempit sangat biarla jadi mcm Zulfahmi tu. Kalau setakat nak rempit kat tepi2 jalan tu baik toksah.

Wednesday, September 12, 2012

Perangai anak di rumah orang

Anak akak uollss pi rumah org main mainan orang. Kadang2 terjadi adegan rampas merampas.
Kalau setakat dengan Lion tu takpe. Sbb lion pon kaki rampas. Kalau pi rumah org yg anak dia main elok2 tup2 anak aku pi rampas tak ke haru.
Pastu makan kuih raya sepah2 ye. Kalau orang paham xpe. Kalau jenis org yang takde anak nnt dia tulis kat blog anak aku sepahkan kuih atas karpet kannn?
Sebab tu aku malas nak pi rumah org yang jrnis barang terletak. Tersusun rapi ja. Lagi2 barang2 kaca kat bawah. Oh tidak la aku pegi. Kalau rumah dia ada anak lelaki atau budak bawah 5 tahun yess akak pegi sbb biasanya orang2 mcm ni memahami.
Yela uolls. Anak kita ni 2 tahun. Bukannya reti pon kalau kau marah. Kalau kau sebat pon belum tentu dia insaf. Takkan depan2 org ramai tetamu kat rumah orang tu kita nak marah mcm org gila dan sebat dia kannn?
Akak kalau Pahat dah start buat hal apa lagi. Start enjin balik lah ye....
Yes. So sapa yang jenis rumah tersusun tak mau org makan kueh raya sepah2 jangan panggil akak datang.
Sapa yang kutuk anal orang macam tu just wait until you own a child below 5.


p/s Keji lah apps blogspot dlm phone akak nih upload gbr terbalik..

Tuesday, September 11, 2012

Berat

Hey uollss...

Aritu hantar Pahat pi Klinik sebab dia batuk kokol. Macam biasa dia kena neb.

Pastu sementara boring nak tunggu giliran ada pulak weight scale kat klinik tuh. Harus lah akak pose2 timbang.

Berat akak 53kg hokeh.

Pastu Mohd Rafi timbang berat dia 59kg.

Aiyooo kurusnya laki akak. Tapi akak nan hado pon bercita2 nak kuruskan badan. Akak rasa 53kg tu dah ok. Eventhough berat aku before nih semua below 50kg. Tapi akak tak suka kurus kering sangat lah.. Tak seksi hokeh.. Boleh gituuu??

Cuma kannn... akak nak kempis kan perut nih.. Gigih la sit up tiap2 malam kennn??

Akak ingat nak start brisk walking ke exercise ke, bukan sebab nak kurus uollss tapi untuk jantung.

Macam2 jenis sangat penyakit aku dengar sekarang nih.

Monday, September 10, 2012

Started!!

fuh...new semester dah start ye.. akak ajar 12 jam credit ye..

Jadual full setiap petang, jadi Cik Sha, kalau kau balik malaysia nak ajak aku berpoya2 petang memang tak dapat lah...

Sem ni akak ajar semua subject programming. Low level dan high level. Merasa!!

Weh...akak dok tengok blog fb, dah tiba musim mengawan balik kah? semua citer pasal pregnancy hokeh.

Best jugak kalau pregnant pon kan?? Pahat dah masuk 2 tahun pon.

Semalam akak ajar dia cakap..

' I...I...I...I...kut'

Pahat sebut ' I...i...i'

'Pa...pa..pa..pa...hat'

Pahat sebut, 'Pa..pa..pa..pa'

'A..a...a..a..ayah'

Pahat sebut ' A..a..a..a'

Kesimpulannya anak aku reti sebut ayat depan je... Ni pon untung dia nak ikut sebelum2 ni haram dia nak ikut apa ko cakap.. Syukur lah jugak kan ada peningkatan..

Eh, citer pasal concieve. Untuk pengetahuan akak tak amek pon pil perancang, malahan akak tak pernah pon merancang atau suntik implan ke hapa ke..?

Tapi nan hado jugak pregnant. Ye la, akak mmg species susah nak pregnant pon, tu yang Mohd Rafi kata tak payah nak makan2 pil sangat. Lagipon pil Noriday tu akak pernah makan sekali esoknya aku sakit kepala tak boleh bangun selama 2 hari ye...Terus akak stop.

Uollss plan ke?? untuk akak yang memang susah pregnant nih tidak lah plan..

InsyaAllah.. after pahat 2 tahun dah bersedia untuk berusaha concieve.

Mana tau rezeki adik Pahat lagi banyak ke kannn??

Ini pon alhamdulillah rezeki si Pahat nih memang banyak. Walaupon gaji akak 2k sahajork. Gaji laki akak 1.5k sahajork. Kami tak pernah lagi tak cukup duit tiap2 bulan.

Terima kasih la kat korang2 yang order kek dan kueh raya dengan akak.

Eh. Nak buat pengumuman. Sapa2 nak order kueh untuk raya haji @ aidiladha boleh la berbuat demikian.

Bye..

Thursday, September 6, 2012

Voucher langkawi to let go!

Akak nak let go voucher langkawi di hotel Bella Vista untuk 3 hari 2 malam dari 29.9 to 1.10.

Harga akak beli rm328.

Harga nak let go RM250.

Boleh bayar ansur2 kalau nak.

Bilik duplex with breakfast for 2 person.

Contact akak di 018 2807586

atau email ilotshikamaru@gmail.com

Kalau nak nego harga pon boleh sebab akak memang tak boleh pegi pon masa tu.

Bagitau before 7 sept sebab akak nak kena bagi nama and ic uols kepada agent.

iklan