Monday, August 13, 2012

Berzakat atau bersedekah perlu meh bagitau orang??

Uollsss... akak ni sorry eh nak cakap bulan2 puasa ni jangan nak judge orang bukan2...

Main sedap2 rasa cakap aku tak bayar zakat  kan?? Hellloo uollsss suka2 je kann buat andaian mentang2 aku tak pernah citer aku bayar zakat atau bersedekah sedap2 cakap aku takberzakat bagai.

Lepas tu cakap duet aku tak cukup sebab tak bersih walaupon dah buat kueh raya kann??

Sentap gila nak mati aku baca.

Akak ada target akak buat kueh raya dalam beberapa amount akak nak simpan duet tu. Duet bonus tu sebenarnya akak plan nak guna untuk raya bagai. Siap akak plan nak belikan baju raya utk orang yang mesken dekat kampung akak...**ini perlu ke cerita.

So, alhamdullillahhh, duet repair kereta RM650 tu aku guna duet aku simpan untuk waktu kecemasan. Duet untuk raya aku dah cut budget so usik sikit je duit untung kueh. Then insyaAllah, target duet untung beberapa amount tu masih ada.

Dah tu jangan cakap aku duet untung banyak2 tak bersedekah pulak kannn?? hellooo aku pernah ada rm15 dalam wallet, orang mintak derma aku bagi rm10. Rm5 tu je yang tinggal dalam wallet.Ini nak kena cerita jugak ke?

Jangan ingat orang tak pernah cerita kat blog, maksudnya dia tak pernah berzakat atau bersedekah. Nak kena letak resit kat sini ke setiap kali menderma?

Nak aku letak transaction dari bank ke setiap kali aku transfer duit kat orang susah??

Suka2 je nak judge orang. U dont know me okeh sedap2 nak cakap duet orang tak bersih sebab tak berzakat.

Lagipon berzakat pon dalam islam bukan perlu ke kaunter2 zakat bayar zakat. Kalau kau boleh cari orang miskin dan bagi kat diorang pon di kira zakat juga.

Malas haku nak layan orang2 macam nih. Kejap lagi kang aku tukar sapa nak komen kena mintak permission dulu.

Thursday, August 9, 2012

Sentap 40 kali ganda.

Hi uollsss... akak telah bangun pukul 4 pagi masak nasik lemak.

Sebab kaedahnya akak janji dengan laki akak nak masak malam. Tiba2 pukul 8 lebih akak ngantok nak mati sebab hari sebelumnya akak tak boleh tido satu malam gara2 minum nescafe black roast. Ada orang suruh kau minum pukul 11 malam? Merasa lah akak tak boleh tido. Dah tu akak pegi la buat kueh. Siap kueh tak boleh nak tido lagik akak jahit seluar Pahat yang koyak celah kangkang tuh,
Pastu dok tengok TV olympic acara diving itteeewww... matila kan puasa2 kau tengok acara diving?

Pastu sambung buat kueh tat. Sampai ke sudah akak nan hado tido. Kat opis pon tak boleh nak tido. Merasa lah kau!!

So pagi ni sambil buat kueh tat Mohd Rafi bebel2 kat akak:
'Tahun ni takde kueh kat rumah lagi ke?'
akak pon jawab, 'macam biasa la...'

Pastu dia start bebel2 ntah hapa2 ntah.

Ala, dont worry kueh pon dalam ahad ni insyaAllah semua siap. Next week boleh buat kueh sendiri + kueh2 ad hoc last minit (Tak dapat bonus terpaksa akak amek order kueh lagi...**tetiba)

Yela uollls..akak nak kumpul duet beli henpon baru yang canggih sikit. Nak beli galaxy dengan iphong memang lah tak mampu. Nak beli henpon harga RM200 sahajork.

Akak dah 97% weaning off Pahat. Dia pon tak carik atau tak mintak. Tido pon ok jek. Alhamdulillah memang sangat senang weaning off kan Pahat. Rambut Pahat dah tumbuh kasar sedikit berbanding rambut dulu yang tumbuh hidop segan mati tak mau.

Akak malas nak amek gambar Pahat.

Akak beli baju raya Pahat macam banyak pulak. Apak pon belikan juga. Takpe lah kitorang beli saiz besat lagipon 2-3 years. Boleh pakai sampai taun depan.

Citer pasal bonus yang buat akak sentap tuh. Nasib baik la akak dah beli baju raya semua. Duet raya pon dah siap tukar, touch n go dah top up. Kalau tak terpaksa lah akak jual kueh sampai raya pertama.. **matilakan kau punya analogi.

Keter akak ni pon satu hal jugak uollllsss, time2 nak raya ni minyak hitam leaking lah, timing belt nak kena tukar lah...Ohoiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!!!!!!

Wednesday, August 8, 2012

Akak sentap Bonus tak dapat..

Hai uolllssss..

Uollsss semua yg keje gov atau badan berkanun boleh la check akaun masing esok dapat bonus 1/2 bulan gaji.

Disebabkan akak Teaching Assistant merangkap kontrak, U*M tak bagi akak bonus.

Tapi kan bila akak check pekeliling kata kontrak dan sambilan pon dapat bonus hokeh..

Tapi akak call pendaftar kata kena tunggu mesyuarat dulu. Eh?? Motippppp???

Akak terus sentap tak nak keje lagik..**matilakan tetiba?

Nasib baik lah akak bermati-matian buat kueh raya, dapat jugak duet simpan.

Tapi cancel lah nak beli henpon baru. Pakai henpon buruk je sudah!!

Mood SENTAP SEDIH DAN KEJIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Buruk

Ini adalah henpon akak sekarang.

Berskrin hijau. Skrin siap retak2 sebab kena baling dengan Pahat.

Sedih tak uolllsss??

Citer pasal kueh raya akak memang dah feeling2 nak buat kueh macam2, siap beli cornflakes la, nestum la... verangan sangat kueh orang tak siap lagik dok sibuk buat keh lain.

Minggu ni hari2 lepas sahur, gigih laki bini buat tat gulung. Mohd Rafi memang tiap tahun tukang tekan acuan tat gulung tuh. Menekan acuan tat ittew memerlukan tenaga yang banyak hokeh. Akak kalau takat 3 4 balang no hal boleh pam sendiri. Kalau dah banyak2 memang aku paksa Mohd Rafi yang buat.

Masalah akak ketika buat kueh adelah Pahat suka curik kueh yang akak tengah sejukkan.

Tak kira la apa jenis kueh sekali pon, pantang akak letak dia amek makan. Satu je takpe uollsss, ni satu balang tu pon sanggup dia makan.

Hobi dia sekarang adelah MAKAN. Aritu akak balik johor dengan Pahat je, Mohd Rafi keje, dari Johor sampai KL keje dia makan keropok tak henti2 sampai akak yang tension. Kang anak aku gemok satu hal pulak bila dia besar nak diet.. Boleh emak fikir mcm tu?

So, solutionnya adelah, akak letak semua kueh dalam bilik. Makanan biskut2 kering pon akak nyorokkan uolllss.. Kedekut tak emak??

Okeh.. kueh2 uolls insyaAllah by next week isnin semua dah ready. Sila message akak ye nak amek bila.

Thankssssssssss!!!

Tuesday, August 7, 2012

Kueh raya!! Kueh Raya!!


Kueh raya dah 3/4 siap. Sapa2 nak amek minggu ni silalah bgtau akak awal2 supaya akak boleh siap pack kan kueh uolls.
Eh, kecuali tat gulung belum berapa nak siap. Tiba2 jem nenas tak cukup jadi kena la tunggu sikit sebab proses buat jem ittew lama.

Akak utamakan orang2 yang jauh dulu ye untuk amek. Kalau area2 putrajaya tu next week pon boleh kan? kan? kan?

Ini pon uollsss ada lagik orang2 message akak nak order kueh dan kek bagai... akak boleh cakap hanya lah, kalau sempat baru akak amek. kalau tidak, mintak maaf banyak2 uolllsss..

Ini pon tak siap lagik ada hati nak amek last2 minit order khennnn??? akak baru feeling2 tahun ni nak rehat awal okeh.

iklan