Friday, July 20, 2012

Ucapan Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua kawan2 blog dan juga rakan2 surrey yang suka silent reader. Rakan2 se uitm juga.

Semoga Ramadhan kali ini membawa Barakah dan juga Rezeki untuk semua.

Jangan lupa banyakkan amalan dan juga bersedekah dibulan barakah ini.

Juga meminta maaf sekiranya ada sesapa boring, sentap dan juga annoying dengan akak yang chantek nih.

Juga sesapa yang dengki dengan rezeki yang Allah bagi tu rajin2 lah berusaha. Kalau dengki mendengki tu Allah tak bagi rezeki pon kat kau melainkan kau berusaha sama. Akak tengok orang yang kau dengki tu rezekinya makin banyak kau je yang saket hati sorang2.. kannnn???

Akak akan cuba buat kueh uolls semua cepat2.

Malam ni  nak stock up lauk2 dalam fridge. Esok buat jem nenas dan pegi beli barang2 untuk buat kueh, terpaksa tambah tiba2 order banyak.

Terima kasih semua yang order lagi kueh tahun ini. Alhamdulillahh masih ada rezeki di tahun ini.


Persiapan


Nampak tak? akak dah turunkan dahiklan kueh raya? Akak dah tak terima order dah untuk blog. Mula2 ingatkan nak buat sikit je tahun ni dalam 100 balang je ke, tup tup terbanyak pulak okeh. 


Weh?? Apesal blogspot aku nih mcm bangang harini? punya la susah nak edit. Hampir2 akak mencarut, nasib baik esok baru puasa.

   Ni pembuatan jem nenas. Merengsa uolls nak kopek nenas, paling tension nak kopek nenas lah. Yang ni guna nenas madu, sebab masa tu nenas moris habes stok kat pasar borong tu, jadi terpaksa la akak guna nenas madu. Sapa2 yang bertuah tu dapat la jem nenas madu dalam tat dia.

Eh, vavik sangatlah blogspot nih tak boleh nak edit salah type. Nasib lah kannn?? Apesal keji sangat nih kan?? Ke akak yang keji tak reti uollsss??



A



Thursday, July 19, 2012

Kueh Raya Ilots 2012

Gigih akak pinjam DLSR fiza semata2 nak buat photoshoot cookies raya 2012.

Dah boleh start order sekarang. Last due date adelah 22 Julai (hari ke 2 puasa). Unless ada kosong lagi baru akak bukak order. Bare in mind, order2 tahun nih adelah limited, first come first serve, kalau kuota dah penuh terpaksa akak tutup.

Semua cookies guna butter ye, harap maklum. 

 Kuih2 yang ada tahun ini sama je :


1. CRUNCHY ALMOND LONDON , RM25/ 50pcs
Almond sebijik dalam tu, tapi kadang2 almond tak sama saiz jadi terkecik sedikit biasanya akak akan bagi lebih dalam 52 ke 53 bijik. 




2. CHOCOLATE CHIP COOKIES, RM25/400gram (Seriously BEST SELLER!!)
Chocolate chip import, with almond. Satu balang biasanya ada lebih kurang 100pcs.




3. TAT GULUNG NENAS, RM25/50pcs
Melt in your mouth tart with 100% home made jam.





4. CHEESE BUTTON, RM25/55pcs
Tasty cheesy cookies.


Sapa2 yang mau order banyak akan ada diskaun. Sila message di henpon, atau PM dekat FB atau email.

ilotshikamaru@gmail.com (FB and email)

Boleh tengok dekat sini untuk review cookies. Nak order pon boleh:

http://www.facebook.com/?ref=tn_tnmn#!/media/set/?set=a.3712173161107.197594.1178976262&type=1

Note : Sapa2 yg ada sms nak order aritu boleh tak confirmkan lagi sekali??

THANKSSS!!



Wednesday, July 18, 2012

Sensitivity PENJUAL insuran

Uollss.. akak tension hari2 dapat call dari orang jual insurans. Bukannya tak bagus amek insuran tapi kannnnn akak dulu amek selama 4 tahun, akak rasa mcm rugi je sebab akak bukannya masuk hospital, membazir duet hakak bayar rm200 sebulan selama 4 tahun.

Yang pelaburan tu pon membazir jugak sebab dividen tak de lah banyak mana. Lebih baik akak amek loan ASB tu ha lagi untung uolllsss..

Pastu kan penjual2 insuran nih macam tak sensitif dengan keadaan. Ada status penjual insuran kat FB mcm nih:

' Alhamdullillah, 2 orang nyawa dapat diselamatkan dengan insuran, yang LIAT tu tunggu masa je'

helloooo...mcm dia tuhan pulak selamatkan nyawa orang. Doctor pon tak cakap mcm tu. Ala nyah, kalau takde duit or takde insuran masuk je lah Hospital Goverment. Aku pon sedar diri, dah tak mampu baik aku masuk spital gov je. Bukannya nak cakap insuran tu tak perlu tapi tak payah nak agungkan sangat boleh tak?

Ni lagi satu akak baca komen kat blog gossip pasal derma anak Fynn Jamal tu:

'Di sini lah letaknya kepentingan Medical Card…x kira usia, waktu & ketika penyakit blh menimpa sesiapa saja…semoga adik kecil ni cepat sembuh dan segalanya Berjalan dgn lancar..amin'

Pastu ada orang reply:

'bdk ni mmg lahir dgn jantung berlubang, medical card x cover anak2 yg dilahirkan mmg sakit. klu nak jual insurans pun better tau cerita org lain dulu. tq.'

Pastu dia reply lagik:

'Kalau sy nak jual Insurans mesti sy letak ctc no…just my Ibadah to educated people ttg kepentingan medical card…fyi medical card cover baby seawal usia 3 bulan dlm perut ibu…boleh cek with Prudential product Pru MyChild…tq'

Pastu nasib baik ada orang reply:

'and again, u have to know the real story, arjuna tidak dikandung oleh fynn sendiri. bagaimanakah beliau mahu mengambil policy prumychild sedangkan bdk itu tidak hidup dlm rahim beliau. yg boleh beliau boleh ambil pun medical card biase selepas anak itu sah berada dlm jagaan dia. yes, niat anda baik utk menerangkan kebaikan medical card, cuma di waktu2 genting, yg kita perlukan adalah doa dan sumbangan. selepas waktu genting baru la kita mula berckp hal2 yg lain. sekian.'

Uolllss... perlu tak saat2 genting nyawa orang kau sibuk suruh amek medical card?

Nak derma tu derma je lah tak payah bising2 betul tak? Kalau tak nak derma just duduk diam2 sahaja.

Memang lah insuran tu sangat perlu untuk waktu2 kecemasan mcm nih, tapi situasinya lain.

Lagipon bukan semua orang mampu beli insuran beratus2.

Kalau kau beli insuran yang murah merasa lah ada sakit kau yang tak dicover plus ada limit setahun untuk guna.

Bukan akak tak nak beli insuran ye, tapi gaji akak ni pon cukup2 makan, korang dok jual insuran beratus2 kat aku, kau hengat aku mampu??

Tu belom lagik kawan akak yang tak contact selama 5 tahun tiba2 call ajak jumpa, rupa2nya nak jual insuran jah. Memang koser hakak nak beli.

Lain lah kalau company cover insuran kannnn??


Monday, July 16, 2012

Takde keje

Student cuti 3 bulan. Akak dok melangut kat opis takde keje.

Bosan hokeh.

Aritu ada la jugak busy baca paper untuk buat proposal. Nih application dah pon submit tinggal tunggu offer letter sahajork. Pastu dah tak tau nak buat apa kecuali baca blog orang which is never ending activity.

Kadang2 akak dah boring sangat akak tido. Kadang2 pegi Mines. Kadang2 merayau tak tentu hala. Kau adoo??

Next week akak cuti seminggu nak siapkan kueh raya korang. Tempahan pon tak banyak sebab akak tak pass kat agent tahun nih. Moderate je lah unless aku ada assistant 4 orang.

Ada sepupu aku offer indon tapi kena tido kat rumah aku. Koser haku!!

Aritu akak call mara uolllss.. dia kata kena bg offer letter la pulakkkss.. Tapi tetap la application akak di KIV kan, tunggu program khas SPM lepas katanya. Tapi no prob, next year akak boleh apply lagik.

Cuma perlu defer entry sahajork. Kalau ada rezeki tu ada la..

Good news kan, elaun rate C dah naik jadi 1k pound okeh. Which will be enough for family. Kalau bujang tu siap ada lebih lagik. Yela rumah sebijik kalau rate C tu around 500pound jah. Kalau kau bujang sah2 kau share 4 orang. Dah tu lagik 900pound lebih tu nak buat apa? Haruslah berholiday sakan. Matila mak kena caci!!... Masa akak belajar dulu dapat 393 pound sahajork, masa tu bayar accomodation around 260pound, siap boleh berjalan2 ke london lagik..Akak pon tidak lah paham kenapa diorang perlu naikkan elaun dengan begitu banyak sekali sedangkan kat Malaysia cuma dapat RM900 sahajork sebulan!! Alasannya adelah supaya student Malaysia tidak berkerja di UK. Hellooooooo, kawan2 akak yang berkerja ok je dapat first class kannnn?? Takde alasan sebenarnya uolllsss...

**Matila akak kalau pegawai ma ra baca, matilah di tolak application.

Padahal cost living kat malaysia nih lagi mahal nak mampos berbanding UK. Sapa yang duduk UK pastu balik malaysia mesti mengeluh pasal benda nih. Bukan akak tak bersyukur elaun naik tapi, perlu dinaikkan jugak elaun untuk mereka2 yang study di Malaysia nih.

Akak ada lagik sehari puasa nak kena ganti uollsss.. Apesal ntah tahun nih lembab sangat nak ganti puasa. Jap lagik kang nak bayar fidyah kat pusat zakat.


iklan