Friday, June 15, 2012

I have thalassemia trait

Ha...sekarang baru kau hegeh2 nak carik info pasal thalassemia kannn??

Dulu iklan kat TV dok sibuk2 pasal Thalassemia kau buat bodoh je kannnn???

Ha, tu la pasal uollsss.. Di sebabkan HB akak terlampau low masa pregnant tapi aku buat ujian thalassemia harammmmm sampai aku beranak tak dapat2. Dan HB aku low jugak sampai sekarang. Tapi tak la se rendah masa pregnant tuh.

So akak pegi lah serah diri kat Klinik UPM untuk buat blood test. Resultnya dapat seminggu selepas iaitu semalam. Hasilnya,

Akak ada thalassemia trait. Iaitu carrier.

Sebelum tu akak nak bgtau thalassemia nih ada 3 jenis:
Major
Minor
trait

Akak jenis trait. Doctor suruh check husband dgn Pahat. Kalau Mohd Rafi Thalassemia trait jugak maksudnya kemunggkinan besar anak akan ada Major atau Minor. Nauzubillahhh!

Trait dan minor tak lah bahaya sangat. Cuma bila pengidap MAJOR, cuma boleh hidup 20 ke 30 tahun sahajork. Thalassemia major akan  mati sebab heart failure sebab bila HB low count, kita kena makan Iron banyak kan?? So iron tu lah yang menyebabkan heart failure.

Antara symptom2 thalassemia boleh di kesan sejak umur 1 tahun di antaranya:

-cepat lesu atau letih
-Bone deformities
-Kulit jadi kuning atau jaundice
-HB count low
-Mild anemia

Alhamdulillah, semua symptom2 tu Pahat tak de.

Untuk major thalassemia, diorang kena tranfuse darah every 2-4 weeks. Dan kena makan iron untuk pekatkan darah.

Tapi jangan risau kalau both husband and wife ada thalassemia, sekiranya sedang pregnant, boleh buat ujian amniotic liquid kat hospital untuk tau samada baby tersebut ada thalassemia atau tak. Dan juga tak semestinya both parents ada thalassemia trait anak akan ada thalassemia major.

Semua kuasa Allah.

For the time being, akak berdoa banyak2 yang Mohd Rafi bukan seorang thalassemia trait. Next week baru nak pegi check darah.

Untuk semua yang masa pregnant tu HB tak jugak naek2 walaupon kau dah makan berpapan2 tablet iron tu ataupon ferum fumarrate, sila lah check darah anda.

Thalassemia bukan virus tapi inherited. Maksudnya datang dari salah sorang parents korang.

Thursday, June 14, 2012

Makan2 @Red Wok

Ha uollsss... semalam akak angkut Pahat, keluar dengan kawan2 akak yang berstatuskan lelaki CONFUSE. matilah kannnn...

Mula ingatkan nak makan order ala carte. Tapi disebabkan aku bawak anak. sebelum anak aku mengamuk baik aku mengambil langkah berhati2 makan steamboat jah.

Kang order ala carte lambat sampai satu keje pulak, aku menenangkan pahat aku yang tak dapat makan.

Alhamdulillah, dapat makan kenyang.

Ni steam boat ala2 seoul garden tuh, ada grill sekali.

Akak lagi suka kat sini punya steam boat lah. Kuah tomyam dia pon sedap.

Aritu akak makan ala carte pon sedap.


Tuesday, June 12, 2012

Anak bujang saya.

Oho.. Sekarang ada budak kuat menyepah. Pengsan aku nak kutip bawang.

Hobi dia main bawang okeh. Ada ciri rajin masak bila besar nanti. **emak dah feeling2.

Nanti kang bawang tetiba ada kat ruang tamu lah, bilik tido lah. Sebabnya rumah akak tu konsep open katanya. Kabinet bertutup pon nan hado.

So, Pahat ada free access mengerjakan bawang2 tuh.

Aritu dia main botol spices, akak rasa akak dah screw botol tuh ketat2. Dia dok ketuk2 kat meja, ketuk2 kat dinding, sekali jah terburai isi botol tuh. Oh tension nya aku nak menyapu.

Lagi satu hobi dia tekan hon kereta. Ni paling akak temper sekali. Tak ke orang2 rasa annoying dengan aku asyik dok tekan Hon saja, padahal orang tu tak bersalah pon. Kalau aku bukak gate rumah, kejap dia dalam keter dok tekan hon bertubi2. OMG, geramnya haku!!

Kang jiran2 ingat akak nan hado sivik keje menekan hon sahajork.

Ha, ni mat rempit kalau naik lori dia tu mcm2 aksi dia buat. Berdiri atas tu pon hado. Akak menjerit lah. nanti jatuh 1 keje pulak.

Saturday, June 9, 2012

Puassss hati aku!

Ha, akak dah terminate maxis postpaid sebab mahal sangat. Akak tukar ke prepaid puilerrr. Broadband pon guna prepaid dulu sebab balik rumah pon bukan ada masa bukak internet sangat.

Paling2 nak bukak semua benda pon kat opis sahajork!!
Lagipon akak nak berjimat cermat saving duet.

Sebab rumah aku kat johor tuh belum disewakan lagi. Habes saving aku buat bayar rumah sahajork.

Dah lepas nih sapa2 misscall I tak reply atau message tak balas jangan sentap sangat. Akak nan hado credit. Merasa kau tunggu 3 hari!!

Dah. Akak nak buat kueh. Bye!

Friday, June 8, 2012

IELTS result.

Matila kannnn tetap nak publish walaupon result kau nan hadoooo..

Tadi pagi akak check result ielts online.

Akak ingat akak dapat 5.5 sahajork sebab soalan susah nak mati. Eh, 6.5 pon kira dah bersyukur lah. Tapi akak dapat 7.0 uollss.. So akak happy! Alhamdulillahhh....

Tapi tak tau nak buat apa dengan Ielts tu pon sebab scholarship tak dapat lagi. Mara tak tengok pon borang akak uollss.. dia kata dia settlekan yang rayuan ke dua untuk online application dulu.. begituuuuuuuuu!

iklan