Tuesday, June 5, 2012

Our weekend.

Sebenarnya, suppose mak aku nak datang dengan adik Temok aku, jua anak sedara aku Beena.

Tapi sehari sebelum nak datang tu felda suka2 je call kata suruh sign document esoknya. Eh, bodoh gila tau! Kenapa kau tak bgtau sejam sebelum je??

Akak hangin sebab akak beli TIKET FLIGHT uolllsssss untuk mak akak. RM367, takkan nak burn gituuuu je?

Akak suruh mak akak tak payah sign dia takut lah konon2 pengurus felda tu mcm berkuasa sangat. Over sangat felda tuh!

Hellooo...kenapa nak paksa2 orang sign? Suka hati lah. Tanah kebun dengan rumah dah habes bayar kot.

Kalau dah beli tiket flight memang takde makna lah kau nak ganti2 orang lain. Jadi mak akak tak dapat datang akak suruh Temok dengan Beena tu datang jugak sebab Tiket flight dah beli. Kalau setakat RM30 boleh la jugak haku cancel kan.

So, ahad tu Mohd Rafi nak beli perfume > aku suspect gaji dia banyak bulan nih.

Kitorng pegi lah MidValley. SEBAB akak ajak pi alamanda dia dah x nak. Dia kata bosan lah tiap2 minggu mengadap Alamanda jah. Lagipon choice of perfume kat Alamanda xde. So akak cakap kalau nak banyak choices pegi lah Midvalley.

Pegi lah Mid Valley di ahad, betapa ramainya umat kat situ.. Aiyoooo kaya nya orang2 KL nih bershopping!

Carik perfume kat metrojaya sebab boleh dapat voucher rm20. Dia beli perfume CK Summer limited edition.
Temok dan Beena

Pahat bertegur sapa


Pahat happy.
Kat Metrojaya tuh ada Dinosour crispy tengah buat promotion. Anak aku pon tergedik2 kat situ tegur binatang tuh. Dia sorang je yang duduk situ ketawa2 mcm kelakar sangat. Orang lain nak amek gambar dengan binatang tu pon dah tak boleh sebab dia menyibuk.

Asal akak tarik tangan dia suruh pegi tempat lain, dia baring atas lantai tuh. **pitamm akak!. Lama2 akak biarkan sahajork disitu.

Hasil duduk situ lama2 dapat lah chocolate crispy 4 ketul. Yang tukang makan apak dia.

Thursday, May 31, 2012

Choices you have!

Akak punya plan nak sambung belajar macam feeling2 tinggal angan2 jah.

Takpe uollss... nanti akak kumpul duit jual kueh boleh berjalan2 ke Birm. Best ke tempat kau cik Sha???

Bos Mohd Rafi kannn kata kalau Mohd Rafi tak jadi pi ikut akak sambung study dia nak pecah share partner kedai dengan Mohd Rafi.

Kalau Mohd Rafi jadi pegi, dia nak jual kedai tu.

Gituuuuu akak cakap, sampai begitu sekali effect ketiadaan Mohd Rafi kennnnnn?? Best sangat kah laki akak tuh?

Tapi akak bersyukur la jugak sebab Boss Mohd Rafi tu memang baik, dan boleh layan angin laki aku tuh. Laki akak tuh uollsss, kalau dia tengah buat kerja jangan kacau kalau taknak kena hamun. Dah tu, kalau guna spanar lepas guna jangan letak sepah2. Letak tempat sepatutnya balik.

Kalau akak guna barang akak suka letak tempat yang senang akak ambik. Koser haku nak bersusun2 lepas tu menyusahkan aku bila nak carik... **cakap jelah kau pemalassss kan pondan!!

Eh, pastu kannn akak dah feeling2 nih, kalau nak buat visa kan kena ada 20k. Akak dah dapat penderma dah. Matilah sponsor... Sponsor sebulan jah for the sake of visa. Pastu jangan buat harta, sila pulang balek!

Keter akak pon dah tau nak di let go kat sapa. Mohd Rafi suruh letak kat rumah parents dia. Oh. Tidakkk!! jahanam okeh nanti sebab kat rumah dia tu ramai pengguna2 kereta suka2. Keter wira Mohd Rafi tu pon dah jahanam.

Rumah aku lagi lah tidak! Kang hilang empat2 tayar orang niagakan.

Akak kan suka feeling2. Padahal nan hado pon pegi nya. Verangan sahajork.

Lain kali sila update dengan iklan sponsorship. Bila dah tutop tarikh baru la kau nak hegeh2 begini lah jadinya.

Mara kata application akak kena masuk meeting. Pastu kalau ada lagi kuota baru lah dia bagi. Kalau nan hado, GOODBYE! See you next year.

Itupon kalau next year ada kuota untuk Postgrad. Sebab PRU kan dijangka bulan 12. Jadi akak rasa next year takkan ada keluar sponsorship untuk pegi oversea bergantung pada keputusan PRU tersebut.

Eh, lagi satu pilihan adalah, apply korea uni sebab korea gov banyak kuarkan scholarship jugak. Tapi malas lah nak belajar bahasa, eventhough kat uni tu nanti guna english, thesis in engllish, habes tu nak survive kat persekitaran tuh takkan nak guna english yang diorang tu sebut pon tak reti kennnn??

CD OWNER, nanti kita kaya kita buat trip pi jepun nak? at least bahasa jepun emak tau sikit2 hasil tengok gundam. Oh, remember masa kita tengok addicted dengan GUNDAM kat Surrey?? I miss those moment. Oh lagi satu, still remember cerekarama Rindu Semakin Jauh yang setiap ayat kita ingat? Setiap watak pon ingat? Siap berconference kat Yahoo discuss pasal watak2 tak perlu tuh???

Matila kannnn?? Mader kau ingat lagi tak??? Sah2 kau pon join conference dengan CW kannnn???

Ingat tak pegi town ramai2, jalan2 ke thai shop atas bukit tuh, naik train pegi London.

SFC kat edgeware road tu wujud lagi tak?? Aku nak makan chicken wing dia yang aku beli 15 kotak tuh.. ***matila tetiba gila dengan memory..

Hah, bye...***tetiba bye takde ending.

Ketahuilah korang, memory masa kat Surrey adelah sangat BEST!! If i can turn back time, aku nak pegi balik masa waktu ittewwww.

Pahat dan Apak.

Anak aku sekarang meroyan tengok helmet. Pantang tengok helmet dia, suruh orang pakaikan. Dah pandai melalak2 kalau orang tak bagi.
Ini semua apak dia punya pasal sebab sibuk sangat pakaikan Pahat helmet.

Sekarang kalau bagi makan, aku bagi je 1 pinggan kar dia suruh makan sendiri. Mohd Rafi bising kalau sepah2, akak pedulik apa uollsss. Kalau sepah bersihkan je lah. Lagipon tu kan salah satu cara dia nak develop mind dia.

Kannnnn??
Nak capai camera. Ingat ni camera emak kau? Ingat emak kau mampu nak beli camera?? **matila kan camera pinjaman.

Ni melalak sebab aku terHANTUK kan kepala dia kat lantai. Akak nak suruh dia baring sekali je terhantuk kan.. Howww??? Keji kan emak begini??

Hobi terkini punggah bakul. Keluarkan barang2 dalam bakul lepas tu masukkan balik. Lepas tu punggah balik. Lepas tu masukkan balik. Lepas tu punggah balik..

Sampailah apak dia balik dari keje bising kat emak dia rumah bersepah. Koser tau. Akhirnya segala mainan, Apak dia simpan dalam stor. Tinggal sikit2 je dalam bakul. Elehhh..biar je lah sepah2 kannn??? Tu kan cara dia nak develop mind dia.



Tikar tu kan akak baru beli kat tesco. Pahat suka gila tikar tu. Dia suka tengok gambar2 kat situ ada Lion, Bear, Giraffe, monkey.. Boleh ajar budak2 sekali. Bantal tu memang dia usung kemana2 sahaja.

Kalau takde bantal tu tak boleh tido hokeh. Akak yang pengsan nanti nak tidokan dia.



Malas aku nak betulkan gambar terbalik nih.
Tu aktiviti bila nak tido. Gentel bantal sambil hisap jari. Ada aku kesah kalau hisap jari gigi jongang??

Biasalah uollss, orang kan suka cakap. 'Eh, hisap jari nanti gigi jongang'

Koser akak nak kisah, biar je lah asalkan tak membahayakan kesihatan dia. Gigi jongang kang pakai braces. Jual emas kau ni ha kalau nak pakai braces..**matila kedekut duet emak.

Ala...cara uolls besarkan anak adalah cara uolls sendiri. Asalkan tak bertetangan dengan agama, suka hati uollss la kannn??

Sekian setelah sekian lama tak update gambar pahat.


Wednesday, May 30, 2012

Cerai susu

Akak feeling2 nak cerai susu dengan Pahat, tapi tak sampai hati la pulak.

Skrg ni pon siang akak dah tak bagi susu badan, PAKSA dia minum susu botol walaupon dia sebenarnya TAK HINGIN pon nak minum.

Pahat lebih rela minum air masak berbotol2 dari minum susu botol.

Tapi kalau dengan BS, elok je dia minum susu botol tuh. Dengan akak jangan harap! EBM pon dia tak nak.

Nasib baik dia makan banyak, Doc kata ok je kalau tak berapa minum susu pon.

SV akak dah tanya2 akak tau, tapi akak tak tau nak bg jawapan cemana sebab Mara tak bagi surat lagik + aku call macam nak mati tetap nan hado orang angkat. **aiyooooo pitammm!

Balik pada citer Pahat.

Dia masih belum bercakap. Penat aku ajar cakap IBU, LION, MONKEY, ONE TWO THREE

NAN HADOOO!!

Yang dia ikut adelah apa yang kita tunjuk. Contoh kita tunjuk Lion, dia tunjuk Lion. ONE TWO THREE dia keluarkan jari dia.

Kalau cakap mandi je, terus dia pegi toilet. Lepas berak pon terus pegi toilet. Akak nak feeling2 toilet training pon tak boleh sebab dia tak reti cakap lagik.

Pandai menyanyi2. Lagu apa akak pon tak tau. Bahasa apa pon akak tak tau.

Banyak jugak arahan yang dia dah paham cuma tak reti bercakap lagik uollssss.

Akak takde lah berapa kisah sangat cuma akak tension nanti NURSE suruh pegi jumpa DOCTOR, pastu akak kena datang hari lain pulak kaedahnya.

Nanti akak upload gambar Pahat. Guna camera pinjam sementara orangnya masih ada di malaysia. Akak tak mampu nak beli camera uolllsss..

Tuesday, May 29, 2012

Oh sedihnya!

Akak baca blog Moon pasal hari pengkebumian Arwah Norma tuh.

Pasal Rafiq cium mama dia buat kali terakhir tuh.

Akak terus feeling2 nanges. Sedih okeh. Akak bayangkan Pahaaaattttt kat rumah tuh dah la apak dia balik pukul 9 malam hari2. Kalau akak takde cemana agaknya..

Kesiannya Rafiq. Sedih tengok.

Akak ni tengah menanda tutorial student nih tapi akak feeling2 pening.

Alhamdulillah rezeki masih ada dibumi Allah nih. Akak nak pasarkan cookies akak ke UK puiler. Cik Sha, kau nak jadi agent mak tak?? Mak shipping dari Malaysia kaedahnya.

iklan