Thursday, May 31, 2012

Pahat dan Apak.

Anak aku sekarang meroyan tengok helmet. Pantang tengok helmet dia, suruh orang pakaikan. Dah pandai melalak2 kalau orang tak bagi.
Ini semua apak dia punya pasal sebab sibuk sangat pakaikan Pahat helmet.

Sekarang kalau bagi makan, aku bagi je 1 pinggan kar dia suruh makan sendiri. Mohd Rafi bising kalau sepah2, akak pedulik apa uollsss. Kalau sepah bersihkan je lah. Lagipon tu kan salah satu cara dia nak develop mind dia.

Kannnnn??
Nak capai camera. Ingat ni camera emak kau? Ingat emak kau mampu nak beli camera?? **matila kan camera pinjaman.

Ni melalak sebab aku terHANTUK kan kepala dia kat lantai. Akak nak suruh dia baring sekali je terhantuk kan.. Howww??? Keji kan emak begini??

Hobi terkini punggah bakul. Keluarkan barang2 dalam bakul lepas tu masukkan balik. Lepas tu punggah balik. Lepas tu masukkan balik. Lepas tu punggah balik..

Sampailah apak dia balik dari keje bising kat emak dia rumah bersepah. Koser tau. Akhirnya segala mainan, Apak dia simpan dalam stor. Tinggal sikit2 je dalam bakul. Elehhh..biar je lah sepah2 kannn??? Tu kan cara dia nak develop mind dia.



Tikar tu kan akak baru beli kat tesco. Pahat suka gila tikar tu. Dia suka tengok gambar2 kat situ ada Lion, Bear, Giraffe, monkey.. Boleh ajar budak2 sekali. Bantal tu memang dia usung kemana2 sahaja.

Kalau takde bantal tu tak boleh tido hokeh. Akak yang pengsan nanti nak tidokan dia.



Malas aku nak betulkan gambar terbalik nih.
Tu aktiviti bila nak tido. Gentel bantal sambil hisap jari. Ada aku kesah kalau hisap jari gigi jongang??

Biasalah uollss, orang kan suka cakap. 'Eh, hisap jari nanti gigi jongang'

Koser akak nak kisah, biar je lah asalkan tak membahayakan kesihatan dia. Gigi jongang kang pakai braces. Jual emas kau ni ha kalau nak pakai braces..**matila kedekut duet emak.

Ala...cara uolls besarkan anak adalah cara uolls sendiri. Asalkan tak bertetangan dengan agama, suka hati uollss la kannn??

Sekian setelah sekian lama tak update gambar pahat.


Wednesday, May 30, 2012

Cerai susu

Akak feeling2 nak cerai susu dengan Pahat, tapi tak sampai hati la pulak.

Skrg ni pon siang akak dah tak bagi susu badan, PAKSA dia minum susu botol walaupon dia sebenarnya TAK HINGIN pon nak minum.

Pahat lebih rela minum air masak berbotol2 dari minum susu botol.

Tapi kalau dengan BS, elok je dia minum susu botol tuh. Dengan akak jangan harap! EBM pon dia tak nak.

Nasib baik dia makan banyak, Doc kata ok je kalau tak berapa minum susu pon.

SV akak dah tanya2 akak tau, tapi akak tak tau nak bg jawapan cemana sebab Mara tak bagi surat lagik + aku call macam nak mati tetap nan hado orang angkat. **aiyooooo pitammm!

Balik pada citer Pahat.

Dia masih belum bercakap. Penat aku ajar cakap IBU, LION, MONKEY, ONE TWO THREE

NAN HADOOO!!

Yang dia ikut adelah apa yang kita tunjuk. Contoh kita tunjuk Lion, dia tunjuk Lion. ONE TWO THREE dia keluarkan jari dia.

Kalau cakap mandi je, terus dia pegi toilet. Lepas berak pon terus pegi toilet. Akak nak feeling2 toilet training pon tak boleh sebab dia tak reti cakap lagik.

Pandai menyanyi2. Lagu apa akak pon tak tau. Bahasa apa pon akak tak tau.

Banyak jugak arahan yang dia dah paham cuma tak reti bercakap lagik uollssss.

Akak takde lah berapa kisah sangat cuma akak tension nanti NURSE suruh pegi jumpa DOCTOR, pastu akak kena datang hari lain pulak kaedahnya.

Nanti akak upload gambar Pahat. Guna camera pinjam sementara orangnya masih ada di malaysia. Akak tak mampu nak beli camera uolllsss..

Tuesday, May 29, 2012

Oh sedihnya!

Akak baca blog Moon pasal hari pengkebumian Arwah Norma tuh.

Pasal Rafiq cium mama dia buat kali terakhir tuh.

Akak terus feeling2 nanges. Sedih okeh. Akak bayangkan Pahaaaattttt kat rumah tuh dah la apak dia balik pukul 9 malam hari2. Kalau akak takde cemana agaknya..

Kesiannya Rafiq. Sedih tengok.

Akak ni tengah menanda tutorial student nih tapi akak feeling2 pening.

Alhamdulillah rezeki masih ada dibumi Allah nih. Akak nak pasarkan cookies akak ke UK puiler. Cik Sha, kau nak jadi agent mak tak?? Mak shipping dari Malaysia kaedahnya.

Monday, May 28, 2012

Back in action!!

Di sebabkan jam akak ketiga2 nya sudah mampos. Dah 3 tahun kot aku tak pi repair.

Jam swatch - org swatch kata kalau rosak tak boleh repair. ROSAK=BUANG dalam tong sampah.

Jam hantaran BONIA - lepas tukar battery terus mampos.

Jam CK - Bawak masuk kolam renang dengan nada berlagak yang jam akak boleh masuk air 30m sekali je rasainnnnnnn!! jam aku masuk air terus mampos jugak.

Semalam carik jam, takde yang murah 50 hengget. **Sesuailah dengan taraf akak nih uollss..

Last2 pegi Alamanda bawak jam CK yang rosak tu nak pi repair.
Tanya apek tu.

Dia kata kalau masuk air dan tak jalan tu kena tukar machine dalam tuh. So, akak tanya berapa kena?

Dia kata RM350. Jadi akak fikir2 dan setuju, sebab harga jam tu jauh lebih mahal dari ittewww...

So, akak bayar deposit RM100, tinggal jam, pastu pi shopping kat gogle.

Tak sampai 5 minit kedai tu call balik kata jam aku dah elok.

Rupa2nya, sebab bateri dah kong jah! Sebab tu lah jam aku mati!

Keji lah! Jadi dia pulangkan lah deposit. Aku bayar harga bateri jah!. Selamat duet emak!!

Nah! Chantek tak jam bertakhtah kan diamond akak??? Akak tak tipu, keliling tu adelah diamond.

Bukan akak beli tapi orang bagi. Sudah 7 tahun jam ini.

Terima kasih kepada pemberi.





Makan2 @Watami Pavilion

Setelah exam IELTS yg mcm jahanam semalam, akak telah berjalan2 konon2 release tension padahal aku nan hado lah tension mana pon..

Mula2 nak pegi Cheng Ho kat wangsa maju, tapi tutup lah pulak uollss..

Pastu semua dok tanya akak nak pegi mana. Akak cakap lah jom pegi Pavilion atau Sunway Piramid. Since Sunway tu jauh, sedangkan kitorang kat wangsa maju. Lalu pegi la ke Pavilion..


Makan lah dekat Watami tuh. So tengok gambar je lah.

Tengok Menu, Pahat sibuk je bukan pandai baca pun.

Ini aku tak tau apa nama dia okonimiyaki kot.
Ramen apa ntah.
Choc parfait aku yang order Mohd Rafi tukang habeskan.
Bagi Pahat makan tempura.
Mix tempura
Favourite akak - Shashimi
Bagi budak makan lagik, bagi nasik steam jah.
Okonimiyaki
Fish cake
Makan lagi - Hover kann??


Apa motip dia suruh aku amek gambar nih? so, akak campak dalam nih.. matilah nanti aku dapat sms berbaur ugutan.
Beef apa ntah nama dia
Aku rasa macam ada lagik menu yang aku lupa nak includekan, nasib lah.

Keseluruhan akak rasa makanan dia BIASA sahajork. Sushi king pon lagik sedap. Tapi akak puji sashimi dia sebab fresh.

Tempura dia pon BIASA sahajork.

Jadi, untuk lebih menjimatkan duet lebih baik lah korang pegi makan Sushi King sahajork!

Sebab kedai ini AGAK lah mahal.

Lepas makan akak xde lah bershopping kat Pavilion tuh sebab akak nih mesken. Akak pose2 beli lip balm sahajork.

Pastu pegi Tesco cheras. Balik rumah makan sebab lauk kenduri semalam yang akak tapau daru rumah pakcik akak kat PD tu ada lalu makan lah.

Malam sikit pegi Alamanda belikan baju Pahat. Pastu gogle ada sale 70%, akak pon beli lah sebab dapat rm20 sahajork.

Balik kena kutuk dengan laki aku sebab dia kata akak nan hado taste katanya.. Keji sangat..

Nanti dia gaji aku nak suruh dia belikan baju yang dia kata TASTE sangat tuh nak tengok sikit TASTE dia tu best sangat kah??

***matilah tetiba sentap.



iklan