Sunday, May 20, 2012

Bersyukur je lah.

Hah, gambar birthday Aishah. Akak nak tunjuk kek yg akak buat tuh uollss.. Ni je gambar paling clear. Ni pon cilok dari FB ummi Aishah.

Sempena hari ibu last week.. **matilah kan baru nak citer pasal hari ibu. Mohd Rafi ajak pi kuar makan. Pegi Mines. Makan lah kat Nandos sambil tengok ikan keli yang besar gajah tu berebut roti orang campak.

Lepas tu akak tanya, 'Mana kek?'

Mohd Rafi kata, 'Kalau i beli nanti u kata tak sedap. U buat je lah kek sendiri balik nanti'

Keji sangatkan kena buat kek sendiri.

Sepanjang kawen 4 tahun nih uollss kek besday pon nan hado aku dapat. Tapi tak kisah sangat pon sebab nanti akak bakal cakap 'ala....kek i buat lagi sedap..'
Kau mampuuu over confident???

Tapi uolllsss... kadang2 kita tengok husband orang tu baiknya belikan beg jenama hell Vee ke cenel ke... kannn??

Tapi kita tak tau sebenarnya mcm mana. Yela, ada orang tulis kat blog yang baik2 saja. Mana kita tau inside dia??

Walaupon suami akak kurang romantik tapi akak bersyukur sebab dia boleh rajin la jugak kemas rumah jaga pahat. Layan pahat jalan2. Main2 kat Taman. Keje aku memetir jah kat rumah sebab Pahat tuh suka main2 barang kat dapur. Kejap2 dia pegi dapur amik pinggan mangkuk bawak pegi depan. Kalau plastic tu takpe, kalau kaca mau aku menjerit.

Apak dia paling kuat pon marah sajork. Tapi tak la se "HIGH PITCH" suara aku kann?? Takde maknanya dia pukul atau cubit anak dia.

Ada kawan akak citer, husband kawan dia, duit nafkah tak pernah bagi, beli rumah bini yang bayar. Duit bil semua bini bayar. Baju anak lagi lah. Pendek kata dia tak pernah keluar satu sen pon. Duit gaji dia untuk dia sajork. Apa punya lahanat punya jantan kannn??

Tup tup uollsss... Jantan tu kawen lain okeh. Howwww?? Macam tu pon bini dia sabar. Dia kata takut jadi janda. Sambil2 laki dia psycho 'Ada ke orang lain nak kat u kalau cerai'

Tak ke puaka hujung tanjung jantan tu??

Lalu akak nasehatkan. Kalau tak nak cerai tak perlu cerai. pegi mahkamah tuntut nafkah. Tuntut nafkah bukan bermaksud cerai. Cerai atau tidak nafkah memang wajib bagi. Aka tak paham konsep orang yang bgtau bila cerai wajib bagi nafkah, abes tu masa kawen tak perlu??

Bukan lah kena bagi beribu2 pon, sekadar apa yang mampu. Bukan suruh bagi semua gaji kau kat bini. Tapi agak2 lah, takkan 100% semua bini nak bayar. At least tolong lah bayar duit jaga anak ke bil2 rumah ke...

Akak suspect bini dia dah kena ubat guna2 okeh. Ada tak korang sanggup bersabar kalau laki korang yang tak pernah bagi duit se sen pon pastu tiba2 kawen lain??

Kalau aku takde la.. Pegi mampos dengan jantan macam tuh!

Kalau dia boleh survive bayar semua bil dan uruskan anak2 dia tanpa jantan keparat tu, kenapa nak tunggu?? Bukan ada guna pon simpan lelaki macam tu kannn??

Kannn?? tetiba akak emo puilerr...Bye.

Saturday, May 19, 2012

Tidak sihat

Kami anak beranak sudah berjangkit penyakit pahat. Demam+batuk+selsema.
Aku siap pegi klinik 2 kali.
Since dah 4 hari Pahat batuk, Doc suruh bagi antibiotic. Aku cakap tak nak boleh tak Doc?

Doc kata, dia takut bahaya kalau dia kena pnemonia nanti cemana.

Oklah. Terpaksa aku bagi jugak anitibiotic.

Back to my PHD plan. Mara tidak lah mengangkat telefonn ku buat kali ke 100. Seriously aku call hari2 nan hado dia angkat.

Eh, tahun inih punya syarat, Mara tak nak dah course Civil Eng. Why meh??

Next week aku ada IELTS test tapi haram tak study lagik dah la grammar emak terabur.

Oh, ada SV sudah reply already, tapi dia suruh aku apply sussex sebab in september he will move to sussex gituuuuu. So he ask me to move together with him.

The only thing I like about sussex is it's close to London. 50minute to London.

So what do you expect from somewhere near London?? Of course lah the cost Living is high as well.

So can we survive?

I might need to force Mohd Rafi to work 6 hour per day to survive kannn??

Ok lah, will update later.

Wednesday, May 16, 2012

Chantek!

Chantek gila pompuan ni pakai tudung.

Aidil zakuan kalau kau taknak aku rasa berlambak lelaki akan kejar dia nih.



Friday, May 11, 2012

Rezeki atau bukan

Kannnn?? konsep blog kek akak tuh ala2 hidup segan matik tak mau.
Sebabnya akak xde camera nak amek gambar2 kek.
Tapi walaubagaimanapun, alhamdulillah tiap2 minggu masih ada 2 3 order, Biasanya dari repeat customer atau member2 terdekat.

Cookies tu memang mintak mahap lah, aku memang amek order, tapi ikut suka aku bila nak buat. Keji tak?? Ni pon ada 8 balang tak buat2 lagi. Sebab cookies amek masa lama sket, leceh nak gentel satu2.

Harap dpt bersabar lah sapa2 yg order tuh.. **matila kau konsep order gaya gini.

Eh, since kawan akak F tu dapat buat phd kat sydney with scholarship, akak pon teros pose2 semangat nak buat PHD jugak.Akak memang suka verangan ni kaedahnya. Last week baru hantar borang mara padahal tarikh tutup adelah 31 march okeh. Kau ado lambat macam tuh?
Mula2 akak nan hado lah nak mengharap sangat, sbb apply pon dah short notice.
Then cari supervisor pun susah, most tak reply. Tapi kawan aku ajar kat email tu tulis, i already have funding from Malaysia Goverment.

So akak try tadi email kat sheffield, dalam 5 minit terus reply hokeh. Clust! Tapi kaedahnya, Sheffield nak first class nyehhh! Manchester ok je nak second upper tapi Supervisor mereka tidak lah mereply email ku. Kejiii!!!

Plus, tadi check mara utk status rayuan dia bilang, Gagal.

Ok. Fine. Cuba lagi tahun depan kaedahnya. Dah takde rezeki tahun nih. Kawan akak yang F tu pon 2 tahun jugak dia try.

Apa pon kalau dah rezeki untuk pegi sana lambat laut pon ada jugak rezeki. Cuma kena usaha. Kalau dah usaha tapi tak dapat, redha je lah.

Last but not least, happy 30th birthday utk kawan akak CD OWNER, dia sentap kata akak tak wish padahal akak dah sms kat dua2 nombor dia motippp tak sampai??

Henpon aku tuh memang problem sikit. Henpon skrin hijau lah katakan....

Thursday, May 10, 2012

Work.

Ha....mengapakah akak update blog arinih? Sebab Pahat dah tido. Hahaha..

Sorry nyeh, akak banyak benda nak settle. Pastu kat opis akak takde PC, diorang bg pinjam laptop kecik. Tak syok guna, jadi setiap kali nak siapkan kerja akak pegi opis depan dimana skrinya besar.

Baru seronok menaip dan menscrol.

So far akak happy keje sekarang. Ada member sebilik tak lah boring sangat. Ada rakan mengumpat.**opppss! Ada rakan bincang pasal phd. Pasal kerja.

Pastu sekarang ni akak agak busy kejar banyak benda. Kannnn?? Sebab akak kan buat dua kerja. Merasa lah kau!!

Tadi pagi tiba2 Mohd Rafi sms,
'SELAMAT HARI IBU'

Dah kenapa laki aku nih tiba2 wish hari ibu?? Akak tanya kawan akak dia kata 13 mei.

Dia balik keje tadi akak tanya, dah kenapa wish hari ibu awal2?

Dia kata, takpelah nanti takut dia lupa.

Tapi akak tau kenapa, sah2 dia pegi tengok video ibu dera anak tu terus feeling2 wish hari ibu.

Boleh la bang dari takde.....

Pasal budak rumah sewa tu nanti lah akak update, ada gambar rumah dalam hp Mohd Rafi tapi tak boleh nak transfer.

iklan