Thursday, May 10, 2012

Work.

Ha....mengapakah akak update blog arinih? Sebab Pahat dah tido. Hahaha..

Sorry nyeh, akak banyak benda nak settle. Pastu kat opis akak takde PC, diorang bg pinjam laptop kecik. Tak syok guna, jadi setiap kali nak siapkan kerja akak pegi opis depan dimana skrinya besar.

Baru seronok menaip dan menscrol.

So far akak happy keje sekarang. Ada member sebilik tak lah boring sangat. Ada rakan mengumpat.**opppss! Ada rakan bincang pasal phd. Pasal kerja.

Pastu sekarang ni akak agak busy kejar banyak benda. Kannnn?? Sebab akak kan buat dua kerja. Merasa lah kau!!

Tadi pagi tiba2 Mohd Rafi sms,
'SELAMAT HARI IBU'

Dah kenapa laki aku nih tiba2 wish hari ibu?? Akak tanya kawan akak dia kata 13 mei.

Dia balik keje tadi akak tanya, dah kenapa wish hari ibu awal2?

Dia kata, takpelah nanti takut dia lupa.

Tapi akak tau kenapa, sah2 dia pegi tengok video ibu dera anak tu terus feeling2 wish hari ibu.

Boleh la bang dari takde.....

Pasal budak rumah sewa tu nanti lah akak update, ada gambar rumah dalam hp Mohd Rafi tapi tak boleh nak transfer.

Wednesday, May 9, 2012

pemalas..

Malas lah skrg nih nak update blog.

Saturday, May 5, 2012

How to apply for PHD and get fund! bukan FUN tau!

Tu diah tajuk mcm aku nak buat PHD sangat dah padahal nan hado.
Manakala SV2 di MU tidak membalas email ku dan MARA dah terlepas due date. Howww???
Tapi dah feeling2 register IELTS.

Ok, akak citer macammana kawan akak sajork lah. Mana tau ada adik2 yg nak apply ka..

1. Mula2 kena tau bidang apa uolls nak buat. Bukan general okeh. For example, dalam electrical eng. ada speech processing ka image processing ka microwave ka optic ka.. I dont encourage you to do PHD in microwave tho, many lect complain the impact factor (if you write a journal/paper) are so low compare to optic. Microwave paling tinggi pon dapat 3 sahajork. Optic boleh dapat 18. Gituuuuu aku merepek apa ntah orang tak tau. Kawan akak tu buat biomedical+electronic.

2. Approach supervisor. Phd is not all about the university you like. Ini adelah mencari supervisor yang available untuk project korang. Biasa nya korang boleh browse University website to read the SV profile. Kalau sepadan dengan apa yang korang nak buat, boleh terus approach tanya ada project available ke tak. Some SV publish project title at their website. SOME SV may not reply your email or request, but dont gave up, just find another one. Before tu, please attach your cv as well when you approach the SV.

3. Qualification . Most University in UK accept BEng (bachelor) graduated. Maksudnya dari degree korang boleh teru buat PHD tak perlu bazir masa buat master. Kalau korang tak abes PHD pon diorang akak bagi award(diploma) master of philosophy. Some high prestige Uni need first class honour degree, biasanya second class upper dah ok.Kalau korang nak apply Uni in Australia, only some of them accept Bachelor graduated, kena pandai2 cari.

4. English Qualification. IELTs. Biasanya for those yang hold uk, aussie or us degree dont need to do IELTS test. But you might need this for scholarship application. Minimum band is 6.5 for postgrad, 6.0 for undergrad. If you fail once, dont give up. Just take another one. Kawan akak amek sebanyak 4 kali baru dia dapat 6.5. Keyword nya adelah DONT GIVE UP. Cik sha dan Cd owner amek sekali jah. Clust kann?? IELTS fees for British council is rm590, IDP RM580. Akak register kat british council sebab orang kata senang nak pass gituuuuuu.. Sah2 orang IDP gelakkan aku bila aku tanya kenapa IDP susah nak pass? dia kata 'sama je British council ka IDP ka' >in english la..akak translate sajork.

oh, kat mana nak register IELTS? kalau kat KL kat Wisma Dredging. Yang dekat dengan lembaga getah n KLCC ittewww. Kalau kat JB kat Taman Pelangi depan Plaza Pelangi tuh.

5. Funding(scholarship). You will be surprise betapa banyaknya fund untuk buat PHD or Msc research. Yang penting korang kena pandai2 carik. For those yang boleh cuti belajar+muslim may apply IDB scholarship> Islamic development bank. Yang ni dia cover semua including spouse! And no attachment with them.
Malaysia scholarship > MARA (consider as LOAN- diorang kata dah takde scholarship), JPA, MOHE, Bank Negara, Astro and etc. Mybrain 15 pon ada tapi untuk 1st class degree or master sahajork.
University Scholarship > Most Uni ada university funding. Boleh tanya diorang ada ke takde. University biasa bagi lagi banyak dari yg korang dapat from MARA. Kawan akak dapat Uni of Sydney scholarship. DIa dapat extra 700 dolar compare dgn org yg dpt Malaysia sponsorship.

EXTRA:
If you apply for Australia Uni, you may need to register for health insurance which cost 856dolar(kalau tak silap), Lepas tu dia akan keluarkan COE untuk buat visa which cost you 550 dolar(lebih kurang). Boleh buat semua ni dekat IDP. Dan kena buat medical check up dia panel Australia Uni sama ada di glenegals hosp atau lagi satu hospital akak lupa nyehhh!! Harga RM200++
For UK, health insurance tak perlu

For UK, you may not need to register for health insurance, Tapi Visa agak strict sekarang compare to the time i studied in UK. Masa akak belajar dulu, sampai sana kelaurkan offer letter MARA, terus diorang chop visa 2 tahun. Sekarang nih korang kena apply kat WISMA MCA ampang tuh, bawak gambar passport dengan background putih. Kena bayar RM1017/per person. Kalau Visa korang tak lulus, dia tak pulangkan duit dan korang kena apply lagik sekali dan bayar lagi RM1017. Awas! jangan salah isi borang, salah isi borang akan menyebabkan diorg consider korang as penipu dan di banned 10 tahun dari masuk UK. Merasa!!

Citer pasal kawan akak nih, nama dia F sahajork. F ni tak pernah gave up apply for PHD ni okeh. UK aussie uni semua dia apply. Ada some sv yg tak reply tapi she keep on trying. Until Uni od sydney SV agree to be her SV. Pastu ask her to apply Uni scholarship. Pastu dia dapat upon recomendation of her SV. I tell you, orang2 kat IDP pon terperanjat dia boleh dpt Uni of sydney scholarship sebab tak pernah ada orang malaysia dapat. Very2 lucky, org IPD kata. **akak ikut dia uollss pegi IDP. Akak kan suka kepoh2 gituuuu.. Before nih ada jugak dia apply MARA and etc, tapi sama ada tak dpt atau dah lepas due date. Tapi memang rezeki dia, dia dapat sydney Uni scholarship. Banyak pulak tuh 2000 dolar per month. Malaysia gov bagi 1200 dolar jah. Tapi masalahnya scholarship tu nak ielts 6.5, tapi dia try 3 kali semua dapat 6. Kali ke empat dia amek barulah 6.5. Cuba kira berapa duet dia habes?? Yang penting segala kesusahan dia tuh berbaloi jugak sebab dapat jugak dia mencapai impian dia gituuuuuu..
Mungkin dah memang rezeki dia dan dia tak pernah gave up.

Macam tuh lah adik2 sekalian..! Kalau ada impian, just go for it. Jangan hangat2 tahi ayam mcm akak nih.

Apa2 pertanyaan sila tanya cik sha... Matilah tiba2 foward ke Cik Sha.

Monday, April 30, 2012

Rumah sewa punya hal.

Akak balik johor weekend nih uolls sebab nak tengok rumah akak yg kat johor itteww sebab budak2 tu kata nak keluar ujung bulan tapi sewa ada tertunggak lagi RM250 bulan febuari punya dan jugak tengok kerosakan rumah ittewww...

Tup..tup kitorang pegi rumah tak da orang. Akak pulak lupa bawak kunci rumah. Akak tengok sampah dah berlonggok kat luar. Pastu tanya jiran sebelah tu kata diorang dah pindah keluar dah.

Sungguh shilake sangat kan pindah tak bagitau. Eh, sebelum tu, kitorg dah try call sebulan before tuh tapi diorang dah tukar no phone. Memang la tak dapat call.

Diorg pun pindah keluar tak tinggal kunci rumah. Maka, Mohd Rafi terpaksa memecah masuk rumah sendiri. Pecahkan tombol grill dengan pintu.

Astaghfirullahhhh.... urut dada akak masuk rumah tu.

Berantakan gila babi hokeh. Mangkuk toilet siap hitam2 keliling. Pinggan mangkuk tak basuh dalam toilet. Kertas bersepah-sepah. Lantai jangan citer memang hitam, geli aku nak pijak.

Barang semua memang dah takde. Pintu toilet berlubang dua. Pengsan haku tengok.

FYI, akak sewakan kat student Poli PEREMPUAN. Perempuan hokeh!!

Tapi pengotor gila babi, pengsan haku tengok.

Dekat pintu masuk ada pulak kotak2. Lalu akak pon check tengok apa dia.

Ada FILE sijil. Ada sijil SPM, sijil upsr, sijil berenti sekolah dan juga sijil2 penyertaan.

Pastu ada pulak, CV dia. CV haruslah ada no phone kannnn???

Lalu akak pon call dia lah. Akak ugut.

NAK SIJIL KE TAK? NAK SIJIL SILA LAH BAYAR SEWA TERTUNGGAK + BIL TERTUNGGAK + KEROSAKAN PINTU.

Allah nak tunjuk kannn? Even dia keluar cabut tanpa settlekan bayaran2 semua tu dan tukar no hp, sekali je pegi bangang tinggal dokument penting kat situ.

Dah tu, sebagai budak course FASHION, kau tinggal sekali profile kau di situ kannnn?? Memang lah lagi senang kejer aku.

Rasainnnn kau bayar dulu semua baru aku bagi sijil2 tuh.

Pastu Mohd Rafi terus tukar tombol dan mangga rumah.

Lepas tu kemas rumah mcm hapa je. Gila babi banyak sampah. Aku pindah rumah pon tak banyak mcm tu. Tu belum kena basuh rumah lagik.

Belum abes citer lagik..

Jeng jeng jeng... Mohd Rafi kemas bilik atas dia jumpa birthrate pil (pil perancang).

Cemana tau tu pil perancang?? sebab ada hari2 kat belakang tuh, Mon-tues-wed-thur-fri-sat-sun- dan ulang2 lagik hari tuh.

Pastu abang jiran sebelah tu komplen la kat kitorang yang budak2 pompuan nih selalu bawak lelaki masuk.
Abang tu kata biasa diorang keluar sampai pukul 2 pagi mcm tu dia balik dengan jantan. Sorang masuk rumah, sorang lagi jaga dalam keter jaga line.

Beristiqfar sambil urut dada akak okeh. Nasib baik aku tak jumpa kondom kat rumah tuh.

Cerita tak habes lagik. Akak nak sambung buat 300 biji macaron. Bye!!!

Friday, April 27, 2012

Teguran ANEH

Mula2, alhamdulillahh bulan ni Gaji dah. Tapi dah habes bolehhhh????
Dah selamat aku laburkan ke IELTS.

Last week pegi breakfast ada org tegur.
'Eh, muka bersih la sekarang. Pakai product apa?'
Akak confuse sebentar lalu berfikir. Pencuci muka+mosturiser+toner semua tu aku pakai benda yg sama dari dulu. NANO WHITE. Yang lainnya adelah akak guna bermacam2 jenis BB cream, BB balm lah, BB cream + BB powder. Gituuuuu kannn? Make up+ foundation ke two way cake ke akak tak pakai sebab lagi banyak besarkan pores dan jahanamkan kulit.

So, uollss gunalah BB cream yeah. Beli yg chap ayam murah2 sajork.

Hari ni kat opis petang tadi bawak Pahat. Masuk Lift ada sorang perempuan arab tegur Pahat. Pastu dia tanya akak.
'Your baby?'

'Yes..'

' You have a baby at such young age..'

Akak terus kembang semangkuk lalu jawab. 'No, I'm already 31'

Org arab tu terus tidak percaya. 'You dont look like 31, you look really young'

Gituuuuu... Akak keluar lift terus say 'Thank you' sebab dia dah puji2 akak kaedahnya kannnnn??

Clust akak terus pose2 syok sendiri.

Actually, akak nak tulis pasal HOW to apply PHD in Aussie berdasarkan pengalaman kawan akak tapi tak jadi sebab ado org puji akak gituuu..

Alhamdulillahhhhh..!

iklan