Friday, March 9, 2012

Super tired mom.

Hi uollss... akak kembali!

Minggu ni akak busy dengan order orang. Alhamdulillah..

Tapi menyiapkan kerja dengan kehadiran Pahat umpama buat kerja 10 kali ganda. Pengsan emak!

Jadi aku penat tak sempat berehat.

Bayangkan kalau isteri yang PJJ tuh, Penat hokeh!

I hate stalker!

Just wait until I privatized this blog.

Ingatkan job offer RA tuh? actually mula2 dia offer akak. Pastu tak jadi sebab diorang nak guna lelaki.

And then, lelaki itu adelah foreigner and ade problem with visa.

So diorg offer kat akak balik.

Just wait and see je lah sampai bila kena tunggu tuh. Maxis aku agak prob aku tak boleh nak attach resume kat email. Venci mak!

Monday, March 5, 2012

Konflik

konflik seorang surirumah jah uollss..

Hari2 fikir nak masak apa arini?

Fridge dah penuh aku isi dengan lauk semalam pegi Pasar Borong.

Akak tak pernah la feeling2 pegi ari ahad.. Hoi..ramainya orangggg!!

Tapi lagi ramai masa raya haji aritu.

Jumpa emak Naufal. Pastu jumpa lagi di giant.

Sotong sekilo rm17
udang rm16
ikan keli rm5
ikan sembilang rm7
ayam rm5.50
daging rm11
tulang ayam yang dah buang isi dia tuh. Yang selalu orang goreng tu kan.. sekilo rm3 jah.

Kannn?? entry emak2 sangatss kann??

Akak lebih suka beli sekali banyak kat Pasar borong sebab murah sket berbanding kedai runcit tempat akak nih.

Ada la ikan ntah hapa2 lg akak beli akak tak tau nama.

Maxis akak dah ujung2 nih sangat puaka lah uolls.. nak komen nak blog orang pon tak boleh.

Saturday, March 3, 2012

Kenyang~~!

Akak dah beberapa hari tak masak. Sebab konsepnya dapat makan free.
Pastu semalam adelah hari tak masak setiap minggu sebab makan kat Arham.

Sebab kat Arham tu setiap jumaat ada menu special. Kadang2 nasik tomato. kadang2 nasik minyak.
Semalam nasik beriani.
Nasik + ayam + daging + dalca + acar + air bandung = RM8 jah.

So, aku beli nasik asing. Lauk asing. Makan tengah hari dan petang. Clust akak berjimat!

Hari lain akak masak lah uollss. Motippp duduk rumah tapi hari2 keje nak beli jah? Lain la kalau emak kaya kaedahnya.

Uolls semua, harap maklum ye, akak naikkan harga kek red velvet sedikit. Akak dah tak mampu menanggung kenaikan harga bahan mentah.

Rujuk http://ilotskitchen.blogspot.com

Ada orang tanya akak tau:

Ko pening kepala tak? tak keje duduk rumah fikir nak bayar itu ini??

Akak jwab. Tak pon.

Sebab akak duduk rumah bukan goyang kaki uolllsss...

Selasa dengan jumaat akak hanta kuih kat tadika putrajaya tu 380 bijik. Akak hanta donut dgn muffin. Dapatla jugak duit mingguan.

Kalau ada orang order cake ke cookies ke catering ke akak amek jah.

Kuih muih melayu akak jual adelah 3 biji RM1. Order lebih 30 biji sahaja.

Karipap akak tak buat. Malas. Kalau nak harga lain boleh? sebab leceh nak mampus buat karipap.

Sourvenir untuk akikah pon akak buat hokeh. Kan Sid kannn?? Sid request choc chip letak dalam container. Maka akak beli tupperware apple lady yg comel2 tu letak dalam tu. Gambar dalam hp mohd Rafi. Tapi kaedahnya gambar2 dalam hp dia tak boleh nak transfer dalam laptop nih.

Fuaka sangatsss!

Kesimpulannya, apa2 saja keje orang offer. Akak terima sajork!!

Rejeki konsepnya. Syukur Alhamdulillahhhh.

Tuesday, February 28, 2012

Ohoiii...

Akak kepenatan balik dari tganu.

Gambar ado. Tapi dalam hp Mohd Rafi.

Skrg pukul 3 pagi uollss.. akak tengah buat 350 bijik cupcake.

Ni baru buat 230 bijik jah. Tetiba telur tak cukup. How??

Tunggu lah esok pagi2 akak beli.

Cuti2 ke terengganu sangat lah BEST. Sangat BEST.

Sempat makan kat Hai Peng. Beli sata Aziz Satar.

Sata tu makanan favourite Mohd Rafi. Akak memang tak suka. Tapi sata kat Tganu nih sedap pulak uolls.. Menyesal akak feeling2 beli RM5 jah. Makan kena rebut2 dengan Mohd Rafi.

Last akak pegi Tganu tahun 1999. Dah 13 tahun okeh bukan 12 tahun. Motipp akak feeling2 kira tahun 2011 lagi?

Akak suh Mohd Rafi singgah Uitm dungun dia tak nak hokeh. Keji sangatss.

Akak baru lepas makan nasik di pukul 3 pagi inih. Ado yg buncit nih.

Later!

Friday, February 24, 2012

Mak ngantok nyah!

Sebelum ke tajuk asal,

Ni akak nak tanya sapa2 yang tau, Petronas Teluk Ramunia akak dengar tengah buat opening vacancy job. Uollss tau ka kot2 ada nak guna engineer ka.. Nak apply kat mana meh?

Akak suka!! Sebab akak boleh duduk kampung jah kalau keje kat situ.


Akak bangun pukul 5 tadi pagi uollss buat 350 biji donut. Pukul 10.50 siap.

Pukul 11 sepatutnya hantar. Tapi sungguh malang nasib aku jalan putrajayah totop sebab le tour de langkawi itteww..

Maka buat pusingan ntah ke mana2 nak ke precint 9 tuh. Pukul 12 baru sampai.

Padahal kalau ikutkan 10-15 minit dah sampai.

Balik terus pack2 baju, pegi TERENGGANU!!

Akak duduk homestay, sedara Mohd Rafi dah sediakan. Duduk free sajork. Akak suka!

Akak ngantok uollss. Bye.

iklan