Friday, April 10, 2009

What I baked yesterday..

Akak Baked Marble Cheesecake!!

Setelah sebulan setengah cream cheese tu ada dalam fridge kan???

Semalam teringat pulak harini nak jumpa Fiza, So, akak baked la cheesecake untuk dia..
Resepi nant akak letak kat blog masak2 akak okeh..

Mohd Rafi kata dia nak datang minggu depan..
Yela uollsss.... akak kan dah abes pantang.***note: akak sendiri yang mengaku abes..
So, Mohd Rafi tu gigih la nak datang kan? setelah sekian lama dia berpuasa.. Yela uollss... masa akak pregnant aritu akak x hingin pon nak berguling2 dan beramah mesra dengan dia.. pastu kena pantang pulak... Rasainnnn!!!
Itu pon akak belum abes pantang sibuk bergesel2 dengan akak kan.. Memang la x dapat sbb nifas akak lama lak 20 hari... Pastu ada hati pulak nak suruh akak pantang 60 hari??... Nasib baik akak x gigih pantang 100 hari.. Kalau tidak, Rasainnnnn!!

Sebab sekarang ni dah xde anak dalam perut, kena la buat anak baru kan?

Yang belum nikah tu jangan sibuk pulak nak buat anak!!.. Lempang kang..

Thursday, April 9, 2009

Permandangan yang indah..

Tempat akak mencari ketenangan...



Indah x uollss?? Tu la permandangan dari tingkap bilik akak..

Akak feeling2 duduk di tempat peranginan gitu.. Ada sungai.... **sungai okeh bukan parit!!.. and guess what, ada ikan talapia okeh dalam sungai tu.. Parit depan rumah kau ado ikan talapia???

Hijau je kan?? Kalau time ujan rasa fresh je...

Sorry yek..akak nak feeling2 syok sendiri rumah akak best... Kau ado??

Indah pon indah jugak..tapi x seindah bila akak tengok muka Mohd Rafi.. **matila bini sasau..

Hari last citer ON AIR kat 8TV.. Akak suka! nasib baik happy ending.. Kalau x akak baling TV tu keluar balkoni.. **verangan kuat kan?? dan juga verangan kaya kah??

Sebenarnya akak tengah sewel sikit mengadap excel 2 3 hari ni.. Mata pon dah berpinar2..
Akak rasa , akak rabun la uolls... **Bolehhh gitu main rasa2 rabun??.. Esok lah akak heret fiza gi England Optical.

Ok. Akak nak baking pulak.. Bayen!

Wednesday, April 8, 2009

Bulan-bulan yang sewel..

Akak rasa bulan ni akak sedikit sewel dan huru hara.

Akak rasa ujung bulan ni akak nak pegi bercuti la uolllss..

Akak ingat samaada nak gi Langkawi
Atau

CAMERON HIGHLAND

Mohd Rafi kata pegi Langkawi la best.. Akak dah check tiket air asia untuk 2 orang pegi balik RM300. Berbaloi ke? Dari KL ke Langkawi selalunya kos minyak dgn Tol brp uollss??

Akak jakun sikit okeh x pernah bercuti sekitar Malaysia lagi.. Sedih x nokss?? **tetiba akak yang feeling2 sedih sendiri..

Agak2 kalau akak x book hotel, main walk in je.. agak2 ada bilik kosong x?? Patutkah akak membawa khemah sekali seandainya bilik semua penuh??

Akak x kisah hotel murah ke mahal.. Kalau uolss pernah pegi sila bagi cadangan okeh!

Tuesday, April 7, 2009

More reason to joy!!

Congrats to Kimot kerana telah berjaya menjadi seorang Doctor.
Harap2 la uols dpt posting kat Seremban. Senang sket akak nanti.. Hehehe..

Congrats jugak untuk BA!
kerana berjaya melahirkan seorang Baby girl secara normal pada pukul 3pagi.

Congrats jugak untuk akak kerana berjaya merembat henpon Mohd Rafi. Henpon nokia buruk dia tu uollss.. Henpon canggih sony ericson dia tu jangan harap dia nak bagi..

Adekah aku dah citer yang dia dapat henpon Sony Ericson itu hasil dari peras ugut???

Ganas x laki aku??? Xde uolls... dia repair moto ada budak tu pastu budak tu x bayar okeh. Main lari gitu je.. Pastu dia carik budak tu. Budak tu kasik la henpon baru dia tu ke Mohd Rafi.. Muahahaha..

So, skrg dgn gembiranya akak ada 2 nombor. Sebab Maxis kadang2 sangat hanjeng, no hp lagi satu akak adelah Celcom.

Monday, April 6, 2009

Toron kau lah!!

Again, tajuk xde kena mengena dgn entry.. Rasa mcm sedap disebut.. Suka hati aku la kan nak letak tajuk apa.. **larikk..

Aku dah balik Mantin.

Aku kan wanita gigih yang suka menyusahkan diri sendiri dan juga membazir duit sendiri demi mendapatkan kasih sayang... **ayat aku memang x nak kalah.. Dan juga x sedar diri..

Oh..oh... Nifas aku dah abes kuar. So, aku ishtiharkan diri sendiri dah abes pantang walaupon mak aku paksa aku telan Jamu lagi..

FIRST ANNIVESARY di selangi oleh drama air mata oleh RATU PROPAH ILOT.

Jangan kata hadiah. Sambut pon tidak. Mohd Rafi lepas balik keje pukul 9pm terus repair moto orang sampai 12.30 malam. Aku siap dah tertido lagi tunggu dia.

Pastu dia kejut ajak makan. Lepas makan, aku amek hadiah bagi kat dia. Terus baring mengadap dinding. Nanges.

Mohd Rafi kiss pipi kiri kanan dgn dahi sambil ucap Terima Kasih. Terus aku nangis lagi.

Mohd Rafi dah rasa bersalah. Banyak kali dia tanya kenapa nanges? . Banyak kali jugak mintak maaf sebab dia kata sepanjang kawen dia banyak bagi masalah kat aku. Pastu kiss pipi lagi.

So, nanges lagi mengadap dinding. Sebab, aku x sampai hati nak tengok mata Mohd Rafi. Nanti lagi sedih..
Tapi dia pusingkan aku baringkan atas lengan dia sambil peluk kuat2.
So apa lagi? Makin sedih la kan?..
Haah.. Nangis lagi..

Dah mcm drama hindustan pulak aku rasa..

Bila fikir2 balik. Dia xde la teruk sangat.. Kadang2 time aku malas ataupun busy tulis programming, dia masakkan, kemas rumah, sapu sampah. Siap basuh kain dgn sidai skali. Hebat x??? Hahaha...tentula x hebat pon.. Aku saje sedapkan hati sendiri...

Eh, ada lagi satu, kalau kete aku rosak aku tunggu dia je tengokkan.. Sikit2 boleh la dia betulkan, kalau yang complicated dia suh anta kedai jugak.. Service kete pon suh dia je..

Aritu beli mesin basuh, dia angkat sorang2 okeh dari bawah rumah ke atas. Rumah aku tingkat 1. Hebat x Mohd Rafi boleh angkat Mesin basuh sorang2?? HEBAT KAN??

Kadang2 time aku gedik nak mampus aku suruh dia dokong dari ruang tamu ke bilik. Mcm dah xde kaki nak berjalan kan?? Suka hati akak la okeh akak nak bermanja dengan laki akak..

Ok..sudah2 la tu ilot...........SEKIAN.

iklan