Monday, March 16, 2009

Berpantang..

sedang berpantang. X boleh makan pedas. X boleh makan seafood. X boleh makan benda sejuk. X boleh makan unsur2 makanan yang mempunyai telur. And etc..

Makan roti kosong je. Sedih kan?

Mak mertua aku kata, 'Kak ngah yang mengandung dulu belum beranak, Ila dah beranak dulu'

Ha ah. Orang yang mengandung dulu belum beranak, aku dah beranak dulu dah.

Mohd Rafi pesan kat aku sebelum balik, Jangan nangis2. Jangan terbawak-bawak sangat perasaan tu. Dah xde rezeki. Nangis2 pun dia x datang balik.

Next month 6.4 adalah first anniversary our wedding. So, ujung bulan 4 tu aku ajak Mohd Rafi pegi Holiday tenangkan fikiran. Nak pegi awal bulan 4 x boleh sbb 15.4 ada exam.

X boleh berpantang dengan tenang mengingatkan research aku dan presentation slides aku ada lagi satu x siap untuk next week selasa..

Doc bagi MC seminggu tapi kena datang check up khamis ni. Tapi aku dah call Doc untuk postpone ke next monday sbb mak aku suruh pantang kat rumah 10 hari..

Saturday, March 14, 2009

Warded...

Aku dah balik dari hospital. In fact, dah discharge semalam pukul 6.30.

Semalam...
Malam : Mohd Rafi sampai dgn Mak dan mak mertua aku.

pukul 11.45 sampai hospital. Register kat Admission Counter. Bayar deposit RM500.

Pukul 12.00, Doc suruh makan 'CYTOTEC' 2 biji, 2 jam before operation.

Pukul 1.00 masuk ward. Bilik 4 orang. Sebelah katil aku baru lepas bersalin secara caesarian. Dapat anak pompuan. Sempat ucap tahniah kat dia. Nurse bawak nasi tapi x bagi makan sbb kena puasa sebelum operation. Bawak gaun hospital. Suruh Mohd Rafi pakaikan tapi tali dia mcm pelik sikit je...

Pukul 1.30 Nurse bawak ke Operation Room tapi kat luar je yang serious sejuk nak mampus. Siap menggigil dalam tu. Aku siap tanya nurse 'sakit x nurse?'
Nurse tu jawab' X la...'

Pukul 1.50 Doc kala masuk, consult dengan aku. Aku tanya lagi " sakit x Doc?'
Doc cakap,'X sakit. Dont worry I bagi bius'

Pukul 2.00 Masuk real Operation Room. First time. Dan rasa nervous sangat2. Nampak Lampu operation yang mcm bilik bedah tu.. Nampak diorg setting2 barang dgn tempat kangkang kiri dan kanan. Doc cucuk ubat bius kat tangan kiri dan terus tertido.

Pukul 3.00 Mamai2. Ada orang panggil nama aku. Tersedar. Pastu tido balik. Sedar2 dah ada dalam bilik ward dan Mohd Rafi kat sebelah. Raba2 kat'bawah' dah ada pad. Darah keluar banyak.

Pukul 4.00 completely sedar. X rasa sakit tapi rasa ngilu.. Nurse bawak mini pau. Nasib baik bawak pad wishper Overnight. Tukar pad. X selesa pakai pad hospital.

Pukul 5.00 sangat lapar. Doc datang tanya sakit x. Tekan2 perut. X sakit. Dia kata dah boleh discharge.

Pukul 6.10 Budak Billing datang bawak bil suruh bayar kat bawah. Aku tukar baju pegi ke billing bayar bill RM76.50, sbb dah bayar deposit RM500. So bil keseluruhan RM576.50.
Pastu kena jalan ke ward sbb lps bayar bil baru nurse tanggalkan jarum yg attach lagi kat tangan. Sbb x makan seharian dan baru lepas keluar darah yang banyak. Lepas nurse keluarkan jarum berjalan ke lift rasa nak pitam. Nasib baik Mohd Rafi sempat sambut. Mohd Rafi dudukkan aku dan pegi beli roti dan air. Aku makan sementara Mohd Rafi amek ubat.
Doctor subcribe ' Naproxen Sodium' makan 2 biji 2 kali sehari.

Pukul 7.00 sampai rumah. Mak and mak mertua suruh baring je. X bagi angkat berat2.

Nak air main sebut je datang. First time nak kencing sangat pedih dan sakit mcm nak nangis keluarkan air kencing. Suruh Mohd Rafi beli Pati Haruam Poleney. Minum. Bila dah malam sikit kencing barula rasa x sakit.

Mak aku x bagi duduk bersila. Duduk kangkang. Tido x bagi kangkang. Kena rapatkan kaki. Sopan. Takut terkoyak kat 'situ'.

Kalaula Doc x bius aku masa bedah. Confirm ngeri. Dia regangkan okeh aku punya tu sampai boleh buat operation.

Darah Nifas keluar mcm orang bersalin jugak.

Harini : Balik kampung untuk berpantang mcm biasa..

Thursday, March 12, 2009

Still not enough..

I actually thought I am strong.. but I am not..

I used to eat for the baby, now I lost the reason why should I do that.

I am still sad and crying all the times.

Thanks for those who care and sympathy leaves comment, sms me, and many who called me but I couldn't pick up the phone.
Afraid that my tear will fall in front of you..I'm so sorryyy..

I was staying in my room since I got back from hospital. Not step out from my room since then.
I dont want my sister seeing me cry...

Mohd rafi called me force me to eat since I did not eat anything since got back from hospital... Like i said, I lost the reason to eat..

It made me more sadder when thinking about that I already bought all the baby stuff. Clothes. Towel. Flask. Baby bath, mitten socks, and etc... Now I'm thinking about giving away all the stuff to someone else.. Looking at it make me sadder than ever...

I'm sorry... I'm just really....really sad.....

p/s : My kind supervisor cancelled my presentation tomorrow and he giving me a leave until I fit to do my work again. Thanks to him..

p/s/s : I will be warded tomorrow at 12pm at Specialist Hospital Seremban.

Redha 2...

I'm okay now. nak nagis banyak2 pon air mata dah kering.

No wonder, dalam minggu ni aku rasa mcm kurang makan. X mcm masa early pregnancy dulu. And xde pening2..

Masa jumpa Doctor td. Scan kat perut x nampak baby tu. Pastu Doc scan dr bawah (melalui alat sulit). Nampak baby tu lebih kecil dr previous scan. Doctor sahkan tiada denyutan. Baby mati.

Doctor suruh aku warded esok pagi pukul 8.
Aku mcm blur. aku cakap ' x boleh, saya ada presentation penting esok'
Doctor jengilkan mata ' X boleh. Awak kena cuci rahim esok jugak'
'Tapi saya ada presentation esok..'

Aku dalam separuh sedar. X sedar yang aku dah kehilangan baby. Bila Doctor paksa warded esok baru aku sedar. I just lost the baby.

Aku tanya. 'Kenapa boleh jd mcm ni Doc?'
'x de apa2. Memang biasa berlaku'

Tanya lagi, ' Apa chances saya untuk pregnant lagi?'
'Dont worry, you have a good chances to get pregnant again'

Actually, aku dah rasa sebak kat bilik Doctor. Tapi malu la nak nangis depan dia. Tapi bila keluar terus nangis macam apa dan lagi ramai yang saksikan aku nanges..

Xpela.. xde rezeki untuk kali ni.. Mungkin ada hikmah.

So, sedikit info mengenai keguguran disini:

http://paramedik.bbfr.net/stor-artikel-lama-f96/mengenal-punca-keguguran-t2582.htm

Mengenai jenis keguguran yang aku alami:

Keguguran tertinggal (Missed Abortion - MA)MA diertikan sebagai janin yang mati tetapi masih berada dalam rahim.Biasanya, janin berusia kurang daripada 28 minggu dan rahim tidak membesar seperti biasa.Pada peringkat awal, wanita terbabit biasanya mengalami gejalakehamilan seperti pembengkakan buah dada, kerap membuang air kecil atauloya pada waktu pagi.Bagaimanapun, gejala ini akan berkurangan.- Sesetengah wanita, mungkin mengalami pendarahan berwarna coklat yang sedikit tetapi berterusan. - Diagnosa yang dibuat melalui pemeriksaan dan ultrasound.- Wanita yang disahkan mengalami MA dinasihatkan supaya membersihkan rahim bagi mengelakkan jangkitan kuman.- Bagi kandungan yang kurang daripada 14 minggu, pembersihan melaluiDilatation&Curettage (D&C) perlu dilakukan oleh doktor yangbertauliah.- Bagi kandungan yang lebih besar, pesakit akan diberi ubat untuk membuka pintu rahim bagi membolehkan kontraksi pada rahim.

Redha...

I got bad news today while doing pregnancy check up..

Doctor sahkan baby mati dalam kandungan.. Esok kena warded untuk cuci rahim..

I was crying all the way from Doctor room to farmacy to the car park and here, at home....

God knows how sad I am..

And Allah knows the best for me..

Eventhough, aku x rela... tapi aku redha...

Innalillah untuk bayi dalam kandungan yang berusia 2 bulan 1 minggu............

iklan