Wednesday, January 21, 2009

Tenang..

Baru la hati akak tenang hari ni. Slide presentation dah siap. Dah send kat Supervisor akak.. ***CW taste supervisor akak tuh. Tapi pose2 frust sbb dia dah kawen..

RUMAH AKAK BERSEPAH DENGAN KERTAS!!... Matila akak kalau Mohd Rafi buat lawatan mengejut. Konsep kertas di mana2.. Kat meja tulis, kat depan tv, kat bilik tido pon ada. Tu semua kertas2 journal yang akak kena baca untuk buat slide. Ada la dalam 50 journal kot.. Macam nak mati jugak baca.. Huhuhu..

TAPI,,, akak banyak lagi keje nak buat nih uollss.. Baju tengah rendam x basuh lagi.. Baju yang kering kena lipat... Nak buat kek lagi.. **matila tetap nak buat kek kan???

PASTU, ingat x akak ada beli perabot bilik 2 minggu lepas?? Orang perabot tu kata mula2 kata seminggu baru dia hantar. So sabtu lepas akak tunggu2 tak datang2 jugak. akak call 10 kali kata nanti dia call balik.. Haiyohhhhh!!!... Nasib baik belum buat full payment lagi.

PASTU, malamnya kedai perabot tu call kata driver lori dia cuti sampai raya cina. Motiffff????? Pastu dia boleh hantar lepas raya cina je la.. Akak dah nak hangin2 dah.

PASTU, semalam diorang call kata nak hantar arini pulak.. Pukul 5-6pm cam tuh.. Aku lempang jugak kedai perabot ni kang!!

MASALAHNYA, akak kan duduk sorang. Mcm bahaya je nak suruh diorang masuk dan pasang perabot tu.. Last week punya la akak paksa Tipot datang sbb ingatkan dia nak hantar perabot. So Tipot boleh teman2kan akak.. Tapi arini akak sorang je uolllss.. takkan nak suruh negro depan rumah temankan??? Choiii!!!!!!... Xpe la..akak redha.. Kalau jadi apa2, akak terjun balkoni la uollss.. Setingkat je, so x la patah kan?? Kalau patah pon boleh claim insurance.. Hehe...

Jap, akak beli perabot murah sajork.. Satu set bilik tido tak termasuk tilam RM699. Tilam Good Night warranty 10 tahun RM541**matila harga lepas mintak kurang.. Pastu akak boleh demand mintak bantal lagi uolllss... Dia kata dia bagi FOC 2 bantal.. Hehe..

Kita tengok je la nanti rupa set bilik tido tu cemana.. Diorang x hantar arini aku bakar kedai tu!!

Tuesday, January 20, 2009

Tag yang cute..

Sebenarnya akak nak tunggu 5 orang tag akak baru nak buat.. **gitu statement keji pose2 diva.

Ni Tag dari Cik Mar, Atiqah, Farhana dan juga Amy **matila akak pose2 popular sebab ramai orang tag.. Akak memang sedikit keji..

10 Fakta tentang diri Cik Illlss...

1. sedang busy menyiapkan slide sampai xde masa nak buat kek.. **matila x relevan
2. Bulan ni adalah pencapaian terbaik akak dengan x balik kampung(johor) selama sebulan.. Terer gila kan! kalau tak, 2 minggu sekali je dah cabut..
3. Tengah buat Master Computer Engineering by research yang agak hanjjj. Tapi supervisor sangat Baik dan muda. Baru umur 29. Dr kayrol. Dah kawen.. mintak maaf semua!!
4. Duduk sorang je bertemankan jiran negro yang suka memekak.
5. X de basic programming tapi terpaksa buat programming. tu yang selalu meroyan. Akak Electronic Engineering dulu uolls
6. Setiap kali jumpa Mohd Rafi mesti pegi karaoke. MESTI!!.. >> layan Mohd Rafi nyanyi lagu rempit.
7. Akak suka main chess tapi xde lawan.. **akak bukan L dalam Death Note nak main sorang2.
8. Sayang duit beli selipar sandal. Selipar Vincci tu dah nak tanggal kulit. Sampai Mohd Rafi suruh beli selipar baru. Mesti dia malu tgk kedaifan bini dia.
9. Meroyan kalau x dapat sms atau call Mohd Rafi dalam sehari
10. Lagu Favourite karaoke ialah Manisnya Senyumanmu -Elite.. **lagu ni je pon yang aku nyanyi sedap..

Fuhh!!..penat serebelum akak nak fikir.. **matila serebelum mengawal pergerakan..**eh, betul ke kimot??

Akak nak Tag....
1. Kimot
2. Umyra(orang kampung akak nih!!)
3. Filla (orang yang wajib di tag)
4. Ayu >Hidden
5. Cik Ienn > sbb dia mmg cute

Dah la.. dan yang lain2...

p/s : Farhana, Tag lagi satu tu akak dah buat dulu. Rujuk SINI

Oh, Lelaki!!

Tadi pagi dengar Radio Sinar masa on the way nak pegi Lecture.. **matila asik lambat je pegi kelass...
Tajuk topic pagi diorang 'ku sangka......... rupanya ........'

Kes 1: Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan pagi2.. (lupa sebenarnya)
Saya kantoi dengan bini saya bercinta dengan sepupu dia.

kes 2: ku sangka kawa rupanya kawan makan lawan
Saya ada girlfriend, kawan saya pegi bagitau kat bini saya. Saya ingat dia boleh simpan rahsia.

Kes 3: Ku sangka no 1 rupanya no 2
Saya ingat saya isteri no 1 rupanya isteri no 2. Saya x sangka dia dah beristeri masa bercinta dengan dia 3 tahun. Dia x macam dah kawen. Bila saya ajak keluar dia keluar. Kalau ajak malam2 pon dia keluar jugak.. Sekarang ni saya dengar dia nak kawen lagi 1.

Kes 4. Ku sangka panas rupanya hujan di pagi hari
Tadi malam suami saya mintak izin sign borang kawen lagi 1. Dia kata sebab saya dah x kuat..

Kes 5 : **x ingat pepatah ape
Saya ingat BF saya dah insaf. Rupanya dia masih lagi dengat sikap playboy dia tu..

Haiyohhh...ngeri tak perempuan2 semua diluar sana?? Akak ngeri lah!!.. Mohd Rafi kata, 'U jangan la asik sebut2.. Sebut2 tu la yang akan jadi nanti. Macam Doa'

Orang selalu sebut, Jagalah Pasangan Masing2... abes tu cemana nak jaga?? Pasang spy? Berkepit 24 jam?? Bak kata Abang Jem Sinar, : Lelaki ni kalau dah nak carik lain, macam2 alasan dia boleh bagi..

Lagi satu citer, kawan Mohd Rafi, aritu wife dia dalam pantang 3 bulan kat kampung. Dia pegi ngorat budak jual burger tu?? Pastu budak tu call masa tu bini dia angkat. Terus kena maki bertubi2.. Pastu wife dia ngadu kat akak. Akak x tau nak bagi nasihat ape tapi akak cakap kalau dia boleh buat pompuan pon boleh buat. Akak biasala feeling2 DIVA tapi nan ado. Depan laki cair je.. Hahaha..

***note : pepatah dan cerita mungkin berlainan ayat sbb mana boleh igt satu2. Tapi isi sama yang penting

p/s : Yang Processor for Sid System tu akak dah dpt jawapan dah.. Xdela susah sangat. hehe.. Akak memang suka meroyan x tentu pasal...

Shopping golongan berpendapatan rendah..

Tajuk very der statement sangat kan??
Bukan ape uolls.. akak kan pose2 mesken... So akak dapat gaji pon beli barangan yang murah2 sajork..
First, Kasut berharga RM30 chap ayam. Yang di beli di Giant Nilai. Tu pon harga selepas diskaun 20%.. Hazab gila akak kan??



Tak payah tengok lama2 kaki akak uollss.. Kaki akak memang sangat hazab buruk ya amatss.. Nampak urat2 sbb banyak sangat jalan..
Point nya ialah, akak rasa kasut tu chantek walaupon murah gituu..And x sakit pon pakai..
Second, tudung(selendang) yang adik akak Tipot paksa akak beli dari dia sebab dia beli banyak pastu confuse nak pakai yang mana.
Harga tudung tersebut ialah RM5. Tipot tu kata dia beli kat Melaka Sentral. ntah hape2 color lagi dia beli..
Third, Selendang berharga RM10. Sewaktu berjalan2 di pasar Malam Bukit Makhota. Motiff kedai depan skali jual RM15??? Koser tau.. Nasib baik akak x tertipu gituuu...

Bila dah pakai jadila seperti model di atas... **saje uolls.. nak tunjuk sunglass CK akak.. tu je la barang mahal yang akak ada.. Tu pon beli masa tengah kaya kat UK..

So, total tiga2 barang tu x sampai pon RM50. Akak kan x mampu nak pakai tudung munawarah ke kasut Channel ke.. **kasut Primavera pon x mampu kaedahnya..

uolls... menurut berita TV3, menurut MEF(betul ke sngkatan nih), dijangka seramai 157ribu orang akan hilang pekerjaan menjelang tahun ni.. jadi, marilah kita berjimat cermat seperti kata Cik Mar..

Terus akak tobat nak shopping lagi.. **matila shopping x seberapa..

Monday, January 19, 2009

Review AJL 23

**note..update tanpa gambar.. Sgt malas nak google..

Meet Uncle Husin menang?? meh dengar pendapat2 peminat gituuu;

Ilot : MUH menang, Puas hati

Temok : Meet Uncle Husin x sedap, nyanyi bodoh.

Cik Lee : Ha.. baru puas hati

Mz : Mintak Faizal menang

Mohd Rafi : MUH mantap, Faizal pon mantap..


Akak tengok AJL sambil sms 5 penjuru dgn Cik Lee, Mohd Rafi, Mr Exam dan Mz. Harus keluar segala gossip dan ulasan x perlu kan?? Mohd Rafi tu dah la perasan nak mampus bila Faizal nyanyi.. Padahal faizal tu lagi pendek dari dia...**matila akak kutuk orang..

Meh akak komen sikit diorang punya performance.. (mana yang akak ingat je la.. akak tengok sambil baca journal, sambil buat slides, sambil sms bagai.. **multitask kan akak??)

1. Ziana Zain : Suara ala2 mcm laha jugakla.. Maklumla dah kertu..**opssss.. Tapi badan dia very the meletop kan walaupon dah senja katanya.. **matila.. Terus akak pose2 nak beli tilam vono lepas ni uollss..

2. Faizal Tahir : Akak dah agak dia akan menang.

3. Aiman : Aiman x kesah...**matila.. Haiyohhhh...sanggup pakai HEADGEAR yang verysss the verat tu kan?? Kelasss sangat.. Tapi motiff persembahan ko yang sarat tu?? Nan adoo... Very the make up hidung kasik mancung kan???

4. Zahid & Heliza : Akak x suka mawi tapi lagu tu lebih sesuai mawi nyanyi kot.. Heliza tu selalu jadi mangsa fashion.. Tudung Saratsss ya amatsss.... Kalo pakai ala2 waheeda pon ok..

5. Estrange : mcm biasa

6. Sofaz : akak suka lagu opening diorg

7. Farahwahida : Bak kata Cik Lee 'Ni motiff persembahan sempena Gong Xi Fa Cai kah??' >> Lagi sorang pakai headgear tinggi2 bagai.. Xde motiff sangatss..

8. Elyana : motifff ada orang sabo kah awal2 nyanyi x dengar?? Dah tau suara susah nak kuar kalau nyanyi duduk, x reti2 nak bangun diri ke nyanyi??? terus jadi ala2 laha jugak la nyanyi..

9. Spider : Akak suka!! tp dah agak x menang...

10. MUH : Akak suka diorg conteng muka tu.. Akak rasa diorg patut menang persembahan terbaik gituu.. **matila...

11. Stacy : Ya allah..tu stacy ke Hantu uolllsss?? Sapela yang jadi juruandam dia kan?? Mesti dia feeling2 nak make up couture sangatsss kan??.. Penari latar dia very the ahli2 group dia yang nyanyi x sedap masa gangstarz dulu kan?? uolls perasan x??

Pengacara : gituuu..pengacara pon akak nak komen kan?? Cheril tu sangat x perlu... Akak harap next year AJL pecat dia sebagai pengacara. Akak suka Ally and FBI.

Juri : Kak mimi jadi juri uolllsss tahun inihh....**matila x perlu juga..

Opening : Akak suka opening theyolls. Akak suka!!

Persembahan selingan : Verysss the part tarik tinggi terus pass kat Jaclyn.. Kelassss!!


>> Akak tau ada persembahan yang akak tertinggal tapi akak lupa sape gituuu.. Dah uolls akak nakk buat keje.. Journal berlambak nak baca..

iklan