Monday, December 15, 2008

Mari ke Office saya...

***first of all, tajuk merapu! hahaha
Hari ni akak terajin katanya pegi office. Sebenarnya nak jumpa supervisor. Macam biasa, akak suka terserempak dgn Supervisor ditengah jalan. Jadi disscussion juga dibuat ditengah jalan gituuuu.. Supervisor akak suruh akak tukar dari amek subject Real time ke Advance Computer Eng. Pastu suruh akak buat draft surat untuk tukar grade last sem akak dari TL kepada M (tida lengkap - memuaskan).. Nanges okeh dapat TL!!.. Sbb akak dah hanta results lengkap experiment so dia bagi akak M. Subject sem lepas Research Methodology akak dapat B+ (3.5).. Alhamdulillah lulusss...
Bosan la kan citer pasal study?? Meh akak bawak uolls jalan2 ke office akak....
Menuju ke office. Sunyi kan?? mcm xde orang pon...
Pintu bilik akak. Memang sentiasa 'TIADA' untuk mengelakkan salesman datang ketuk pintu.. Benci tau!! Balik2 jual insurans... Jual camera pon ade occay... cemana ntah lepas masuk.. Ehehehe.. harap maaf, nama sebenar dan jabatan dirahsiakan.. **nak mampos kalau student aku jumpa???
Tepuk tangan semua!! Inilah dia bilik akak yang bersepah. Bilik Lecturer bersepah x pela sbb diorg slalu membaca.. Bilik akak nih??? bersepah sbb malas membaca.. Volehhhh???
PC buruk sebelah kiri tu adalah windows 2000, Sangat lembab nak mampus. Kalau 'ON' pegi berak dulu, pastu pegi gossip pastu buat air milo dulu.. itupon x abes loading lagi.. Skrg memang dah x pernah di 'ON' sbb boleh mendatangkan sakit hati yang MUDARAT..
Nampak x bantal kat atas kerusi??? itu gunanya penyedap mata untuk tido..**pecah rahsia..**larikkkk... Bilik sorang2 uolls... Nak tido atas meja tu pon volehh..**matila kinky..
Sekarang kan musin hujan..


Berhati2 ketika memandu..**matila bercakap dgn cermin..
**gambar dari pandangan Bunga Cinta Lestari..
p/s : happy keje dah siap!.. Rasa mcm nak balik JB celebrate besday esok **matila tetap nak propah besday kat sini...
p/s/s : Mohd Rapi msg kata nak datang sini pulak.. Ntah jd ke x... tapi yeay!!!

Sunday, December 14, 2008

Menyemak di Wedding orang..

Oh...harap maklum gambar di atas bukanla gambar akak dgn scandal terbaru akak tapi dgn BAPAK FIZA.. yess u read it right.. BAPAK FIZA aka Pakcik Wahi.. Motiffff??scandal dgn bapak kawan sendiri???? **matila... X la uolss, akak nak test gambar lepas make up tetiba dia muncul gituu dalam gambar.. Volehhhh??? Adekah kami secocok bersama?? **matila soalan perangkap..


Oh..semalam kan akak pegi menyemak kat wedding sedara Fiza yang tiada pertalian langsung dgn akak.. Biasala akak kan sukaa ikut2 orang kemana sahaja orang pergi.. So seemalam akak ke Kampung Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.. Akak suka sekalss ikut fiza pegi kampung dia..


Sorry uolls gambar pengantin xde sbb make up x lawa..**matila kena maki cakap pengantin x lawa.. serious nih uolls...diakui oleh Fiza dan adik Fiza.. Pangantin pakai baju ala2 color baju nikah akak peach+cream, tapi motiffff eye shadow color biru??? Mak andam ada buta warna kah??? **matila menyangsang mak andam..


So, uolss tengok gambar akak je okeh?? ***matila syndrom syok sendiri.. Ketepi kau pengantin baru!!

Pada hari tersebut, Adik fiza telah memakai baju kurung akak yang berwarna pink sbb baju kebaya purple dia sudah sangat ketat mcm sarong nangka.. Haiyohhhh terus pengsan lite2 dia.. Nasib baik akak bawak baju kurung.. so bolehla pakai. Nasib baikla akak bawak baju lebih ke Pilah tu.. **nitemare okeh baju favourite x muat pakai..**larikkk...


Malam tu balik akak ajak Fiza singgah seremban makan kat Old Town White Coffee..

Akak makan nasi lemak dgn air suam Fiza minum coffee di atas dan roti.. Diet katanya uolls.. Dia sudah menemui kesedaran untuk berdiet..**gituuuuuu...


Lepas tu balik rumah fiza, kitorg diserang cirit birit!! Salah old Town kah Atau salah lauk kenduri??? Akak rasa salah lauk kenduri la.. Sape suruh akak dgn fiza mengadap makan depan periuk ayam masak merah.. sungguh buruk rupa weolls makan sedemikian rupa.. lebih2 lagi akak yang xde kena mengena dalam majlis tersebut..


p/s : Believe it or not ade org ngorat akak kat Jusco seremban.. Tanya mana tinggal la.. nak pegi mana la.. jalan sekali.. nasib baik akak dgn Fiza masuk kedai Emas.. **matila citer kat Mohd Rafi dia x percaya langsung.. Ape? dia ingat akak dah xde market kahh??? kejiii kan???
p/s/s : Jiran depan rumah akak adelah negro. Time2 maghrib suka memekak bukak music kuat2 sambil nyanyi secara beramai2.. Macam la sedap.. **matila x paham lagu ape diorg nyanyi.. Mesti kat negara diorg lagu tu sedap sangat.. Uolls, akak takutla berjiran dgn negro nih.. Kalau akak x berblog selama seminggu uolls report polis okeh..**matila tinggal wasiat..





Saturday, December 13, 2008

How to...

Uolls tau x cemana nak check siapa2 yang linkkan blog uollls??
Uolls nampak x kotak kecik color biru kat sidebar kanan tu. Yang bawah sekali tu...
Ok.. itu ialah webstat blog iolls.. Akak recommendkan uolls untuk guna benda tu sebab:
1. Dia boleh check daily berapa ramai yang click blog uollls dan dari mana yang click2 tu..

2. Boleh trace orang2 yang click ke blog uolls..Dan boleh tengok orang search blog korang guna keyword ape...contohnya...:


3. Ada statistic blog uolls...

**matila korang kena guna kanta tengok gambar... Sorry uollsss... Akak malasla nak besarkan..volehhh??

untuk register go to : http://webstats.motigo.com/

Untuk pengguna blogspot, x payah nak copy html code dia, just click 'add to blogger' je..

soalan sila tanya kat comment.. tapi rasanya senang je nak register...


Selamat mencuba!!

p/s : ohhh..sila buang 'feedit' uols tuh.. hehehehe





Friday, December 12, 2008

Maxis hanjeng!

tiada update.

Line maxis kat rumah aku tetiba dapat GPRS je. Selalunya dapat 3G full bar..

Maxis, Lu mau mati ka????

Gua bengang!!

Xpe...aku sambung buat keje..lagi sikit je nak siap..

Celaka lu maxis!! mempermainkan perasaan aku!!


To anynomous: untuk disable archive, check kat html coding tu, delete 'next' atau 'previous' entry atau apa2 la yang ko letak untuk click ke previous entry.. Nasib la ko paham ke x.. aku x boleh nak upload gambar satu2 cemana nak buat.. Good Luck!

p/s : akak suka sekals arini.. results experiment speaker Iden akak menampakkan hasil.. setelah akak tukar kepada 10x10 matrix.. Show an increament from previous 20x20 matrix.. **gituuu..matila korang x paham... yesss! isnin dah bleh jumpa supervisor tunjuk results!!... alhamdulillah...

Wednesday, December 10, 2008

Hantaran untuk budak gedikss

Uollss...

Adik akak nak tunang 21/12 nih.. Getik sangat belum abes blajar nak tunang dah kan??

Akak dulu uolls, dah abes blaja pon xde BF lagi **sedih**.. Hazab sangat ke muka akak uolls??? walhal akak rasa akak lagi chantek dari adik akak..**matila sindrom x nak kalah.. **larikkk


So uollls akak busy buat hantaran untuk penyapu tuh.. kenapakah akak panggil dia penyapu??? Akak tension okeh.. dah tau nak buat tema MERAH PUTIH. Dia pegi beli kemeja color biru, sejadah color hijau, kain pasang color purple, kain pelikat color coklat... Kau x pitam tengok??? terusss pengsan lite2 akak okeh bila tengok barang2 dia beli... Ala2 caca merba sangatsss.. Tapi disebabkan KEKREATIFAN akak yang maha tinggi.. akak telah berdaya saing untuk cuba juga menchantekkan hantaran PENYAPU tuh..**matila dapat akak gila.. Akak ugut dia, 'Ko basuh kete aku, aku buat hantaran ko.. hahahahahaha' ***sambil gelak syaitoonnn..

Nak tengok hantaran2 yang akak buat???

1. Sejadah



2. kemeja



3. towel




4. kain pelikat lalalala **sambil nyanyi

Sebenarnya ribbon merah itu adalah hasil recycle dari hantaran wedding akak.. Bunga dengan daun je beli lain.. Berjimat cermat katanya uolllss... Krisis ekonomi dunia kaedahnya.. Lagipon ribbon tersebut terlalu chantek untuk akak buang..**matila sindrom x nak kalah lagi...

Lepas itu, akak jua merangkap mak andam pilihan telah cuba untuk me'make up'kan adik akak. Hasilnya tadaaaa!

oh...jangan tanya akak kenapa fake eyelash tu ada 1 je.. lagi satu tu rosak pulak.. so pakkai satu je.. Volehhhh??? Tapi ni trial make up sajork occayyy!!.. nnt betul2 punya akak pakaikan la dua2.. Takkan la akak nak sabo pakaikan satu sajork.. **motiffff???

sebagai bonus entry ini... **matila bonus katanya... **matila bonus x perlu...akak letak gambar Hari Raya Aidiladha akak dan Mohd Rafi... Posisi yang sama seperti hari raya aidilfitri.. **haraap maklum..

p/s : nak tau x? sekarang Mohd Rafi feeling2 muka dia Faizal Tahir look alike sbb lepas separuh akhir juara lagu ramai orang cakap muka dia dgn Faizal Tahi tu iras2.. Termasuk anak sedara akak yang umur 6 tahun tuh.. Motiffff??? tapi akak rasa diorg buta.. sah2 la Mohd Rafi lagi gelap dan tinggi..**larrikkkkk!!

iklan