Wednesday, May 18, 2016

Dining out

Bukan selalu dapat makan kat luar. Semalam, balik opis Mohd Rafi suh tunggu kat town je sbb nak beli groceries. So akak ok jah. Pastu dia ajak makan kat The Place. Akak cakap, 'Tak yah la, beli je kuey tiaw I masak kat rumah lagi jimat'
Pastu si Pahat berbunyi, "Ayahh, Pahat nk makan nasi kat situ...'

Ha... bila anak mintak tak sampai hati kannn? So makan la kat situ. Bukan selalu okeh dpt makan kat luat sebab kat Lincoln ni limited la kedai yg kita boleh makan. Balik2 order justeat.co.uk burger, kebab atau pizza. Bosan gila eh. Takde ke jual nasik2..

So kitorg order egg fried rice and feveret akak iaitu malaysian style seafood ho fun (kuey tiaw goreng seafood).

Untuk pengetahuan uolss semalamnya akak baru je masak nasik goreng, si Pahat tu eksen okeh tak nak makan. Si kecik samseng Farha tu pon tak nak makan. Siap cakap 'No...no..no'. Dia pandai cakap sikit2 sekarang okeh.

Kat kedai tu kitorg order nasi goreng telur bodo gitu je okeh dengan lahapnya dia makan. Gerammm je emak tengok.

Mohd Rafi mcm biasa tukang layan Farha. Dia ni pantang nampak ayah dia asyik nak suh pegang je. Kalau abang dia dekat2 dengan ayah dia tak bagi okeh. Suh tepi...'Pi...piiiii'
Kemain lagi ko eh? So abang dia terpaksa meminta simpati dengan emak. So dia cakap;
'Farhat like ibu, adik like ayah'

Gituuuuuu...

Kesimpulannya budak2 tu gembira sesekali dapat makan luar. Sebab kitorg memang jarang makan kat luar. Last rasanya bulan 2 masa kat Momos, Birm. Lps tu banyak order kat justeat.co.uk jah.


Untuk peminat hakak diluar sana.

Hahaha.. kelakar bila akak tengok earning nuffnang. Sejak akak rajin update blog dapatla 50sen setelah setahun. Kau tak pitammmmm?? Nak beli beg hermes macam Kak Mah kena kumpul 40 ribu tahun. Kau mampooooo???

Baru lepas meeting dgn Sv. Discuss pasal conference kat new castle. Dia kata kena pi 1 day earlier to set up things. Akak cakap,'I think it is better if I rent a car'... sebab dia dok tgk2 train ticket banyak sangat transit. Lepas tu dia cakap, 'Why do you want to waste your time and energy driving when you can sit and reading something in train?'
Hmmm...terus akak speechless. Maksud pertanyaan dia kau fikir sendiri haha.

Sorry eh uols. Akak memang malas nak upload gambar. Nak gambar banyak2 kau follow ig hakak iaitu ilotshikamaru

Tp jgn menyesal eh sbb akak suka upload gambar anak beranak and masakan.

Ok. Akak nk tulis abstract conference. Sv akak ala2 confident je accepted siap survey keynote speaker lah, editor lah. Semua dia tak kenal. Tapi dia cakap last skali,
'I dont care if I dont know them as long as it is IEEE it's good enough'


Bye.

Monday, May 16, 2016

Farha

Eh...eh...tetiba muncul lagi...
Macam biasa la tengah tggu sv reply email. Dia busy sikit 2 3 mggu.
Last week meeting boleh dia lupa yg dia suruh aku buat optimization guna Genetic algorithm. Siap tanya aku 'Betul ke ni dia ada suh guna GA, sbb dia tak ingat lansung' Dalam english la ye uolss ni version akak dah translate.
Sabo je lah akak... Kekdahnya masa meeting 2 mggu lepas siap try guna pattern search lagi. Dia tak ingat uollsss..

Eh, akak nak citer pasal Farha kannn??

Dia ni memang ganas okeh. Aritu kan tgk video didi and friends (ni mmg feveret dia), lepas tu abang dia menyibuk menyelit sebelah dia. Dia tolak2 abang dia cakap.
'Pi....pi....piiiiii' (translation tepi lah kauuu menyibuk je sebelah aku)

Abang dia buat bodo je. Lepas tu dia tolak2 lagi abang dia. Last2 dia lempang muka abang dia. Lalu abang dia pun nangisssss. Siap mengalir air mata tu yang tak tahan. Hover sangat.

Dah tu dia cakap...'Ibu..adik hit meeeee...say sorry adik!' Dia suh adik dia mintak maap. Eh, adik kau mana reti cakap lagi.

Kalau dia reti cakap pun nanti dia cakap. 'Ada aku kesahhhh??'

Gituuuuuu...

EH, akak ada citer tak Mohd Rafi kerja kedai bangla.. Indian take away tp owner muslim. Siap pegi masjid lagi solat jemaah.  Tapi kekdahnya gaji dia selalu tertunggak. Tiap2 minggu tak cukup bagi kata xde untung sangat. Dah la bagi gaji tak ikut minimum standard iaitu GBP6.30 per hour. Dia bagi dalam Gbp4 je per hour. Report kat jabatan buruh baru tau. So tgh2 nak cari kerjaan lain lah. Akak bukan nak racist tau, tapi set2 depa ni kat mana2 memang sama okeh perangai. Sorry to say lah.

Even kalau kau dpt sv kaum diorg lebih baik kau tukar cepat. Memang sengsara.

Apa lagi akak nak citer? akak tengah risau ni kalau x sempat hantar borang submission before febuary sbb last fund mara bulan 8 tahun depan. So kena prepare siap2.

Akak plan nak pi conference kat new castle kot dlm bulan 10. Tu pon kalau abstract diterima. Yg conference ni SV akak approve sbb under IEEE. Kalau conference yg too general dia kata membazir je pegi.

Pastu akak nak citer jugak. Kenapa makin kau baca makin banyak kau tak paham?? Oh...sempat ke tidakkkkk??? Takutnyaaaaa

My friend, Nobi.

Baru2 ni adik akak citer si Lion anak dia balik kampung rumah bapak mertua dia. Tetiba dia citer pasal budak nama Nobi. Mak dia tanya la sapa Nobi?

'Nobi kawan Ayyen, kat rumah atok(rumah bapak mertua dia) ada Nobi, rumah nenek(rumah mak akak) takde Nobi..'
Ok. Mak dia dah seram.

Lepas tu dia cakap kat mak dia,

'Ummiiiii...Ayyen nak bawak balik Nobi boleh tak?'

Mak dia tu dah la penakut okeh. Pegi kencing malam pun penakut. So dia bawak si Lion pi jumpa ustaz. Ustaz tu kata Si Lion ni ada benda jaga. Tapi benda tu baik lah bukan yg jahat.

Akak cakap kat adik akak.

'Jaga2 Epaa... kau pukul Ayyen nanti Nobi pukul kau balik....'

Lepas tu akak call la adik akak cakap dgn Lion. Tanya la dia Nobi lelaki ke pompuan. Dia jawab Lelaki. Nobi tu mcm Pahat ke? . Dia kata bukan. Nobi tu main apa dengan Ayyen?

Adik akak jerit. 'Sudah ayyen!Jangan cakap lagi...'

Hahaha..Matilah adik akak tu takutttt..

Citer Pahat pulak.
Semalam akak tgk video2 animals. Kan kadang ada video Puppy comel2 tu kan. Akak cakap dengan Pahat.

'Pahat, No touching dog'

Dia jawab. 'Yes we can'

'No, we cant touch dog. Dog will bite you'

'No... we have to touch animals gently...' Dia kata. Pastu kena la ajar dia pulak.
'No, we're muslim. If we touch dog we have to wash 1 time with earth water and 6 time with water'

Ok. Dia tak paham lagi sangat. So akak cakap, 'Kalau pahat pegang dog, Pahat bgtau ibu. Nanti ibu wash'

Hopefully dia xde pegang anjing. Bukan apa, nanti nak kena samak kang kena korek tanah lagi kann. Aritu ada puppy comel kat pagar sekolah hampir2 dia nak pegang akak jerit 'Noo. Pahat!'
Nasib baik tak sempat pegang. Pitammm!

Thursday, May 12, 2016

Baju raya yang ilot suka.

Sementara tggu sv akak komen result simulation, marilah akak update blog. Padahal boleh je sambung draft thesis kannn.. Demi peminat hakak yang ada 4 orang diluar sana akak gigih juga menaip.. Pitammmmm sgtss!!

Uols tau kan akak kedekut nak beli baju raya mahal. So akak cuci2 mata sahajork. So ini adalah antara baju raya yg akak suka tengok. Sesuai dengan jiwa hakak gittewww.





Yang first ni from Nurita Harith from Fashin valet akak suka design n color dia soft je. Harga RM719. Ada lagi satu design akak suka color biru munge2 tapi dah sold out. Kalau tak sold out pun kau tak beli kannnnn??


Design berikutnya semua dari Minaz. Harga reasonable akak rasa from RM229 to RM259. Tapi masalahnya preorder ya, and sampai middle of june. Memang tak la akak nak beli sebab memang confirm tak sempat pakai raya. So akak cuci2 mata sahajork.


Eh akak tak tau la kenapa gambar ni kejap ke kiri kejap ke kanan. Uolss nampak je kannn?? Akak koser la pulak nak godeh2 lagik.

Lain2 akak x minat sgt design diorg. Banyak yang design sama cuma color atau motive corak je lain2.

Uols dah beli baju raya ke? Akak rasa tahun ni akak pakai baju tahun lepas je lah. Jimatttt.

iklan