Monday, May 16, 2016

My friend, Nobi.

Baru2 ni adik akak citer si Lion anak dia balik kampung rumah bapak mertua dia. Tetiba dia citer pasal budak nama Nobi. Mak dia tanya la sapa Nobi?

'Nobi kawan Ayyen, kat rumah atok(rumah bapak mertua dia) ada Nobi, rumah nenek(rumah mak akak) takde Nobi..'
Ok. Mak dia dah seram.

Lepas tu dia cakap kat mak dia,

'Ummiiiii...Ayyen nak bawak balik Nobi boleh tak?'

Mak dia tu dah la penakut okeh. Pegi kencing malam pun penakut. So dia bawak si Lion pi jumpa ustaz. Ustaz tu kata Si Lion ni ada benda jaga. Tapi benda tu baik lah bukan yg jahat.

Akak cakap kat adik akak.

'Jaga2 Epaa... kau pukul Ayyen nanti Nobi pukul kau balik....'

Lepas tu akak call la adik akak cakap dgn Lion. Tanya la dia Nobi lelaki ke pompuan. Dia jawab Lelaki. Nobi tu mcm Pahat ke? . Dia kata bukan. Nobi tu main apa dengan Ayyen?

Adik akak jerit. 'Sudah ayyen!Jangan cakap lagi...'

Hahaha..Matilah adik akak tu takutttt..

Citer Pahat pulak.
Semalam akak tgk video2 animals. Kan kadang ada video Puppy comel2 tu kan. Akak cakap dengan Pahat.

'Pahat, No touching dog'

Dia jawab. 'Yes we can'

'No, we cant touch dog. Dog will bite you'

'No... we have to touch animals gently...' Dia kata. Pastu kena la ajar dia pulak.
'No, we're muslim. If we touch dog we have to wash 1 time with earth water and 6 time with water'

Ok. Dia tak paham lagi sangat. So akak cakap, 'Kalau pahat pegang dog, Pahat bgtau ibu. Nanti ibu wash'

Hopefully dia xde pegang anjing. Bukan apa, nanti nak kena samak kang kena korek tanah lagi kann. Aritu ada puppy comel kat pagar sekolah hampir2 dia nak pegang akak jerit 'Noo. Pahat!'
Nasib baik tak sempat pegang. Pitammm!

2 comments:

mrs zach said...

anak buah iols pun ada geng tauu masa umur dalam 4-6 tahun. dia kata nama nya misteri. tau tak...sepanjang dia kawan dgn benda tu, barang rumah kitorang akan hilang pastu muncul semula. antaranya remote tv, manik2 urai buat kuih tu, marker pen..hahaha..brg2 yang budak2 suka main.

pernah sekali dia nak bawa balik misteri naik kereta ok. cuma masa umur dah 6 tahun tu, anak buah iols dah mula rimas sbb misteri asyik ajak lawan2 dia kata. last sekali anak buah iols cakap misteri nak pindah.

monstorious wife said...

Hahaha... ye ke? Angker sgt. Ni si Lion nak bawak balik rumah. Matilahh mak dia jerit 'Tak bolehhh!'

iklan