Wednesday, December 24, 2014

Married to all boys family.

Yeah.. laki akak 6 org adik beradik semua lelaki.

Sepanjang 8 tahun ni, aku rasa baru 2 kali dia bg hadiah besday. Anniversary kau jangan harap. Wish pon nan hado!.

Suprise2 gift ke jangan la nak mengharap. Sekarang ni akak dah tau, time dia ada duit ko kena mintak apa ko nak. Kalau kau nak hint2 dia suh beli matilah sampai kiamat nan hado. Nanti kan ujung2 dia cakap, 'time i ada duit x nak mintak. Sekarang dah xde'. Ha gituuuuu.

Konsep akak pulak, akak tau la laki akak bukan gaji banyak. Kalau akak ada duit apa yg akak nak akak beli sendiri je. Skrg sebab akak x berkerja kena la mintak. Seperti baju nursing dress entry bawah ni. Tu akak mintak sebab susah payah beranakkan Farha. Yela...kang akak mintak henbeg pradah matila memang x dapat.

Laki kau pernah bagi bunga? time bercinta ke time dah kawen ke?? Laki akak nan hado sekali pun ya... pitammmsss!

Mohd Rafi memang bukan sweet dengan bini dia. Tapi dengan anak2 dia. Kalau keluar memang jarang la akak pegang anak. Masa pahat jugak farha ni, jalan2 memang dia yang dukung. Akak memang x pernah dukung kalau dia ada.

Baby lepas kuar hospital akak x mandikan sbb takut. Yang mandikan baby sampai seminggu adalah apak dia. Lepas tu mak aku pulak. Hahahaha. Akak mandikan selepas 10 hari.

Time makan, memang dia akan suruh akak makan dulu. Dia jaga anak. Mesti ada org ngumpat aku, bini makan sedap2 laki jaga anak.. Kennnnnn?

Kat rumah mmg selalu dia yang basuh and sidai kain. Akak tukang lipat tu pon selepas 2 mggu. Larikkk. Yang tukang sapu rumah dan kemas pun dia. Akak masak basuh pinggan jah.

Kesimpulannya lelaki yg semua adik beradik lelaki ni memang x sweet langsung. Tapi independent buat keje rumah.


Tuesday, December 23, 2014

Nursing dress/jubah

Kalau dok browsing ig sekarang ni memang tgh berlambak seller jual jubah/dress nursing ni. Bagus jugak, senang ibu2 nak bergaya sambil susukan anak. Tak payah nak selak2 baju.

Kalau dah dok browsing tu kan mula lahhh. Harus terjebak membeli. Kriteria pemilihan nursing dress bagi akak adalah;
1. Zip atau poket. Butang is big NO NO. Anak aku dah melalak meraung2 baru sempat bukak 1 butang. Howw..? So nak senang Zip je.
2. Murah.. of course la kannnn
3. Ada butik fizikal. Sebab x semua saiz universal. Kadang saiz seller terkecik.. Kadang2 saiz S terbesar. So akak cadangkan test pakai kat butik dulu
4. Selesa dan x perlu iron. Akak terbeli 1 jubah satin.. Alahaiiii x rajin sgt aku nak mengiron.

So far memang banyak seller yang ada butik fizikal dan juga ig dan website. Boleh check @calaqisha @rinasallehclothing @dreemika @mmbasic dan etc.
@feedmilk pun ada tp akak baju dia akak rasa agak mahal sikit.

Yang ni seperti akak cakap kat entry lepas. June dress from Rina Salleh Clothing. Beli masa SALE kat butik kat JB. RM100

Yang ni jubah apa ntah namanya dari Rina Salleh Clothing jugak. Beli time sale jugak RM179. Tapi malas nak iron. Jubah ni saiz S. Akak boleh pakai since pregnant 9 bulan sampai skrg ni. Bagus untuk menutup perut buncit selepas bersalin.

Ini Sabrina Dress from Calaqisha. Ni free size tp untuk pengetahuan adik aku temok yang bersaiz 'L' pakai dah macam sarung nangka. So free size dia hanyalah untuk org2 bersain S to M. FUngsi baby disitu adalah untuk menutup kecelaan perut buncit selepas bersalin. Dress ni beli time sale juga. RM100 di butik JB. Kain x perlu iron. Terus sarung sahajork.

Sekarang calaqisha tengah sale di website fashionvalet. Most items rm100. Silalah pegi terjah. Akak dah insaf nak shopping sejak debit card kena block ni. Debit card akak kena block sbb amazon fraud duit akak dalam bank. So bank block card akak. Kena unblock balik bila balik uk sbb diorg x boleh issue card baru sbb aku kat malaysia.

Speaking of UK. Akak stress sekarang ni sebab urusan transfer tak lancar. Offer letter pun x dapat lagi. Tu belum submit kat mAra lagi. Macam2 hal. Referee lambat bagi recommendation letter. Mintak surat engish requirement from sussex. Nak mintak gambar visa masa sussex. Lps tu mintak visa masa degree yang dah 10 tahun tu. Motipppp Lincoln ni nak bagi aku masuk ke tak sampai ke visa degree and passport pun dia mintak? Aku kena korek2 mana aku letak passport lama tu. Padahal masa tu visa jenis stamp je. Bukan mcm skrg.

Ni akak x tau la sempat ke x masuk uni bulan 1... Huaaaaaaaaaa....

Thursday, December 18, 2014

Kenduri akikah dan potong jambul Farha

Akak sebenarnya tak nak buat potong jambul. Aku nak buat akikah je. Sbb aku x nak leceh2.

Tapi makcik2 akak suruh buat. Aku layankan sahajork.
Kambeng tumbang 2 ekor. Sekor untuk Farha, sekor lagi untuk Lion.
Majlis memang simple2 je. X kuasa aku nak sewa2 pelamin ke buai bagai. Mana yg wajib jah.

Menu adalah nasi ambeng. Kambing tu side dish. Makcik akak masak kari keling. Pedas nak mampos.

Di hari kejadian, Farha yang susah nak tido siang tu tetiba tido dengan lenanya. Selamba je x sedar org gunting rambut dia renjis2 bagai. Miracle sgt akak rasa.

Gambar semua hasil dr fb sbb aku malas nak upload gambar.

Gambar ada lagi tapi akak malas nak transfer.

Dress akak pakai tu adalah June dress from Rina Salleh clothing. Shawl akak buat sendiri beli kain kat jakel. Gigih sgtsss... apa kejadahnya org jual shawl silk satin ni sampai 80 hengget? baik akak buat sendiri. Jakel pun tgh sale.

Wednesday, December 10, 2014

Check up sebulan.

Di sebabkan johor Ahad kerja dan laki akak cuti ahad. Kami pegi check up Farha hari Ahad lah.
Tapi...begitu ramailah manusia pegi klinik hari ahad itteww.

Eh, akak nak buat correction. Nama anak akak ejaannya adalah RANIA FARHAH. Laki akak pandai2 je pegi register tambah another 'H' kat belakang tu.

Btw, farha lahir 2.78kg, Sebulan berat dia 4.14kg. Panjang 55cm. Makin kuat nangis dan susah tido... **emak pun nangis sama.. T_T

Sabtu ni cukup dah 40 hari.

Muka pon dah kembang semangkuk. Baju new born ko tunggu sikit hari lagi x muat.

Akak dah train bagi botol. Alhamdulillah dia nak. Masa Pahat dulu macam hapa nak bagi botol. Berperang dulu baru nak.

Akak nak tya serious ni. Sapa2 ada kat johor weekend akak nak jemput ke majlis akikah farha.

Akak plan nak bake congo bars dan brownies utk majlis tu nanti.

Ok byeeee.

Friday, December 5, 2014

Bayi kuning jangan bagi benda merepek!

Uols pantang bersalin ada tak orang dok sibuk2 bagi nasihat seperti:

'Nak bagi turun kuning mandikan dengan daun senduduk atau daun dukung anak'

'Baby bagi minum susu kambing nak elakkan kuning'

'Baby bagi minum air buah kundur  elakkan kuning'

'Ibu makan ubat C** nnt anak kurang kuning. Baby mandikan dengan air C**'

'Kenapa baby asyik nangis je. Masukkan lah dalam buai senang'

'Bagilah baby air masak'

And many more.....
Konsepnya orang2 itu kalah Doctor kannn??

Sebenarnya nak elakkan dr jaundice atau kuning kau tak payah makan benda merepek2 konon2 breasfeed nanti turun ke baby minum. Whatttt????
Yang penting lahir2 je terus kerapkan breastfeed. Hari ke 5 dan 6 paling crucial. Menurut nurse hari tersebut adalah hari puncak jaundice naik. Jadi hari ke 4 tu breastfeed sejam sekali. Jangan bagi baby tido. Jangan baby kau tido kau pun ikut tido lama2. Oppsss.

Hari 1st and 2nd mmg susu x keluar banyak. It's normal. Teruskan breastfeed. Hari ke 4 5 biasa susu dah banyak.

Akak xde amek suppliment apa2. Cuma minum air banyak2 je. Lagipun baby girl x minum banyak sgt compare to Pahat dulu.

Tu je tips akak utk elakkan jaundice. Yang penting kerap susukan anak sebelum hari ke 5 dan 6. Sebab kuning tu akan keluar melalui air kencing dan najis dia. Alhamdulillah, dua2 anak akak takde jaundice.

Now akak nak tanya sapa ada tips untuk tidokan anak dengan cepat supaya kau boleh buat kerja lain dan kau boleh tido mencukupi???

Sila share.

iklan