Tuesday, December 23, 2014

Nursing dress/jubah

Kalau dok browsing ig sekarang ni memang tgh berlambak seller jual jubah/dress nursing ni. Bagus jugak, senang ibu2 nak bergaya sambil susukan anak. Tak payah nak selak2 baju.

Kalau dah dok browsing tu kan mula lahhh. Harus terjebak membeli. Kriteria pemilihan nursing dress bagi akak adalah;
1. Zip atau poket. Butang is big NO NO. Anak aku dah melalak meraung2 baru sempat bukak 1 butang. Howw..? So nak senang Zip je.
2. Murah.. of course la kannnn
3. Ada butik fizikal. Sebab x semua saiz universal. Kadang saiz seller terkecik.. Kadang2 saiz S terbesar. So akak cadangkan test pakai kat butik dulu
4. Selesa dan x perlu iron. Akak terbeli 1 jubah satin.. Alahaiiii x rajin sgt aku nak mengiron.

So far memang banyak seller yang ada butik fizikal dan juga ig dan website. Boleh check @calaqisha @rinasallehclothing @dreemika @mmbasic dan etc.
@feedmilk pun ada tp akak baju dia akak rasa agak mahal sikit.

Yang ni seperti akak cakap kat entry lepas. June dress from Rina Salleh Clothing. Beli masa SALE kat butik kat JB. RM100

Yang ni jubah apa ntah namanya dari Rina Salleh Clothing jugak. Beli time sale jugak RM179. Tapi malas nak iron. Jubah ni saiz S. Akak boleh pakai since pregnant 9 bulan sampai skrg ni. Bagus untuk menutup perut buncit selepas bersalin.

Ini Sabrina Dress from Calaqisha. Ni free size tp untuk pengetahuan adik aku temok yang bersaiz 'L' pakai dah macam sarung nangka. So free size dia hanyalah untuk org2 bersain S to M. FUngsi baby disitu adalah untuk menutup kecelaan perut buncit selepas bersalin. Dress ni beli time sale juga. RM100 di butik JB. Kain x perlu iron. Terus sarung sahajork.

Sekarang calaqisha tengah sale di website fashionvalet. Most items rm100. Silalah pegi terjah. Akak dah insaf nak shopping sejak debit card kena block ni. Debit card akak kena block sbb amazon fraud duit akak dalam bank. So bank block card akak. Kena unblock balik bila balik uk sbb diorg x boleh issue card baru sbb aku kat malaysia.

Speaking of UK. Akak stress sekarang ni sebab urusan transfer tak lancar. Offer letter pun x dapat lagi. Tu belum submit kat mAra lagi. Macam2 hal. Referee lambat bagi recommendation letter. Mintak surat engish requirement from sussex. Nak mintak gambar visa masa sussex. Lps tu mintak visa masa degree yang dah 10 tahun tu. Motipppp Lincoln ni nak bagi aku masuk ke tak sampai ke visa degree and passport pun dia mintak? Aku kena korek2 mana aku letak passport lama tu. Padahal masa tu visa jenis stamp je. Bukan mcm skrg.

Ni akak x tau la sempat ke x masuk uni bulan 1... Huaaaaaaaaaa....

1 comment:

Cd owner said...

Pic baju hijau menunjukkan ko sangat kerdil. Dwarf sangat. Walaupun dengan Farhah sebagai ilusi optic tetap tak berjaya ye. Tetap nampak perut. Hahahahaha. Mahalnya baju sampai ratusan. Suruh mak ko jahit je. Err ada lagi ke mesin jahit? Beli kain kat Jackel tak sampai RM50 4 meter.

iklan